Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 September 2019

Tahan 2.0 - [2] On track

Sabtu, 30 Ogos 2019 : Kem Korr ke Kem Botak

Alhamdulillah setelah mendapat tidur yang tenang dan sempurna semalam. Hwaiting!! Maka, hari ini terasa lebih refreshing. Yuhu~

Q in action, panaskan mi goreng untuk sarapan
Maafkan aku teman2 tak begitu function pada hari pertama. Pagi tu, lepas makan mi goreng, siapa masak sarapan ni? Sedap (",) happy tummy, happy me. Lepas setel kemas beg bersama ration dan makan lunch, aku pun ke gigi air dan mandi! Sedap sikit mendaki sejuk2 gitu. Bagus tips mandi pagi camni, tips dia, kau sabun tu, sabun baju, seluar, tudung sama, nanti time korang hike dah busuk2 tu hujung2 ada bau sabun. Waaahh.. semangat terus bhaii.

Okey begitu begini hari kedua dimulakan sekitar jam 8.30 pagi. Lengai sekali bukan? Ahaha. Abang guide time ni layan je pace kitorang yang macam hmmm ni. Okey tak kata orang la, aku lah.. sian plak geng sharp shooter kan, punyalah diorang langkah tak cukup tanah.

Peta perjalanan Sg. Relau ke Puncak Tahan
Hari ni target untuk bermalam di Kem Botak. Aku keep on tengok peta perjalanan yang dibekalkan sebelum ni. Hmm mampukah? Bermula saja hari kedua, bersamaan bersambungnya siri penyiksaan langkah lutut bertemu hidung. Pangok, pacak, dan yang sewaktu dengannya. 

9.30 pagi, terjumpa lak Razreen di pertengahan jalan. Oh, hari ni aku masih berjalan dengan Cik Tokie kita. Bersama kepewaian kita melangkah dengan jitu. Kadang dia kat depan, kadang aku. Tapi jangan bagi selalu, nanti aku ketinggalan. Ahaha. Oh, dah jumpa Reen tu, kita forum lah barang setopik dua. Tapi masuk topik kedua tu heavy sangat plak, ajak borak pasal pedophile. Trek macam apa, ajak citer heavy memang tak pegi gais. 

Gambar gegar? Barulah ternyata tengah hike gais. Gegar sama seperti jantung gue ketika itu
10.05 pagi - Kem Permatang
Perjalanan diteruskan dengan penuh kelelahan, lepas Permatang, dah terpisah dengan Razreen. Aku rasa dia dah kedepan, kami pun bergabung dengan geng belakang, ada Paa, Din, Eric, Q. Jalanlah kami saing-saing.

"Kak, berapa lama lagi kita nak kena jalan ni?" eric
"Kemon eric, baru hari ke 2 ni" aku

10.40 pagi - take 5! 
Tak sure ni kali keberapa take 5, tapi masa ni permulaan kepada Q mendepani masalah cramp. No joke cramp kat tempat yang sejuk macam ni. Q cakap himalayan salt atau 100 plus tak function sangat sekarang, lambat. Thus dia request for salt. Maka disitulah kami, berhenti ramai2 makan garam sikit sorang. (Walaupun yang memerlukan elektrolit segeranya adalah Q, support gais!)

Amacam 90 degrees ke tu?
Ada satu part aku jalan dengan Tokie dan Hafiz, Q ditinggalkan sebab dia nak rest jap katanya. Tapi tak lama tu, dengar dia memanggil-manggil Hafiz. Rupanya diserang cramp. Kami bertiga pun stop jap on track. Teruk jugak keadaan bentuk muka bumi time tu, tengah menaik, jadi beg pun letak mana sempat je. Beg Q hampir2 nak tergolek masuk gaung jugak citer dia. Yang kelakarnya aku hanya mampu menjerit saja sebab takut beg tergolek. Nak turun memang dah taklah, sebab aku dah cantik menyangkutkan diri sendiri antara akar kayu.

Q Cramp! Abg safety in action.
Sambil layan drama, makan kacang dulu.
Walaupun Q diserang kesakitan tapi dia tetap laju gais. Aku tak paham la dia ni, aku yang sakit ke dia yang sakit? Apsal aku lagi slow ni? Aduh! Maka berjalanlah kami bersama-sama menuju ke Kem Kubang untuk berhenti dan menyantap makan lunch.

Tiba di Kem Kubang jam 1.45 petang. Sebabkan kitorang orang last (siap kena sweep dengan abang guide) haruslah orang lain dah sejuk menunggu kami. Diorang dah siap makan dan solat, kitorang sampai je bergambar sat, then diorang pun bersiap untuk bergerak. Dengar2 shooter pukul 12 lebih dah sampai. Fuh2 nampak betapa bersepainya gue ditinggalkan. Oh ya, ingin di highlight disini, kepanjangan kaki takde kaitan ya dengan kelajuan. Kam ngan Izat kaki pendek je, tapi tetap shooter. Its stamina! Oh kat Kubang ni ada drama, tapi nantilah aku taip khas untuk drama tersebut.

"Kak Sarah apa jadi? tadi kenapa jerit?" tanya Eric. Aku hampir lupa bila aku jerit. Oh!
"Oh beg Q nak jatuh" sengih. Sebenarnya aku wonder gak, bolehkah aku menjerit bila keadaan memerlukan, disini terbukti aku mampu menjerit! yeah.

Masa nak menyambung perjalanan baru perasan, orang depan ambil air (company) tapi tak bawa naik sama air tu. Haha! Maka, sorry Hafiz, you are the chosen one. oh thanks jugak! Selaku seorang bakal bapa contoh, takkan lah dia nak suruh kami wanita melayu ayu terakhir nak tank air. (walaupun kalau offer, mesti Tokie nak je bawakan - Tokie je tau, jangan offer aku. Aku kan sampah sikit) Kahkah!


2.45 petang, perjalanan pun diteruskan. Sepatutnya plan asal aku nak gerak 2.15, jauh terbabas nampaknya. Aduh aduh! Sebabkan lambat, maka line up dari Kubang adalah aku, Tokie, Q dan Hafiz. Oh juga abang peja ngan abang mail. Ada part tu sempat la saing-saing dengan abang peja sebelum abang peja memintas. Sempat jugak dia cakap

"Trip korang ni ramai yang kaki pendek ya" ayat dia serius, tapi kelakar gaklah aku dengar. Aku tengah jalan dengan Tokie kut, memang lagi obviouslah kan!


3.41 petang sampai di Kem Berlumut. Kat sini kitorang berhenti 5 minit. Ok lah tu kan? dah sejam berjalan. Kat kawasan ni, ada tempat lapang dan terbuka sikit. Abang Peja bagitau kat sini dulu ada kes orang meninggal, sesak nafas. Sebab tu ada kawasan lapang sikit, untuk helikopter angkat mayat.


4.55 petang sampailah kami di sebuah tempat diantara Kem Belumut dan Kem Bonzai. Taktau nama tempat tu apa, tapi boleh rujuk gambar. Geng depan dah lepak sini since 3.40 petang. ahaha. Nampak gap semakin rapat disitu. Masa ni mental masing-masing ramai yang terganggu. Antara sebab selain pacak adalah, selut all the way! Belumut kan katanya. Harus! Aku ada jumpa Along masa on track, dia keep on kata dia tak larat, cakap aku laju la menda la. Haha! Along, kemon pewai ngat ni long. sejak bila lah aku laju ni? aduh sinetronkah.

Akhirnya, setelah berbincang dan melihatkan tahap mental kumpulan yang tenggelam timbul, abang gaid pun redecide tempat bermalam. Kita tak jadi ke Kem Botak. Kita akan bermalam kemsait ontrack. Tempat tu bukanlah proper campsite tapi menurut diorang biasa kalau kes-kes (tak sempat sampai) macam ni, memang diorang akan bermalam di situ. Lega sikit dengar. Sebab kalau nak ligan gak sampai ke Kem Botak, memang kena OT, which is aku pun tak sanggup! Dari situ, abang peja lead the way sebab nak tunjukkan mana satu kemsait nya.

Beberapa minit sebelum sampai
Antara pakar fly kita - aiman dan izat
6.30 petang, sampai ke kemsait dah nak senja, fly dah naik, dapur pun dah ready. Macam biasa Kam dan Q masih di dapur. Aku ada buat percubaan juga sebenarnya nak masuk dapur masa hari ke-2 ni, tapi tahap kelembapan aku dalam dapur ni, memaksa aku mengeluarkan balik diri sendiri dari dapur.

ok, zoom in sikit belakang tu, cubaan aku yang gagal tu
Malam tu, lepas solat, kami pun berkumpul untuk makan malam dan sambil makan malam layan Hafiz menjadi penglipur lara di gunung. Betul-betul perform mamat ni, siang jadi sweeper, malam lepas membantu di dapur, jadi penghibur duka lara. eh! Dari cerita Hafiz, bawa ke Reen Azira, cubaan untuk open up Eric - gagal, cuba pula nak sambung ke Kam, halfway then terpaksa stop. Malam makin larut kan. Bungkus makanan dan sangkut kat pokok. Dapat info, kawasan ni banyak tikus.

Cari gambar Hafiz bercerita tapi takde plak. So gambar ni je lah walau tercemar dengan tangan Reen. Haha!
Hari kedua pun berakhir, tempat ni dah mula sejuk. Aku tidur tepi pintu fly. Aku suka hari ni, walaupun teruk di canai oleh trek, tapi malamnya lebih santai dan tenang berbanding malam semalam. Jumpa esok gais!

Day 2 checked ✔

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema

24 September 2019

Tahan 2.0 - [1] Kem Korr

Jumaat, 28 Ogos 2019

Sebenarnya housemate (su) ada nak ikut hantar aku malam tu. Tapi masyaAllah, kejadian yang selalu terjadi, berlaku lagi. Aku terlupa! Aduh.. mesti nervous punya pasal ni.

Para peserta berkumpul di LRT Gombak seawal jam 10.50 malam, aku lah tu. Sebab aku bertugas jadi ceti malam tu. Duit tak cukup bhaii.. kenalah mintak lagi duit tambahan. Huhu! Masa aku sampai, nampak Syamsul dah ada. Yang lain tak nampak lagi. Tapi seiring masa sorang sorang line up muncul.

Tapi dah halfway nak ke jam 12, aku rasa supporter yang sampai lagi ramai dari lineup. Haha! Citer Tahan ni aku rasa, yang siapkan ration dah dari awal lagi pewai. LOL.

Credit Pic: Razreen Ashraf
Oh disini aku nak mengucapkan beribu ribu terima kasihlah kepada senior2 GSB yang turun ke LRT Gombak menghantar kami malam tu. (Nopal, Amar, Nina, Din, Afiq, Acap, Bad - siap bagi bekalan mashmelow dan surat cinta, Nizam, Isma) Rasa macam sedikit sebanyak semangat dari kalian bersama-sama mengiringi perjalanan yang belum mampu terbayang oleh akal kami.

Sabtu, 29 Ogos 2019

Van bergerak sekitar jam 1 pagi dari LRT Gombak, selepas mendapat amanat2 dari Nizam selaku presiden gsb yang baru. Mendebarkan, namun turut mengujakan. Dengan langkah yang berat dan bercampur baur, perjalanan dimulai. Perjalanan Gombak ke Merapoh tak mengambil masa yang panjang, kurang 4 jam, sekitar 4.30 pagi kami tiba di sebuah surau di Pekan Merapoh.

Sementara menanti Subuh, kami pun bersama-sama membahagikan ration makanan dan peralatan untuk memudahkan proses declare barang-barang tersebut di Taman Negara kelak. 4.30 pagi tu duk klentung klentang kat kampung orang duk bahagi ration. Ahaha!


Siap packing ration, susun bagpack, masukkan balik dalam van, salin baju dan solat subuh. Lepas Subuh jalan depan sikit untuk sarapan pagi. Rupanya, abg guide dah tolong bayarkan kat makcik kedai makan dan minum untuk 19 orang. Jadi kita masuk kedai makan dengan nyaman2 jer.

 

Lepas habis makan naik van dan bergeraklah kami ke Taman Negara Sungai Relau untuk declare barang dan memulakan pendakian. Sini antara checkpoint last kalau nak pi melepaskan hajat dgn bertamadun (rasanya dekat kuala juram pun ada toilet). Tapi nampaknya perut gue tidak memberi kerjasama, jadi sebelum pergi berjaya buang air kecil je. 

8.30 pagi. Bersama dengan kumpulan kitorang masa declare ni adalah geng cikgu, budak lagi, student Intitut Pendidikan Guru (IPG). Memang stamina padu teroks.

Masa declare barang, aha muka ada sinyum
Pelajar contoh masa sekolah ni, dengar briefing pun salin nota tau
10.30 pagi. Lepas declare barang, dengar taklimat then bergeraklah kami ke kuala juram dengan menaiki 4wd untuk memulakan pendakian. Naik 4wd ni aku rasa ada lah dalam 30 minit. 



11.15 pagi. Sampai di Kuala Juram adalah lokasi terakhir nak guna toilet formal. No more after this, at least for 7 days. Wahaha! Tapi aku dah gi kan masa kat Sg Relau tadi, jadi jimat dah kat situ. 

11.45 pagi. Setel proses toilet, buat regangan ringan sikit, taklimat abg guide (abg peja n abg mail), simple taaruf, doa, bergambar then off we go. Dekat tengahari juga baru start pendakian rupanya. Ahaha.


1.15 petang. Lepas melintas beberapa sungai yang airnya seperti warna teh o, kami pun berhenti makan tengahari. Air sungai yang last ni boleh tahan dalam dia. Atleast untuk aku lah, ada part tu tenggelam sikitlah ke paras pinggang. Kalut aih, terus laju2 nak cross, sayang beg punya pasal. Makan tengahari ni, dah siap2 pack. Beli dengan makcik sarapan pagi tadi. Nasi putih gulai ayam. Tempat ni sebenarnya aku pun taktau nama apa, tapi sebelum kuala luis. Dekat sini jugak baru tau ada 1 lagi kumpulan yang dah masuk before kitorang, geng2 pegawai tadbir diplomat (PTD). 

Into the jungle
Nasib baik ada tali nak seberang sungai ni
air dia tak jernih sangat tau, macam teh o gitu
2.15 petang. Lepas dah siap makan lunch, pendakian pun diteruskan. Nak tanya aku trek macam mana? Aku rasa at most, day 1 ni adalah mencanak je tak ingat. Tapi for the detail, serius dah kabur2 dari ingatan. Hahaha. Terlalu perit pengembaraan 7 hari ini. Lepas makan lunch ni, aku jalan saing2 tokie. Sian tokie mengantuk siapkan ration. 

Trek dia, canak teruk. Meski demikian, nampak kamera tetap duduk dengan style ya.

4.00 petang. Dalam perjalanan yang perlahan tu, kami tiba jua di Lata Luis jam 4 petang. Dah nampak Reen, Azira, Fani ngan Along. Tapi, aku ngan tokie malas nak tunggu lama sebab kitorang jalan berdua pun dah habis slow, jadi lepas selfie dengan Reen n Paa, perjalanan di teruskan. This one super canak.

Lata Luis - Razreen, Paa, Tokie
Keupayaan untuk tidur dimana-mana
5.30 petang. Akhirnya kami tiba jua di Kem Korr! Ingatkan jadi yang last, tapi sebab dah bypass geng2 layan air terjun stop kat lata luis tadi, dapatlah sampai sebagai golongan pertengahan. Hehe. 

Yang baju merah2 hujung tu la geng2 IPG, bakal2 cikgu belaka.

Masa sampai tu sembang ngan Razreen, kita nak solat jam berapa. Lepas tengok keadaan sekitar, semua sibuk mempersiap fly tidur dan memasak. persefahaman pun disepakati untuk solat jam 6 petang. 

Dah jam 6, tengok keadaan seperti tak juga bertenang. Maka aku pun ajak tokie solat dulu. Habis je solat, ada suara menegur tindakan kami solat dulu tanpa menghiraukan orang lain yang sedang bertungkus lumus memasang fly dan memasak. Takde lah dia marah kita orang solat tu, tapi dia harap kitorang dapat sama-sama tolong, sama-sama siap dan solat bersama-sama. Pergh padu bak ang! Panas telinga aku. Terus melompat aku dari ground solat dan mencari pancang. Hagituh! Mantap bukan? 

Kam antara individu yang sinonim dengan dapur. Aku memang kagumlah dengan orang yang auto pilot terus pandai memposisi diri ni. Bilalah aku nak jadi manusia yang berguna ni. Sering terasa sampah. Aduh. 
Hari tu ada menu pisang goreng untuk minum petang, tomyam untuk makan malam. Mi goreng dan nasi putih untuk breakfast dan lunch esok. 

Oh dan malam pertama kami di gunung di sambut dengan hujan. Macam biasa beg aku dah selamat aku bungkus kat luar, aku plak tertidur setelah jemaah maghrib isyak bawah fly. Sedih plak hujan, teringat masa tok nenek. Memang down. Hujan, sejuk dan lapar. 

Bila bangun, eh makanan dah siap. Hahaha. Disebabkan aku antara orang terakhir yang makan, maka sempatlah aku makan sambil terdengar dengar gosip2 tak puas hati/ komen2 membina. Tapi aku dengar je lah. Tak kuasa nak menyampuk. Down sebab hujankan tadi, kenalah menjiwai situasi.


Oh ya, maka tamatlah hari pertama yang melelahkan. Afterall, beb, hari pertama survived!

Day 1, checked ✔

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema

22 September 2019

Life full of suprise

Hari ni, lepas balik mukhayam di Hulu Langat, nampak mesej kak siti di group keluarga. Nak balik kuala selangor katanya. Aku pulak baru je masuk pekan ulu langat time tu. Masih duk bayang lagi akok yang bakar atas arang. Memang selalu aku beli kalau masuk batu 18 ni.

"Kau dah kat mana? Ah baru habis program ni"
"Nak ambil jiha ni. Nak ikut ke? Boleh patah balik, 20 minit je"

Nak jadikan cerita, kedai akok xnampak plak hari ni. Jadi ikutlah kak Siti ke kuala selangor. PJ ke Kuala Selangor ni bukan jauh mana, 30 ke 45 minit sampailah. Tapi tu lah kan. Jarang benor2 nak baliknya.

Sampai je rumah maklong, nampak maklong ngan mak ude santai2 duduk kerusi luar rumah.

"Apsal maklong ngan mak ude duduk luar plak jerebu2 ni"

Saat salam bertukar dan sapa mengiring kekakuan petang yang tak berangin,

"Abang eri kau baru je balik, tak jauh lagi rasa ni. Silap2 baru sampai jeram, entah2 korang selisih tadi kat jalan" - mak long
"Si haikal pun tak abis tanya, acik Sarah tak balik ke? Bila acik Sarah nak balik?" - mak ude
"Oh ye ke. Takpe hantar gambar sat"
Selpi sekeping, hantar group family.

'mana ekal?'

'Haikal baru gerak'

Suprise sangat, sampai2 makcik2 dah sambut kat depan pintu.

Meanwhile,

Mak dan ayah pun dalam perjalanan nak balik ke kampung (k.selangor). Tengah dalam perjalanan diorang dapat call dari ayah ude, bagitau dah depan rumah kami kat kampung (perak). Pakcik mai rumah, tapi orang kat rumah takda!

Suprise jugak kan? Betullah! Hidup ni memang full of suprise. Ada orang dikejutkan dengan kedatangan tetamu yang tak diduga. Ada orang terkejut sendiri sebab tuan rumah takde kat rumah.

Tanpa kejutan, tak berwarnalah hidup. Kan? Till then, jumpa lagi dengan kejutan2 seterusnya dalam kehidupan.

*cerita xpdc Tahan, masih dalam draft mode. Aku nak lengkapkan tulis 7 episod baru schedule skali gus. Takut kang post 1, then dah malas nak post sambungan, bersalah plak rasa.

**haze masih haze. Jaga kesihatan gais (walaupun kesihatan aku pun dah terjejas last week, Alhamdulillah dah getting better jugak) minum banyak air k!

11 September 2019

Pre Tahan 2.0

Projek Tahan ni dah start since hujung 2018. The idea came after Trip Silipat Thailand (which is aku tak ikut pun trip ni). In fact, pada permulaan cerita aku memang excluded dari senarai pun. Sebab dari awal lagi aku dah pernah mention kat Tokie yang aku takde intention nak pi Tahan. Tapi tu lah kan, macam mana jalan takdir berputar dan aku teruji dengan kata-kata sendiri. Wuhu.

Semenjak dari itu, maka series of training pun giat berlangsung. KorGa, Datuk, Angsi, Gasing, Tok Wan, Tok Nenek, GapUluSemangkuk sehinggalah Basic Camping yang berlangsung beberapa hari sebelum Trip Tahan. Persediaan fizikal di perkukuhkan tak lupa juga persediaan peralatan dan ration makanan.

Tahan ni, banyak juga drama sebelum tarikh. Line up tarik diri, normal lah ni kan? Cuma yang gelabahnya, yang biasa (baca: hardcore) handle camping pun tarik diri. Ok tu satu hal, hal yang lebih meruncing, bila isu jugak dengan guide Taman Negara. Hahahaha, ni kelakar. Hampir-hampir route Merapoh - Kuala bertukar nak jadi Kuala - Merapoh. Huarghhhhh.. Kritikal part ni sampai terpaksa gaklah mengganggu ketenteraman Nizam yang sibuk menjalani ibadah haji. Huhu.

Ala kulli hal, thats how the journey begin! 

Bersama ketidaksempurnaan kita, kita mulai juga pengembaraan yang telah kita susun.
Perjalanan ini, bukanlah perjalanan untuk menawan puncak Tahan.
Tetapi perjalanan ini, adalah perjalanan kita untuk menawan diri kita sendiri.

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema

05 September 2019

Hiking

Ada orang mendaki sebab minat. Sebenarnya kalau aku naik gunung, most of the people yang aku jumpa memang yang ni lah. Passion.

Tapi bagi aku sendiri, bukanlah sebab passion sangat. Sebab letih kut hiking ni. (tapi berbaloi lah dengan view yang priceless itu)

Pada aku, hiking ni.. tempat aku bertemu pelbagai jiwa manusia yang baru. Selepas penat jumpa perangai2 manusia yang ditemui sehari hari. Bila kita jumpa orang yang sama setiap hari, memang letih dan menyakitkan hati. Jadi sebelum lebih sakit hati dan tak dapat dibendung lagi. Baiklah kita shift sikit kita punya fokus untuk kehidupan yang lebih tenang dan aman.

Aku suka hiking sebab aku dapat jumpa banyak jiwa2 yang positif, lantaran menyemarakkan semangat untuk terus hidup. Dari setiap peribadi individu yang aku jumpa di gunung memberi sedikit harapan untuk aku, sisi hidup mereka seolah memberi pengajaran untuk aku. Ada banyak sebab untuk aku tidak mengalah dengan hidup. Dan ada banyak sebab untuk aku berubah menjadi lebih baik.

Too stressed in our daily life is so not good. Lagi2 di zaman penyakit mental dan kemurungan semakin menjadi jadi ini. Divert sikit your lifestyle supaya mata hati kita lebih luas dan terbuka memandang kehidupan.

This is a start, to the long story of 7 days journey. Stay tune..

bersambung..

#triptahantakmenahan
#pewaibergema