Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

12 November 2019

Fauhan

Dalam kehidupan kita sepanjang umur, mesti ada orang yang bila kita jumpa rasa tenang sangat. Rasa semakin dekat dengan Allah. Duduk/ pandang dia saja dah rasa dekat dengan Allah, tu belum bersembang lagi. Subhanallah. Kalaulah dapat jadi orang yang macam ni.

Ada seorang junior masa zaman um dulu. Rapat jugak dengan dia sebab sama persatuan dan through out time, dia jadi co-naqibah, jadi lagi keraplah berjumpa. Confirm at least seminggu sekali.

Dulu, zaman tu, pagi2 sebelum Subuh dia akan missed call or call terus untuk remind kan Tahajjud. Dan aktiviti ni berlanjut sampai a few years lepas start kerja. Moga semua usaha dia, Allah debit kan pahala ke akaun akhirat. Oh those time, rindu nya!

Tiba-tiba petang ni aku teringat pulak kat Fauhan. Moga Fauhan terus di jaga Allah dengan sebaik baik jagaan.

#karismaum
#kawan10tahun

11 November 2019

Blogger Update

Oh hai gais. 

Korang biasa udate blog dekat phone or laptop? Aku selalu dekat laptop. Lancar sikit nak menaip pakai keyboard kan. Lagipun, apps blogger ni macam tak cukup supportive untuk upload gambar. Macam post Tahan aku yang lepas yang kaya dengan gambar tu.. macam mana nak setel? Susah kan? Yeah, thats the problem! Di sebabkan tu, memang aku post entri through laptop sajer.

Tapi!

Tapi, tapi, tapi.. blogger dah update k apps dia. And im loving it! (Sambil tengah taip kat apps blogger ni)

Oh ya, dan sempena perayaan 11.11 nih, haruslah aku tak terlepas menyertai arus semasa. Aku pun dah buat order k! Keyboard untuk phone! Wuhu... ok harap2 dengan pembelian tersebut aku akan rajin update blog! Update blog on the go? Sambil2 minum kopi kat starbuck, keluarkan bluetooth keyboard siapkan write up baru. Waaahhh... best betul berangan ni, siap terasa rasa dh kopi starbuck nih.

😊

Sampai sini dululah episod testing blogger new update ni. Till next post ya! Moga ada post yang lebih menambah iman di masa depan. #siscuba

27 October 2019

32

Ulang tahun kelahiran pada tahun ini jatuh pada hari Jumaat. Bersamaan hari penghujung bertemu pula dengan cuti Depavali. Dekat pejabat, tak ada yang sedar tentang hari ini, di media sosial, kaum keluarga dan rakan-rakan terdekat telah mula membanjiri dengan ucapan selamat.

Nak celebrate tak sempat, sebab kena ke Puncak Perdana mengambil Najihah untuk di bawa pulang ke kampung halaman.

Akhirnya, meniti usia ini. Sambutan yang sederhana sekadar bertukar ucapan dan sapa. Sesederhana ini. Tiada kek mahupun sambutan makan-makan.

Alhamdulillah.

untuk nikmat umur.
untuk nikmat sihat.
untuk peluang masih bersama iman dan Islam.

moga sehingga akhir nafas, tetap bersama iman dan Islam. Amin.

17 October 2019

Tukar Bateri Kereta 2019

Macam biasa, tulisan ni demi memudahkan ingatan di masa depan. Sebab nanti lagi setahun dua mulalah menggagau bila last time tukar bateri. Camtu.

15/10/2019

Alkisahnya, malam tu aku pergi usrah. Masa tu minyak dah tinggal 2 bar. Jadi aku pun fikir2, ok nih balik satgi bolehlah singgah stesyen minyak, isi siap2, tak kalut sangat nak pergi kerja esok.

Usrah hari ni, alhamdullillah lancar. Around 10.30 tutup majlis dan bersurai. Ara, Su dan Balqis nak makan dulu di mamak sebabnya Ara tak dinner lagi, direct ke usrah dari ofis.

Aku tak join (pada asalnya) sebab ingat nak cepat balik, ada kerja design sikit nak kena siapkan. Aku pun masuk kereta. Start enjin. Ok takde bunyi. bertenang. start lagi. oh men. Dia buat dah. Aku pun fikir, ni salah bateri ke, salah minyak tak cukup. Hmm. Yang buat aku confuse sebab, usb boleh main lagi. Tapi aku pasang je lampu, terus mati. enjin memang tak leh pegi. Tak klik pun.

Maka aku pun tutup pintu kereta, kunci secara manual, dan melangkahlah ke mamak. Lega sebab diorang sambung makan dulu sebelum balik (Nampak tak, ada hikmahnya makan malam. Ahaha) Sebelum apa2, aku whatsapp jugak member yang husband nya mekanik, tapi nasib tak menyebelahi, laki dia ada job kat KL. Maka, Ara tolong callkan bateriku, Balqis tolong loankan duit dan Su tolong teman sampailah setel penukaran bateri.

Ok for info, bateriku ni bila dia mai, dia akan checkkan dulu, bateri tu memang dah perlu tukar atau belum, kalau belum then takde la dia tukar. Dan takde caj untuk check. Kalau dia tukar bateri tu, then confirmlah korang kena bayar kan.

Tapi! Kejadian aku ni dah lepas jam 11 malam. Perkhidmatan bateriku ni 7-11pm, lepas dari masa tu dorang masih terima call, cuma untuk mekanik/runner yang nak tukar bateri ni dia sub kan kepada agent. Untuk kes aku ni, agent yang datang dari MyAssist. Jadi, bila dia sub kepada ejen camni, adalah caj tambahan sekiranya datang untuk cek sahaja. Kalau betul memang kena tukar bateri takdelah caj tu, korang bayar je harga bateri seperti yang dipersetujui. Masa korang call nak minta khidmat mula-mula tadi, dia akan bagitau harga siap2, so korang boleh prepare awal2 dah harga tu.

Not badlah, brader MyAssist ni pun perform gak, knowledgeable. Banyaklah info2 yang dikongsikan. Dia cakap, isu dengan myvi lagi best memang selalunya kalau bateri nak mati, dashboard punya info akan lari2 sikit. Sempat jugaklah dia tengok2 kan saga Su lepas siap pasang bateri kereta aku. Bagus budaknya, meh nak rating sikit. Eh tak tau kat mana nak bagi 5 bintang. (Zaman sekarang kan, semua nak rating)

So, hari tu aku balik dalam 12.30 tengah malam. Sampai rumah, memang takde makna lah nak buka laptop lagi.

Kos hangus: RM231.00 (Bateri GP Gold)



Ok, till then.

15 October 2019

Seputar Gathering IMPJ.

Kelmarin (Ahad) ada gathering Ikram Muda Petaling Jaya. Masa gathering ni, ada sharing dari Ust Zainal Abidin, YDP Ikram Setiawangsa. Muda orangnya, sesuai dengan tema gathering orang muda nih.


Ada beberapa point dari perkongsian ustaz yang nak aku sharekan untuk semua. Oh ya, ustaz cerita tentang kronologi kehidupan Rasulullah saw semalam.

1. Nabi masa keciknya tinggal dengan pak ciknya, Abu Talib. Dari kecik dah bekerja. Zaman tu, hiburan rakyat adalah konsert/karaoke/ bersyair di malam hari selepas penat bekerja. Nabi pun tak ketinggalan teringin untuk tengok tapi disebabkan nabi penat kerja siang hari, jadi malam nabi tertidur (dan ofcourse Allah lindungi nabi jugak). Tak sempat nak pergi berhibur.
Reflection: Hmm, macam jauh dah tersasar kehidupan aku nih. hmm

2. Nabi ni orang nya baik, tak buat maksiat, tapi bila sampai umur 39 tahun dia mula terfikir kan tentang apa sebenarnya tujuan hidup ini. Dengan keadaan tanah arab ketika itu. Nabi pun menuju ke Jabal Nur untuk berkhalwat di gua thur.
Reflection: Tak cukup untuk kita saja jadi baik, tapi kita kena ajak orang jadi baik sama. Kita kena fikirkan, macam mana untuk orang semua jadi baik bersama sama.

3. Kalau kita baca sirah, bila disebut gua, ada 2 jenis yang kita boleh bayangkan. 1, gua yang besar yang ni di sebut kahf (english: cave), macam yang diduduki oleh pemuda kahfi tu. Gua ni lah level macam gua tempurung ke gua niah ke gua kelam. Satu lagi gua nama dia ghar, adalah sebenarnya lubang je. Dekat Arab ni, gunung/bukit dia takda pokok ada pasir/batu je, jadi bila batu ni tergerak, adalah kawasan yang berlubang dekat bukit tu. Lubang pada gunung ini lah gua thur yang nabi pergi untuk bermuhasabah tu. Jadi memang muat untuk 2 orang je maksimum. Kalau baca tentang perjalanan nabi ke madinah, dia menyorok dalam gua dengan Abu Bakar pun gua jenis kedua ni, lubang pada gunung.
Notes: Aku baru tau penjelasan tentang perbezaan 2 gua ni, barulah clear imagination

4. Nabi sangat terkenal sebagai orang yang suka menyambungkan rahim (silaturrahim) Boleh kata, hiburan untuk nabi menyambungkan kaitan orang yang baru dikenali. "Oh, jadi awak ni anak sipolan, adik sipolan?" (contoh keadaan) Hobi nabi ini menyebabkan nabi sangat mengenali orang-orang di sekitarnya. Dan nabi suka berkawan dengan Abu Bakar kerana Abu Bakar adalah pakar nasab di zaman itu.
Reflection: Kadang kita jumpa orang jaranglah nak cerita pasal kait asal-usul. Lagi syok sembang pasal artis, harga minyak, politik, ekonomi mahupun kosmetik terbaru. Kena muhasabah ni.

Sebenarnya tazkirah ustaz ni panjanglah lagi, aku point out yang aku baru tau je. Ahaha. Yang menariknya ustaz tutup kan tazkirah dengan kisah Umar.

Sahabat nabi Khalifah Umar Al Khattab adalah antara 10 orang yang dijanjikan syurga. Perkara ini telah pun sedia maklum kepada Umar, namun ada satu hadis yang menyebabkan Umar gusar.

"Semua orang akan masuk syurga kecuali satu (orang munafik)"

Sejak itu Umar menjadi bimbang, adakah dia orang yang dimaksudkan. Di zaman itu, ada seorang sahabat yang nabi amanahkan untuk menyimpan senarai nama orang munafik, iaitu Hudzaifah Al Yamani. Sejak itu, Umar sentiasa melihat Hudzaifah, kalau hudzaifah tak solatkan jenazah, maka tahulah dia yang orang itu adalah munafik. Kerana kebimbangan ini, beberapa kali Umar bertanya kepada Hudzaifah, adakah namanya termasuk dalam senarai orang munafik. Namun Hudzaifah tidak menjawab, kerana amanahnya dia terhadap janji kepada Rasulullah. Betapa takutnya Umar, sehingga ketika beliau nazak, beliau memanggil anaknya dan memberitahu, sekiranya Hudzaifah tidak solat jenazah ketika beliau meninggal, maka buanglah dia. Jika sebaliknya, tanamlah dia di samping kubur Rasulullah.

Reflection: Begitu sekali ketakutan dan kebimbangan sahabat yang dijamin syurga. Maka dimana pula tahap kebimbangan kita? sedang amal yang belum konsisten. sedang sabar dan ikhlas masih terbata bata.

Gathering hi-tea IKRAM Muda Petaling Jaya.