Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

08 December 2019

Life Lesson - Kak Nora

Semakin banyak meningkat umur ni, semakin banyak kita akan belajar dari kehidupan. Kehidupan mengajar kita tanpa pernah berkata walau sepatah pun. Mungkin sebab itu, manusia menjadi semakin kurang bercakap seiring usia. Kerana diamnya manusia itu sedang mencernakan pelajaran kehidupan.

Biasa dengarkan, jodoh akan datang pada waktu yang tepat. Ok, ini bukan post pasal jodoh, bodoh atau hodoh. Aku cuma nak kaitkan dengan persahabatan. Kita dapat bersahabat dengan orang juga menunggu waktu yang tepat. Hari ni, aku nak cerita tentang seorang kawan yang bernama, Kak Nora 😊


"Sarah tau tak kenapa akak nak sangat naik Gunung Tahan ni?" Ujar kak Nora masa kami sedang menyantap hidangan tempoyak ikan patin di tepian Sungai Tahan. Kami tu adalah Kak Nora, Mid, aku dan Fani. Masa tu baru je keluar dari taman negara yang dikategorikan sebagai antara Hutan Hujan yang tertua di dunia. Letih dah berhempas pulas mengharung 7 hari di dalam hutan bersama. Jumpa ikan patin lain macam naik syekh dia.

"Kenapa tu kak?" Tanya aku sambil menghabiskan kunyahan aku. Bersedia untuk memasukkan suapan seterusnya. Tempoyak ikan patin is no joke gais, smokey sikit compare dengan versi yang Termerloh atau versi mak aku masak. After all, nothing go wrong dengan gandingan tempoyak dan ikan patin. Alamak dah terbayang plak. 🤤

Rupanya kak Nora pernah dapat offer untuk naik Gunung Tahan masa sekolah rendah. Sekolah dia ada 2 orang je dapat tawaran tu. Dia dan seorang lagi budak lelaki. (Fuh, memang sejenis power dari kecik lagi) Punyalah excited kak Nora bila dapat offer tu. Balik rumah bagitau dekat mak ayah, tak sangka kena reject! 😂 Haruslah, kalau aku jadi mak pun, mungkin aku pun akan tak bagi jugak kut. Sekolah rendah pastu kena camping dalam hutan. Macam mana nak beraknya, nak solatnya, survivalnya. Barangkali itulah juga yang difikirkan oleh mak ayah kak Nora masa tu. Anak bongsu lagi, ish2! Jadi disebabkan dari peristiwa itu, kak Nora menyimpan keinginan untuk ke Tahan.

Kak Nora yang biasa aku dengar dari mulut Tokie dan Mid ni pertama kali aku jumpa adalah ketika mendaki Gunung Kerinchi di Jambi, Sumatera, pada Ogos 2017. Baik peribadinya, susah nak jumpa sejenis manusia macam kak Nora. Alkisahnya, selepas Trans Tahan 2019, sengaja aku belek-belek fail pendaftaran lama GSB. Rupanya sekitar 2014 kak Nora pernah join program wall climbing gsb. Snap! Dan aku tak perasan langsung kak Nora ketika itu!

Aku kira ada hikmah yang Allah sedang simpankan untuk perkenalan kami yang terbilang agak terlewat ini, untuk aku mempelajari dan mengambil teladan dari sosok kecil yang begitu merendah diri, kak Nora.

Garis hidup kita pernah bersilang, tetapi persilangan itu tak semestinya menemukan kita. Mungkin sekadar berselisih pada lini masa. Dan begitulah dengan pelbagai lagi kejadian2 dalam hidup. Fikir2kan, selamat beramal.

30 November 2019

Perpisahan

"Kalau nak berpisah je kena sedih sedih, kenapa ek? Takyah lah sedih sedih. Kita happy2 je lah. Tak boleh ke?" Kata Aqilah pagi semalam.

Semalam hari terakhir untuk beberapa orang di mahkamah. Dapat tukar ke tempat lain. Untuk 2 ketoi mereka yang diraikan pada Khamis lepas ni, aku dah ambil maklum sejak beberapa minggu lepas. So dah prepare lah kata2 semangat, mengintai dari tirai kamar, dan sebagainya. Sepanjang 2 minggu tu xdelah sedih mana pun. Ye lah, busy kut nak documented, hand over etc. Dan akhirnya hari semalam a.k.a last day depa pun tiba. Cik Mira masih kat sini, Jln Ampang tapi Cik Ida bertukar ke kampung halaman di Kemaman. Fuh fuh jauh habis tu.

Sebelum balik semalam (lebih kurang jam 6.30) aku tengok Cik Ida tak habis berkemas lagi. Mata dah memang lebam dah. Mesti berat tu nak pindah, time susun barang, macam tengah susun kenangan demi kenangan. Wuwuwuw. Kata orang putihnya heavy heart eh. Huhu. Aku tak ingat pulak berapa lama dah cik Ida kat mahkamah ni, yang pasti cik Mira dah 12 tahun. Hmm aku dah 8 tahun ngan company ni.. agak2 macam manalah satu hari bila resign. Tak sedih macam ni kut eh? Sebab geng semua dah lebih dulu resign pun.

Oh nak dijadikan cerita masa balik tu, aku terserempak kak Nor dalam lif. Dia duk mengangkut pasu bunga. Atas kepelikan melampau, aku pun bertegur sapa. Oh my! Kak Nor pun dapat pindah 😢 Surat dapat semalam, Isnin depan lapor diri kat POJ, penempatan kat mana belum maklum. Okey ni memang rasa tertikam rasanya. Why everyone leaving? Tell me why!! Grrr..

Ya gais, at the end nothing stay. Nothing is forever. Tak ada yang abadi. 

Moga kita semua dapat beradaptasi dengan perpisahan ini, selalu di naungi rahmat Allah dan get back our strength and motivation to move forward. Stay strong everyone! 💪💪

17 November 2019

Pagi..

Bangun dari tidur pagi ni menerima kabar duka dari group sekolah, kepulangan kembali Cikgu Rafhan kepangkuan rabul jalil semalam. Innalillahiwainnailaihirojiun. Sempatlah satu atau 2 kelas dengan cikgu Rafhan masa sekolah dulu. Semoga Cikgu ditempatkan dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Pagi.

Hari ini awal juga bangun tidur, sebab semalam frust tak dapat keluar malam sebab hujan. Then, sebab frust, tidur awal. (Rasanya kalau tak frust pun tidur awal gak. wahaha) Bila dah tidur awal, maka bangunlah awal! 

Perasaan bangun sebelum cahaya ni memang lain ya. Syahdu je terasa. Teringat zaman-zaman student dulu, zaman-zaman sekolah menengah. Memang setiap hari sebelum cahaya. 

Ingatkah engkau kepada embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkah engkau kepada angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta...
(Sebelum Cahaya, Letto)

Begitulah zaman. Akan terus berputaran meninggalkan kita yang seringkali tertinggal dan terperangkap dalam kenangan demi kenangan. Kata Fiersa, kenangan itu letaknya di hati, buat di kenang bersama secangkir kopi atau teh di waktu senja, uhui, asyik!

Hei pagi,

semoga hari baru memberi semangat baru! Lets have a good day.

12 November 2019

Fauhan

Dalam kehidupan kita sepanjang umur, mesti ada orang yang bila kita jumpa rasa tenang sangat. Rasa semakin dekat dengan Allah. Duduk/ pandang dia saja dah rasa dekat dengan Allah, tu belum bersembang lagi. Subhanallah. Kalaulah dapat jadi orang yang macam ni.

Ada seorang junior masa zaman um dulu. Rapat jugak dengan dia sebab sama persatuan dan through out time, dia jadi co-naqibah, jadi lagi keraplah berjumpa. Confirm at least seminggu sekali.

Dulu, zaman tu, pagi2 sebelum Subuh dia akan missed call or call terus untuk remind kan Tahajjud. Dan aktiviti ni berlanjut sampai a few years lepas start kerja. Moga semua usaha dia, Allah debit kan pahala ke akaun akhirat. Oh those time, rindu nya!

Tiba-tiba petang ni aku teringat pulak kat Fauhan. Moga Fauhan terus di jaga Allah dengan sebaik baik jagaan.

#karismaum
#kawan10tahun

11 November 2019

Blogger Update

Oh hai gais. 

Korang biasa udate blog dekat phone or laptop? Aku selalu dekat laptop. Lancar sikit nak menaip pakai keyboard kan. Lagipun, apps blogger ni macam tak cukup supportive untuk upload gambar. Macam post Tahan aku yang lepas yang kaya dengan gambar tu.. macam mana nak setel? Susah kan? Yeah, thats the problem! Di sebabkan tu, memang aku post entri through laptop sajer.

Tapi!

Tapi, tapi, tapi.. blogger dah update k apps dia. And im loving it! (Sambil tengah taip kat apps blogger ni)

Oh ya, dan sempena perayaan 11.11 nih, haruslah aku tak terlepas menyertai arus semasa. Aku pun dah buat order k! Keyboard untuk phone! Wuhu... ok harap2 dengan pembelian tersebut aku akan rajin update blog! Update blog on the go? Sambil2 minum kopi kat starbuck, keluarkan bluetooth keyboard siapkan write up baru. Waaahhh... best betul berangan ni, siap terasa rasa dh kopi starbuck nih.

😊

Sampai sini dululah episod testing blogger new update ni. Till next post ya! Moga ada post yang lebih menambah iman di masa depan. #siscuba