Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

19 September 2014

CBL Trip .. Part 2

CBL adalah singkatan untuk Chemerong Berembun Langsir. 
Nama ekspedisi sempena Hari Malaysia kitorang kali ni. 

[Day 2 - 13 Sept 2014]

Disebabkan kalut sangat masa naik bas, aku ngan Yan hanya berbekalkan handphone dan sweater je naik bas, lupa dah nak ambil dompet. So, berhenti kat hentian pow duit Awanis jer. hehe.

Ok, begitu begini. Kami tiba di Hutan Lipur Chemerong pada jam 5.30 pagi. Sampai jer kat sana, kitorang pun dibahagikan kepada 4 kumpulan. aku kumpulan 2, sekali dengan Yan dan sorang lagi Najwa. dan yang lain, 7 orang lelaki (Bot, mat, sofi, nizam, akhir, ishak, hakim). task first masak mihun goreng. lepas tu solat subuh. Makan sarapan, lepas tu rearrange beg untuk masukkan ration (makanan mentah utk bawa naik) Aku dah puzzle kat sini, sebab beg aku tu memang dah full habis dah. Tak muat dah nak masuk barang sebiji energizer AAA pun (ok ni exxagerate..) Lepas timbang tara, aku tinggalkan mangkuk tin besar, bawa mangkuk tin kecil je. pastu aku keluarkan sleeping bag, sangkut kat luar beg.


Maka bermulalah sebuah perjalanan. huhu. Mula-mula start trekking tu, kita akan jalan je kat atas trek simen, yang kalau kat taman biasanya orang jogging tu. Aku kat situ pun dah rasa nak muntah. Haha! Low stamina tak tau takat apa dah. !== Tapi slow2 aku jalan gak lagi, sampai part naik bukit.. dia da start mencacak 70 - 80 degree. Ha time tu, aku memang da fedup gila. Aku tengok Is steady je blakang aku, siap angkat dua beg, depan dan belakang. Beg depan simpan air, beg belakang simpan barang. Mula-mula dia, Najwa ngan luqman tolong rearrangekan susunan beg aku tu. Ok lagi, aku naik lagi. Tak sampai 10 langkah macam tu, aku stop lagi. Lutut aku! Lenguhnya. Then Is muncul kembali, "akak ok ke ni? beg berat sangat ke? luqman, sini jap kau tukar beg dengan kak sarah" steady je dia bagi arahan kat budak lelaki tu. Aku pun tak kenal. Dia kenal kut. Aku waktu tu dah takleh brain dah. Hampir hilang pedoman dah tu, aku terus je tukar beg ngan budak tu. "Mak aih memang berat ni. Lain kali kalau masuk hutan bawa 2 helai baju je satu buat tidur, satu untuk solat" gitulah pesanan si lukman ni. aku ia kan saja lah. Tapi so far lepas tukar beg ngan budak tu, ok gak la dari sebelum nya. hahaha. (p/s: sepanjang hike aku duk zikir.. ini first, ini last. berapa juta kali aku tak tau. sama macam zikir aku masa aku naik perlus dulu :P)

Slow and steady kitorang teruskan perjalanan hingga ke Kem B. Sampai Kem B aku nampak diorang da pasang fly. maybe untuk orang orang yang lambat cam aku ni take a rest sat kan. Pastu Coach, tuan mus ada la bagi briefing lagi pasal perjalanan. Next pitstop adalah Kem Y, kat sana kitorang akan berhenti makan dan solat. Dia juga panggil mana-mana yang rasa beg dia berat sangat untuk tampil tukar beg ngan bebudak lelaki. sobs, aku lah tu. heuheu~


Sebelum kitorang start skali lagi, diorang dah process beg aku. Diorang cakap susunan aku tu salah, antara sebab beg boleh jadi berat. Lepas je abam otai fahimi process beg aku, lukman angkat.. dia cakap ringan dah. Aku still bawa beg lukman lah, sebab even beg aku dah ringan pun still berat bagi aku, aku rasa lah. :P 

Lepas Kem B, korang akan lalu Bukit Taubat. ahahaha~ bukit taubat ni memang buat korang rasa taubat nak naik lagi. paling mencacak kut, bila naik tu kena pakai tali. Lepas naik bukit ni ok sikit kut? aku pun lupa dah d journey. masa naik tu bukan main merampus lagi dalam hati. Haha! 
Nasib baik aku da berjaya mengambil botol revive aku dari beg. dapat juga la menghilang lelah dahaga. T.T Masa kitorang berjalan tu, rupanya kitorang dah terlepas kem Y dah. kesilapan teknikal dari pihak shooter (orang yg berada plg depan dalam hiking group)

Sokayy, ktorang berenti je ntah memana untuk makan nasi lunch. Lepas tu, gerak lagi sikit.. jumpa taman bonzai. ha, tempat ni aku rasa paling... Subhanallah!! Cantik giler.. Aku sempat capture dalam otak jer la. Oh btw, untuk first day ni tak de rekod gambar langsung. Sebab fon aku dalam beg kan. sobs.

Lepas taman bonzai, sampai la ke puncak gunung berembun jam 3.38 petang. Alhamdulillah :) 

Kemudian, jalan lagi.. susur gigi air sungai/air terjun.. menuju ke Air terjun langsir. Tempat kem kitorang akan bermalam. Masa aku jalan dan jalan, ternampak kem site. memang gembira gila. Sekali kau, nama dia Kem Lesung. Ok, dah salah. Kecewa sikit. Rupanya xjauh pun .. jalan lagi 10 minit camtu sampai la ke Kem Langsir. Subhanallah. Cantik nya. Sejuk. Apa lagi?
[Rekod perjalanan: 9 jam, 8pg - 5ptg.walaoweh da macam opis hour plak]

Sampai tu, ktorang berkumpul sat, then mus bagi taklimat pasal kepentingan serta cara warming down dan announcement sikit kemudian bersurai untuk solat etc. Aku pi solat jap then mandi pastu p masak makan malam. Malam tu makan daging blackpaper, nasi putih dan telur dadar. Oh tambahan ada keropok sayur dan keropok lekor. Daging dia keras gila k. Haha. Last, aku tak makan pun daging tu :P Lepas makan malam, balik kemah jap sembahyang mgrb isyak. Pastu pi balik kat kumpulan, minum kopi sambil taaruf + story time. 

Kerdil gak ar rasa duduk dengan otai2 gunung ni. Banyak citer dorang share. citer tema mistik pun ader T.T. geram plak aku diorang ni, malam-malam citer hantu. So far ok lah, mengetahui interest orang sound interesting kan. Itulah tandanya orang muda, bersemangat! 

InsyaAllah, nampak banyak sangat potensi logam dalam diri masing2. 

Kitorang habis borak tu tak lah lewat sangat dalam 10.30 macam tu, tapi kat pergunungan kan, memang tak sama macam KL. Malam dia pekat ya ampun. Aku pulak, masa mandi takde rasa nak kencing, time nak tido plak sampai seru. ah, da steady duk paling hujung dalam kemah.. aku simpan dulu perasaan tu. berjaya jugala simpan sampai ke pagi, sedar2 bila jemaah subuh da start solat. haha. Dah lah kemah ktorang tu directly depan jemaah solat. pastu bangun lambat, memang memalukan!

dekat batu tu la tempat solat (berjemaah) lelaki. 
dan aku tangkap ni dari kemah aku tido.

*gambar ihsan fb ismaliana :)

bersambung..

4 comments:

ct nasyrah said...

ahhh..rugi nak tgk gambar taman bonsai yg hg kata lawa tu...ngeee

siti sarah aisyah said...

real memang nampak cantik, bila masuk gambar macam suam suam kuku jer. haha, try google 'taman bonzai gunung berembun'

roshidayahdayu said...

http://roshidayah1992.blogspot.com/2015/03/trip-santai-10-jam-chemerong-berembun.html

kami baru je sampai hehehe

next hiking =D

siti sarah aisyah said...

aha~ tahniah!