Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 September 2014

menjadi dewasa

will be a quick post today.

pada pandangan aku, menjadi dewasa memberi lebih banyak rasa sedih. Sebab bila kita jadi dewasa, pakcik makcik, atuk nenek, mak ayah. Basically orang orang yang kita sayang dan cinta sebelum kita kenal diri sendiri.. semua da menjadi tua. T.T

Dan sakit.

Melihat mereka terlantar sakit menambahkan sakit dalam hati.
pakngah (abg mak), kena strok. Adalah dah dalam 2 bulan, kut? Lumpuh separuh badan. Sekarang terlantar saja atas katil. Tak boleh bercakap. tangan dan kaki sebelah kiri je boleh gerak.
pakngah yang sama yang beri duit tiap kali aku balik kampung dulu. T.T Dari zaman aku sekolah asrama, sampai universiti. ah! *kesat air mata* muka pakngah selalu tegang lagi menggerunkan, tak banyak cakap. tapi aku tau sama macam mak dan ayah, cinta dan sayang tak semesti terluah dengan kata-kata. kan? tipikal ibu bapa zaman mereka.

Sementara pakcik dan makcik yang lain pun dah makin uzur, masing-masing dah ada penyakit tersendiri. *sigh*

Aku doakan pakngah, dan makcik pakcik yang lain kembali sihat macam dulu.
Doakan ye readers semua.

Oh, September dah sampai..
Semoga september membawa berita gembira kepada kita semua.

^__^

No comments: