Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 October 2014

27

Tahun ni 25 oktober jatuh pada 1 Muharam. macam ada penceritaan tentang sesuatu kan? tahun baru, umur baru :) Allahu!

sebenarnya, bila umur makin bertambah aku sepatutnya semakin bersyukur kerana terus diberi nafas yang berhembus. nikmat usia. nikmat kesihatan. tapi, banyak jugak yang aku sedihkan lagi lagi bab ibadat aku. makin berusia ni makin 'lemau' pula. sobs.

besarlah harapan aku supaya aku menjadi aku (being me) yang lebih baik sempena tahun baru dan usia baru ini. hwaiting!!

oh ya,

disebabkan tahun ini, birthday-ku telah jatuh pada hari Sabtu, bersamaan hari cuti. maka.. siri-siri sambutan hari lahir telah berlaku sebelum dari tarikh hari ini.

15hb Oktober 2014 (Rabu)


bertempat di Nandos, Sunway Piramid. bersempena dengan jamuan perpisahan Nasyrah dan Hajar dari keluarga kecil rakan pejabat. hari ini juga sebenarnya bersamaan dengan hari lahir seorang lagi rakan kerja yang telah berhenti (Zi wei). tiba-tiba di hujung majlis, ada 4 kek beratur. ok, masih ada orang nak celebrate birthday aku rupanya ;) *lapairmataterharu*

17 Oktober 2014 (Jumaat)


kat ofis PFCC saja. masa habis lunch boss call nak kek apa. Dia akan keluar negara ketika birthday aku, maka katanya kena belanja kek in advance. Terima kasih boss :)

22 Oktober 2014 (Rabu)


kat Surau Addeeniah, bulatan gembira! ok gembira ngat. buat pot luck dengan adik2 dan rakan seperjuangan (dh bertahun tahun dari single and available sampai ke sekarang dah anak dua) ada lagi kek untuk hari ni. Since memula nak buat double-triple birthday. end up aku sorang jer birthday girl yang ada. so celebrate utk aku sorang lah kan? hehe.

24 Oktober 2014 (Jumaat)


khamis Ann cuti, sekali hari Jumaat dia datang ofis dengan ini! Ok, kek biskut semua ada tahun ni :)
comelness..

*tahun ni takde suprise birthday celebration seperti tahun lepas, aku pun dah berpindah ke ofis yang lebih kecil kan. :) but i still love it! sambutan sederhana bersama kawan-kawan yang kita suka. perfect.

Dan hari ni 25 oktober tiba.
aku memilih untuk meraikan ulang tahun kali ini bersama sahabat seperjuangan dari serata Malaysia.. semoga dapat bertemu mata dengan rakan2 seperjuangan lama dulu. semoga mampu saling sama memberi kuat. sahabat yg sering membahu ketika ku jatuh apa lagi yang terus menarik lembut tangan ini untuk sama melangkah dan berlari.

bau rindu bau cinta.
mungkin ini hadiah terbaik.

sekian.

4 comments:

awanis said...

Selamat hari dikeluarkan dari perut ibu cik Sarah! Semoga hidup anda sentiasa dlm barakah dan lindungan Allah :)

Xcelebrate dgn sy pun tahun ni. Tskk. Nti tuntut hadiah k. :p

siti sarah aisyah said...

perh hadiah spt dibincangkan ritu siap dah ke? kihkih.

ct nasyrah said...

comey nye kek yg anne kasik tu! sedap ke?

siti sarah aisyah said...

yg ann bg tu biskut butter, atas dia fondant. sedappp! :)