Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

09 October 2014

Blog hopping

Pada satu masa dahulu.. terma seperti tajuk adalah begitu femes. masa tu aku rasa masa aku degree. zaman zaman facebook baru nak up. (tapi aku takde FB lagi zaman tu. ada nilai konservatif yang menyekat, masih melayan myspace dan friendster saja)

So, zaman FB baru nak up, blogspot sedang menyengat. aku kira zaman kegemilangan lah time tu. semua orang intrend nak ada blog. even persatuan mahupun kelab juga organisasi bukan kerajaan semua nak up-to-the-beat dengan membangunkan blog memasing. almaklumlah blog kan free. takde bayar parking macam domain. jadi, blog bertumbuh bagaikan cendawan selepas hujan (which is most of them sekarang dah krik krik. haha!)

masa zaman tu, terma yang agak femes adalah blog hopping. kiranya kita hop dari satu blog ke satu blog. ofkos blog memasing mesti ada letak link kan ke blog memember. then kita habis baca satu artikel hop ke link lain etc etc.

ada satu zaman ni, aku kira somewhere in 2009 aku jadi addicted dengan parkour. boleh tahan mudah terpengaruh juga aku ni. mudah jatuh cinta gitu. tapi untuk sukan ni aku macam takde ruang untuk mencuba. dan bila try sendiri macam tak berjaya so aku tak try for good.

ok berbalik pada parkour. maka aku pun stalk sorang-sorang punya blog. so, hari ni macam takde kerja, tetiba aku terscroll balik list blog bebudak parkour ni. gara-gara aku ternampak status update dari one of them kat fb. skrol punya skrol ada sorang je masih aktif (walaupun nampak cam tak la sekencang dulu) berblog. ya keyrana cool. aku rajin gak layan blog dia ni dulu. sebab dia suka citer panjang lebar tentang pemikiran dia. membaca fikiran manusia best kadang2. accept d different.

kisah daddy dan dolah aku suka. haha.

ada satu post dia, pasal deep ni macam ..


erm. betul jugak!

No comments: