ok. hari ni mau ceritakan tentang Janji.
[Al-Maidah:1]
"Wahai segala yang telah beriman, sempurnakanlah janji-janjimu"
ok, mari ikuti siri ini, kisah seorang Arab Badwi dengan janjinya.
ada seorang Arab Badwi yang dijatuhkan hukuman bunuh kerana membunuh seorang Islam yang lain. Sebelum menjalani hukuman bunuh, Si Arab Badwi tadi meminta kebenaran untuk pulang ke desanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada isteri dan anak-anaknya.
"Kau boleh pulang, tetapi siapa penjaminmu?"
Si Arab Badwi bingung kerana tiada saudara-maranya disitu. Sebelum kedatangan Islam, kaumnya ialah kaum yang paling rendah darjat diantara suku-suku kaum di padang pasir. Pada waktu itu tampil seorang sahabat yang menawarkan diri menjadi penjamin. Hakim dan sahabat yang lain terkejut. Bagaimana begitu tegar sahabat ini menjadi penjamin kepada orang yang langsung tak dikenalinya. Bukan juga saudaranya.
"Tetapi dia orang Islam. Dia telah mengucap 2 kalimah syahadah. Saya percaya kepadanya. Kalau dia tidak menepati janjinya, maka biarlah leher saya yang dipancung"
Hakim menerima niat ikhlas si penjamin. Tetapi, saat matahari hampir terbenam, Si Arab Badwi masih belum muncul. Semua mula beranggapan Si Arab Badwi telah melarikan diri. Hakim dan para sahabat menjadi gelisah, kerana takut kehilangan seorang sahabat yang baik hati iaitu si penjamin.
Apabila tempoh menunggu luput, Sahabat tadi pun di bawa ke tempat pemancungan. Saat semua orang sedang berdebar menunggu pisau pancung jatuh menebas leher, kedengaran derapan kaki kuda dan teriakan dari Si Arab Badwi.
"Maaf saya terlambat. Saya menunggu orang mengambil alih tugas menjaga anak yatim yang menjadi tanggungan saya"
Mendengarkan pengakuan tersebut, Hakim menjadi terharu. Si Arab Badwi menuju ke tempat hukuman, memeluk erat sahabat dan menggantikan sahabat yang hampir-hampir menjadi kurban tadi. Disaat genting itulah, waris mangsa yang terbunuh tampil ke hadapan
"Tuan hakim. Batalkan saja hukuman ini. Saya tidak sampai hati mengorbankan nyawa orang yang menepati janji. Saya tidak berani mengambil tanggungjawab kematian seorang manusia yang jujur. Saya sudah rela akan kematian bapa saya"
Hakim terharu. yang lain juga.
"Saya juga tidak berani mengambil tanggungjawab menghukum mati seorang hamba Allah yang berpegang kepada janjinya, yang tidak mahu mengorbankan orang lain kerana mahu melepaskan tengkuknya sendiri"
Si Arab Badwi dibebaskan, dan menjadi mulia dek menepati janjinya
dan Sahabat (Si Penjamin) menjadi lebih mulia kerana keikhlasannya.
[Al-Isra':17]
"Dan tunaikanlah olehmu janjimu, kerana janji itu akan ditanyai"
Pengajaran:
1.Amanah dan memegang janji - Si Arab Badwi
2.Tawakal dan ikhlas - Sahabat (Si Penjamin)
Source: Novel Imam - Abdullah Hussain
11.56pm
Rumah KJ
No comments:
Post a Comment