pengembaraan disertai oleh aku, awanis, alia, dan Kak CT. oh, tidak dilupakan tour-guide kami yang bergitu pemurah iaitu Kak Aishah yang bekerja sebagai nurse di Hospital Langkawi. :)
pengembaraan ringkas bersamaan 2hari 1 malam ni sangat sesuai dilaksanakan oleh org2 bekerja yang mahu bercuti tanpa perlu menghabiskan cuti tahun. (satu hal bukan sebab tanak amik cuti xtra, masalahnya kalau lebih lama kita duk sana lagi tinggi la cost. betul tak?)
laporan ringkas aku.
23hb
8.30 pg tiba di Langkawi airport, tunggu kawan kak CT datang amik9.30 pg, ketibaan kereta viva,RM120 utk 31 jam. (ini tak termasuk minyak. ktorang ngan bagus isi RM50, time pulang tu ada lagi 2 bar minyak)
-seterusnya, ke rumah Kak Aishah letak segala macam barang, dan motor. Then, Kak Aishah amik alih jd tour guide ^__^
-lepas gi rumah Kak Aishah, ktorg ke Hosp Langkawi. superb! macam hotel tu! Cik Nurse ni bg tau lagi, makanan utk patient sedap giler.. almaklumla tukang masaknye x-chef hotel.
10.30 pg, sementara nak tunggu ketibaan Alia di Jeti Kuah, kami pun ronda2 la Dataran Lang tu kan. Juga membeli sekeping map berharga RM3.50 (walhal dalam kereta da ada peta, tp tak cek punya pasal)
11 lebih - ketibaan Alia, kemudian terus ke kedai makan. Nyam2. korang penah dengar Bronok? ala yang ada hari tu masuk Majalah3 tu.. kat gerai tu la kitorang berenti makan. Dapatla merasa Bronok.
-Lepas makan, kitorang pun gerak ke Cable Car, malang sekali. tutup lak, mungkin tgh buat maintenance kut. (23hb - 30 april) So, sapa nak pegi Langkawi plan elok2 la ek. Disebabkan tutup, kami gerak ke Telaga tujuh, parking kat situ RM2. pastu bleh la nak panjat tgk telaga tujuh tu kan. ktorg? ah harapan. pancit awal, jalan2 kat bahagian air terjun sajalah.
-Alang-alang dah lalu tempat yg ada view best kan. Singgah sat kat Pantai Kok, amik angin. penat kut panjat nak ke air terjun tu. :P
2.30ptg - kami bergerak ke Masjid A'isyah menghala ke Pekan Kuah. Solat Jamak disana. (Ada banner pemberitahuan ceramah ustad kazim, padanla time smyg siap ada lelaki2 ni duk betul2kan itu ini)
-Seterusnya kami bergerak ke HIG. mendapatkan stok coklat! ya tepat, Haji Ismail Group. tp sbnrnya byk je kedai2 lain seperti Idaman Suri mahupun Coco Valley utk membeli-belah.
-Petang tu lepas shopping, gerak semula ke Pantai Tengah, pekena Laksa semangkuk kt Laksa Power, RM3 semangkuk. Best? Aku rasa aku prefer lagi Laksa Kuale, bergantung selera masing2
-Kemudian kami cari tiket untuk Island Hopping yang end up dengan tempah boat untuk Mangrove Tour. Hehe.. RM280 satu bot, maksimum 8 kepala. Tapi kitorang 5 orang je kan, jadi RM56 sorang gak la.
-Lepas beli tiket, duduk2 dulu di Cenang, tunggu sunset ^__^. (sedihnya suasana yang aku nak tak dapat T_T), kena rush balik ke rumah sebab Kak Aishah shift malam.. takpe nanti cari kat tempat lain plak.
8.30 malam - kitorang gerak ke Pekan Kuah, cari Pasar malam. pasar malamnye aku rasa biasa aje.. (Nota kaki: malam tu sesak betul depan masjid Aishah tu. Aku syak satu langkawi turun kut dengar ceramah)
*nice gak buat jurnal ni. tak payah nak pikir idea utk blogging.
(bersambung..)
1 comment:
Post a Comment