Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

02 June 2011

pagi semua..

Baru jam 5.45 pagi, hari ni aku menulis awal sikit. Semalam, keluar makan dengan Naim yang baru belajar2 hidup di bumi KL ni. Dia lepak sini 3-4 hari. Baru dia tau, orang KL lagi polite memandu dari orang Penang. (ahaha, kalau hangpa rasa orang KL memandu macam teruk ke kan, try la gi Penang. silap sikit hon, sakit jantung mak!fuh semangat)

Ok, berbalik cerita tadi semalam selepas kerja aku ke SDMC. Macam pernah aku bagitau sebelum ni, pasal cousin aku disana yang mendapat treatment once in a while cause of cancer. Sekali kimo belas-belas ribu kut bil. Dahsat wo! Tapi alhamdulillah, company tanggung. ringan sikitlah rasa kan?

Jadinya semalam kami berempat iaitu aku 3 beradik dan abg long keluar makan sikit. Selain dari kantung kimo tu, aku tengok abg long ni nampak sihat je. rilek2, happy. Pendek kata boleh jadi sumber inspirasilah! Apa-apa pun, hidup mesti diteruskan. dan secara tak langsung dia mengajar aku, kemana pun bucu takdir akan bawa kau, Be strong! ^___^.

Sebelum balik, kami tinggalkan beliau dengan HDD kak siti, kasi die layan sket muvie. ye lah duk mengadu bosan kan.. :)

er..(ni khas utk tuan putri yg bertanya) pasal RCT? huhu.. RCT is root canal treatment. perasaan menghadapi RCT? erm sepatutnya perasaan ni kena tanya sebaik sahaja selepas treatment. sebab kalau dah lama giler selepas treatment. perasaan yang tinggal adalah kepuasan! hehe. sedap wo lepas treatment. takat ni akak da pegi 2 rawatan akar. 1 student buat, pegh yg ni hazab! yg ke-2 doktor buat, waktu ni mmg gigi tgh sakit tahap dahsat sangat, jadi dah xperasan dah doc buat sakit ke dak. hehe :)

2 comments:

puteri said...

RFT (respiratory function test)la kak sarah bukan RCT.. kan bru buat mggu lepas.. nak la tau ckit apa perasaan...=)

Merentas Horizon said...

haha. maaf la yek, di sbbkn baru lagi dlm bidang cardio.. so term x berapa nak familiar. ok, nanti akak citer next post. :P