Alhamdulillah, perancangan yang telah di buat sejak sekian lama akhirnya telah pun terlaksana. Eheh, macam besar dan hebat sangat je perancangan, walhal merancang nak pergi program je kan..
Tapi, bukan nak cakap apalah kan.. tak dapat dinafikan bila kita nak buat benda-benda baik ni memang kita akan diuji. Antara contohnya, last minit mulalah ada perasaan-perasaan yang macam, aku tak sihatlah, xdapat pergi. Atau, banyak kerjalah xdapat lah. Tapi syukur sebab One Heart Solution buat program ni berbayar, atleast adalah jugak penguat untuk datang kan.. (Sila ikhlaskan hati datang program ye kawan-kawan)
Pagi-pagi lagi surely kita akan berperang dengan perasaan malas. Dah seminggu kerja keras dan sakit kepala melayan kerenah bos dan client. Haruslah selaku manusia normal biasanya kita akan rasa, hei! aku perlu waktu break, aku nak tidur dan rest sepanjang hari!! Dan, alhamdulillah dapat jugak melawan perasaan tersebut. terima kasih untuk Awanis sebab datang awal pagi dan melenyapkan terus syaitan-syaitan yang dari tadi duk cucuk supaya rilek2. hehe.
Maka, dapatlah hari ni aku habiskan program BM ni dari 9 pagi - 10.30 malam. Meskipun termasuk kali ni dah berkali-kali aku menghadiri program BM. Tapi aku rasa setiap satunya ada ruh yang berbeza. Almaklumlah, penceramah pun bertukar ganti kan. Tentulah sharing pun lain. Tapi InsyaAllah misi akhir dan objektif nya tetap sama, supaya para peserta yang nak berkahwin, jelas dengan niat sebenarnya mengapa nak kahwin.
Yang aku nampak, pasca-program Awanis nampak berkobar-kobar untuk mula melipatgandakan usaha dan strategi. Mula fokus untuk set time frame (?) :) hehe.. Wahai readers Bioinfo yang membaca sila doakan beliau semoga dipermudahkan jalan ^___^ ehem2 jangan lupa dengan the rest of us yang belum bernikah jemput sisipkan nama kami-kami skali dlm doa (termasuk penulis k!tq.)
Disebabkan risau penangguhan penulisan entri ini sehingga hari esok akan menghilangkan separuh dari ruhnya, maka aku tulis kan hari ni jugak. Point form je lah kan.. Sila bersedia kerana point akan menjadi panjang (saya ada masalah merumus masa sekolah menengah, so rumusan pun tetap akan panjang)
Slot 1: Pengurusan Hati (Ustaz Pahrol Mohd Juoi)
1. Semua manusia itu tidur, dan hanya terjaga bila mati - Saidina Ali
2. Jika lelaki melihat perempuan sebagai sekadar simbol sex, maka samalah mereka dengan binatang - AlFarabi
3. Manfaatkan persamaan dan uruskanlah perbezaan
4. Setiap anggota kita dijadikan berpasangan kecuali hati, kenapa? sebab pasangan kepada hati kita terletak pada pasangan kita.
5. Jgn cari kebahagian dalam rumah tangga tetapi bawalah kebahagiaan itu kedalam rumah tangga
6. Hati manusia ni Allah yang pegang, jadi kalau nak seal kan antara dua hati perlulah baik hubungan dengan Allah, maka dia jugalah yang akan seal hati kita dengan pasangan
7. The first step of love is to hear
8. Kita jadi jahat bukan sebab kebetulan tapi dek kejahatan yang berulang-ulang.
9. When you judge people you have no time to love them.
10. Setiap orang ada self talk tersendiri, dan jika 90% self talk nya adalah negative (cth aku tak boleh buat, ni mesti tak boleh siap hari ni.. etc) maka dia adalah manusia yang mempunyai self-esteem yang rendah. Dan lama-kelamaan akan menjadi toxic people yang suka menghasut orang untuk menjadi sepertinya juga
11. Cintailah Allah dan Rasul sebelum mencintai pasangan.
12. Lama kelamaan orang yang baik akan kelihatan cantik bukan kerana dia berubah menjadi cantik, tapi mata orang yang melihatnya yang telah menukar definasi cantik itu sendiri
13. Muda saat terbaik dekati Allah, dan persiapan kahwin yang terbaik adalah dengan mendekati Allah
14. Bila kita ada Allah, kita ada segalanya. Bila kita hilang Allah, kita hilang segalanya.
wah, satu slot pun dah ambil masa dari tengah malam -> tertidur -> bangun tidur. @_@ tapi rasanya satu slot ni pun memang terbaik dah.. (Tambah slot-slot lain memang lagi terbaik lagi) InsyaAllah semoga perkongsian ni memberi manfaat.
Jika berkelapangan aku usahakan untuk share other slot. Klu tak sempat, atau takda post baru lagi tentang seminar BM ni, tandanya aku nak galakkan kalian pergi sendiri program ni.. ada lagi Feb next year.
Terima kasih sudi baca. ^__^