Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 November 2014

Bicara ilmu dan forum

Hari yang mendung nampaknya, maka aku rasa aku perlu get up dengan sebuah penulisan supaya mampu meneruskan momentum tersebut lalu menghabiskan kerja-kerja aku yang tak habis habis itu.

Ok berbalik kepada tajuk, pagi ni aku berjaya menghadiri sebuah siri talk yang dianjurkan ikram belia lembah pantai yang bertajuk Bicara Ilmu dan Forum: Mengenal Allah dengan Menulis

Majlis dimulai dengan ucapan pembukaan oleh YDP Ikam Lembah Pantai, En Md Yusuf b Md Din. dan antara nota penting dalam ucapan beliau adalah, menulis ini terdapat beberapa manfaat, iaitu
- mencegah nyanyuk
- sangat rapat dengan aktiviti otak
- perakam sejarah
- boleh menjana pendapatan
- media dakwah

Slot pertama program ni aku rasa bolehlah diklasifikasikan sebagai bedah buku. Buku yang dihasilkan oleh kedua-dua panel iaitu Profesor Madya Dr Umi Kalthum Ngah dan Dr Zulkifli Zainal Abidin, Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia. Sekali imbas tajuk buku, aku secara peribadi mungkin tak ada rasa nak beli. Tapi lepas aku dengar slot ni, aku rasa ada sebab dah lah untuk aku beli :)


Dr Umi ni dia menghadiri satu bengkel mengubah thesis kepada buku. Mungkin penganjur rasa peri pentingnya mengongsikan penemuan didalam bidang akademik kepada masyarakat umum. Aku rasa projek sebegini sangatlah bagusnya. Supaya para penyelidik takde lah rasa macam syok sendiri dalam dunia sendiri je kan. Jadi bermanfaat jugalah hasil kajian kepada masyarakat marhaen seperti aku ni.

Buku ni tentang bagaimana pada akhirnya untuk berdepan dengan teknologi, saintis kembali mengkaji struktur yang terdapat pada haiwan. Aku bagi dua contoh,

1. Bullet Train di Jepun, kepala keretapi menggunakan ciri ciri yang sama pada paruh burung raja udang (mengurangkan rintangan angin) dan sementara badan keretapi menggunakan bahan/ciri yang sama terdapat pada sayap burung hantu (bagi mengurangkan bunyi geseran angin apabila keretapi melalui terowong)

2. Speedo Swimsuit yang dihasilkan setelah meniru struktur sisik jerung pada peringkat nano level. Speedo swimsuit ini telah di banned penggunaannya dalam olimpik kerana ada yang mengatakan ia bukan lagi baju renang tetapi racing system menjadikan perlumbaan tidak adil kepada perenang lain,

dan ada banyak lagi senarai yang dikongsikan.

Selain dari tentang buku aku juga tertarik dengan penyelidikan Dr Zul. Drosobot. Lebih kurang dron juga projek dia ni. Ada rasa nak jadi penyelidik pula. ha ha

Slot kedua, forum. Panel dari slot pertama ditambah dengan Akh Wan Am. Sepanjang forum kebanyakan nya tentang memotivasikan anak muda untuk mula menulis, perkongsian trip dan trik, bagaimana panel mula menceburi penulisan dan lain lain.

Jadi? mulalah menulis dalam ruang masing masing, kerana kita adalah unik dalam kelompok kita yang tersendiri. kan kan?

Maka, jomlah kita mula menulis dengan menyiapkan satu post dalam blog. macam aku :) eheh!

"Terhakisnya akidah bangsa apabila terhakisnya bahasa"

No comments: