Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

05 December 2014

Bertemu Sang Cinta

Disebalik kaca mata yang makin kabur, ada butir jernih yang bertakung. Air mata tidak lagi laju menitis seperti masa-masa lalu saat menerima perkabaran tentang sakitnya dia. Berita kematian sangat sinonim dengan air mata. Tapi kali ini, rasa sedih itu.. entah. Mungkin hati telah bersedia dan cukup redha dengan pemergian ini. Berakhirlah segala kesakitan didunia, berakhirlah segala tugasan sebagai khalifah didunia. Telah tiba lah masa rehat yang abadi.

Di hujung rasa hati, terus terus berdoa agar dia baik baik sahaja di alam sana. Dia bukan orang kebanyakan, dia luar biasa. Semoga segala amalnya Allah pandang. Semoga dia terus dikasihi tuhan hingga tibanya hari perhitungan kelak.

Dan perasaan hati tercampur dengan rasa, bagaimana pula nantinya hujung kisah kita didunia.

Dan ada juga terselit rasa rindu untuk berbual dan berbicara seperti dulu kala, tentang masalah dakwah, tentang perjuangan dan tentang hidup.

Semua rasa bercantum. dan butir jernih yang di takung-takung akhirnya luruh menuruni pipi.  Lekas-lekas diseka.

"Banyakkan sedekah AlFatihah" Mus'ab menggenggam tangan isterinya. Cuba untuk menenangkan hati isterinya yang terhimpun pelbagai rasa. Dalam kejab genggaman tangannya itu Mus'ab juga sebenarnya sedang menenangkan galau hati sendiri. Membayangkan berada di tempat sahabatnya yang baru kehilangan isteri tercinta memang memberinya pelbagai rasa. Akankah aku juga kuat berdiri seperti mu sahabat? Seandainya sayap yang dipinjamkan ini ditarik kembali oleh Nya?. Allahu, berilah keluarga yang tinggal ini kekuatan menghadapi saat sukar ini.

Allahyarhamah telah selamat dikebumikan. Tanah perkuburan dikunjungi ramai. Datang dari jauh dan dari dekat. Semoga Allah memberi damai buat Allahyarhamah, semoga dia ditempatkan dikalangan muslimat yang solehah disana. Semoga di himpunkan lagi pasangan ini di syurga kelak.

Tribut: Al Fatihah untuk Ustazah Marhamah yang pulang ke pangkuan Rabb Al-jalil pada jam 7.45 malam 3 Disember yang lalu setelah beberapa tahun bertarung dengan kanser. Semoga beliau ditempatkan dikalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

2 comments:

ct nasyrah said...

ni seriyes ayat hg ke?? best lah. puitis

Merentas Horizon said...

ayat i la! !== blog i kan..