Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

01 December 2014

House-mate

Dulu masa belajar, tak pernah pulak duduk rumah sewa. Tak pernah terfikir pun nak duduk luar. (meskipun beberapa kali tersingkir dari masuk senarai duduk kolej, tetap juga aku tak terfikir nak cari rumah sewa, merayu lah macam mana pun) Lagipun, aku memang tak nak fikir pasal bangun pagi kena kejar bas ke train ke sebab nak pergi kelas. Rela aku berlari je pegi kelas. (Oh, mungkin itu rahsia slim di zaman remaja? berlari kemana saja - untuk kes bangun lambat memang kena ar kan berlari)

Ok. tu cerita dulu. Sekarang ni dah 5 tahun aku jadi penduduk Petaling Jaya. Memang nak tak nak rumah sewa adalah satu kemestian. Mana lah mampu pekerja bawahan lagi marhaen (baca: malas nak tambah hutang) seperti aku ni nak pergi membeli rumah. Sepanjang tempoh ini, aku dah duduk 3 rumah sewa yang berlainan.

Pertama (Apr - Jun 2009)
Masa ni aku praktikal di Ampang. Aku rasa takde dah company tu sekarang (kut?) Disebabkan aku dan rakan-rakan ni duduk kat PJ dan berasal dari kolej (tiada rumah sewa di PJ) maka, kenalah juga cari rumah sewa di kawasan berhampiran. Jadi kami menyewa 4 orang di Kampung Melayu Ampang. Kebetulan masa tu Jiha punya pakcik dah nak keluar dari rumah sewa, jadinya kami tumpang dulu untuk dua bulan sebelum rumah tu betul betul di let go pada orang lain. RM400/rumah. Pertama kali duduk rumah sewa. Menarik jugak :) Semuanya rakan satu supervisor masa tahun akhir.

Kedua (July 2009 - Disember 2011)
Lepas je aku habis praktikal, aku terus mula kerja baru di Ara Damansara. Aku dengan Awanis dapat kerja di Ara, sementara Jiha masih bekerja dengan syarikat tempat kami praktikal. Kami berdua, di tambah pula dengan lagi 3 orang kawan satu course juga masa universiti. Sebenarnya duduk di rumah sewa ni memang tak dinafikan adalah sukar, jika tak berjaya mencapai kesefahaman. Aku pun ada masanya memang nak membara je pada isu tertentu. Tapi, rileks sat, ambil nafas. Biasalah tiap orang lain-lain kan. Mana yang terdaya bertahan tu, hadap je lah dulu. Sewa rumah RM400/house

Ketiga (Januari 2011 - sekarang)
Sekarang di ss2, pj. Rakan rumah sewa sekarang adalah semua kawan kak Siti. Rumah sewa ni RM800/house/month, sekali ganda dari rumah dulu. aha~ asalnya kitorang semua yang dari Ara pindah sekali ke rumah ni. Tapi lepas sorang sorang kahwin, maka begitulah sekarang.. aku dengan kak siti dan kawan-kawannya.

Apa yang aku nak cerita kat sini? hehe. Penting untuk mendapatkan rakan serumah yang tak berkira a.k.a kadar toleransi dan berlapang dada yang tinggi. Kalau tak, memang haru rasanya. Dahla kerja dah stress, balik rumah, hati pulak tak tenteram dengan rakan serumah. sungguh menyesakkan. kut?

Beberapa hari ni keep on dapat berita tentang kawan-kawan yang tak syok dengan rumah sewa mereka. Ada yang terpaksa keluar (sebab tak boleh cope dengan rakan serumah), dan ada juga kes yang dipaksa keluar (what the .. ?) Bahagian masing-masing, semoga bertabahlah semuanya.

Alhamdulillah, setakat ni belum terduga dengan rakan serumah. (mungkin ada rakan serumah yang terduga dengan aku?hohoho..) Semoga semuanya baik baik sahaja.

itu cerita tentang rakan-rumah, macam mana agaknya dengan rakan-jiwa? ahaha~ till then.

No comments: