Timing memang hancur, 5km sejam. Menangis. kihkih. Aku rasa banyak jalan jer dari berlari.
Semoga ini penanda untuk menjadi diri yang lebih mementingkan kesihatan dan Qawiyul jismi. :D
Dengan Shidah D Legend! Pace dia, 5.27
Bergambar ngan GSB team, sorang habis 30 minit, sorang 45 minit, yang paling pendek tu paling haru sejam T.T
#gemaselangorbackpackerz
Habis lari, gi makan sket, then jalan ke skywarrior. Test permainan baru kat Putrajaya. Kat sana ada 7 halangan. Tapi aku buat 4 je dari 7 tuh. lagi 3 tu memang aku skip terus. 2 tu yang memerlukan kekuatan tangan + upper body strength. 1 tu aku gayat, nak lari atas batang silinder bergolek. T.T
Pengajaran dari aktiviti 7 halangan:
+Kadang-kadang kita tengok orang buat senang nye lahai sepantas 2saat lima langkah dah setel. Tapi bagi kita sendiri duk depan batang tu dan buat. Ahaha~ baru tergagap.
+Nak buat tindakan jangan fikir lama sangat. Pecut terus! hehehe.
5 kali aku fikir nak gi tak, nak gi tak. end up tak jadi.. seriau punya pasal. Yang lagi dua tu memang aku tak fikir pun.. terus skip. Ehe, i knew my own strength la. tak payah nak biar diri sendiri jatuh dalam air. T.T
Tapi yang last tu, aku cuba jugalah. T.T Sedih sekali, hanya mampu memeranjatkan otot2 yang sedang tidur. Lepasnya tidak, sakit saja dapat.
Halangan Terakhir
Korang kena lari kat loop tu dan capai tali. lepastu panjat naik ke platform. Stamina aku hanya mampu sampai capai tali jer. Nak push badan naik platform, erm failed! Sobs.
Fee masuk Sky Warrior: RM10/day, main sampai lebam
Habis dari bermain halangan, singgah makan jap kat presint 9 dan bergerak pulang. Balik tu aku drop Shidah jap kat Kajang. Lepas tu terus drive ke PJ. Dan fasa kemengantukan bermula. Aku stop jap kat Pump Station before toll LDP, utk bertenang jap.
Tetiba aku terbayang cool blog. Sedap gak dapat cofee. Terus gagahkan diri ke Giant Kelana Jaya. Elok sampai pintu parking, aku dah terlanggar sorang pakcik cina depan aku punya bumper belakang. T.T Sadis. Tapi tak teruk sangatlah i think.
Pakcik tu macam marah sangat jer memula. Maybe sebab Myvi kut langgar dia. :P Then aku park depan keta dia, keluar kereta tengok kereta dia. Tak teruk sangat. Alhamdulillah ntah dari mana tetiba muncul dua orang pakcik melayu. Dorang tetiba backup aku !== Ok terharu.
"Ini kalau hantar baik mesti seratus lebih ni. u kasi 100 lah"
"Ala u ni dengan budak pun takkan nak berkira" bekap pakcik melayu tersebut
"Oklah 80 saja la"
"Ok jap ye pakcik, saya masuk jap keluar duit, pakcik tunggu sini"
Aku keluar, bayar rm80 dan minta maaf kat pakcik cina tu, serta ucap terima kasih kat pakcik melayu tu (Rajin dia tunggu aku keluar duit). Masa aku balik dari ATM dia siap pesan kat aku, "Bagi RM80 je tau jangan lebih2"..
T.T Bestnya Allah.
Allahuakbar~ mesti ada lah ni Allah nak remind me of something.
Hmm..
Lepas park Vijay, aku pun gi menunaikan solat Zohor dan membeli Cool Blog coffee dengan harga RM3.50
Cenggitulah alkisah.
Maka, malam tu aku duduk terperuk kat rumah saja untuk bermuhasabah. T.T
No comments:
Post a Comment