Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 October 2020

My 33!

Assalammualaikum dan bismillahirahmanirahim.

Dah PKPB dah pun, punyalah spirit nak menulis tu tak sampai-sampai. Nampaknya, keistimewaan birthday tahun ni, adalah sebab jatuhnya ketika PKPB. Jadi, tak de lah roadshow sambutan birthday macam selalu (gituh! acah retis. Sambut birthday sebulan gituh!)

Tahun-tahun sebelum ni, aku akan off kan birthday reminder aku kat FB. Tapi tahun ni, aku terlupa nak buat benda ni. Maka, terbanjirlah timeline dengan ucapan tulus ikhlas dari kenalan lama, baru, dekat dan jauh. Terima kasih semua teman-teman, ingatan kecil di hari lahir ketika PKPB.. memang sungguh menyentuh hati ya! 

Sejak PKPP hari tu, most of the weekend aku akan balik ke kampung halaman, cover balik kesibukan selama ni berprogram, sampai dapat balik once a month je oh dan sebenarnya, mak masuk hospital seminggu sebelum raya haji. Dah keluar dah, tapi ada bedsore yang kena daily dressing kat KK. Since then, memang nearly tiap minggu balik kampung. Kita pun makin tua ni, makin kerap sakit kan. 

Jadi! my birthday tak dapat balik kampung. Namun, alhamdulillah di banjiri oleh kaum keluarga dan kawan-kawan yang awesome. Jom kita kasi throwback satu kali!

20.10.2020 (Selasa)

Dapat first gift dari Tokie. Minggu sebelumnya lagi aku dapat text dari Tokie tanya dah ada tak buku ni, kalau belum jangan beli, dia nak bagi hadiah. Hehehe. Then, dapat hari ni! TQ Tokie, u made my day. Buku ni memang mengesankan sangat, baca chapter awal dia, bertakung gak la air mata ini.


24.10.2020 (Sabtu)

Pagi-pagi aku dapat twit dari Mahirah tanya ada kat rumah tak. Pastu nak dekat tengahari, Saidah pulak wasap tanya apa plan. Dia bagitau jangan pi mana selagi dia tak sampai. Maka tunggu lah aku dengan sangkaan sangkaan. Hehehe. Akhirnya tiba lah mereka ketika berkumandangnya azan Asar bersama sebiji kek dan hadiah. Thank you uolls! 😁

Btw, kek dan krim dia sedap tau Mahirah. Tip top! tak manis sangat. Walaupun, dia lupa lukis daun2 kat bahagian tepi kek tu, tapi tak menjejaskan rasa dia. Nanti bila2 kalau nak minum petang sweet2 boleh repeat! i support! 

25.10.2020 (Ahad)

Maka sampai lah kepada hari yang bersejarah ini. Beberapa hari sebelum, Mid ada tanya aku, aku suka kek apa. Bagi option siap k! Ahaha. Maka, hari ni sampai lah kek dari Mid. Bukan kek je k, siap pekej ada pavlova dengan cream puff lagi tau! MasyaAllah sisturr! TQ Mid. Terharu tau 😥

Walaupun kek dia kering sikit. Tapi krim dia sedap, pavlova dia pun 🤤🤤🤤 owner kek suruh review. Sampai sudah aku terlupa terus. Review kat Mid je sempat. Mid janganlah slalu sweet2 sangat ceni, xmampu nak membalasnya. 

Oh, disebabkan kes aku lupa nak turn off birth date kat FB tu, aku pun alang2 teruslah post kat ig stories kek2 hadiah kawan2 sempena birthday. Maka dapatlah ucapan2 birthday thru instagram jugak. Random yang terpilih, akan aku balas ucapan tersebut dengan, nak alamat tak? ahaha. 

Dan, 

Terima kasih Naja, sudi Grab kan kek creppe tersedap untuk hari ini! Nyums~ Lemak, padu! So kalau korang nak cuba, bolehlah menghampiri Hometown Hainan Coffee dan dapatkan Homemade Gula Melaka Mille Creppe. Nyum2, ingat one fine day kena repeat lagi ni. Tak cukup sepotong. 

Tengahari kak Siti belanja favorite food ni!

27.10.2020 (Selasa)

Malam Sabtu lepas, masa kak siti up gambo kek kat group family, Amin tanya nak hadiah apa, aku pun jawab bersahaja beserta alamat rumah. Ya, tudia! Asyukk tau abg TM kita.  Tadaa..

TQ Amin 😋 Dulu Amin pernah bagitau (masa dia student lagi la, kat grup wechat. Fuh lama tuh!) dia akan bayar balik, dia akan belanja balik semua orang bila dia dah kerja nanti. Yeay! im the first dapat. ahaha. 

28.10.2020 (Rabu)

Hari Rabu, dapat kiriman dari Azi a.k.a KI dari zaman sekolah. Weehuu! Aku tak ingat tahun bila dia bagi aku hadiah buku. Aku suka sangat buku tu, sebab buku dari Indon ya! hehe. Tapi pun, suka pun tetap tak dapat khatam ya! Berapa tahun dah agaknya. Jadi tahun ni, Azi tak lagi bagi buku bacaan, instead bagi buku catatan! Planner 2021. 

29.10.2020 (Khamis)

Tiba-tiba hari ni, sampai sesuatu yang amazing. Lampu macam instafemes biasa pakai ni ha! Amazing nya, siapa yang hantar nak kasi aku jadi instafemes ke ni? Habis dengan boldnya aku pi tanya semua siapa yang hantar. Akhirnya found out, Samihah yang bagi 😂 Kelakarlah Miha ni, camne dia boleh ada idea nak bagi hadiah ni .. hehehe. Dia cakap untuk digunakan kejalan kebaikan, bolehlah guna time usrah ke, masyaAllah sistur! (Boleh dah rasa nak pi order mic Boya ni kan, baru lah compatible dengan lampu ni)

TQ Miha, macam kerap Miha bagi hadiah birthday. Aku plak tak ingat bila last aku bagi hadiah kat Miha. 😭 TQ sudi jadi kawan dah masuk 13 tahun ni! Wow~ Kalau tak jumpa kat syurga nanti, jangan lupa cari kan kita kat neraka k! Nak tumpang u kat syurga. 

31.10.2020 (Sabtu)

Hadiah terakhir tiba di hari Sabtu yang permai. Semalam ada attempt untuk hantar, tapi tak jadi tak tau kenapa dia buat uturn. Lewat sangat kut. Namun, nak sampai hari ni rupanya. Alhamdulillah. 

TQ Reen for the perfume! 💖 TQ jugak untuk sudi bersahabat sepanjang dan selama ini. Moga Reen dikurniakan ketenangan dalam menghadapi kehidupan kedepannya. Janganlah keje duk membohong anak ang. Sian deme! Keep ceria2 Reen. 

Untuk semua yang mengirimkan doa dan ucapan lewat Facebook, Instagram, Twitter dan Wasap, terima kasih banyak-banyak. Terima kasih sudi mengongsikan keceriaan di umur ini 😊 Semoga ucapan dan doa kalian, dibalas kebaikan yang berlipat ganda dari Allah swt. Semoga aku juga dapat membalas segala kebaikan kalian juga. Tahun depan, kalau masih ada umur jangan lupa repeat ya! haha.

Sekian catatan buat kenang-kenangan di masa depan. Zaman PKP, zaman covid, zaman semua pun nak online. Instead of siri pertemuan makan kek with diff people, kita cuba enjoy dengan cara lain. Online can do! 😜

Nota

PKPP - Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
PKPB - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

No comments: