Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 December 2021

Oh 2021!

Makin lembap rasa nak tulis blog. ok, 2021.Tak ada yang wow sangat bagi aku 2021 ni. Tapi ada lah a lil suprise here and there. Jom kita try summary sikit.

Awal tahun di mulakan dengan PKP kembali. Tiba-tiba kes Covid naik balik. On and off PKP, then renew SOP je la citer dia tahun ni. Dalam kekalutan PKP ni, aku terjebak dengan tiktok.. Biasalah, aku suka benda-benda bleh bersosial ni. So, terberkenalan lah dengan few people. Dan few jugak yang aku pernah jumpa in person.

Dapat anak buah baru, Medina. Baby PKP ni.

Plan mentenen seluruh Malaysia pun tak dapat nak run since state border tak buka. Bila border buka ada masalah lain pula. Jadi melepek je lah kat ofis. Kat ofis pulak macam tu gak lah, on and off, fully masuk ofis atau kerja dari rumah. Atau bergiliran. Tapi benda ni soon akan jadi sejarah dan ingatan aku kira. Gila ah, tak pernah terlintas dapat kerja dari rumah cam ni. Tak gitu? Lama gak lah kira nya sebab since 2020 kan. Cuma time 2020 tu time PKP seram sejuk. 2021 ni time PKP dia lebih bertenang.

Hujung-hujung PKP, kes spike gila di sebabkan varian delta tu. Hospital penuh, mesin oksigen terhad. Banyak kes perlu oksigen, dan di pantau ICU to the extend, doktor terpaksa pilih siapa yang dorang nak bagikan tabung oksigen tu. Tapi good side, terus laju pemberian vaksin.

Selain dari tiktok, aku jugak dah sangkut dengan game PUBG. Macam-macam drama jugak dalam pubg ni, yang lepak lobby semata nak curhat, yang suka maki macam dia paling bagus, yang join team nak cari pasangan. Aku pun sempat lah terjebak. Nasib cepat sedar. Tapi, itulah kan.. nama pun pengalaman. Lol, dah tua-tua buat pelik plak perangai kan. 

Dah hujung-hujung ni, timbul plak varian baru lagi untuk Covid-19. Omicron! Nama dia macam hi-tech sangat. Di sebabkan varian baru ni, dah kena plak amik booster vaksin. Tapi up until now, tak tau lagi pun apa kesan yang omicron ni boleh bagi kat kita. (atau aku pun tak cukup study tentang this new varian)  

Tiba-tiba Disember, banjir! Gempar betul banjir tahun  ni. Lebih gempar lagi, tempat yang terkena banjir ni adalah unexpected place. Siapa sangka boleh banjir kat Shah Alam? Puchong? Dikala orang tengah standby di pantai timur. Tiba-tiba kat sini pulak yang kena. Banjir tau, bukan banjir kilat! Selain dua ni, banyak gak lah lagi yang kena banjir. Macam Hulu Langat, depa besa banjir kalau empangan lepaskan air. Tapi kali ni teruk dia lain maciam. Kalau dengar cerita orang terkena banjir ni, sedih dalam masa yang sama inspiring. How strong life hit them tapi depa tetap kena bangkit. Allahu, hampa memang kuat gais! Insan pilihan tuhan. Moga Allah gantikan yang lebih baik.

Oh. tahun ni dapat award 10 tahun bertahan di tempat kerja! Mantap sarah. haha. Jugak, eh ada bonus tahun ni! Alhamdulillah, meski pandemik. Ada gak rezeki dapat bonus. Ya Allah, berilah hidayah kepada majikanku. Amin. 

Selain semua ni, di hujung-hujung ni aku selalu rasa space out dan not here, not there gitu. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab circle of friend yang makin mengecil. Ke aku terpengaruh dengan FOMO (fear of missing out)? Tapi sejak bila lak aku follow the trend apatah lagi takut ketinggalan kan? Entahlah. Banyak benda aku pun dah confuse. Aku cuba menerima yang setiap kita punya fasa tersendiri untuk menyinar dan bersinar. Bila kilauan tu dah agak-agak makin malap. Kau senyap-senyap je lah duk tepi. Do your best at your own capacity. kut?

Untuk 2022? Aku harap, aku lebih komited dalam perjalanan menuju Allah. ^^, Moga aku dapat mengakhiri umur dengan pengakhiran terbaik. Meski setelah segala noda dosa yang aku lakukan di 2021 dan sepanjang usia yang telah berlalu. Owh ya, doa yang sama jugak untuk korang yang tengah membaca ni. Selitkan aku sama dalam doa kalian. Aku masih mahu berteman dengan kalian orang baik. 

Selamat Datang 2022, santai2 ya. Jangan terlalu laju, takut tak terkejar.

16 December 2021

I'm okay

Ramai orang hidup untuk mencari bahagia. 

Aku rasa aku dah sampai tahap lost kadang2, apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ini. Walaupun sebenarnya dah ada jawapan .. redha Allah

Tapi,
tak taulah kenapa menjadi manusia ni, kita tetaplah nak corner jauh pusing sana sini walaupun dah ada jalan lurus yang terbentang menuju Dia. Dah ada garis panduan (Quran), dah ada contoh teladan (sunnah). Tetap kita suka jalan yang terjal. yang terjatuh. yang terkoyak. yang tersakiti. sebelum nak balik cari Dia.

Hari tu aku dengar ceramah Ust Hannan Attaki. Dia cerita pasal kangen. Allah itu kangen. Punya rindu Allah kat hambaNya, Allah turun ke langit dunia setiap sepertiga malam. Allah nak dengar rintihan hamba2Nya. Allah nak bagi keampunan untuk semua yang memohon. Allah nak makbulkan untuk semua yang berhajat. Tapi kita je taknak bangun, taknak jumpa Allah, sedangkan Allah dah tunggu kita. 

Allah, bergenang gaklah mata aku. Sombong betul kita ni jadi manusia. 

Kenapa ek kita macamni.
Astaghfirullahalazim.

Moga setiap luka dan sakit yang kita dapat menjadikan kita lebih dekat dengan Allah. Lebih rindu, lebih sayang, lebih cinta melebihi semuanya. Kalau patah itu asbab untuk kembali, maka biarlah patah. Dari bahagia tapi membawa kita lebih jauh dari Allah. 

Nauuzubillahiminzalik. 

10 December 2021

TakComel

"Comel dah makan?" sambil sebelah tangan menyuap nasi dan sebelah lagi pegang phone kawal karakter aku supaya tak mati terbunuh.

"Dah kak"

"Makan apa tadi?" sajalah tanya sebab hari tu dia cerita mak ngan ayah kerja, abang, kakak di kolej. Dia tinggal sorang, jadi dia beli nasi lemak 3 bungkus untuk makan sarapan, lunch dan dinner.

"Megi 2 bungkus"

"Oooh, siapa masak? Comel masak sendiri ke?"

"Aah saya masak sendiri lah kak. Saya pandai masak."

"Oh ye ke? Masak apa je comel tahu?"

"Masak kicap, masak kari"

"Oh, kari pun pandai masak? Memang suka kari ke?"

"Aah saya memang suka kari. Kalau mak ada kat rumah tanya nak makan apa, saya jawab ayam kari"

Santai je perbualan dengan budak 11 tahun ni. Anak bongsu. Duduk rumah sorang-sorang main game dengan stranger. Tapi sekarang lama dah dia tak online. Pah bagitau, last dia text pah bagitau tak on game dah, sebab nak fokus belajar.

Rindu plak nak dengar keletah budak ni. Semoga Comel jadi anak soleh, berjaya dunia & akhirat. juga semoga tak terpengaruh dengan budaya toksik yang ada dalam game.  

(Gituh, macam comel tau je blog aku ni kan. Lol!)


29 November 2021

10 years ago.

Selalu nampak orang buat 10 years challenge. So, why not? kan.

2011

Banyak sebenarnya yang jadi di 2011. Sebab tu aku rasa terpanggil nak buat sesi throwback ni.

Langkawi


Untuk pertama kalinya aku naik flight pi bercuti. (Naik flight 1st time 2009, sebab kerja - client time tu kat Sandakan) Masa ni buat percutian housemate gitu. Pergi dengan Kak Siti, Awanis ngan Alia. Duk tumpang rumah Kak Aishah (kawan kak Siti) Elok plak time tu kak Aishah ni nurse kat Hospital Langkawi. Jadi dapatlah cut budget penginapan sebab stay rumah dia. Alia naik Ferry ke Langkawi sebab masa tu Alia dah duk Penang. Syok betul rasanya bercuti time tu. First time kan! Masa tu tak dapat naik kabel car sebab tengah maintenance. Kitorang try pakej mangroove tour instead of island hoping yang biasa orang pergi tu. Nice lah, singgah gua buaya, gua kelawar. Oh, dan tempat siakap 1k tu, memang dari dulu tour guide pun kabo dah gerai tu mahal. Dia suruh pergi je tengok2 ikan kat dalam sangkar. Aku tak ingat kitorang makan ke dak kat rumah air tu.  

Master

Akhirnya tahun 2011 jugak aku decide untuk mencuba nasib sambung master. Sebab kalau ikut dah molek sangat aku kerja dah 2 tahun. Kalau nak further guna pengalaman, memang sesuai dah lah. Jadi aku cuba nasib apply. Aku tak sedar tarikh tutup dia dah dekat. Walhal cert aku kat kampung. Kalut lahai minta tolong orang kat kampung tolong scan segala. Elok sehari sebelum tarikh tutup aku submit permohonan, dapat tak dapat belakang kira. Yang penting lepas untuk submit. Zaman tu ada myBrain, aku memang cadang nak apply yang tu jugak. Masa tu, seingat aku yuran persemester dalam RM4k. Pening kepala juga kalau nak kira2 dengan gaji zaman tu. Alhamdulillah, aku dapat panggilan master beberapa hari sebelum panggilan kerja.

Kerja

Aku kerja dengan company pertama aku tu adalah 2 tahun. Sebelum company tu decide untuk downsizing. Dah tak boleh pergi jauh lagi sebab takde sales masuk. Sedangkan workers kena dinaikkan gaji. Camtu. Masa mula-mula dapat tau, operation (programmer) tak affected sebab main business memang system. Jadi secara logik, memang kena maintain programmer lah untuk make sure system tu sustain kan. Sebelum Jun 2011 kitorang dah dengar2 nanti BDO akan di panggil untuk amik surat retrench. Alih2 1 Jun semua dapat surat, tinggal boss2 dan beberapa orang admin je. Masa tu, fuh berhenti seketika putaran bumi. Tapi muda lagi kan, sat jah patah. Bangkit kembali gais. Senggang masa 1 bulan sebelum kitorang tamat kerja 30 Jun. Boss cakap, tempoh masa yang tinggal kat ofis tu, bolehlah sambil cari kerja lain. 

1 Julai aku balik Perak, lepas 2 minggu balik PJ semula. 2 minggu senggang masa jobless dah rasa macam hidup tak berarti. Tu yang cepat2 buat comeback. Masa tengah takde kerja ni dapat tawaran master. Dalam masa yang sama dapat pulak panggilan kerja. Sebabkan kerja masuk lagi awal dari master, aku pun masuk kerja dulu. 

"Sarah, boleh u masuk kerja 1 Ogos?" Joseph
"Boss, boleh saya masuk 2 Ogos tak? Sebab 1 Ogos tu start puasa. Saya nak puasa dengan family kat kampung" aku
"Ok boleh. U masuk 2 Ogos"

Masa aku masuk tu, aku sorang je Melayu. Lain semua cina. Banyak jugaklah yang terkejut2, benda baru semua. Tapi layan jelah. Life is a process what!

Company Trip dan Tablet (Samsung Galaxy Tab 7.0)

Sebulan lepas aku masuk kerja. ofis bagi tau akan ada company trip. Kehadiran optional untuk yang belum confirm. Dahlah suasana kerja baru, kena pi plak company trip kan. Memang the shocking bertambah tambah. Tapi satu motivasi aku nak pergi, sebab boss bagitau, ada lucky draw, first prize dia Samsung Galaxy Tab. Zaman tu, mana ramai lagi yang pakai smartphone. Aku pun tak pernah terniat nak beli smartphone. Ni gara-gara duk dengar arwah abang long cerita pasal tablet ni la. Jadi aku pulak yang berminat sama. 


Masa tu memang serius aku nak dapat first prize. Punya serius sampai aku doa tiap kali lepas solat. Huhu. Dan, ya itu dia Alhamdulillah wa syukurlillah. 

Tentang company trip? Menarik lah masa tu untuk aku. Sebab company sebelum ni kecik je, kurang 20 orang pekerja. Memang takdelah trip2 ni. Bila dapat pi ni memang seronoklah. Anak muda time tu. he he he.

Kereta

Bulan November tiba dan aku pun memutuskan untuk beli kereta. Pikir jauh punya hal lah kan. Satu sebab agak renyah sebenarnya nak amik public. Masa tu aku habis kerja jam 6 petang, paling awal sampai rumah jam 8 malam. Dari ofis, jalan kaki lebih kurang 500m pi bus stand. amik bas ke LRT. amik LRT Taman Jaya ke Kelana Jaya. Kat sana tunggu bas T907 ke ek, masuk Ara Damansara. Solat maghrib biasa kat LRT, sama da sebelum naik atau selepas turun. Gigih betul time tu. 

Tambah plak susah lak nak gi program sana-sini. Ingat lagi, masa tu kalau malamnya usrah, balik kerja, aku sampai kat LRT Taman Jaya, pastu jalan ke Amcorp Mall. Makan dinner, ronda-ronda dalam mall then solat Maghrib. Lepas Maghrib aku pun menapak ke rumah Mak Cik Chom. Balik usrah tu tumpang lah kereta mana-mana usrahmate yang sudi. :)

Atas pertimbang taraan panjang, maka kita kasi jadi lah sebuah Myvi 1.3cc. Nama dia Vijay Kumar. :) Salam kenal ya gais untuk yang tak sempat berkenalan lagi tu. 

Pindah Rumah

Masa mula kerja, aku tinggal kat Ara Damansara, sebab opis 10 minit berjalan kaki dari rumah. Bila dah tukar kerja, jadi terlalu jauh pulak. Tambah pulak ada beberapa hal lain yang di letakkan dalam consideration. Maka, Disember 2011 aku pun pindah ke Seksyen 19 Petaling Jaya. Dulu tingkat 13, sekarang tingkat 5. Sebulan Disember tu kami pakat cuci rumah dan pindah kan barang secara runcit2an. Malas nak cari lori kan. Gitu ar. Balik kerja pindah kan sikit2 barang. Dan officially serah kunci rumah Ara hujung 2011. Dan memulakan hidup baru di 2012. 

Ringkasan 2011 boleh juga di baca di sini 

2021

Untuk 2021 aku summary kan je lah ek. 2021 dah tak dapat nak bercuti macam 2011. Covid gais! its real! Siapa sangka masa 10 tahun dulu, yang 10 tahun kemudian akan ada covid. Walaupun sekarang dah boleh melancong (dalam negara) tapi aku masih berhati-hati dan pikir panjang lagi. Dengar kabar siakap kat Langkawi pun dah harga 1k. hehe. Sajalah include, 10 tahun lagi baca, bolehlah ring a bell isu semasa kan. 



Selain tu, sebenarnya aku tak jadi sambung master masa tu. Syok sangat kerja gamaknya! Haha. Dan bukan masa tu je, sampai ke sudah tak sambung nya. End up, kawan-kawan dan adik2 lain mostly dah ada master tapi bukan aku! kuikuikui. (Kalau tanya sekarang, memang padam terus dah api semangat nak sambung belajo tu) Aku masih kerja di company yang sama! walaupun dah beberapa kali bertukar department/ projek. Masih memakai kereta yang sama (dah habis bayar, syukur Alhamdulillah) dan juga tinggal di rumah sewa yang sama. 

Tablet tu dah hilang, belum cukup setahun dia dah hilang. Dan 2019 aku dah beli pengganti yang baru untuk kehilangannya. Lama betul aku nak heal, 7 tahun baru bleh dapat pengganti. Ha ha ha.

Aku pun masih single sampai sekarang, tatkala rata-rata kawan, handai dan kenalan di 2011 ramai dah menikah dan beranak pinak. 

Bergerak bersama NGO pun dah makin lemau. macam lampu kat dada otromen tu ha, berkelip kelip. Tak sangka rupanya lepas 10 tahun banyak benda makin lemau. Aku pun tengah gali-gali ni, apa je yang mampu menyiram semangat dan motivasi untuk aku di sisa usia akhir-akhir ini. 


Mungkin apa yang aku rasa ni, applicable untuk aku sorang. Mungkin jugak korang yang baca ni pun sikit sebanyak ada merasakan seperti apa yang kurasa. Jadi, jom lah sama-sama kita berusaha lagi untuk mencari semula semangat yang hilang. Terus berusaha lagi dan lagi sehingga akhirnya nafas kita bertemu hujung di kerongkong. Sehingga itu, semoga kita di matikan sebagai seorang hamba yang terus berusaha memperbaiki diri, bukan menyerah atau mengalah dengan keadaan. Kita muslim tak mungkin berputus asa dari rahmat Allah. Rahmat Allah itu luas, kita saja yang malas mencari. Ayuh! Bangkit lagi teman2. 

Sekian.
Kg Baru,
29/11/2021

15 November 2021

Cerita Gunung Tahan

Tiba-tiba ada yang share link cerita dari Gunung Tahan. Sedih pulak membacanya, ada line up yang meninggal dalam trip diorang. Sebenarnya, setiap kali GEMA nak open trip, perkara ni selalu je bermain di fikiran. Lagi-lagi bila nak open trip, kalau diorang minta lead, memang perkara macam ni lah yang selalu bermain di fikiran. Minta simpanglah dari terjadi. 

Kisah pertama yang aku baca adalah di kongsikan oleh Hafizuddin. Perkongsian oleh Aziz Riadi tentang kematian sahabatnya di Gunung Tahan pada pendakian di tahun 2007

THE UNTOLD STORY : TANAH TAHAN - GUNUNG TAHAN 2007 (M2K)

Kisah dia ada 3 part. Tapi nanti ada sambungan part 4 pun cerita kematian jugak cuma part tu tak keluar lagi. Bolehlah korang baca dulu 3 part yang awal ni. Kalau yang pernah naik G Tahan tu bolehlah bayang betapa masyaAllah nya laluan dia nak pergi balik pergi balik tu. 

Aku memang tak bleh bayangkan lah kalau jadi kat line up sendiri.. Wargh!! Nasib cerita ni tak keluar sebelum aku naik Tahan dulu. Sobs.

Sebabkan terlalu sedih, dan menyesakkan dada. Jadi aku pun sajalah google pengalaman mendaki gunung tahan. Tengok cerita lain pulak. Lalu terjumpa cerita dari Aden Lee

Ekspedisi Gunung Tahan (Malaysia) 1982 (K2K)

Cerita tahun 1982 ni geng! Cerita Aden ni memang agak epik lah. Boleh pulak guide dia tarik diri lepas sehari perjalanan dan line up dia first time masuk hutan (bayangkan apa je agak-agak ration yang diorang bawa? huhuhu). Gunung Tahan kut! Lol. Dan Aden ni pun well prepared, dia still bleh carry the trip meskipun first time sampai Tahan. Pakai peta je gais. Pastu plak zaman tu belum ada tangga kat gunung tangga 15. Ada tali je. Walao weyh. Standard hiking tahan zaman tu Kuala - Puncak - Kuala adalah 11 hari. Diorang berjaya buat 6 hari. Mantap, bukan kaleng2.

So jemputlah membaca pada yang berminat ye.

03 November 2021

Datuk (re-visit)

Kali pertama menjejak kaki ke Datuk adalah tahun 2013. Antara projek awal GEMA dulu. Memang aku kalau naik gunung ni dengan GEMA je masa mula-mula dulu. Ye lah, kau kan penakut. Takut untuk keluar dari zon selesa. Duk kat hutan dengan orang yang kita tak berapa kenal background gitu kan. Biasalah, baru habis belajar kut time tu. Mana biasa sangat bermasyarakat. LOL. eh tibah, macam jauh sangat lak aku punya kona ni.

2013 (5 Oktober 2013)

Masa ni naik dengan Fazira, Kak Zira dengan Saidah, beg pun pakai beg laptop. Kasut tak de lah sesuai spek gunung, kasut bata biasa je time tu, tapak tak berapa nak ada bunga pun. Mana ada lagi hiking gear time tu. Bagpack yang ada pun memang beg laptop je. Maka bawa je la beg tu. Pancit teruk masa hiking ni. Walaupun berat aku time tu baru sekitar 42kg. Tapi nak buat macam mana, ringan tak menjamin stamina. 3 jam naik saja. Mengah mintak nyawa. Aku dengan kak Zira hampir tersadai, tapi Saidah tetap cool dengan kamera digital kaler hijau dia sambil menyemangati kami berdua supaya tak betul-betul tersidai.

Serius said, penat gils.

Sampai puncak rupanya ada tangga, nak kena naik tangga tu baru sampai puncak berbatuan. Tangga zaman tu, tangga tegak 90 degree tu ha. Kalau yang gayat memang seriau jugak.

Tangga ke first batu besar

Tangga ke puncak

Kasut Bata dan Beg Laptop. Lejen.

Alhamdulillah, syukur. Di puncak Datuk

Selepas dari yang tu, aku pun dah berapa kali datang Datuk ni. Most of the time datang untuk training ke trip akan datang. Dan biasanya bersama partner in crime, Tokie. 

2021 (31 Oktober 2021)

Kali ni.. sajalah datang lagi, tambahan border negeri baru boleh buka ni kan. Bolehlah kita cuba try test kemampuan diri. Setahun lebih mandom ni. Ada jugak suara-suara yang bertanya kenapa Datuk. Ye lah kan banyak lagi bukit/gunung lain yang boleh pergi area Selangor ni. Tapi tu lah tu, Datuk ni macam sentimental gitu. 

On the way ke Rembau, tengok kampung-kampung tu teringat pulak zaman buat Eksplorace Batu Maloi. AJK siap datang recee sampai 3 kali ada kut. Aku tak ikut pun recee, know2 hari kejadian jadi fasi. Memang fasi yang kelautlah jawabnya. Kenangan.

"Kita kena repeat kak eksplorace tu" edah

"Haah, kertas kerja dah ada dah" tokie

"Ini last chance untuk kita gerakkan balik GH ni, kalau tak berjaya gak tarik anak muda, kita tukar nama jelah" aku

Sempat gaklah sembang terbang sampai langit ketujuh patah balik. Sembang je lah, kut? haha. Biasalah, tak sama dah kan keadaan sekarang. Banyak dah berubah. Banyak benda kena consider. Tapi kalau ada chance, why not? 

Ok perjalanan kali ni kami ber-9 orang (termasuk Dhuha) Perjalanan dimulakan dengan terpecah kepada 3 kumpulan - Salha, Maza, Hanan - Sarah, Edah, Tokie - Nina, Amar, Dhuha

Tapi lepas check point pertama, Tokie dah masuk ke kumpulan Nina, Amar, Dhuha. Maka aku dan Edah meneruskan step longlai dengan masa pendakian 3 jam. Ahaha! Nampaknya sejarah itu, telahpun terulang sendiri. Penat tu biasalah, nama pun hiking. Yang berubah kali ni adalah, aku takdelah rasa stress or frust sangat tak jumpa2 peak. Pendakian kali ini lebih tenang dan santai. Mungkin betul, kita takut/stress/frust sebab kita tak tahu.

Ok, sepasukan!

Lepas sikit dari Checkpoint 1. Maka terjumpalah Nina Amar Dhuha

Nak dekat ke puncak, jumpa amoi hiking solo. Takda kawan katanya, sajalah nak bergambar together taknak nampak lonely sangat. Gituh!

Dik, satgi kalau kawan akak tanya kenapa lambat, akak bagitau kitorang sweep awak tau. 
Eh eh camtu plak
Biasalah dik, dalam hidup ni kita kena sentiasa diperguna dan mempergunakan. Win win situation Camtu.

Pekena kopi dan megi!
Ni tangga nak ke 1st batu. Boleh compare dah lah.

Nampak tak, tangga ke puncak jaya u oll, boleh dah feeling pwincess!

Disebabkan pagi tu hujan, thus the view .. kabus je la gais.

Pada akhirnya suka saya nyatakan, masa takkan mengubah stamina (sekiranya kita tidak mengusahakannya), masa hanya akan mengubah saiz badan. Huhuhu.

Dahla wak, sampai situ je lah cerita aku untuk Datuk 2021. Turut di lampirkan log perjalanan beberapa kali ke Datuk sebelum2 ni. Korang tengoklah betapa kertu hit so strong.

 

Post-hiking: 
1st day - segala sendi sakit. 
2nd day - sakit macam lagi teruk dari semalam
3rd day - sakit slightly better than 2nd day.
4th day - masih sakit, ketika orang lain semua dah ok. 
5th day - sakit berkurang tp masih sengal² kalau banyak jalan
6th day - keadaan biasa dah tak sakit, cuma kalau naik tangga masih sakit mild² gitu.
7th day - sembuh, Alhamdulillah 😭

Sekian catatan dari aku.

28 September 2021

Ringkasan Tentang Hidup

Pada dasarnya, manusia adalah makhluk sosial yang terlahir sunyi dan berhujung sunyi. Dari tiada apa-apa menuju tiada apa-apa juga. Dari tidak berdaya kepada tidak berdaya lagi. 

Betapa indahnya susunan kehidupan dan perjalanan takdir aturan tuhan. Kerana perancangan dan jalan Nya, kita belajar banyak tentang hidup. tentang survival, tentang perjuangan, di perjuangkan dan memperjuangkan, tentang cinta dan persahabatan, tentang kerjasama dan kesatuan, tentang perbalahan dan kemaafan. tentang marah, dendam berhujung sayang dan rindu. 

Indah. bukan?

Setiap juzuk yang datang membawa pelbagai rasa dan warna. Memberi senyum dan air mata. Alangkah lucu kadangkala bila mengenang indahnya zaman remaja yang dipenuhi suka dan riang bersama kawan-kawan tanpa pernah diberatkan dengan beban kehidupan, zaman kanak-kanak yang begitu polos dan sering bertemankan air mata kerana belum kuat untuk mempertahankan diri dan perasaan sendiri. zaman awal dewasa saat cinta dan perasaan mula diusik perlahan, membuai dan terbuai. 

Hingga akhirnya kita bertemu dengan kenyataan hidup. Kita berumah tangga dan membangunkan mahligai yang pernah menjadi mimpi dan impian. Cinta yang pernah hangat kadangkala tenggelam dik kesibukan memperjuangkan nakhoda yang kian bertambah ahlinya. Bebanan kerja, tanggungan keluarga, mendidik anak, meneladani ibu ayah. Menjadi rutin yang tekadang melelahkan.

Belum sempat semuanya membuahkan hasil. Kita diuji dengan kesakitan yang tidak kita tahu salahnya dimana, hanya kerana aturan takdir telah tertulis begitu. Dan.

hidup kita menjadi kembali sunyi.

Sebelum akhirnya lenyap di hujung nafas yang terhenti. Dan bernokhtahlah satu perjalanan kita di dunia yang sebentar. Melenyapkan semua rasa yang pernah kita ada. 

Terima kasih Allah, untuk seluruh rasa yang kau pinjamkan selama ini.

Kematian, tak pernah gagal menjadi teguran dan peringatan untuk kita dalam menerus langkah. Allah, moga akhir langkahku dalam redhoMu. 😭

Takziah untuk kepulangan Dr Tahir Abdul Rahman, ke pangkuan rabbul jalil. Semoga arwah ditempatkan dikalangan para anbiya' dan solafussoleh. Sesungguhnya kami menjadi saksi perjuangan beliau dalam memperjuangkan agamaMu ya Allah. Amin

19 September 2021

Tabung Syiling

Dulu masa aku sekolah rendah. Dekat rumah ada sebijik porcelin berbentuk tempayan. Kecik je porcelin tu. Lebih kurang saiz mug atau cawan. Tapi tempayan kecil tu selalu mencuri pandangan. Ahaha. Nak tau kenapa?

Sebab, kat tempayan tu ada duit syiling yang melimpah ruah. Sampai dah tak boleh tutup dah. (Atau sebenarnya penutup dia dah pecah, aku pun tak pasti) Mak cakap duit syiling tu kalau mak ada jumpa syiling sekitar rumah mak kumpul masuk situ. 

Kerap juga aku ambil sikit duit dalam tu. Besar makna syiling untuk seorang kanak-kanak masa tu. Taktau budak sekarang merasakan yang sama tak eh? Hmm..

Sekarang dah besar ni baru paham kenapa lah syiling sering terkumpulkan. 😁 kat rumah ada 1 balang, kat pejabat pun ada 1 balang. 

So geng, kalau susah sangat nak menabung banyak², moh ler kita menabung syiling saja. Hehehe. 

06 September 2021

PUBG

Akhirnya, terjebak jua.. banyak pengaruh pandemik dan PKP ni terhadap kehidupan sosial massa. Norma baru. Sejak cara sosial manusia berubah dari kehidupan nyata kepada maya ni, banyaklah yang berubah.

Kalau dulu, hujung minggu banyak dihabiskan dengan ke sana-sini. Baik program kebajikan, program kendiri, usrah, mahupun aktiviti santai/outdoor/travel. Sekarang ni, apa pun tak boleh. Dah nak boleh kut noh, sikit lagi..  

"Dah bakpe awak mati awalnya? kata nak belanja ayam malam ni"

"Takpe la kali ni Sarah carry saya lah plak"

Selang beberapa minit aku berjogging di lapangan Livik tu, 

"Sarah, mampu scope je ke sarah?" kata sorang random team mate lepas dia dah terbunuh sebab tak nampak musuh tiba-tiba headshot dia. Pastu dia duk spectate aku.  

Itulah masalahnya, sebab bila kita dah terkorban kat PUBG ni, kita masih boleh spectate team kita yang masih hidup. Kalau semua team dah mati pun, kita nak spectate opponent pun boleh. Kira-kira sempatlah kalau kau nak belajar strategi ke kan. Boleh sangat. 

Feeling macam boss tengah perati je gerak kerja kita. Ha gitulah lebih kurang.

Orang nak main, kau pun nak main. Dah scope je la mampu. Wakaka.

Position selalu aku dapat setiap habis mission: Battlefield Medic, Pacifist, Survival Expert 
Kepakaran: jogging, kutip weapon, jadi pasukan sorak time spectate member, jadi beban team dan yang penting, berlakon jadi bot.
Kelemahan: Kill (biasanya 0 kill, kalau lebih dari 0 tu maksudnya bunuh bot lah tu)

"Kak, sampai bila kak nak jadi beban kepada team? akak kena lah belajar jugak" - Adik penang, kemain kencang mulut dia. Umur 10 or 12 tahun tak tahu mana satu umur sebenar. 

Setakat aku main kira-kira dah sebulan ni, aku jumpa yang paling muda darjah 2, yang paling tua 23 tahun. Mungkin ada kut yang lebih tua, tapi aku tak dan tanya umur time main. Oh ada jugak kenal yang 34 tahun. Sorang. Si Hafizuddin. Ada lah sekali kut dia main time kuarantin hari tu. Habis kuarantin mungkin dia pun uninstall dah PUBG. Ha gitu.

Main buai pun dalam game je sekarang.

So gais, kalau nak tlg carry.. roger lah.. saya tunggu kat Cheer Park ek. Siap menjadi beban anda! Ahaks. 

Pen off. 

30 July 2021

Kau tak akan terganti

"Meski waktu datang dan berlalu 
sampai kau tiada bertahan
Semua tak kan mampu mengubahku
Hanyalah kau yang ada di relungku
Hanyalah dirimu 
mampu membuatku jatuh dan mencinta
Kau bukan hanya sekedar indah
Kau tak akan terganti"

Selalu dengar je lagu ni kat tiktok, semalam nampak Bryan (Abi) nyanyikan untuk Vidhia (Umi). Fuh, mantap liriknya. Hari ni baru rajin nak google, oh lagu Marcel rupanya. No wonder menyentuh gitu. Rupanya lagu release 2011, dah 10 tahun ya tapi kekal berbisa berkat lirik dan arrangement muzik yang begitu mantul sekali.

Sedaplah lagu dia.

Lirik pun cantik.

Tapi tulah, kita jangan mudah hanyut dan terpedaya gais dengan muzik ni. Bila kau hayati lebih dalam. Lagu cinta ni memang sesuai untuk orang time bercinta je. Kalau kau saing2kan dengan realiti semasa, kau tak akan terganti. Memang boleh dipersoalkan lah lirik tersebut. Haha. Malaslah nak ulas panjang, setiap hari pun sekarang dah 3-4 isu masuk serentak. Banyak lagi isu semasa nak kena catch up kan. benda-benda camni tak yah la amik port sangat.

Pape pun, nice job Marcel. Good song! 

Dia macam, eh tiber.. tapi tak mengapa.

28 July 2021

Mysterious Pianist

Ah tiber la pulak pianist kan. Out of no where betul tiba-tiba nak cerita pasal pianist ni. Ok, jom kita start!

baru nak start tiber malas la plak. oklah nanti edit lain. sekarang kita post lah dlu. hahaha.

Kisah tentang Emil & Giorgio

11 July 2021

Bengkel Penulisan : Tulisan Persuasif

Di hari Ahad yang damai, aku pun menyertailah sebuah bengkel penulisan! Aku kira dah kali ketiga ada kut aku sertai bengkel penulisan yang sebegini. Tapi tu lah tu, entah bila nak makin maju dalam penulisan. Setakat blog ni mampulah. Nak buat tulisan yang berunsur informatif atau persuasif? macam belum nampak sinarnya. 

Dalam bengkel ni ada 2 aktiviti yang impromptu kena menulis. 

1. Dancing Pen

Penceramah bagi perkataan, kemudian kita diminta tulis tentang perkataan tu. Sepanjang kita menulis, penceramah akan bagi lagi perkataan seterusnya dan kita akan kena cerita lagi tentang perkataan seterusnya sampailah ke perkataan terakhir. Dapatlah dalam separuh A4. Hanya menulis, belum edit apa2. 

Al-Hasil (yang di tebalkan adalah perkataan yang di sebut penceramah)

Hidup hari ini begitu membosankan. Setiap hari, bangunan yang sama yang terus ditatap. Tiada lagi warna rimba dan bunyi sungai yang mengalir yang selalu dilewati hampir setiap hujung minggu pada satu waktu dahulu.

Rindu, namun hanya bangunan ini yang terus ditatap. Apakan daya, PKPD adalah jalan terbaik bagi kerajaan untuk memastikan keselesaan negara di masa depan. Susah, terperap atau bosan sedikit pada waktu ini harapnya membuahkan satu keputusan yang baik pada penurunan kes Covid-19 di Malaysia.

Sejak pandemik ini, banyak yang kita boleh pelajari hikmahnya. Kaya macam mana pun, jika nikmat bertebaran di tarik balik, tetap tak bererti. Sementara hal yang lain warga miskin kota pula, terus menerus menjadi semakin miskin. Hutang yang sedia ada belum pun berbayar terpaksa di tambah lagi, dek kerja yang terputus di tengah jalan. 

Bila kita lihat di kaca tv, saban hari ada sahaja bantuan yang diberi kerajaan/ individu persendirian tetapi tetap tidak mencukupi. Dalam pada itu, wanita pula menjadi golongan yang paling terkesan semenjak pandemik ini. Apapun, didoakan negara kita kembali sembuh dari wabak ini. 

Rindu kepada norma dahulu semakin menebal.

2. Tugasan membuat satu artikel dan dihantar sebelum 12 malam

Untuk tugasan kedua ni aku belum siap lagi. Kerangka tu siap dah lah, sebab kerangka kena siapkan masa bengkel berlangsung. Kerangka artikel, aku guna kaedah KJ ni. So kalau ikut info ada dahlah, tinggal nak gembur kan sana sini biar terurai dan menjadi satu artikel yang bersesuaian. 

Untuk teknik mengembangkan idea, penceramah bagi 2 kaedah. KJ dan Ishikawa. Kalau rajin bolehlah google untuk pembacaan lanjut dan menyeluruh 

2.1    Kaedah Kawakita Jiro (KJ)



2.2    Kaedah Ishikawa


Ya Allah, berilah kekuatan dan kerajinan untuk menyiapkan artikel sekaligus menghantar kepada penganjur sebelum jam 12 malam ini. Amin. 

Sekian dulu dari aku untuk hari ini di blogspot. 

Salam Zulhijjah gais!

06 July 2021

Tanggungjawab

Beberapa bulan kebelakangan ni tiba-tiba senior sekolah aku macam dapat satu nafas baru untuk buat FB Live berkala. Aku pun tak pasti lah apa trigger asal diorang untuk create this awesome idea ni. 
Lepas 3 kali buat live dan share dekat FB feed depa sendiri, aku pun suggest, kenapa tak buat satu page je terus untuk keep all the link kat satu tempat. Boleh bagi manfaat juga untuk orang-orang yang tak dapat reach owner FB live tu. Selain itu, memudahkan jugalah nanti kut lah orang lain nak cari balik forum atau talk tu, diorang boleh terus refer page je.

Sembang kencang kan?

Yeah macam biasa, kalau sembang ni babi pun boleh terbang (ni ayat-ayat budak zaman sekarang ni) Tiba-tiba aku pun terus di up kan jadi admin page. Tapi sebenarnya idea untuk create page ni bukan idea aku sorang je sebenarnya, dah few people menyuarakan cadangan tersebut. Aku ni kira orang ke 26lah kut yang bagi cadangan tu. (over nau sampai 26 orang punya cadangan kan, bajet betul! orang ke tiga lebih logik kut. haha)
Tapi macam biasalah, FB aku pun kelaut, apps yang paling kerap aku buka sekarang ni pun tiktok. Tu pun tengok content orang je, nak create content sendiri? Too much work. sigh. Apps yang lain ni aku jenguk juga setiap hari, tapi too lazy untuk react apa2.

So 

Memang takda apa jadilah kedudukan aku sebagai admin page tersebut. Beberapa hari lepas jadi admin, aku tengok aku punya role dah tukar jadi editor. Haha! Sempatlah aku letak 1 post. Dan hari ni aku tengok, aku punya role dah kena revoke. Ahaha
Kadang rasa bersalah gak sebab bagi cadangan tapi tak bagi input pun. Tak tolong apa pun. Hmm, camtulah. Sedih. 

Apa yang aku cuba sampaikan dalam karangan hari ni ek? aku pun tak pasti apa aku nak sampaikan, yang penting aku hanya nak rant out je apa yang dalam otak ni. 
Tenaga semakin lemah sekarang.
Excitement pun berkurang.
So camni je lah harapan nya. Rant out... like whatever.

Sekian. 

02 July 2021

Vaccine Day

Sempena nak ambil vaksin hari ni, sengaja lah aku ambil cuti, memandangkan cuti tak bergerak semenjak pandemik ni. Jadi lepas Subuh aku terus menyambung tidur dan bermalasan di atas katil. Sedap pulak tu mimpi hari ni. Sampai dah terjaga sambung lagi tidur sebab nak terus tengok mimpi tu.. (biasa kan jadi?)

Sehinggalah, whatsapp berbunyi..
'Sarah, minit dah siap' 
'belum..'

Dan hariku pun bermula.

hey gais, happy friday ya! hope everything doing good today.

9.03 pagi, 2 julai 2021.

26 June 2021

Hilang (1)

 

Waktu yang kian singkat, 

Nafas yang makin terbatas, 

Sela-sela hari yang terus berulang,

Langit senja yang bertukar jingga,

Seperti usia yang makin menuju hujung.


Untuk setiap rasa yang makin pudar.

Asa yang makin berat.

Langkah yang terbata bata.


Tuhan,

Adakah masih ada harapan

untuk hambaMu kembali meraih cintaMu 


24 June 2021

Kesedihan demi kesedihan

Dunia terus diselubung awan mendung yang mengundang sedih demi sedih. Masa PKP 1 dulu rasa dah sedih dah, sebab ramai yang kena buang kerja. Balik kampung, restart. At a good side, boleh duduk dengan mak ayah kat kampung. 

Kerja

"Fiz, kerja ok ke?" tanya seorang ayah kepada anaknya lantaran 2 dari abangnya menghadapi masalah di tempat kerja. Seorang di cutikan tanpa gaji, sementara yang seorang lagi tak mendapat sebarang dapatan memandangkan bekerja sebagai tenaga pengajar di sekolah memandu. 

"Ok lagi bah" jawab sang anak, sambil juga memikirkan sehingga bila agaknya company boleh bertahan.  

Kehilangan

Pagi ni, aku buka tiktok macam biasa. Baru first few video, dah kasi banjir dah mata aku pagi ni. 

Azizah binti Siti Aishah

Makcik ni, kalau kira-kira umur dia dalam 65 tahun macam tu. Kurus kecik je, cargas lagi! Sekarang depa anak beranak tengah nak bina dewan perhimpunan untuk orang belajar agama. Makcik ni turun padang susun bata, sapu simen untuk naikkan dewan tu. Anak ada 12 orang. Takdak penyakit apa, meninggal sebab dah sampai ajalnya. 

Yang sedih sebab, masa kejadian husband dan 2 anak positif covid. Tak dapat tengok masa urusan kematian. Once dah sembuh barulah husband datang melawat kat kubur. 

Ya Allah, bila tengok pakcik tu pi kubur yang rasa BANJIR gaes. Membayangkan, bersama-sama menghadapi susah payah membesarkan anak yang 12 berdua. Sakitnya, ragamnya anak-anak. 

Dari sunyi menjadi ramai dan akhirnya sunyi kembali. Sesakit itu ya kehidupan ini teman2. :(

InsyaAllah, semoga makcik Azizah ditempatkan dikalangan hamba beriman. Alfatihah.

Ya Allah, kapan bumi akan sembuh? Akankah sembuh? sobs.

19 June 2021

Mimpi Berbaur RIndu

Sebelum puasa tahun ni, bersamaan sebelum PKP 3.0 berlangsung, aku telah pun mendapat seorang lagi anak buah, perempuan. Menjadikan keseluruhan anak buah kini adalah 4 orang. 2 lelaki dan 2 perempuan. Sempatlah berjumpa si kecik ni, sebab duk jaga abang-abangnya masa mak dan ayahnya ke hospital.

Tak lama lepas tu PKP kan, maka perkembangan baby girl ni memang di lihat melalui skrin fon je lah. 

Semalam aku mimpi, 

Medina dah pandai senyum, dan respon kepada orang, dah tak banyak nangis dah macam sekarang. Dan waktu tu, aku tak tau la mak bapaknya ke mana, tapi aku duk main dengan dia. Masa tu orang ramai. Macam ada majlis, dan semua balik kampung berkumpul. Tak ada orang pun pakai mask time tu. Aku pun tengah recap muka sorang sorang. Ni anak siapa, oh anak dia ni dah 3 orang. Oh dia ni, lama betul tak nampak.

Sehinggalah akhirnya aku terjaga, jam 3.40 pagi. 

Oh, mimpi.

Lama sangat ye kita dah di jarakkan dari suasana yang lama. Mungkin rindu agaknya kan? sampai masuk ke mimpi. 

#catatanpandemik #pkp3.0

02 June 2021

PKP 3.0 lagi oi

Sebenarnya aku pun tak dapat nak pasti kan PKP kali kebarapa dah ni. Pada seingat akulah, ni PKP 3.0 lah sebab sebelum ni ada sekali PKP 2.0 tapi sebab tak restrict sangat (still boleh pergi kerja) menjadikan PKP tu tak terasa macam PKP sangat. Lebih terasa seperti PKPB gitu. 

Ok seperti biasa kita nota kan sikitlah kan kat ruangan kenangan ni, untuk bagitau yang sekarang Malaysia sedang alami PKP lagi. 1 hingga 14 Jun. Maka, marilah kita berkurung lagi dirumah. Yeahooo.. Bagus sangat tau PKP ni untuk orang introvert macam aku ni. Wakakaka!

Apa aktiviti kalian sempena PKP? tuliskan lah di ruangan komen! 

(Berangan betul, nak interaktif suruh2 orang komen ni, tak dapat lah kat blog kan. Nak mintak orang respon kena pergi FB or IG kut. Blogspot dah lama sendu)

So itu je kut aku nak jot. Harap aku di tiupkan kekuatan untuk menulis kisah2 perjalanan yang lalu. Banyak nau tertunggak untuk disimpan disini. 

Till then.

28 May 2021

Mengenang

Dulu masa mula-mula aku masuk company, antara benda yang awal aku kena buat ialah mempromosikan FB company. (Buat SEO kan time tu, kita kena la banyak like, barulah 'terlihat')

Antara komen boss aku (lepas dia add aku)

"Sarah, you punya kawan semua perempuan ke?" Lepas dia stalk FB aku lah tu. 

Aku pun tak ingat apa respon aku kepada dia lepas tu. Kejadian tu adalah sekitar tahun 2011 atau awal 2012. Tak dinafikan kawan aku lebih banyak perempuan dari lelaki. Aku kan girl school dulu! (Walhal dah matrik dah universiti kut, nak gak gebang pasal skolah menengah kan!)

Masa pengajian tinggi plak duk kat persatuan2 islamis gitu. Harusla ana wa anti, akhi wa ukhti. Add FB pun takkan la diorang nak komen. 

Tapi, kalau diulang masa, i tetap nak gi sekolah perempuan jugak. haha! Taknak tukar. Best woi skolah 1 gender. 

Oh ya, disebabkan pandemik ni terlihat seperti tak kunjung reda, maka aku akan cuba memperbanyakkan siri2 mengenang. 

Best kan mengenang? Macam tu mungkin perasaan orang yang duduk dalam penjara kan. Hanya kenanganlah yang memberi nafas untuk hari hari kedepan. Uish tapi perit tu kalau kenangan persalah. Sakit.

12 May 2021

Raya PKP tahun kedua

Salam Ramadan ke 30 untuk sahabat semua. Macam mana raya tahun ni? Lepas ke nak balik beraya di kampung halaman? Kalau berjaya Alhamdulillah, kalau tidak berjaya pun Alhamdulillah. Sebab dengan pandemik ni, semuanya seperti kelabu. Tak tau pun ada kah kita pembawa atau bagaimana. 

Ok alkisah, sejak zaman sekolah (or sejak kecil eh?) aku memang selalu kantoi everytime nak cuba break the rule. Aku pun tak faham kenapa. Sehingga akhirnya aku jadi takut dan malas nak against rule (thus being the nerd and skema person)

Balik kampung

Kalau ikutkan secara rule nya, aku boleh balik ke kampung dengan tiket penjaga kepada student. Tapi aku tanya banyak kali, betul ke aku boleh balik. Tak payah jumpa polis maklumkan yang aku ni penjaga ke? Tak perlu dapatkan kebenaran lain? Kak Siti cakap tak perlu. Berbalik kepada penyataan awal tadi, jadi aku tetap reluctant.

Kes meningkat

Elok pulak tak berapa hari lepas perbincangan tu, kes naik mendadak. Terus mak di kampung pun bimbang. ye lah kan virus ni, kalau kita ada pun kita tak tau kita ada. Buatnya balik kampung kita jadi asbab penyebaran.Ya Allah, takutnya rasa tertanggung nak bayang. Maka mak pun dah redha dah kalau 2 anak dara dia ni tak balik kampung raya ni. 

Tahun lepas aku beraya dengan Naim sekeluarga. Tapi tahun ni, nak keluar daerah tak boleh, nak berziarah syawal pertama pun tak dapat. Walaupun ikut plan asal, raya pertama nak balik kampung mak di Kuala Selangor, hmmm kensel. Maka sendulah aku dengan Kak siti kat rumah PJ raya ni. 

Banyaklah dipertimbangkan sebenarnya rentetan dari kes nak balik kampung ke tak ni. Walaupun nampak macam tanggang, tapi we shouldn't said that i think. Bukan sengaja kan tak nak balik menjenguk keluarga di kampung. Valid reason aku rasa benda ni. Maslahah sejagat. Aku bayangkan 2 posibility kat sini

1. Aku dah dijangkiti tapi tak tahu - selain dari spread kat family aku, family aku pulak nanti spread kat orang kampung. Selain dari dah bagi harm kat family sendiri, now aku dah harm family orang lain plak. Nak nak anak diorang elok tak balik kampung sebab nak lindungi family diorang kat kampung dari terkena virus ni. huish, tak boleh bayangkan how to face the blame. (walaupun logically, we shouldnt be blame at the first place pun since kita pun tak tahu kita ada benda tu, tp yeah ni citer pasal nyawa dan kesihatan, orang tak fikir dah benda2 camtu kan)

2. Aku memang bebas dari virus - yang ni bagus, tapi aku rasa macam unfair pulak dekat orang yang memang tak balik di sebabkan patuh SOP. Kenapa susah2 SOP dikeluarkan kalau takda yang nak ikut kan. Rasa macam tak tergamak lak rasanya, mengenangkan muka2 yang serius patuh ni. Sedangkan kita da gembira bersama family kita kat kampung. 

Menentang pandemik ni adalah tanggungjawab bersama, biarlah kita buat kerja sampai habis bersama. Tangguhkan dulu kegembiraan ini, kita sedih dulu sama-sama, untuk akhirnya nanti kita bergembira juga bersama-sama. Barulah the feeling of winning tu lebih besar. 

3. Selain dari 2 perkara kat atas, aku jugak rasa bersimpati dengan doktor, polis, askar yang dibekukan cuti semata-mata untuk treat all the patient and cases. Tega kah? Oh tidak! Jadi keputusan aku menurut SOP adalah a kind of solidariti untuk kalian juga, frontliners!

Sekian dulu ucapan panjang menjelang Syawal dari saya yang bakal beraya di perantauan untuk kali kedua. Dulu masa zaman student, ngaji dalam Malaysia je. Tak dan nak feeling2 anak rantau gitu. Dah tua2 ni dapat la merasa acah2 ngaji oversea, raya tak dapat balik kampung. Aha! 

Taip start lepas Subuh, eh eh dah nak dekat Maghrib baru siap! Lol.

Selamat Hari Raya teman2! Semoga di pertemukan lagi dengan Ramadan kedepannya. Semoga amalan kita diterima Allah. Jangan lupa terus panjatkan doa untuk saudara di Palestin dan juga untuk dunia keseluruhannya.

10 May 2021

Bertangguh (Procastinate)

procastination is real, i tell u gais

Seiring usia, sikap suka bertangguh ni semakin menggebu-gebu ye. Aku pun tak paham. Kadang-kadang memang procastinate tu sebab motivasi merudum. Dan aku rasa faktor terbesar dia adalah sebab kita buat benda yang kita biasa buat. Kita dah tau dah sebenarnya nak buat camne, tinggal kena buat je. Tu yang makin di drag sampai ke hujung paling hujung dia boleh drag. Ha camtuh!

Report

Macam biasa aku kat opis memang dah tak buat sangatlah kerja-kerja IT ni. Yang hardcore macam membina sistem, atau memperbaiki sistem yang tercalar, memang tak dah. Paling kalau ada kesilapan data, ha yang tu jelah yang aku masih buat. (Betulkan data lagi senang aku rasa dari betulkan code. huhu) Dan kerja yang hampir hakiki aku haruslah, membuat laporan untuk bayaran.

Semenjak 2017 macam tu sampai sekarang, 3 bulan sekali aku lah pi gather semua data untuk di laporkan. So bayangkan betapi tepunya disitu. Akhir-akhir ni, aku punya paling last pergi dia tu, esok nak submit ni, maka malam ni lah aku pun tak tidur malam. Ni dah kali ke-3 kut aku buat camtu. Huk2! Semalam aku rasa aku tidur dalam 20-30 minit je.

Rama

Macam yang semua telah tahu, aku kan sekarang rajin bersidai di dunia tipu-tipu, tiktok. Jadi dalam fasa bertangguh aku tu, telah aku terjumpa satu akaun brader ni, Rama nama dia (kalau korang nak cari di Tiktok boleh search @ramalauw ) Aku tak pasti bangsa dia apa, maybe cina kut, tapi berasal dari Ambon, Indonesia. Sekarang tengah sambung degree dekat Jerman. 

Rama ni dia buat satu video (aku syak menganjing lah kan, takkan serius) pasal procastinate. Dia cakap dia suka procastinate dan ia bagus. Dengan procastinate, dia boleh menghabis kan banyak masa dengan Netflix, kdrama, tiktok dan leisure. Dia end kan dia punya video tu dengan satu tagline 

"Due tomorrow? do it tomorrow!"

Memang gila sekali! Dan, thats what i do today. Hari ni suppose submit report. Dan hari ni juga aku masih menaip. Luar biasa! 

Ok report dah berjaya submit. Sekarang taktau apa dah jadi kat aku, macam high kut. ting tong weyh tak cukup tidur. Takleh ikut lah sarana Rama ni. haha

06 May 2021

Sambal Nyet

Sejak beberapa hari yang lepas, Siti Hajar telah mengajak saya bersukan di arena shopping online. Tahukah kawan-kawan mengenai sambal nyet by Khairul Aming itu? Ya betul! memang hebat kan sambutan sambal beliau. Biasala, selebriti memasak gitu.

Ok sejak bila entah aku pun tak tahu, tapi dia start jual sambal tu kat shoppee ikut jadual, dari 9.30 pagi sampailah ke 2.30 petang berjarak setengah jam setiap session tu. 

Maka untuk mengisi masa lapang, aku pun layan game kak siti ni. Penuh berstrategi ye untuk mendapatkan sambal nyet ni. 2 hari aku menunggu setiap setengah jam untuk place order, tapi gagal. Asyik gagal je, first time tu sebab teradd to cart 3. Dia maksimum 2 balang je. So, dah bazir masa kat situ. memang nak tekan checkout tu gagal la citer dia. Seterus2nya memang aku gagal bila nak place order. Dah molek masuk cart, nak payment je terus habis stok. grrr...

Aku pun klik2 tu menyambil je kan, idokle serius beno nak kan sambalnya. Bersukan kan. Tibe-tibe kak siti randomly tekan di hari ke berapa taktau, jam 9.30 pagi dan ya! here it is. Ahaha, jom kita try.

(So kawan-kawan yang masih mencuba tu, boleh try ya jam 930 pagi. Semoga ada rezeki merasa Sambal Nyet. Hehe)  


Review sikit

Okey setelah masuknya waktu berbuka dan aku pun mencubalah sambal yang begitu viral sehingga meng-jutawan kan khairul aming ni. Review ni ikut aku punya taste bud ngan kemampuan perut aku jela k. Memang takkan sama lah dengan orang lain.

Sambal dia pedas tapi sedap. Dia macam ada gabungan masakan sambal Malaysia dengan sambal Indonesia. Overall suit my taste bud. Tapi nak kata tersedap tu idok le. Haruslah sambal mak kita paling sedap. Haha. 

Kepada kawan-kawan yang masih battle nak dapatkan sebotol sambal nyet. Good luck saya ucapkan! Tanpa keberanian, mimpi tak bermakna. so, teruskan klik2!

Secebis kisah di Broga

Hai semua, lama tak menulis. Lagi-lagi tulisan2 tentang pendakian. Yela dah masuk tahun ke-2 dunia dilanda pandemik. Dan sejak itu jugalah, nikmat berkeliaran, bertravel dan bergerak kita telah pun di ambil semula. 

Ya, sebuah pelajaran tentang syukur aku kira. Akhirnya kita sedar, bergerak bebas itu satu nikmat.

Ok, terus kepada kisah. Last aku naik gunung adalah Gunung Yong yap beberapa hari sebelum arahan PKP Mac tahun lepas. Lepas PKP dah habis, ada juga la naik Bukit Gasing dan juga Denai 3 Puteri, buat lepas gian masuk hutan camtu.

Nak cerita dia pasal Broga kan tadi. Mengikut rekod, aku pun dah tak dapat kira berapa kali dah aku pergi Broga sebenarnya. Cerita ni dah lama (30.5.2015), cerita zaman semua yang join trip tu semua bujang lagi. Hidup yang santai tanpa memikirkan macam-macam komitmen yang kena fikir sekarang. 

Hari tu, first time la naik Broga, Gema x Weekenders. Tak ramai pun yang join hari tu. Biasa program Gema naik Broga kami buat pagi. Tapi yang kali ni, since Weekenders yang ajak, depa buat malam. First time juga aku naik Broga lepas Asar. Santai memang santai, sebab orang tak ramai. (Oh, masa ni masih guna laluan lama, nowadays dah buka laluan baru kan, dan berbayar. Time kami naik ni, masih bayar parking je. Naik bukit takde bayar)

Antara yang join malam tu (yang aku ingat).. 
Weekenders : Aliff, Cam, sorang guy, sharifah, liyana
Gema: Nopal, Azahari, Hakim, Aku, Edah, 2 kawan edah



Dah sampai puncak Broga tu, masing-masing ralit dengan keindahan matahari hampir terbenam. Sibuk bergambar. Nak cerita santai tak santainya kami petang tu, sampai Alif tertinggal arang kat dalam kereta dia. So, da sampai puncak ni, patah balik turun nak amik arang kat dalam kereta. Sebab plan nya nak bbq malam tu.

Petang tu, ada la beberpa orang kat puncak selain kami. Tapi nak bawa ke Maghrib, balik lah diorang. Maybe datang layan sunset je kut. Nak senja tu, tinggal group kami dan sorang foreigner ni, maybe Japanese kut. Dia camping kat puncak tu sorang perempuan dengan lelaki macam bapak dia, sebab lebih berusia.

Japanese couple yang camping di puncak Broga
Orang berapa je, tapi daging tu macam. Hmm.

Malam tu, takde aktiviti sangat melainkan berbual dan berkenalan sambil makan BBQ. Naufal sampai lambat dan bz membuat assignment, dia tengah ambil master time tu. Walaupun bz buat assignment, bila daging bakar di hulur, habis juga semuanya ya. Mantap pak abu!

Member busy siapkan assignment

Masa kami duk bz makan dan berbual, aku perasan ada sorang pakcik cina yang sedang mendaki Broga, solo. Sempatlah aku amaze dengan pakcik tu. Kental gila mendaki sorang-sorang di malam hari. Bila kami duk makan dan makan tapi rasa dah full dan tak abis, terus aku teringat pakcik tu. Aku cadangkan utk offer makanan kat pakcik. Bila pakcik tu lalu, aku tak ingat kitorang offer atau tak tapi aku ingat pakcik tu pesan jangan balik lambat sangat.

Lepas semua dah berusaha keras dan memang tak boleh 'pergi' lagi, kami pun kemas-kemas untuk pulang. Punya la ralit duk bersantai, rupanya dah nak jam 11 malam time tu. Siap-siap kemas semua, kami pun turun. Macam biasalah aku akan duduk di daerah2 kebelakang sikit lah kan, memang dari dulu tak begitu pesukan. Tapi belakang aku time tu ada orang lagi, Cam kut ngan liana. 


Turun punya turun punya turun. Terhenti. Azahari yang depan sekali berhenti. Ada orang rupanya. Dia terkejut sebab nampak ada 2 brader ni nak mendaki, tapi tak pasang headlamp. Nasib tak berlanggar dengan dia yang turun. Masa tu macam dengar sikit-sikit la story2. Tapi, Azahari cakap tunggu kat bawah nanti dia cerita. Brader 2 orang tu pun tak jadi naik, patah balik dengan kitorang ke parking kereta. 

Dah sampai parking, barulah Azahari cerita detail (sambil tunggu yang belakang sampai) Menurut Azhari, 2 brader tu baru sampai, diorang nak naik. Tapi sampai dekat simpang (yang dia jumpa Azahari tu) dia stop dan tutup headlamp sebab dia nampak ada sekumpulan 'orang' baru turun beramai ramai ikut simpang 1 lagi tu. Bila dia jumpa azahari, terus dia tanya

"Siapa yang turun sebelum kau tadi?" Azahari pun terkejut sikitlah, sebab Azahari depan sekali dalam group kami, maknanya memang takde orang turun sebelum kami melainkan uncle cina tadilah. Tapi uncle tu turun dah lama sangat. Dan dia naik turun memang sorang-sorang je.

Disebabkan jawapan Azahari begitu, maka brader tu pun decide untuk tak jadi naik. Naik esok je lah, kut? 

Malam tu, kat dalam group whatsapp kecoh sekejap pasal isu ni. Sebab semua pun mengeluarkan pelbagai andaian sebab semua tak tau apa sebenarnya yang brader tu nampak. 

Oh, kisah budak hilang di Broga tu, beberapa tahun selepas cerita ni. Bunian ke ek yang brader tu nampak. Huhu.

Itu je lah cerita yang tiba-tiba melintas di fikiran aku dan masih menjadi misteri. 

** Aku sebenarnya tengah cari mood nak menulis report untuk submit kat boss. Tak sampai-sampai moodnya pun. Dah berapa hari dah ni. So, kita try tulis blog dulu, mana tau bleh jadi mood booster! haha. K tu je. 

Selamat Berpuasa kawan-kawan semua ^^,

21 April 2021

Pak cik parking 2.0

(haha.. kelakar lak aku rasa semakin kecil lingkungan pemerhatian kehidupan aku sekarang. Sama kecilnya ruang lingkup kehidupan di norma baru ini)

Ok jom kita start.

Hari Isnin kelmarin, aku balik macam biasalah. jam 5 petang sempena bulan Ramadan ni. Dekat tepi ofis ada kedai jual lauk pauk. Memikirkan malas nak singgah pi bazaar, jadi aku tapau sesiap. Lauk, sayur dan kuih. Lepas tapau terus ke parking.

Masuk kereta letak beg dan barang belanja, start enjin. Tiba-tiba pakcik parking ketuk tingkap.

Recap sikit

Masa mula aku parking sini, aku memang pernah dengar yang orang cakap parking sini tak berbayar. Jadi aku pun parking dengan bahagia. Tapi tiap petang, aku akan nampak pakcik ni meronda tengok kereta-kereta semua. Macam amik bayaran parking lah kan. Kawan aku pesan, jangan buat eye contact, masuk kereta dan terus jalan. Hahaha! Apakah lah perangai kan. So, sampai lah ke hari Isnin tu aku tak buat eye contact dengan pakcik tu. 

"Tayar pancit ni" kata pakcik tu sambil tunjuk kan tayar depan aku belah kiri. Aku pun keluar sat, dan cek tayar. Oh no! Memang flat habis tayar aku. Memang tak boleh gerak dah ni. Aku masuk kereta balik sambil call kak Siti

"Takde lelaki ke kat situ, minta tukarkan tayar spare. Takpun ko tinggal kan je dulu, naik grab je balik" Aku turun tadi sekali dengan Imah, jadi aku rasa imah la calon yang sesuai nak hantarkan aku ke lrt untuk aku balik PJ. Jadi aku call imah. Tak dan call masuk, pakcik tu ketuk lagi tingkap kereta aku. Talian aku matikan.

"Ada tayar spare ke? saya tukarkan"

Ya Allah, 😭 berkat RamadanMu kah ini Ya Allah. Maka aku pun bergegas tunjukkan kat mana tayar dan pakcik tu tolongkan. Kesian jugak aku tengok pakcik tu, dah beruban dah, peluh dia mencurah curah macam hujan nak cabut nat tayar tu. Posa lagi. Mesti habis kudrat dia nak cabut tayar tu. Dalam masa yang sama ada jugak brader muda ni mai, aku rasa sama kerja joki ngan pakcik ni rasa. Dia la tolong habiskan buka nat terakhir yang pakcik tu tak berjaya buka.

Imah datang jugak lepas amik anak dia. Thank you Imah. 😁

"Takpa kak, nanti kak bawa pi bengkel minta tampal tayar tu. Tak payah la sampai tukar tayar"

Begitu begini, lebih kurang 5.40 petang semuanya selesai. Aku pun memandu pada kelajuan 60-80km/jam memandangkan tayar kecik sebelah kan. Jadi takboleh la memecut seperti gaya SYM (Sarah Yang Memandu) 

Sampai PJ, terus terjah kedai tayar dekat simpang berhampiran rumah. 10 minit kemudian, siaplah tayar di tampal dengan harga RM8, aku pun pulang ke rumah dengan tenang dan lega.

Lesson Learnt?

Dont judge a book by its cover. Jangan selalu sangka buruk kat orang. Last-last orang yang kau bersangka tu yang bantu kau! Adehhh. Zass! Sekian, itulah perkongsian sekaligus tazkirah Ramadan ke 7. Harap semua pembaca dapat mengambil iktibar dari kisah.

20 April 2021

Pak cik parking

2019

Aku kira tak perlu menjadi malaikat untuk orang menyukai kita. Cukuplah kita menjadi manusia. 

Semalam balik dari kerja, pakcik jaga parking dah ada, pakej bersama dengan keluarga dia aku kira. 

"Ni ada pelam kat depan rumah berbuah. Makan la dengan kawan2" ujar pakcik sambil menghulur seplastik mempelam padi kut eh. Kecik2 buahnya.

Bagus pakcik ni, memang kerap dia bersedekah macam tu. Hari tu jambu air, ada juga dibaginya sayur. Tanaman di sekeliling rumah macam tu.

2020

Sempatlah beberapa kali aku berinteraksi dengan pakcik ni dek Covid kan, WFH. Jadi pergi ofis pun tidak kan. Tapi di hujung-hujung tu pakcik dah tak kelihatan, orang lain yang jaga parking. Bila sembang-sembang katanya pakcik tu sakit. Sekarang dah balik kampung, berubat di kampung. Tak tahula apa kabarnya dan sakit apa.

2021

Tahun ni, aku dah tak parking kat tempat pakcik tu lagi, sebabkan parking tu dah tutup. Aku pun tak pasti apa projek, aku syak depa nak properkan lagi tempat parking tu gamaknya. Tengok batu untuk tar jalan dah selonggok kat hujung parking. Tapi tu lah, sampai dah bulan 4 ni, tak nampak progress pun lagi.

Hari tu aku nampak pakcik ni tengah berjalan kaki berhampiran kawasan parking. Tapi sebab aku dah driving nak balik, sempat angkat tangan je lah. Kereta pun banyak kat belakang, nak borak tanya kabar pun segan. Tengok nampak sihat jugak, Alhamdulillah. 

10 March 2021

Tumbuh dewasa

Hey gais. 

Assalammualaikum,

malam ini terasa sedikit melankolik dari biasa. Jarang-jarang aku masih berjaga di jam segini. Ada yang berat merayap di pundak. Ada yang gabut masih tak terlerai di minda. Berserlirat dan membungkam.

kedepannya ku kira langkah akan makin memberat. hidup. dan ujian. dan ujian untuk orang hebat itu lebih besar dari kita seharian yang hanya perlu berperang dengan rasa malas untuk bangun dari tidur. 

banyak rasa-rasa yang makin memudar.

banyak rasa-rasa yang tidak lagi terdaftar dalam diri.

mati rasa.

begitulah aku kira kerasnya pelajaran hidup mengajar kita untuk tumbuh dewasa. 

Walau apapun akan terjadi kedepannya, moga Allah terus memerhatiku dengan belas dan ihsannya, Aku masih mahu hidup walau langkah ini sering tersadung dlm menuju Cinta Mu ya Allah. 

19 February 2021

Angpow

Sejak 9 tahun lepas, kerja aku adalah collect angpow bila tibanya Tahun Baru Cina. Haha! Masa awal2 logiklah kan, tapi dah sampai 9 tahun masih collect angpow? haha. Sebab masih kekal bujang walau dah 9 tahun. got it? Lol! 

Dulu-dulu setiap CNY (biasanya seminggu selepas CNY) akan ada letupan mercun kat depan pejabat. Aku pun tak pasti lah simbolik atas apa, tapi memang syarikat-syarikat yang berhampiran mana-mana yang chinese company pun buat yang sama. 

Lepas mercun berbunyi, maka beraturlah kami ambil angpow dari boss. Macam tu lah, setiap tahun pun. Kemudian dalam bulan yang sama akan ada ke rumah kebajikan untuk charity event.

Tu semua aktiviti yang aku hadap since CNY 2012 sehinggalah 2016 aku kira. Sebab 2017 onwards, aku dah duduk client side di KL. Jadi takde lah join sangat aktiviti sambutan tahun baru cina tu. Walaupun angpow yang diterima tak sebanyak dulu (masa dekat HQ), paling kurang 3 sampul tu still dapatlah. 

Aku nak cerita pengalaman aku bersama angpow ni. Biasanya angpow2 ni aku tak guna. Sebab sayang. Nampak macam kecil je kan, 1 sampul paling RM10, kalau boss atau company angpow mungkin boleh sampai RM50 atau RM100. 

Cerita dia, tahun 2011 aku beli kereta. Sebelum beli kereta tu kehidupan aku biasa-biasa je lah. Ye lah bujang, duk rumah sewa RM400 sebulan share 5 orang. Jadi berapa sangat je lah luak duit gaji kan. Komitmen aku time tu selain bil letrik air dan duit sewa rumah, yang tambah tolak baru RM100 tu hanyalah hutang PTPTN. Jadi memang hampir tak pernah mengenallah terma hujung bulan makan megi. Bagi aku time tu, aku akan makan megi bila aku rasa nak makan megi, bukan sebab takde duit. 

Bulan 8 aku tukar kerja, bulan 11 aku beli kereta. Time tu aku baru confirm tempat kerja baru (ya, tempat kerja sekarang ni lah) So gaji waktu tu, barulah lepas molek nak buat pinjaman kereta. Uh yeah, elok lepas beli kereta. kitorang decide pindah rumah. Yang sewanya naik sekali ganda dari sebelumnya. 

Tahun 2012, first time lah aku dapat angpow. time ni eksaited tau. Banyak dapat tahun ni. hehehe. Tapi sayang nak guna, aku simpan semuanya. Bila dah ada kereta ni, baru lah sikit2 merasa kepedihannya. Huhu, mula dengan kena bayar servis berapa bulan sekali tu. Kemuncak dia bila kena renew roadtax dan insurans di hujung tahun. 

Ya itulah buat pertama kalinya, dalam bank aku tinggal RM100 je lepas renew roadtax. Memang takde simpanan dah. Maka, masa tulah aku korek balik duit-duit angpow ni semua. Sangat berguna angpow tahun 2012 tersebut yah. Selepas tahun tu, aku guna jugaklah bila terdesak. Dah hujung-hujung ni, (beberapa tahun terakhir sebelum covid) selalu aku guna untuk salam kaut je. hehehe. Kalau muslim boss2 aku tu, mengalir jauh sedekah depa. Moga satu hari di berikan hidayah oleh Allah. 

Sekian kisah aku dan angpow. Happy Chinese New Year all! (versi terlambat)

10 February 2021

Suram

Tak banyak keceriaan akhir-akhir ini kan. Suasana tak mendukung! Nak ceritanya sekarang aku dah fully masuk pejabat. Sebelum ni, masa zaman PKPB vs PKP 2.0 (sebelum 4 feb) aku masuk pejabat bergilir. seminggu masuk pejabat. seminggu kerja dari rumah. Lepas tu pulak, masa bekerja dibagi diskaun 2 jam. Steady dapat balik awal untuk beberapa bulan. 

Oh tapi ada yang tak bestnya adalah.. 

kakak-kakak yang meniaga kat kafe ni kesian jugak. Ada satu kakak buat air yang memang kitorang rajin tegur tu.. biasanya 2 orang. Tapi sebab kan orang pun dah takde, kafe pun sendu, kakak yang sorang dah pi kerja tempat lain dah. 

Everything going to be good soon right?

Oh, 10 februari juga mengenang 21 tahun yang lepas i masuk skolah asrama! he he he. 

02 February 2021

Tik Tok 2.0

Hello Februari.

Hari tu getting hook dengan tiktok sebab all the funny content. Nowadays, dah plak terpengaruh dengan tiktok live. Gila ah! Tiktokers ni memang ada circle dia k, semua nya macam jiran tetangga. on live, pastu duk gossip tentang another tiktokers, kira macam kau update soal jiran tetangga gitu. 

Dan gais. 

Kadang-kadang macam tengah tengok drama, in real, tapi takdak skrip. impromptu skrip. 

Aku rindu sebenarnya nak taip panjang-panjang macam once upon a time tapi tu lah tu. tu lah tu. Kbye

Sekian,
Acik Blog yang makin sendu.
Sedang cuba menjadi relevan di dunia tipu2.

17 January 2021

Muhasabah

 Memberi ruang pada hati dan jiwa. 


Teruntuk pedih dan perih yang kita terima sepanjang 2020 berlanjut ke 2021, banyak hal yang aku kira biasa-biasa tidak mampu lagi ku hadapi dengan kebiasaannya. Mungkin, kita sebagai manusia perlu ruang dan masa. Bersendiri untuk berfikir lagi. 

Banyak hal, hanya perlu waktu, perlu proses. Jangan terlalu laju mengejar, ada yang tetap akan kita dapat, meski berjalan santai. Intinya, teruslah mengkoreksi diri. 

Semua akan indah pada akhirnya.

14 January 2021

End of jomblo.

Sempena 2021, sempena PKP 2.0, dapat kabar kawan akan menamatkan zaman bujangnya. MasyaAllah ya ampun. bercampur baur ya perasaan. eh eh, dia yang nak kawen kita lak yang excited. 

Dia lain tau, dapat berita kawan nak kawen masa 20an dan kawan nak kawen masa 30an. Macam benar2 anugerah tau kalau dapat berita kawen diusia ini. Hehe.

Apapun, a good news for today! Semoga di mudahkan urusan, you! Nak datang u nikah k! Doa-doa time tu border dah clear untuk rentas. 

13 January 2021

PKP 2.0 (2021)

Hey gais, its PKP again!

So? apa bikin? pkp kali kedua ni berbeza dengan kali pertama dulu. loose sikit dari dulu. dulu time pkp tu, susah nak dengar suara orang. sunyi sepi, kalau angin tu ada bunyi memang bunyi angin pun boleh dengar. sekarang ni dah takde semua tu. bising je dengar suara budak dari tingkap rumah ni, main kejar-kejar kut depa. bunyi kenderaan pun giat. 

pkp kali ni aku still kena pergi opis macam masa pkpb. bergilir. hopefully dapatlah flatten the curve. 3k kes sehari mmg no jokes gais. 

Jadi marilah kita aman-aman melalui pkp kali ini. semoga ada kejayaan yang dapat dicapai di hujung jalan. oh apa kabar aku? aku masih sentiasa berharap dapat menyelesaikan kerja kerja tertunggak setiap hari. dan setiap hari jugak tak siap2. 

im wishing the best for my better self.

09 January 2021

Tiktok

Tau pasal tiktok ni bila eh. 2019? 2020? Tau pun pasal banyak video menari je la. Tiba-tiba 2020 ada yang suruh buat tiktok untuk gema. Masa tu aku lah antara yang reluctant dan oppose. Haha. Orang cakap, jangan benci sangat nanti jatuh cinta? eh.

Fast forward 2021. Hey! im hooked.

Lepas bersiar siar di tiktok untuk satu senggang masa yang tak berapa lama ni, aku rasa macam dah berziarah ke setiap pelusuk negeri di Indonesia. Aku pun tak faham, kenapa banyak sangat tiktok Indonesia masuk ke fyp aku. Mana orang Malaysia? ada somewhere ke kat setting boleh reset negara? 

Aku rasa kebanyakan yang join tiktok ni mungkin yang lahir 2000an? MasyaAllah. Tapi tak nafikanlah banyak je yang lagi tua pun join. Cuma, yang paling ramai. 

Dulu-dulu masa zaman 2000 tu, aku rasa paling hot skali mirc je la kut, atau ym. Masa tu youtube pun tak macam sekarang. internet pun pakai dial up, putus-putus, sangkut-sangkut je nak tengok video kat youtube. Bila dah zaman universiti/ baru kerja baru lah youtube sedap sikit nak layan. Masa ni pun aku rajin gak follow youtubers. Entah2 budak2 tiktok ni baru lahir masa aku tengah layan youtubers. 

So basically, social media yang tumbuh pun hadir sesuai dengan zaman lah kan?

Ok ni antara yang aku rajin tengok balik. Ah leong, Agfa, Noinsom, dan Raffa.

 

[kiri] Ok dan yang ni aku rajin tengok sebab? Kolej 9 gais! Kolej aku masa first year kat UM. Buat lepas rindu. Macam tak berubah pun tempat ni. Selalu balik kerja, tengok dari luar/tepi je. Tengok Abby punya tiktok, dapat la masuk kolej virtually. 
[kanan] yang hat ni aku suka dengar cakap kedah dia tu, plus gaya dia convey information tu nampak bijak. student perguruan rasa dia ni. 

Memang pakat ke tiktok belaka lah eh student-student zaman covid ni. eh zaman ODL

Apa yang aku nak sampai kan kat sini ek? kenapa ek? Dah 2021 ni, korang simpulkan la sendiri ek. ahaha..