Masa kita di sekolah menengah, kita merindui rakan-rakan kita di sekolah rendah..
Bila kita dah universiti, kita mula merindui kawan-kawan kita kat sekolah menengah. Sedang elok pulak aku membesar kat asrama. Kawan tu dah macam keluarga dah. 5 tahun mat pi makan sama, mandi saing2. Stay up gossip setiap esok nak balik kampung sama-sama, makan megi, keluar outing, pegi surau, pegi qiam, pegi kelas. Allahu. Giler la kalau tak rindu. Dulu aku ingat yang aku rindukan sekolah tu. Tapi bila once a while, aku melawat sekolah, aku sedar, bukan sekolah yang aku rindu. Rakan-rakan yang dulu di zaman yang telah lama di tinggalkan. itu lah yang aku rindu. Memori bersama.
Melepaskan sekolah dan universiti, memasuki alam pekerjaan. Dari pekerjaan pertama aku, yang aku rindu adalah kesungguhan aku bekerja. Memang all out aku kerja time tu. Kerja pertama kan! Ada satu masa ni, aku pernah, kerja sampai jam 5 pagi. Balik rumah mandi, masuk balik kerja jam 8. That was the good old days.
Masuk ke company kedua, untuk 3 tahun pertama aku punya kesungguhan masih bersisa dari company pertama. Dan dalam masa ini juga, aku bertemu dengan GEMA. Kiranya aku membesar dengan GEMA sezamanlah dengan aku bekerja di company baru ni. GEMA ni seronok. Dia macam something to distract you dari your workload.
Di tahun-tahun terakhir menuju tahun ke-12 aku bersama company, aku punya semangat bekerja dah merudum teruk. Memang datang kerja, hanya sekadar kerana di bayar untuk kerja. Punya lah burn out dan xde nilai semangat lagi untuk pergi kerja. Sementara di GEMA, kebanyakannya dah berkahwin dan beranak pinak, dah tak dapat komit lagi macam masa bujang.
Di 2023, aku mengakhiri era ku bersama GEMA memandangkan telah lanjut usia. Dalam pada masa yang sama, aku juga mengakhiri zamanku bersama company ke-2. Tak di nafikan banyak suka duka dan kenangan yang pahit dan indah dalam keduanya. Tapi aku rasa kalau pun tidak berakhir, bertahan di dalamnya pun akan menambah lebih keperitan. Sebab most of yang kita suka semua dah pergi. Dah takde makna pun untuk stay.
Seperti kenangan di sekolah menengah yang kadang-kadang singgah menjentik rindu, adakah GEMA dan company kedua ini juga begitu? Entahlah.
Kata Dilan rindu itu berat. Jadi, kita lepaskan je lah kan?
Yang perlu kita jadikan kenang, biar terus di kotak kenangan. Tak perlu diusung setiap harinya sekadar menambah beban di dada.
14.4.2023
No comments:
Post a Comment