Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

31 December 2025

2025, Its a wrap!

(Meskipun sebenarnya aku taip ni dah 2026, tapi anggap je lah ni end of 2025 punya end post ek! Too much distraction nowadays)

How can I summarize my 2025 ek? hmm. Makin berkurangan dan kurangnya kosa kata untuk aku meluahkan di blog akhir-akhir ini. Tapi for sure with all the lesser bujang friend and all the notis2 kematian membuatkan hidup terasa semakin berat. I guess its just an adulting process, isn't it?

Ok, lets recap!

Bila di fikir-fikir masih aktif aku mendaki perbukitan di awal tahun, tapi hujung-hujung nak sampai ke Disember tu, malasnya masyaAllah minta ampun. Musim hujan tu satu hal lah kan. Tapi itu lah tu.

Tentang Gunung
Tahun ni ada 2 gunung je yang aku daki, selain dari Kinabalu, Gunung Besar Hantu adalah yang satu lagi. MasyaAllah. Memang menguji perasaan jiwa raga, fizikal dan mental. 20km return mat. Tapi so far Alhamdulillah meski menangis seret kaki ke puncak, kaki tu boleh lagi bagi kerjasama masa turun ke trailhead. Kat Kinabalu, kaki tak bagi kerjasama mat. Lunyai. Hence, ada bau-bau mau pencen dalam dunia pendakian.   

Selain itu, ada 3 tempat aku travel this year. 

1. Mei, Hatyai 
Join ABI team. Nak cukupkan tempat dalam bas je tu. Hehe. Tapi seronok jugak, masuk Thai naik bas. Lama rasa tak join rombongan. Tapi aku tak pernah ceritakan pasal ni kat blog? Kat IG pun aku tak letak kut any posting. Biasalah. haha. Agak-agak tahun ni boleh crash rombongan siapa plak ek. Hehehe.

2. Disember, Sabah
Ok ni aku dah cerita dalam posting sebelum ni. Trip mendaki Gunung Kinabalu sebenarnya. Tapi aside tu, adalah juga singgah di Pasar malam Kundasang dan hiking Sosodikon Hill. Balik dari gunung ada jugak naik train lama Sabah tu. Tapi yang ni aku tak cerita jugak lagi. Reason? sama macam no.1 LOL

3. Disember, Kelantan
Ini paling latest, betul-betul paling hujunglah ni ye lepas krismas hari tu. Hal nya, kawan sekolah (mengajar) kak Siti menjemput kenduri kawin di Tumpat, Kelantan. Hence! Mak, ayah, kak siti, aku dan Jiha pun ke Kelantan! Jem maap cakaplah ye kat jalan Gerik-Jeli. Ada beberapa eksiden sepanjang jalan. Oh dan antara fun fact, pergi kitorg nampak sekor gajah, balik nampak 10 ekor kat sepanjang jalan Gerik-Jeli. Fuh!


Selain dari hal ini, apa lagi yang perlu di highlightkan di 2025 ya? 

Committee Office Event
Tahun ni tahun kedua di office baru, secara tak langsung junior lah kan. Maka, auto jadi ajk untuk program office - Team Building dan Dinner. So kena incharge untuk 2 perkara ni. 

Untuk Team building kali ni buat di Sunway Lagoon! Thanks Allah, first time in 38 years, merasalah masuk sunway lagoon.  Haha. (sebelum ni pernah lah pergi cabang dia, Lost world of Tambun tapi cerita 14 tahun lepaslah) Lain rasanya bila masuk taman tema air masa umur nak masuk 40an ni ek, masa kat Tambun dulu takde lah rasa letih sangat. 

Untuk Company Dinner pula buat di M World Hotel, Damansara. Tema? Movie character. Macam biasalah, being the timid Sarah cepat-cepat aku offer diri jadi JK Pendaftaran. Biasanya aku memang tak amik portlah tentang tema ni, tapi sebab jadi pendaftaran, berusaha jugaklah tipis2.

Please, nampaklah effort aku tu please ;P
So far, tak banyak kerja sangat pun sebenarnya jadi jk ni. Banyak Tira yang dah buatkan. Serbasalah rasanya. Huhu. 

Mid relapse.
Perkara ni agak menggetarkan perasaan sebenarnya. Dari KPJ Ampang - Hospital Ampang - PPUM. Semoga dengan ujian kesakitan demi kesakitan yang di balas dengan kesabaran dan pengharapan, Mid di beri kesembuhan total dari penyakitnya. Bertahan Mid! Moga 2026 membawa kabar yang lebih indah. Bismillah.

Itu jelah summary. 
Till then, more stories and adventure await next year!

27 December 2025

Kinabalu Trip - D3: Descending

Tuhan jika bahagia tak untukku didunia
Berikanlah tenang rasa damai dariMu saja
Jika tak layakku dicintai manusia
Biarkah cintaMu yang temani selamanya

The painful Journey

Pendakian itu bukanlah sekadar perjuangan ke puncak, tapi keluar dari hutan dengan selamat. Ramai yang kata Kinabalu ni senang, training tangga je. Betul, secara tacticalnya tidak begitu rumit, straight forward. Tapi ia menguji endurance. Sebab dia tinggi dan tempoh perjalanan yang singkat. Sejuk lagi. Start pun dah sejuk. So kalau kau punya training tak cukup, kau masih boleh sampai puncak. But! Ready je lah nak menghadap turun dia. Goyang mat kepala lutut. (Ini belum mengambil pertimbangan cuaca, Alhamdulillah kami naik dengan cuaca yang bagus, cerah dan panas. Kalau dapat hujan. MasyaAllah gak kebayang!)

Maka, kalau korang rasa nak enjoy Kinabalu, traininglah! Tanpa training, korang tak kan ada stamina. Tanpa stamina, siapalah korang nak enjoy the view! Hahaha. Mind you, this gunung got COT oh! Bukan nak ke puncak je, nak sampai balik Laban Rata dan Timpohon pun ada COT tau. 

Ok, jom kita.
Sebabkan aku lewat sampai puncak, jadi aku takde group photo kat puncak. Kami bergambar kat bawah sikit dari puncak

Turun dari puncak Lows Peak, agak mengambil masa, banyak bergambar sebenarnya. Masa turun ni aku agak okay lagi, walaupun banyak kali berhenti juga. Kali ni aku dapat rasakan performance aku tak seperti selalu. Ok kenapa aku kata performance, sebab biasanya aku tiada masalah turun berbanding naik. Ni berdasarkan rekod sebelum² ni lah. Cuma masalah kali ni, aku tak pakai knee guard. Dari awal pendakian aku tak pakai. Gi puncak pun tak pakai. Niatnya turun dari Panalaban nanti baru nak pakai. Ternyata, sudah terlewat. Hentakan demi hentakan baik mendaki atau menuruni sebelum ini telah menghentak segala sendi dan mengoyakkan sisa otot yang ada. Perih.

Perjalanan menuju ke Laban Rata terasa lama. 

"Eh, tak de lagu nasyid hari ni?" tegur seorang brader berjaket kuning. Aku rasa, semalam dia ada melintasi aku masa pendakian ke Laban Rata.
"Hari ni takde, semalam je, sebab Jumaat"

Untuk pendakian 12,13 Disember ni, aku dengar peserta adalah seramai 50 orang je. Normal pax boleh memuatkan sehingga 200 orang. Disebabkan bilangan yang kecil ini, muka-muka yang berselisih boleh cam lah kebanyakannya.

Aku sampai di Laban Rata semula around jam 10 pagi. Agak rushing jugak nak berkejar² ni sebab nak kena singgah untuk pos poskad di Pendant Hut (pejabat pos tertinggi di Malaysia) Aku gi kaunter dan bagitau nak beli setem. Bayar setem then aku tinggalkan poskad. Aku pesan je dekat adik tu minta tampalkan dan masuk kan dalam pos box. Ada less than 30 minutes sebelum 10.30 pagi (COT untuk turun dari Laban Rata dan makan. Lepas dari 10.30 - takde makanan lagi)

Beg untuk porter aku da masukkan sesiap pagi tadi, jadi aku terus ke tempat makan untuk breakfast. Menu dia sama je macam supper pagi tadi. Lepas siap makan, aku pasang knee guard dan menunggu yang lain siap. Lepas sarapan tu, aku dah siap2 telan panadol extend 2 bijik. 

Akhirnya, jam 11 pagi bergeraklah kami turun dari Laban Rata. Bergambarlah sekali untuk terakhirnya gambar berlima.

Nampaknya kaki aku tak nemberi kerjasama kali ni. Dah tak perform dari turun summit tadi. Menggeletar dari seluruh arah. Paha, betis, urat keting, tapak kaki, kepala lutut semua lunyai. Untuk pendakian kinabalu ni aku sewa stick. Rm15 per stick. Memang aku sewa khas untuk guna time turun. Agak susah juga mula-mula nak memberi kepercayaan kepada stick ni. Tapi kita kena sedarlah kemampuan diri, nak taknak kita perlu rely kepada sesuatu yang lain. 

Siap kena ajar pulak oleh Anton sebab aku mula-mula da pasang stick pastu aku simpan balik. Dia suruh guna jugak. Terlalu slow perjalanan turun aku dari Panalaban. Kakiku sakit! (gitu! macam kau sorang je lah terpaling sakit kaki kan. Haha)

Macam biasa, Juju kali terakhir kelihatan adalah di Panalaban. Lepas tu dah tak nampak. Bad, Ita dan Fani aku biarkan je berjalan perlahan meninggalkan aku. Sekali lagi, aku dengan guide di posisi paling belakang.

"Dik, ada ubat tahan sakit tak?" Tanya aku pada seorang hikers yang melintasi aku setelah tanya guide tadi jawapannya mengeciwakan.

"Takde kak, saya tak bawa ubatan. Bawa supliment je, itupun supliment lelaki"

"Shilajit?" Aku pernah dengar suppliment ni kat tiktokshop memang energy booster. Biasa orang gym pakai. Tapi asal usul dia jadi femes sebab katanya sherpa everest guna ni untuk suppliment diorang.

"Haah kak, dia tak hilang kan sakitlah tapi bagi energy. Sakit tetap rasa jugaklah. Takpe kak pelan²" lalu dia pun beredar. Dia pun berjalan perlahan jugak turun. Tak pasti memang sakit atau hemat tenaga sambil menikmati alam. Santai nampaknya.

Aduh tanak share lah adik ni. Aku rasa teruk betul keadaan time ni, aku rasa macam nak makan apa je yang ada asalkan aku ada tenaga nak turun. 

Bila aku berhenti sekejap di pondok depan, aku nampak adik tadi pun tengah berehat bersama kawan-kawan dia dan 1 lagi group lain.

"Kau biasa ke naik gunung?" Tanya satu adik ni.
"Dulu ada lah masa time belajar"
"Gunung mana?"
"Gunung sinai. Kat mesir"

Allahuu... budak Mesir rupanya.

Sebelum KM4 aku dah jumpa geng abang khairy. Nampak steady semuanya. 
"Kau jalan je pelan-pelan, lambat sampai pun takpe. Diorang tak jauh pun tu, bawah ni sikit je" ujar abang khairy bila aku bagitau kaki aku sakit dan pergerakan aku sangat slow. Lah, tiber mengadu pulak!

Di depan aku dipintas lagi adik Mesir. 

"Kak dari mana kak?"
"Selangor"
"Naik gunung ni saje ke? healing2 ke camne?"
"Healing apa macam ni, buat tambah sakit ada lah"
"Tapi tulah kan kak, healing sebenar ni hanya dengan membaca Al Quran"

ok, certified Mesir! Dia bagitau ada sorang je kawan dia dalam group tu, yang lain2 adalah kawan2 kepada kawan dia tu. 

"Korang solat kat mana?" tanya aku lagi pada adik tu selepas dia dan kumpulan dia da gerak sekali
"Dah keluar nanti kak, sempat ni. Slow-slow kita" sambung adik tu. Diorang slow-slow tapi aku tak rasa ada yang cedera. Cuma biasalah betis paha pegal2 tu kan. InsyaAllah sempat sampai ke Kinabalu Park. Aku dah makin ragu dengan diri sendiri.

Aku regroup semula dengan Bad, Ita dan Fani di KM1.5 selepas Bad berhenti solat. Bila dihitung hitung, aku tak sempat nak sampai ke Kinabalu Park before maghrib ni. Jadi aku pun decide untuk solat di pondok hadapan. Masa aku solat tu, guide minta diorang gerak dulu takut 'sejuk' rehat lama nanti semua krem. Sebelum aku gi toilet nak amik wudhuk tu, ada kami dan 1 group lagi adik2 ni. Bila aku keluar, semua dah hilang tinggal guide aku dan guide adik tadi sedang berborak. 

Lepas solat aku pun bergerak perlahan-lahan. Beg Anton dah bawa. Walaupun banyak kali aku cakap dah, bukan isu beg, aku tak boleh jalan laju. Bahu aku kuat lagi kut. kaki je yang tak kuat. Ada beberapa kali jugaklah aku jatuh tergolek sebab kaki goyang mat. Terpijak plak batu-batu yang loose tu, memang tergolek bak nangka busuk.

Aku sampai semula ke gerbang Timpohon jam 6.15 petang. Hari dah gelap. Seret kaki. 

"Ha ni kawan korang dah sampai"
Aku cam suara budak ni. Group yang aku jumpa masa sebelum aku masuk toilet untuk berwudhuk tadi.
"Kak, merangkak je kak" ujar dia lagi. Pedih hati aku tengok tangga-tangga terakhir untuk sampai ke gate Timpohon.
"Kawan kitorang tadi, kitorang dah rakam dah dia merangkak"

Ah kawan korang nak merangkak biarlah, aku gentle kut. Bertongkat ku gagahi melangkah tanpa merangkak. Ahaha!

Sepanjang pendakian kali ni, aku rasa dah ramai dah aku bagitau (termasuk guide) yang ini merupakan pendakian persaraan aku. Dah tak larat dah. Gantung kasut!

Selepas membuat bayaran lewat keluar (COT timpohon 4 petang. Jadi kena bayar denda 2 jam lewat. 2 jam x RM15 bayar pada guide) dan memulangkan stick, kami pun naik ke truck untuk dibawa ke Kinabalu Park.

Kat sana, kereta dah tersedia untuk membawa kami ke KK. Di KK, driver drop kan Juju, Bad dan Fani di hostelnya, aku dan Ita di hostel kami. MasyaAllah taktaulah aku main order je bilik ni. Punyalah jauh kedalam dan lusuh sekali. Meski dah penat macam tu, tetap malam tu keluar jugak cari makan. 

Perjalanan 10 minit nak ke kedai makan terasa jauuuuuuhhh sekali dengan keadaan kaki seperti itu. Malam tu kami makan bakso (yang aku dan Ita tak habis pun) Lepas makan, aku mencari dobi untuk baju hari esok dan lusa. Sambil tunggu dobi tu, aku pi mengurut kaki kat tempat urut depan dobi. Haha. Tengah sakit kau urut, aku rasa tak membantu sangat. 

#kktrip
#conquerAkinabalu

19 December 2025

Kinabalu Trip - D3: Summit Attack

Sabtu, 13.12.2025

Hari terpaling awal. Sebabkan tidur pun awal semalam, jadi aku terjaga pun awal jugak ni. Selepas jam 11 dah start bangun-tidur-bangun sampai lastnya jam 1 lebih macam tu bangun. Aku bangun gosok gigi je lah, beg dah kemas. Masukkan toiletries balik dalam beg dan simpan kat beg Bad. 

katil double decker - atas aku kosong
Ita cakap ada chinese yang katil sebelah ni keluar tengok bintang malam tu. Aku perasan juga diorang ada keluar malam tu. (Sebab katil aku betul-betul depan pintu bilik) Tapi aku tengok jam, eh awal lagi. So aku sambung tidur. Rupanya diorang pergi tengok bintang.

Lepas mempersiapkan diri, aku duduk kat katil tunggu yang lain siap. 1.30 pagi aku gerak ke tempat makan. Uuuii sejuknyoo.. Makan pagi ni (supper) menu sarapan gitu. Ada bihun, nasi goreng. Ada roti. Ada telur. Makan makan, then aku tapau air teh o panas masuk gula jugak. Incaselah nanti ada tantrum plak kat atas kan sebab sejuk. Bolehlah buat menenangkan tantrum. 

Lebih kurang jam 2.30 minit pagi macam tu kami pun dilepaskanlah perlahan-lahan, menuju ke Pendant Hut dan seterusnya 1km menuju ke Sayat-sayat. Nak ke sayat-sayat ni ada cut of time. Kena sampai before jam 5.30 pagi atau kena patah balik. Kalau kita kira logiknya lama dah tu, 3 jam untuk 1km. Tapi udara yang nipis dan angin yang masyaAllah sejuknya memang akan menjadi ujian. 

Oh ya, kami sepasukan dah amik ubat AMS dari semalam lagi, ikut saranan farmasist. Depa kata kena amik 24jam untuk dia berfungsi. 

Dari tempat makan tadi, all the way naik adalah tangga. Kalau tak tangga kayu tangga batu. Aku macam biasa kalau dalam team memang duduk last sekali. Aku terjumpa pulak this girl pakai jaket putih, dia jalan slow gila. setapak naik, amik napas. setapak lagi naik, amik napas lagi. Mula-mula aku ingatkan itu Ita, jadi aku follow. Sampai akhirnya aku rasa aneh, bila pulak Ita bawa 2 stick. Dan what, minah ni freehair. Noh, confirm bukan Ita! So aku pintas, masa ni dah jauh dah dari diorang. 

Maka aku pun jalanlah slow-slow bersama Anton. Macam biasa, teknik pendakian aku. 10-15 langkah berjalan, berhenti betulkan nafas. Ah, aku tak peduli dah nak kena warning ke apa. Yang penting aku melangkah. 

Sebabkan gelap sangat, sepanjang jalan tu kau hanya akan nampak headlamp orang. Ni aku cuba-cubalah jugak snap gambar. Tapi dapat macam ni je. 

Sayat-sayat, 4.26 pagi

Alhamdulillah, sampai Sayat-sayat sebelum COT. Kat sini korang kena maklumkan nombor kad supaya diorang boleh rekod keberadaan korang dah kat mana. Masa kat sini dah tak ramai orang dah, suara orang dari kejauhan pun aku dah tak dengar. Aku ke toilet kejap, untuk ambil wudhuk. (Oh ya kat setiap pondok di Kinabalu Park ni akan ada toilet, jadi korang yang trauma nak membuang dalam hutan tu jangan bimbang, cuma! Cumanya, kena bertahanlah dengan air dia yang sejuk tu)

"Kamu jalan ikut tali ni, saya mau ke toilet lagi ni. Nanti saya kejar kamu" - pesan Anton sekembalinya aku ke pondok Sayat-sayat. Aku pun ok je lah. Nak buat cemana, cepat atau lambat kita memang bersendirian di dunia ini. Eh!

Aku pun jalan santai-santai sambil duk usha timing, bila Subuh nak masuk ni. Bukan apa, takut terbatal wudhuk aku satgi. Menggigil nak perbaharui wudhuk. So aku Subuh lepas sikit dari Sayat-sayat. Ada kawasan datar yang agak luas. 

Selepas solat, aku tengok depan di kejauhan ada beberapa lampu headlamp lagi. Aku follow. Jalan punya jalan dah besarlah harapan aku time tu yang itu puncak. Sebab dengar suara orang bersembang dan lampunya nampak makin banyak. 
view aku sebelum sampai KM8.0
MasyaAllah, sesampai aku di keramaian, baru KM8.0. Dan rupanya jugak diorang berhenti solat di KM8. Dari KM8 ni kau dah boleh nampak dah another bukit yang sedang dinaiki banyak orang, itulah Low's peak, KM8.7! Allahu. Aku dah seriau2 ni, tadi aku dah bersantai sangat sebab ingatkan ini puncak. Sempat tak ni.

Takpelah, jalan je lah kan. Nak buat apa je lagi. Aku pun jalan lagi dan kelihatan Anton di samping.

"Kalau kita dah sampai KM8.5, tetap dapat sijil berwarna" ujar Anton. Ok, info bermakna ni. Ada ciri2 lipat ni. Hehehe. Aku berhenti betul-betul di bawah Low's Peak, sambil usha orang ramai yang nampak menderita menuju ke puncak kinabalu. Lalu Anton mengajak bergambar di kolam. Walaupun aku tak into sangat bergambar, tapi sebab aku penat dan why not kalau dapat bersantai sebentar. Jadi aku pun follow.

Habis bergambar aku masih merenung puncak. Bersama idea-idea yang pelbagai di kepala.

"Kalau tak naik puncak pun dapat sijil berwarna kan?" tanya aku mengulang kembali point Anton tadi.
"Iya, kalau tak nak naik, jom kita bergambar" supportive jugak Anton ni. Haha. Baru nak bersetuju tadi, tapi aku teringat pulak harapan-harapan orang ramai dari story yang aku post semalam. Erm.
"Berdasarkan pace saya, berapa minit kita boleh sampai puncak?" tanyaku lagi. Masih nego. Sebab time ni jam dah 6.30 pagi. Cut of time jam 7!
"30 minit boleh sampai" 
"Oklah, kita cubalah ya. Slow2"

Tinggal beberapa langkah lagi nak sampai puncak, aku nampak Ita dengan Fani dah turun. Diorang tunggu di puncak RM100 katanya, sebabkan kat atas tu kecik je pun.. kalau ramai-ramai jammed juga. 

Kemudian aku nampak Bad dan Juju. 

"Kak Sarah, bibir akak dah biru" kata Bad. Aku memang tak bawa buff hari tu. Sepanjang naik pun aku tak pakai shawl yang aku bawa sebab selesema jugak. Lemas pulak kalau berbalut. Hakikatnya memang rasa bibir dah kebas-kebas dah time tu.
"Takde lipbalm ke?" sambung Juju. 
"Ada. Tapi tak cukup tenaga nak ambik" Aku memang salute lah orang yang bersiap, bermake up nak ke puncak ni. Anda hebat!

Sambil aku menunggu turn nak bergambar ni, aku dengar suara orang orang. 

"Biar tak training, asal sampai puncak!" 
Hahaha. Terasa I oll!

Elok tengah berbaris nak amik gambar ni, kak Ayu rupanya depan aku. Kak Ayu ni satu dorm ngan kami. Dia naik dengan kawan dia, both orang KK. Tapi kawan dia tak naik puncak, sampai Laban Rata je, due to fever. Unbelievably, ini kali ke-8 kak Ayu naik! Allahu. Emang agak lain ya. So, aku minta dia tangkapkan gambar aku lah, alang-alangkan.

Subhanallah!
Maka, nikmat tuhanmu yang manakah yang engkau dustakan.

Begitulah kisah pendakian aku ke Gunung Kinabalu! 

Tekadang, saat kita tidak punya harapan lagi, pinjamlah harapan-harapan orang yang kita sayang untuk terus melangkah menempuh kejamnya dunia.

#kktrip
#conquerAkinabalu

18 December 2025

Kinabalu Trip - D2: Timpohon Gate to Laban Rata

Jumaat, 12.12.2025

Bangun awal pagi ni untuk hari yang panjang. Beg perlu dipisahkan kepada 3 (1 untuk ditinggalkan, 1 untuk di gunakan-daypack, dan 1 untuk di beri kepada porter) Pada awal perbincangan memang plan aku dengan Bad ambil porter, tapi rupanya Ita pun nak, jadi kami decide untuk 1 porter untuk 3 orang, 1 beg. Tapi rupanya, Fani pun nak join. Oklah kita cuba. Eh oh no, bila nak masukkan beg tak muat. Makanya kita buat 2 beg. So akan ambil 2 porter.


Lepas siap susun semua, tangkap gambar beg yang ditinggalkan dan send pada driver van. Esok sebelum ambil kami di Kinabalu Park mereka akan ambil beg ni.

Kira-kira 6.30 pagi macam tu van sampai untuk bawa kami sarapan dan pack lunch di Pekan Kundasang. Walau pun kebiasaannya makan lunch macam ni aku pun takde selera sebab penat, tapi beli jugaklah sikit, mesti lapar nanti. Jam 7.15 pagi setelah selesai semuanya kami pun bertolak menuju ke Kinabalu Park. Sesampai di sana kami pun dikenalkan dengan guide kami, Antonius. Setelkan duit guide dan bayaran porter. Aku pun sewa juga stick untuk kegunaan masa turun esok. 

Jam 8.00 pagi kami bergerak ke Timpohon Gate menggunakan van yang disediakan pihak Taman Negara. Uhhh.. its feel so real. Da sampai rupanya waktu untuk mendaki lagi! Takut bercampur ga percaya diri, tapi benda pun dah depan mata, kita layan je lah ek.

Jam 8.13 pagi kami tiba di Timpohon Gate dan perlu tandatangan borang nak maklumkan kami masuk ke Taman Negara dan seterusnya kami berenam pun memulakan perjalanan.

Susah nak dapat gambar ber5. Haha!

Cantik sebenarnya Kinabalu ni, tapi tu lah pacak dia bukan biasa-biasa, jaranglah nak bagi diskaun. Masa perjalanan kami naik ni, cuaca adalah on off gerimis. Tak ada expectation sangatlah tentang kebolehan memuncak atau tak, sebab bulan 12 pun kan. Cuaca tak dijangka.

9.00 pagi - KM1.0

9.26 pagi - Pondok Ubah. 
Jalan depan sikit dari Pondok Ubah ada open view.
10.00 pagi - KM2.0
10.12 pagi - Pondok Lowii
Ni lah guide, Antonius.
10.52 pagi - KM3.0
Aku macam biasalah kalau dah sampai penat tu, 10 langkah berhenti, 10 langkah berhenti. Sekali Anton pesan, jalan terus biar perlahan, jangan banyak berhenti. Allahu. Terus terkenang kata-kata Kam masa kat GBH. Am traumatized. Dah tak jadi dah aku nak borak-borak dengan Anton.

11.12 pagi - Pondok Mempening
Bila aku dah nak start agak-agak mental ni, aku pun pasangkanlah mp3 untuk menemani nafas aku yang putus-putus tu. Tiba-tiba pintas sorang brader, aku syak dia guide. 
"Slow-slow je jalan. Hari ni takde COT. Ambil gambar banyak-banyak, enjoy. Esok baru push."
Aku angguk
"Tapi kalau boleh, lagu tu janganlah galau sangat, cari yang rancak sikit"
Allahu, baru aku perasan memang playlist aku lagunya galau semua. Kenapa ya?

12.00 tengahari - Pondok layang-layang/ KM4.0
Sepanjang perjalanan aku banyak dengan Fani, itu pun dah hujung-hujung tu macam tertinggal jugak lah. Bad jalan ngan Ita. Tapi kat sini kitorang kumpul sekali. Kat sini kami berhenti lama untuk makan tengahari. Tapi ngam siap terus jalan. Sebab duduk lama pun tak boleh. Sejukkkk. Cuaca pun on off gerimis. Lepas 30 minit kami terus kan perjalanan.

1.18 petang - KM4.5
Kata orang selepas layang-layang adalah part yang menguji mental. Sebab kau jalan kau jalan, tapi tak sampai-sampai. Allahu!
1.34 petang - Pondok Wilosa
1.55 petang - KM 5.0
Selepas dari KM5.0, sign yang tinggal adalah setiap 100m. lagi 600m nak sampai, ada 1 pondok terakhir. 

2.21 petang - Pondok Poka
2.33 petang - KM 5.5
Dah nampak, tapi bukan dia! 
3.11 petang - Tiba di Panalaban
Seperti yang dikatakan, susah nak bergambar ber5. Haha!
Juju dah sampai more or less sejam lebih awal dari kami. Kat Panalaban ni, kami amik Hostel Lemaing. Biasalah penjimatan gitu. Sampai hostel, memang dah sakit dah seluruh badan. Semua maklum air kat hostel ni macam ais. Jadi aku pun cepat-cepat bersiap dan mandi. Nanti badan dah sejuk akan lagi 'sejuk' nak mandi. Hahaha! Tibe rajin plak nak mandi kan. Makan malam adalah jam 4. Maka ada beberapa minitlah untuk setelkan bersihkan diri dan solat sebelum bergerak untuk makan malam.

Jam 4 lebih sikit kami pun ke ruang makan. Lapar betul rasa, makanan dia biasa je kalau ikut-ikut. Tapi semua sedap! (Bukan sebab aku lapar kan?) Ruang makan ni dia ada indoor dan outdoor jugak. Aku tak jejak langsung kat bahagian outdoor dia. Kalau ikut cantik view situ. Tapi tak mampu, sejukkkk...

Suhu jam 5 petang lepas kami habis makan, 10 degree

Setel makan semua, balik bilik terus masuk dalam selimut. Selimut tu pun sejuk meski dia tebal. Hanya lepas kita duduk beberapa minit dalam tu dan haba kita dah terperangkap barulah selimut tu function well. Lepas makan tu, aku tidur terus. Lepas tu baru bangun balik untuk Maghrib, Isyak. Kalau sejuk ni, otak aku kurang berfungsi sikit. Lepas dah solat baru aku susun barang untuk beg yang akan summit dan yang akan simpan balik dalam beg untuk porter. 

Aku dengar dari Ita ada chinese yang duduk katil sebelah ni keluar semula malam tu untuk tengok bintang. Hahaha. Memang langsung takde dalam fikiran aku nak keluar baliklah sejuk-sejuk macam ni. Hebat betul lah diorang ni ek. 

#kktrip
#conquerAkinabalu

17 December 2025

Kinabalu Trip - D1: Arrival

Khamis, 11.12.2025, 10.15pagi.

Sampai di airport KK awal 15 minit dari jangkaan. Alhamdulillah cuaca baik menemani perjalanan. Sampai di airport, Ita dah menunggu. Ita dan lain-lain dah sampai sejak semalam. Aku je yang baru gerak hari ini. Biasalah. Ita dari rumah kakak dia di KK, sementara Fani, Bad dan Juju stay di homestay, KK. 

Kira-kira jam 11 pagi maka sampailah van yang mengambil kami. Fani, Bad dan Juju sudah di dalam. Maka beransurlah kami meninggalkan bandar KK dan menuju ke Kundasang. 

Jambatan Tamparuli.

Jambatan Tamparuli yang ikonik di Sabah bermula pembinaannya sekitar 1930-an oleh pihak British tetapi sering runtuh, kemudian dibina semula pada 1933, diketuai oleh pegawai British bernama Robinson, dan terkenal dengan lagenda tragis tentang gadis tempatan, Solungkoi, yang dikorbankan (tumbal) agar jambatan itu kukuh, menjadikannya "Jambatan Kekasih" dan simbol budaya Kadazandusun yang popular melalui lagu rakyat ciptaan Justin Lusah (1977).


Berhenti sekejap je kat sini untuk bergambar. Selepas bergambar terus singgah makan tengahari. Tak ingat nama tempat makan. Dari tempat makan, kami singgah kejap di Pekan Nabalu, pun bergambar!

View dari Pekan Nabalu
Sijil yang akan anda dapat jika ke Taman Negara Kinabalu
Selepas bergambar, kami singgah di Taman Negara untuk membuat bayaran permit dan solat Zohor, Asar. Sejuknyo lahai!

Sosodikon Hill

Dari Taman Negara kami bergerak ke Sosodikon Hill! Pendek je pendakian Sosodikon ni rupanya. Kalau ikut mdpl dia memang tinggi, tapi sebab kita pun sekarang ni dah di ketinggian berapa kan. Jadi, jatuhnya takde lah tinggi mana. Kira-kira kalau naik, turun, bergambar bolehlah dalam 30 minit.

Nak naik ni kena bayar permit RM5 per person. Lepas tu turun tu boleh juga beli sijil. RM3 untuk softcopy atau RM8 untuk printed. So, kalau nak kumpul sijil tu boleh lah. 


group photo
group abang khairy
Masa kami naik tu ada satu group belakang kitorang. Sembang punya sembang, lah dia kenal Fani. Dia kata kenal masa trip Silipat 2018. Partner Q rupanya. Ni dia datang bawa kawan2 naik kinabalu. Team diorang naik sehari selepas kitorang. Kira nanti hari kami turun, team diorang pulak naik. Memang hai hai kat jalur lah nanti.

Puncak Homestay, Kundasang

Kami tiba di penginapan, puncak homestay kira-kira jam 5 petang. Letak beg, tunggu Juju solat jap then terus ke pasar malam Kundasang. 


Kami berlegar-legar di pasar dengan rasa macam nak borong semua. Nampak sedap pulak bila lapar ni. Walau demikian, akhirnya kami beli jajan sahaja memandangkan berhasrat nak beli makan berat kat tepi homestay je (sebab duk teringat bau sayap ayam yang di bakar sewaktu kami keluar tadi) Plus, dekat homestay tu jugak ada Kopisanangan Kafe. Dah terbayang-bayang nak mengopi kat sana. 

Walaupun rasa macam dah beli dengan kadar terkawal, tapi nampaknya tetap tak habis >.< Aku pun siap beli buah tarap tu. Gigih, penuh harapan nak makan. Tapi memang harapanlah nak menyentuhnya di malam yang kekenyangan itu.

So sampai situlah malam pertama berakhir, balik bilik hanya kemudian untuk tahu yang water heater bilik kitorang tak berfungsi. Layan je lah, training nak mandi kat panalaban. Haha.

Kemas beg, dan tidur!

#kktrip 
#conquerAkinabalu

16 December 2025

Mi wantan ayam dan udang

Khamis, 11.12.2025, 9.10pagi.

Bila ingat-ingat balik, back on 2016 masa first flight aku ke Jogjakarta. Tu first time lah bercuti yang naik flight ke luar negara (selepas umrah 2014). Masa tu beli tiket pun berkira-kira, nak amik check in bagage ke tak, apatah lagi amik makan dalam flight. Mahal! Sampai la masa balik dari jogja, seat aku sebelah brother ni. Sembang punya sembang, dia belanja kopi atas flight. Dia cakap, kenalah minum, mahal sikit bukan selalu.

Sejak dari tu, setiap kali aku naik flight aku mesti akan beli meal (laughing emote) unless betul-betul flight pendek less than an hour. But then, aku notice makan dalam flight ni ada benefit jugak. Menelankan membantu keseimbangan tekanan dalam telinga. Real or fake? Cari dong!

New menu unlocked!



Dulu kalau amik AA aku akan order rice with chicken basil, walaupun yang paling femes adalah nasi lemak pak naser. Tapi kali ni tak nampak plak menu ni. Aku pun try lah 'mi wantan ayam dan udang'.. a good move! Satisfied!

Kali ni aku order tanpa kopi, mahal plak dengan kopi. Perasan aku dulu, meal rm10 je sekali dgn kopi. Sekarang meal pun dah lebih rm10. Nanti je la cari kopi kat darat. Oh, tapi ada satu menu yang aku sedikit penasaran, char kuey tiaw. Masa aku nak prebook hari tu ada nampak, tapi duk terbayang tak soggy ke nanti.

Ok tu je lah review aku pasal meal. Tak sangka aku excited dengan makanan AA. Haha. Ada sejam lagi sebelum landed dan aku baru habis makan, belum mood nak membaca, dan tak boleh nak terus tidur. So, aku menulis dulu. Hehehe :)

9.45 pagi

Baru je nak lelap lepas makan, kira-kira 9.45 pagi seorang anak (aku rasa istimewa) kat kerusi 10 mengamuk. Tantrum. Menangis sampai nak muntah bunyinya. Maka aku yang di kerusi 12E, tak jadilah nak tidur. Jom sambung cerita.

Pagi ni, disebabkan cuti maka kak Siti hantarkan sampai airport. Aku sampai awal. Sempat solat Subuh di surau L1. Dengan bertenang. Dalam 6.20 pagi macam tu bergeraklah aku ke balai berlepas. Sampai dekat kiosk. Nah, tak pandai dia scan aku punya e-boarding pass. Aku nak print baggage tag je pun. 3kali percubaan, gagal. Aku pun beratur untuk manual bag check in.

Sambil berarur aku sembang dengan brader yang baris depan aku, dia cakap cek berdasarkan kita punya tiket baru tau nak drop beg kita kat kaunter mana. Aku pun keluar baris, tengok list flight. Noh, tak nampak pun flight gi KK. Oh no!

Aku buat percubaan kali ke 4 kat kiosk. Kali ni aku print boarding pass. Kut lah dari barcode kat printed boarding pass dia boleh baca. Tidak ye! Tetap gagal. Maka, kembali lagi aku ke kaunter beg tadi. Alhamdulillah, 6.45 pagi setel simpan beg dan check in aku pulak. Takde isu sangat. Alhamdulillah boleh bersantai nak menuju pintu J17 (gate paling hujung)

Punyalah aku dah bayang nak check in dengan bergaya, canggih dan wanita karir yang bijak dan elegen. Noh, kiosk tak bagi kerjasama. Manual jugaklah hujung².

13 November 2025

Hobi.

Pagi ni aku bangun agak lewat setelah dua hari berturut bangun awal mengejar masa. Semalam nak dekat jam 1 mata dah lalok, terkebil kebil nak bulih sampai ke 1.30pagi.

Jadi sambil aku skrol tiktok pagi ni aku terjumpa satu konten. Dia bagitau sekarang ni kita susah nak dapat idea. Kenapa, sebab kita takde masa nak boring. Orang dulu-dulu sebabkan boring ada je idea macam-macam. Siapa pernah fikir selipar boleh buat main? Tuju kasut.

Aku rasa ada benarnya.

Lalu aku pun terfikir. Valid lagi ke hobi zaman sekarang ni? Sebab macam dah takde masa luang je. Hobi tu kan dilakukan pada masa terluang? Kalau dah masa kita banyak terinvest ke skroliing phone, dimanakah masa yang boleh diberi kepada hobi?

Bila cerita masa luang pulak, aku suka nak segregate masa kepada pre-covid dan post-covid sebab tak dapat dinafikan covid ni banyak memberi kesan kepada manusia seluruh dunia.

Sebelum covid dulu, aku rasa macam busy betul hidup. Laju dan takde masa luang. Lepas program program, tak gi usrah, gi program GEMA tak pun gi program Belia IKRAM. Masa tu umur2 plak belia lagi, memang rancaklah pelbagai projek2. Balik kerja gi meeting, sampai tengah malam. Hujung minggu kalau tak naik gunung, gi program volunteer. MasyaAllah.

Nah, covid mai.

Tanjat gegel. Nak nak awaknya biasa hidup dijalan. Kena pulak terperuk kat dalam rumah je. Allahu. 
Terkesan. Perlahan-lahan jiwa introvertku yang terkambus selama ini muncul kembali. Maka aku mula menghargai kehidupan yang perlahan dan masa luang yang banyak. Aku mulalah mengait, bina rumah mini, buat jurnal comel2, beli 3D pen buat binaan 3D, diamond painting, mewarna dan sesuatu yang tak pernah aku buat selama ni, main game! Main game biasa sebenarnya, macam candy crush semua tu tapi semua tu bermusim. Tapi game yang battle royale ni. Dah 4 tahun masih bertahan. Eheh.

Sekarang bila dah busy balik, semua hobi2 yang aku buat masa covid tu, terbengkalai dah semua. Makan ruang je kat rumah ni. 

So, skrol tiktok kira hobi ke?


09 November 2025

Borak

Ahad, 9 November 2025

Semalam masa majlis tokie, aku pinjam charger kak Nora kononnya nak charge phone, yang pada akhirnya tak digunakan. Tapi disebabkan dah dengan aku, sampai balik rumah baru aku perasan yang aku belum pulangkan charger tersebut.

Maka disebabkan itu, hari ni menapaklah kembali ke Kota Damansara untuk penyerahan charger.

"Dah off market sorang kawan kita" ujar Kak Nora
"Kita ni kak macam mana? close market ke? Macam takde harapan kita ni"
"Kita memang tak pernah dalam market Sarah"

Dia macam sedih sikit. Tapi macam real. Mampu gelak je lah. 

Oh cerita pasal Tokie kawin? Nanti lah aku cerita, harap rajin dan di beri masa untuk menulis. Hujung2 ni busy sikit. Ada exam, mukhayam, Kinabalu? what... dekatnya dah nak mendaki lagi. Berat betul rasa nak mendaki sekarang ni.

*Dalam masa yang sama tengah tunggu Mid jugak ni ambil balik tumbler dan touch n go card dia yang tertinggal. Hahaha, semua duk tertinggal2 ni.. faktor usia.

till then teman2!


25 October 2025

My birth-month, October!

Hola Oktober!

It's been a while isn't it? Sebulan satu post. ish2. 

Sebenarnya aku nak tulis ni masa jaga exam minggu lepas. Tapi baru buat separuh jalan ada orang panggil pulak. Jadi aku pun dah lupa, aku nak tulis apa masa tu.

Overall, Oktober banyak birthday kawan2 terdekat, especially budak-budak Gema. Last week ada birthday party Dhuha, siap amik cuti sebab nak gi. AHAHA. (ok, acah je dalam masa yang sama nak abiskan cuti gak) Jumpalah balik muka-muka yang dulu (10 thn lepas) tiap bulan (atleast) masuk meeting lepas kerja. Kadang meeting nye sikit je, tapi borak dia kadang jadi macam 2 hari dah meeting, lanjut sempai tengah malam. 

Once upon a time. 

Masa aku hadir ni, aku perasan geng2 gema yang datang semua bersama pasangan dan anak2. Aku je yang datang solo dengan sorang lagi bakal isteri (akan berkahwin November). Cepat masa berlalu. Dari bujang, berkahwin, beranak dah. Ada jugak yang dah bercerai dan kahwin lain dah pun. Everything is temporary, this is dunya!
Dalam hati yang paling dalam, ada yang perlu kita lepaskan pelan-pelan. 

25 Oktober.
Dah hujung-hujung 30 dah. Allahu. Alhamdulillah Allah kasi panjang umur sampai sekarang. Tak tau lah nak kata cuma bersyukur dengan setiap rezeki yang masih di pinjamkan umur dan kesihatan. Doa sederhana, moga Allah beri lagi kesempatan untuk sampai ke umur hadapan dalam keimanan.

Tak semua perpisahan berhujung dengan goodbye.

04 September 2025

Jom cerita-cerita.

Dalam lambakan sosial media yang banyak akhir-akhir ini. Aku suka kembali ke blogspot pada waktu-waktu yang sunyi dan sendiri. Rasa seperti bercerita, tapi tidak memerlukan respon. Haha.

Semalam, aku mengalami sakit kepala yang dahsyat. Kira-kira jam 11 malam macam tu. Habis je kerja jam 12.45 tu, aku pun terus tidur, sebab dah sakit sangat, nak tengok skrin pun dah berdenyut denyut. Ingatkan bangun pagi dah ok, tidak ye. Aku sampai terpikir darah tinggi ke. hmm. Sebab aku rasa semalam aku banyak jugak makan makanan yang bergaram dan minuman berkafein lepas tu kurang minum air kosong. Haa, sudah. 

So end up pagi ni dihabis kan dengan tidur berulang kali, yang terakhir tu aku bangun makan pisang sebijik dan telan panadol. Pastu tido. Kira-kira 12 tengahari tu baru ok sikit. Baru lah memasak dan makan tengahari. Masih agak weng sebenarnya tapi bearable dari semalam/ pagi tadi.

Oh, nak ceritanya masa aku skrol tiktok tadi aku nampak orang makan nasi goreng. Nampak sedap la pulak. Tapi malas pulak nak menggoreng. Skrol2 lagi, nampak orang makan burger. Oh burger pun sedap kan.

Hahaha. 

Taktau dah hujung pangkal cerita ni. 

K tu je. bye.

26 August 2025

Tayar dan Bateri (2025)

Wah wah, selepas 4 bulan baru ada new post ek. Betul-betul terabailah blogspot ni ek. Kebanjiran sosial media guys. Tiktok, IG, FB, X, tu tak masuk game lagi. Pubg, Township, Roblox, Candycrush. Tak menang tangan. 

(terlalu hedonis nampak list tu)

Okey, aku drop by nak tulis nota je ni. Sebab nanti tak lama lagi aku lupa. Maka, aku simpanlah untuk rujukan hari depan.

Bateri kereta (14 Ogos 2025)

Previously aku ganti bateri adalah tahun 2023. Masa tu aku call je, so orang bateri tu datang hantar bersama bateri dan pasangkan. Jadi bila Khamis tu, aku nak keluar gi pasar pagi, kereta tak boleh start. Aku call je lah  balik nombor yang orang bateri tu tinggalkan. Return customer dapat RM15 less. Maka, aku tukar bateri baru dengan 18 bulan warranty - harga RM215. Century battery.

Tayar kereta (21 Ogos 2025)

Seminggu kemudian aku decide untuk tukar tayar. Asalnya nak tukar 2 biji je, tapi difikir fikir. Malas pulak nak ulang-ulang, so aku tukar je 4 bijik terus.

Cerita dia, ini first timelah aku nak pergi tukar tayar sendiri. Sebelum ni, masa first time aku minta kak siti pergi tukarkan. Masa tu dia masih kerja RA di UM, timing dia lebih fleksibel dari aku. Dan dia pun ok je nak pergi tukarkan. Lepas-lepas tu, biasanya aku minta perodua je tukar since bawa gi servis kat sana. Tapi last time aku servis, budak tu cakap tayar takde stok. Dia kata bolehlah nak tukar, tapi book date dulu, then diorang orderkan tayar. Aku fikir, cari sendiri je lah.

Maka, untuk ini.. aku dah survey 3 kedai tayar kat PJ ni.. Mahal jugak eh harga tayar. So berbekalkan post yang aku tulis 11 tahun lepas, aku pun menuju ke kedai tayar yang kak siti tukar dulu. 

So kali ni, brand yang memikat hati --> Toyo Proxes CR1 175/65/R14 82H. 

Tayar dia pun baru jugaklah, bulan 5 punya. Plus ada warranti dari Toyo 6 bulan/ 10k pertama untuk gantian 1-1 incase anything happen kat tayar. 

Bayaran total untuk 4 tayar + tubeless valve = RM724. Alignment and balancing dia bagi free.

Kalau compare dengan previous punya bayaran tayar, yang kali ni lebih mahal. Tapi, kalau semak2 lebih kurang je. Cumanya dulu, dia ada bayar balik tayar lama yang kita dah buang tu. kali ni dah takda. One of bengkel ni bagitau, sekarang memang bengkel dah tak ambil tayar lama sebab skim tu dah takde. 

Sekian, update tentang kereta untuk kegunaan masa depan.

16 April 2025

kenapa tak kahwin lagi?

Walaupun ramai orang selalu trigger dengan soalan bila nak kahwin. Aku sebenarnya jarang dipersoalkan. Tapi bila kadang-kadang soalan tu muncul, membuatkan otak aku yang jarang di gunakan ini menjadi berguna pulak.

Kalau dulu validlah kan soalan bila nak kahwin?

sekarang tak main dah.. orang duk tanya, kenapa tak kahwin lagi?

MasyaAllah.

Up level ek soalan dia. soalan bila tu pun rasa susah dah nak jawab, soalan kenapa plak mai, kenapa ek. 

Aku pun tak tahu lah sebenarnya nak jawab macam mana. dan diri aku sendiri pun aku tak tau perasaan apa yang sampai bila soalan macam ni dipersoalkan. Ikut hormonlah ek time tu. Kalau masa tu tengah hormon musim2 sedih, Sedihlah aku. Tapi kalau hormon tengah musim biasa, nonchalant.

Tadi dapat soalan ni, aku jawab je. 

"Entahlah, saya pun tak cari kut. Orang yang mencari pun kadang tak jumpa, kalau saya yang tak cari ni lagilah."

So, kalau korang yang terbaca ni nak mencuba bertanya soalan ni bila jumpa aku, aku sebenarnya pun tak siapkan model answer lagi. aku pun tak tahu, bukan aku taknak share jawapan. tapi tak dapat wahyu lagi jawapan terbaik.

Haha. k dah, bye. tu je! Nasiblah yang tanya tadi tu belanja aku lunch sirloin steak dan zus latte naik plak kereta merc dia. So aku nonchalant je soalan dia. Lol.

tenang, remember, your mental health is your priority!

19 March 2025

The Last Meeting Theory

Bila hubungan dengan seseorang telah berakhir, kita seperti tidak akan jumpa atau bertembung lagi sama orang tu walaupun tinggal di kawasan yang sama? Umpama your path are no longer aligned. Mungkin peranan mereka dalam hidup kita sudah selesai.

The universe close that chapter for you supaya kamu boleh move on to the new time line, new chapter and new beginning.

Ada yang berakhir tanpa kita berhenti,
kamu!

;)

09 March 2025

Berbuka dalam gelap

Hai semua, salam Ramadhan!

Dah berapa Ramadhan hari ni ya, 8 ke 9? Tahu-tahu dah Ramadhan semula. 

Alkisah, aku pulang ke kampung halaman minggu ni memandangkan another 2 weeks ke depan, weekend dah ada program. Jadi minggu ni je la yang kosong untuk pulang kampung.

Beberapa minit sebelum azan Maghrib, elektrik padam. Sangat rare dah sekarang ni untuk berlakunya blackout. Biasalah zaman dah canggih la ni kan, compare ngan 10-20 tahun dulu sangat jarang lah sekarang ni nak blackout. 

Tengok main switch, memang takde yang trip, tengok keluar rumah pun. Half ada lampu, half takda lampu. Jadi, memang ada isu dengan TNB lah ni, bukan rumah kitorang je yang affected.

Rumah kampung aku ni takde lah ulu sangat, tapi nak cerita, 
1. kalau masuk rumah data memang tak dapat. Telco semua mati sampai depan pintu rumah, masuk je memang kena guna Wifi.
2. air ada je. cuma sejak bertahun-tahun kebelakangan ni, macam tak cukup pulak airnya. sampai tengahari je air akan slow. Maka kami pasang pam, bila air slow je, pasanglah pam untuk maintain ada air.

So impact bila elektrik mati ni, bukan saja takde lampu dan kipas, malah terputus signal internet dan juga bekalan air. 

Sadis juga ya!

Berbuka ditemani lampu yang menggunakan powerbank.

So, nak cerita for a minutes masa the first moment pitch of black tu, terfikir. Macam ni agaknya gelapnya kubur nanti ye. Sungguh menginsafkan. 

ok itu je. macam mana puasa korang? ok tak tu? Till then.

Kg Gajah,
9/3/2025

12 February 2025

Mimpi terus

Hai, Salam Februari.

Ok pagi tadi aku ada mimpi, dalam mimpi ni takde la gore ke mistik2 ke apa. Tapi orang cakap kalau mimpi buruk ni jangan cerita. Aku rasa mimpi tu takde la buruk mana, alur cerita dia tak berapa nak ingat sangat. Tapi ada satu part tu yang betul2 aku ingat, sebab apa. Sebab lepas aku terjaga aku terus teringat part tu, then orang selalu kaitkan kalau mimpi benda tu ada petanda kita terkena sihir.

Allahu.

Terus aku overthinking untuk beberapa minit. Siapa pulak nak sihir aku ni.

Tapi tu lah, benda-benda macam ni selalu nya berlangsung dalam beberapa minit je kat otak aku ni, tak sempat nak berlama-lamaan dah. Whatever will be will be la ek. Apa-apa pun, mimpi tu mimpi. Yang nak jadi or tak jadi semua Allah yang tentukan. So, chill bebeh!

Ok, till next post. 
Alhamdulillah ada gak post untuk Februari. hehe.

Chiaow,
Seksyen 19, Petaling Jaya.

27 January 2025

Mimpi oh mimpi

Sejak akhir-akhir ni mimpi macam jadi satu hiburan pulak. Sunyi betul hidup kau kan.

Okay, pagi tadi.. lepas Subuh aku tidur balik. Macam biasa, mimpi akan menjadi merapu merapu bila kau tidur balik lepas Subuh. 

Aku mimpi ada seorang kawan (yang baru aku kenal) ajak datang ke satu tempat ni dia cakap, ada nak celebrate birthday party aku. Aku selaku pencinta manusia, haruslah tiada persoalan lalu terus menuruti untuk hadir ke majlis tersebut. 

Kakak tu sewakan satu event room untuk celebrate. Dia dah hias semua lah tempat tu, aku masa datang tu dengan dua anak buah, Uwais dan Muadz. Datang naik lrt lagi. Sampai sana, ada lagi 2 adik ni yang aku tak kenal tapi kakak ni jemput datang jugak. Aku macam excited bercampur puzzle sikit lah jugak, tiber je akak ni nak celebrate birthday, walhal tak kenal sangat pun.

Tapi, cerah tak berpanjangan, tiba-tiba..

Datang satu group of people, dia bagitau kakak tu, dorang ada program tapi tempat program tu tak lulus, jadi dia nak mnta jasa baik kakak tu untuk pinjam tempat kami tu untuk jalankan program dia. 

Memang satu request yang agak mengejutkan! Dan lebih mengejutkan kakak tu accept! Oh no. maka, dengan serta merta, diorang pun terus re-setup tempat tu untuk event mereka. Aku pun tersidai di tepi, adik 2 orang yang baru dikenali tadi tu pun, perlahan-lahan berundur dan pergi.

Aku sebenarnya dah aim kak aiskrim yang ada tu, tapi ahhhhhh.. event tak jadi.

Ok sekian, rapuan di pagi Isnin sebelum memulakan kerja.

Salam Isnin terakhir di Januari, tiba-tiba Januari berakhir. Memang laju 2025 ni.

Pagi yang indah di temani bunyi kicauan burung sahut menyahut dan sinaran mentari yang cemerlang. Semalam seharian hujan, hampir lupa hangatnya mentari yang bersinar.

8.48 pagi,
Kg Gajah.

09 January 2025

Penangguhan yang panjang

Dari semalam kerja aku duk browsing all the past story. Semalam aku duk browse gambar lama. Hari ni saja lah aku browse post-post lama. Sebab aku cuba mengingat, pernah ke aku ceritakan tentang trip aku ke Jepun dulu?

Setelah menyemak semula, memang tak pernah. Turn out siap ada trip yang aku dah tak mampu nak recall dah.

Aku ni kadang-kadang rasa diri sendiri ni macam hoarder pun ada. Sebab banyak benda yang aku simpan. Untuk aku recall balik perkara yang telah berlalu, ada 2 cara. Sama ada melalui gambar atau planner! Nasib lah dulu rajin jugak jot program dalam planner. sekarang ni kalau things happen dan aku kena recall balik, aku pun tak tau nak rujuk mana. Since PKP aku rasa planner aku dah kurang berfungsi. Macam dah semakin inactive da hidup aku, sehingga keperluan menurun untuk ada planner.

Sebenarnya dah kumpul dah buku2 lama ni tinggal nak hantar recycle je, jadi benda ni terus terfikir semula. Nak recycle ke tak eh. HAHAHA.


Selak punya selak, nampaklah 4 Feb 2018 aku ke Kelantan sempena menghadiri pernikahan kawan universiti, Fadhilah. Dari planner ni baru aku perasan yang aku pergi nikah Isma. Bila baca tu macam, betul ke aku pergi, lepas cek gambar baru regain balik ingatan. Betullah, aku pergi dengan kak Siti rasanya masa tu, jadi tangakap gambar dari jauh je bagi bukti. 

Alhamdulillah, memory restore! Hahaha.

Pi Kelantan balik hari

Nami Island Malysia - Pantai Senok

Nasib ada sipi2 gambar pengantin >.<

So gais, kalau belum mula menulis tu, menulislah. Menulis ni aku dengar boleh melambat/ mengurangkan risiko nyanyuk. Ikhtiar je lah, ye dak?

Till then,
PJ
9/1/2025

08 January 2025

2025, Lets begin!

Word less Wednesday!

Semalam secara random aku mimpi aku dah kat London. Tapi preparation memang takde, ke London tapi macam balik kampung, semua benda tak bawa. Bulan Januari ni sejuk woi! 

Nak ceritanya, memang ke tempat bersalji ni dalam mimpi je lah sekarang. Bila rindu, mampu browse gambar lama je lah!

Thank you Macromac for giving me a bunch of memory to cherish forever 💕



Hokaido, Japan 2018



Karlovy Vary, Czech Republic 2019

Rindu,
8/1/2025

31 December 2024

Summary of 2024

biarkan kenangan tetap jadi kenangan.
kita yang berubah, bukan dunia.
cinta yang pudar, bukan kerana masa.
semua tanya, tak lagi ada jawabnya.
kita hanya bayangan, hilang dalam cerita.
dengar sini >> 📰🎵🎧

Januari

Permulaan tahun baru dimulakan dengan penerusan kehidupan sebagai Pembantu Peperiksaan di PPUM. First time involve dengan interview kemasukan student master. Incharge untuk book hotel buat bengkel. Berkerjasama rapat dengan para doktor.

Melawat Rimba Ilmu
Dinner dengan external examiner dari Singapura
Februari

Awanis bagitau ada kerja kosong kat pejabat dia. Ni rentetan sebelum ni aku ada keluar hiking ke Bukit Gasing dengan dia dan Nasyrah. Masa tu Nasyrah membuat luahan perasaan tentang kerja dia dengan company Singapore tu. Stress katanya. Elok ada opening, terus Awanis info2. 

Mac-Mei

Accepted untuk  join company Awanis! Pengalaman baru cuy. Oh, tapi dalam masa yang sama serbasalah nak tinggalkan position dengan PPUM. Maka, aku pun buat lah part time dengan PPUM. 

Dari Mac hingga Mei adalah waktu untuk probation. Kebanyakan adalah kelas dan assignment. Oh by the way, ofis ni memang 100% WFH. unless ada office program -> sambutan raya, townhall. Selain dari kena ke Office, memang periodically akan ada office event untuk meet up kan workers. Macam team building dan dinner. Within department pun ada juga aktiviti meet up ni.

Department Bonding - Kemensah BBQ

Department Bonding - Bukit Nanas

Company Team Building

Company Dinner!

Jun-Disember

Penghujung Mei belum pun habis lagi tempoh percubaan, aku di tarik ke team malam (UK hour). Maka bermulalah kerja di waktu malam (dari rumah). 

Masa mula-mula kerja dari rumah ni sebenarnya aku agak tertekan jugak. Aku ni sangat mencintai manusia, dan perlu berinteraksi dengan sesama manusia lebih kerap (tapi aku bukan extrovert k) Jadi bila tak dapat berbual tu, jadi stress sikit. 

Tapi lepas few times ada gathering program dengan ofis mate ni, ok jugak dah. Sebab bila stuck tu, pandailah aku chat tanya. So in good ways, aku belajar seek for help. Lama rasanya kalau stuck tu, di pendam terus. tapi ni kerja kan, kena pandai minta tolong. 

So far life getting better dan adaptable. Disebabkan kerja malam, maka banyaklah adjustment kena buat. Contohnya usrah, program oklah since sekarang banyak program online je. Then lepak malam2 dah xde dah. Aku tukar pi pagi. Once in a while keluar makan dengan Nina. 

Selain tu, untuk fullfill keperluan sosial aku tadi, weekend je.. aku mulalah memenuhi kembali ruang2 kebutuhan sosial ni. Hiking ke, join program ke, atau kalau dalam weekdays tu dah keluar2 pagi, weekend aku lepak kat rumah je. Acah-acah nak sort out barang dan nak buang semua yang dah berbelas tahun tak berusik.. tapi biasalah berhujung menyidai diri sendiri di depan fon. 

Family outing

Kemain lama camping kita ek, 3 malam!

Program Xrek @ Gopeng
So to sum up. 

Not much in 2024. Rasa macam makin sunyi lak. uhuk2.

Sorry kalau macam tangkap muat je summary aku ni.. haha. Dah tak pandai la aku menulis. Kenapa ni kenapa? Tolongggg...

Ok done with dramatic end. Till we meet again in 2025! Oh ya 1 Januari ni bersamaan 1 Rejab. Moga kita semua di berikan kesempatan untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Amin yra.

Terima kasih sudah bertahan! 💞
Btw, masih gemuk. Bismillah, moga 2025 kurus. Amin.

Pen-off