Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label cerita hidup. Show all posts
Showing posts with label cerita hidup. Show all posts

08 March 2018

N9 - KL - Penang - PJ

Disebabkan rasa lama sangat tak naik gunung (last - Gunung Ledang Nov 2017) dan berat pun makin mencanak naik (dah lah tak naik gunung, tak jalan/jogging jugak! since pindah Kg Baru berulang naik kereta kan) maka aku pun bercadang untuk membuat aktiviti ini. Nasib ada yang sudi jadi pacer. Aha! Sorry lah pada yang tak terajak. Bukan taknak ajak, tapi sebab in a rush.. jadi memang tak leh nak ajak group besar. Next time k! Kita cari day pack je, nak camping macam susah dah nak cari free and easy timing.

Gunung Datuk, Rembau, Negeri Sembilan (6.30 pagi, 3 Mac)

Pagi tu, pukul 4.45 pagi aku keluar dari rumah untuk ambil Tokie di Sri Kembangan. Lepas ambil Tokie kira-kira 5.15 pagi tu.. teruslah kami melaju ke Rombau! Syok gak ada teman perjalanan ni, dari mengantuk terus segar bugar. Mana taknya, menyembang dari belum masuk hiway sampai keluar hiway dah. Sampai terlupa niat nak singgah R&R untuk beli bekalan naik gunung. Ahaha! Keluar hiway menggagau cari pump station yang da buka untuk dapat kan sumber makanan.

Masuk perkarangan parking kereta Gunung Datuk lebih kurang 6.30 pagi. Masuk sana, ada pakcik tolong susunkan parking. Masa tu ingat macam nak keluar balik, sebab takut gak parking dalam sangat ni, nanti orang double park. Oh! Rupanya lepas sembang ngan makcik kedai, dia bagi tau kalau ada yang double park, pakcik akan minta kunci kereta. Lega sikit. Mana taknya, aku nak kejar flight petang, Tokie pun nak kejar kelas tuisyen pukul 3.

Maka lepas setel segala urusan solat dan tandas, kami pun terus berangkat naik jam 7 pagi. Masa naik tu tak ramai sangat. Ada 2 orang saing-saing dan pintas kami. Musykil gak aku, sebab tak ramai orang naik? takkan lah kan? Lepas naik lagi beberapa minit, jumpa this 1 group of 4 people kut. 2 orang tengah tunggu 2 lagi member yang tengah mencungap naik. Dari Kuantan! Peh, jauh nya! gigih sangat. Semangat macam nilah kita mau kak! Hwaiting!

Dalam kecungapan dan kemengahan dek kegendutan yang makin beraja, kugagahi jualah kembara yang telah bermula. Biar perlahan tetapi pasti. Kan?

Pada jam 8.45 pagi maka sampailah kami ke puncak Gunung Datuk. Pemergian kali ni kami tak lepak lama sebelum puncak, terus je naik. Sebab? Kat situ dah ramai orang, tambahan pula tangga dah tukar kan! Dah boleh naik ke puncak ala-ala pwincess u oll! Ahaha~ Laju je naik. Dah tak payah nak acah-acah gayat dah.


Puncak hari tu best! Alhamdulillah. Walaupun tak berapa nak ada view, tapi angin dia masyaAllah. Sejuk. Kabus pun agak tebal. Mengingatkan badai yang menyapa ketika menuju puncak Merbabu. Nasib baik tak hujan. Kalau hujan, meraung jugak rasanya atas batu, kasut jogging je plak tu. Aha!


Model of the day
Lepas bertenang kira-kira 30 minit di puncak, maka kami pun beredar turun. Orang pun makin ramai naik, kita kasi chancelah kat orang lain pulak kan. 9.20 pagi kami pun memulakan proses penurunan dengan semangat berkobar. Masa nak berangkat turun tu barulah nampak betapa ramainya orang sedang memuncak jugak! Bersyukur betul datang awal. Atleast tak sempat mengalami trafik ketika naik.

10.30 pagi sampai bawah, pekena air kelapa dulu sebelum bergerak pulang. Lapar, tapi penat sangat tak boleh nak terus makan, jadi singgah kedai makan kat Balakong, sebelum hantar Tokie balik.

KL Sentral, Kuala Lumpur (2.30 petang, 3 Mac)

Sampai rumah lebih kurang 1 tengahari, masa tu mengantuk jugak lah, tapi perlu bertahan! Ingat dah beli tiket kapal, ingat sarah! Maka, laju-laju mandi, salin baju angkat beg dan memandu terus ke LRT Asia Jaya. Walaupun pada asalnya nak minta kak Siti hantarkan, tapi macam susah pulak sebab nanti esok kena minta ambil, maka gue drive sendiri saja. Dari Asia Jaya, terus ke KL Sentral dan ambil bas ke KLIA2. Ya ampun, ramai jugak orang hari ni, jadi aku pun duduklah sebelah brader cina ni, tapi tak sempat nak bersapa, letih turun gunung tadi belum recover. Tak sampai 5 minit bas gerak terus deep sleep!

Sampai di KLIA2 pukul 4.30 petang, tunggu Nur. Ingatkan nak gi Asar sama, rupanya dia dah berhenti solat kat Petronas before masuk airport. Maka, aku pun gerak solat dulu before jumpa Nur dan gerak sama ke gate.

Bayan Lepas, Pulau Pinang (7 malam, 3 Mac)

Sampai je Penang, Huda dah tunggu di airport. Perform betul uber Penang kita ni! Dah la jemput kat airport, sediakan penginapan lagi. Balik rumah Huda jap, tunggu maghrib baru gerak ke rumah pengantin.

Lepau Seni, Pulau Pinang (8.30 malam, 3 Mac)

Tengok all the decoration pun dah rasa penat! Memang power lah Anne ni, maybe most of the things tentang wedding dia ni adalah hasil kretiviti beliau sendiri. No wonder lama giler Anne cuti! Nice! Rasa macam indie wedding plak! (ada meh wedding indie?haha)


Ada laksa, tapi tak sempat nak makan! Oh ya, Anne cantik betul malam tu. Ala tapi Anne memang cantik pun. Lol! Sorry Anne kitorang tak sempat tengok pun Anne mai, kitorang duk belakang sekali masa tu, malas nak bersesak pi depan. Congrats Anne on your big day! Moga terus dilimpah sakinah, mawaddah wa rahmah.

Balik kenduri, sempat lagi pekena Sany Kue tiaw. Ahaha~ Balik dari makan, Nur mandi dulu sebelum menunaikan jamak Isyak

Pagi tu, gerak keluar dari rumah Huda jam 5.30 pagi. Nak kejar boarding jam 5.50 pagi. Subuh kat Penang ni masuk 6.13 pagi. Kitorang bajet sempat lah nak solat dulu sebelum naik flight, tak sempat nampaknya, elok je siap amik wudhuk dah kena panggil. So, merasalah solat atas flight!

KLIA 2, Sepang (8 pagi, 4 Mac)

Sampai KLIA dah awal, sebab pilot tu cakap, awal 25 minit dari jangkaan. Tapi disebabkan Nur tak makan before naik flight, dia da rasa loya nak muntah. (Lagi pulak kami seat belakang sekali, bila enjin kapal start, fuh bau minyak dia!! ya ampun) Keluar je dari flight kami terus belok ke kanan nak cari toilet punya pasal. Lepas muntah, kitorang terus jalan dan jalan. Tapi makin lama makin aneh. Ok, dah salah! Gi kat pelepasan T.T Kena la patah balik, Jauh!

Lembah Subang, Selangor (10 pagi, 4 Mac)

Walaupun sesat, tapi sampai ke PJ ontime seperti dijangka. Jadi balik rumah dulu siap-siap dan keluar semula ke Lembah Subang. Grad Projects! walaupun macam rush, tapi sebab tak ramai volunteer available, jadi hadirkan diri jugaklah. Badan pun tak penat sangat (kecuali mengantuk.. itu memang tak dapat tolong. Disebabkan ada 3 cikgu je, jadi kami buat quiz lagi untuk minggu ini.


Kampung Lindungan, Selangor (12 tengahari, 4 Mac)

Habis je dari kelas tuisyen di Lembah Subang, terus bergegas ke seksyen 19, tak boleh lambat sebab petang kak Siti pulak ada mengajar tuisyen. Jadi ambil kak Siti terus ke Kampung Lindungan. Datang ke sini sebab kan jemputan Saadah ^^, Saadah dah kahwin! Lama tak nampak Saadah. Paling last masa usrah sekali dengan makcik dulu. La ni dah rombak, tak pernah jumpa.

Muka Saadah nampak lain sangat, maybe sebab dia pakai contact lense untuk kahwin kan, jadi lain lah. Barakallah adik manis!


Balik dari kenduri, sampai rumah memang terus pengsan! Wahahaha.. letih betul, badan dah tak berapa nak muda rupanya.

**giler panjang menaip ni, sikit lagi jadi cerpen. 3 hari 3 malam nak menaip satu post

26 February 2018

Dialogue in the dark.

Untuk post kali ini aku perlu berterima kasih kepada Izzah (yang share tentang microhousing) dan Aizuddin (yang tolong alertkan tentang event ini)

MicroHousing.

adalah idea dari thinkcity untuk develop microhouse. Kecik je saiz rumah ni, sebesar 2 lot car park. Ada dapur, tempat mandi/toilet dan ruang sikit kat bawah. Pastu bilik kat tingkat atas. Itupun tangga nak naik tu jugaklah rak boleh letak buku ke barang ke apa menda. Memang kecil la rumah tu citer dia. Idea dia, untuk membantu orang muda yang kerja KL ni untuk stay pun kat KL. Sebab current situation, pekerja KL mostly adalah dari luar KL, masuk untuk kerja je. Perkembangan ini (duduk luar KL - kerja dalam KL) sebenarnya tak sihat untuk sesebuah tempat, sustainable development.

Bila tengok tempat pameran adalah Medan Pasar, KL maka apa lagi bersemangat nak pergi. Hehe. Hari Jumaat lepas, meskipun tight jugaklah timing gigih aku pi usha rumah tu, sempat jugakla dengar session dengan volunteer thinkcity tu. Diorang tengah buat event untuk raise awareness dan mungkin jugak dapatkan survey awal tentang pandangan awam tentang implementation rumah ni. Selain dekat Medan Pasar, diorang ada gak buat talk etc dekat Ruang (World Urban Forum). Bangunan dia kat 2, Jalan Hang Kasturi. Sederet dengan mamak Tajudin berdepan dengan news.com kat hotel tu.

Tentang rumah? untuk aku, aku rasa quite nice gaklah kalau aku dapat sebiji rumah gitu. hehe. Tapi harga dia, walah! Kos untuk prototaip tu je, rm120k. Tapi katanya kalau buat mass production bleh pergi lagi murah. Kita tengok la soon kalau betul jadi, berapa murah dia bleh pergi.

But, ofcourse security wise masih boleh diperdebatkan panjang lebar. Mungkin penganjur belum thoroughly looking for security part, still the idea is good (at least for me yang belum ada rumah and still trying hard to convince self of having one. haha!)

Dialogue in the Dark.

Aku tak terus pergi Jumaat tu sebab 1. memang tak tau 2. kalau tau pun memang tak sempat pergi pun. Makanya, aku pun try susun-susun plan ajak member untuk temankan Ahad petang. Kegigihan sangat! Tangkapan, dapatlah ajak Tokie dan Aimi.
Always (2011)Aku pernah tengok filem korea tentang orang buta, dia partially blind sebab excident. Dia masih boleh nampak cahaya. Dari situ barulah aku tau yang orang buta ni ada gak kes yang masih nampak cahaya. 
Lebih kurang 5 lebih petang semalam maka berangkatlah aku ke LRT Masjid Jamek, plan untuk meet up semua kat sana. Tapi tu lah, KL dan petang. hujan selebat-lebatnya. Sebak gak lah perasaan, tapi as usual kita ada tokie yang bersemangat waja kan. Jadi, kami pun decide beli payung (tiga tiga beli payung news k! macam kelakar lak kalau jalan sama-sama dari jauh) Kami pun meredah hujan lebat dan menuju microhousing tu. Dapatlah tunjuk2 sket kat tokie ngan aimi rumah yang menarik tersebut. 

Lepas tu barulah gerak ke Ruang. Obvious sangat kedudukan ruang tu sebenarnya. Hampir setiap hari lalu masa duduk keja kat Pasar Seni dulu, tapi tak tau pulak Ruang ni begitu awesome! Ahaha. Ok the event held kat basement, kalau korang masuk, cari tangga dan turun.

"Are u plan to take the tour?" 

Ramai jugak yang datang meskipun Ahad dan menjelang senja ni. 30 minit gak tunggu. Tour ni, sekali session boleh masuk 5-6 orang, disebabkan kami mai 3 orang saja, jadi kita bergabung la dengan 3 chinese clan (sorang guy, pei yang and the couple chen dan elaine).

"Boleh off kan semua phone dan simpan watch dalam beg ya. We dont want any light inside" pesan penganjur.

"All of u sure didnt know how to use this right?" Fazli (volunteer) menunjukkan tongkat orang buta tu, dia panggil white stick. Then dia ajar macam mana guna, lepas tu pas kami kepada Matthew. Matthew la tour guide kami hari itu.

Masuk je ruang tu, memang tak nampak apa, totally black walau bukak mata seluas apa pun tetap gelap. Jadi kat situ hanya deria pendengaranlah activated. Dengar bunyi tongkat je berlaga-laga lepastu follow suara Matthew. "Im here" "Sarah, im here" "helo, everyone here?"

Jadi dalam tempoh lebih kurang 30 minit tu dapatlah merasai perasaan menjadi buta. Matthew dan Fazli adalah antara voluteer yang terlibat dengan program ni dan mereka berdua je antara semua tu adalah partially blind. Yang lain semua totally blind. Yang lain tu, makcik kedai kopi dan peniaga kedai runcit kat dalam bilik gelap tu.

Matthew cerita dia bukan lah sejak lahir buta, dia buta sebab sakit. Tak tau sakit apa, tapi dia kena tu masa 15 tahun, sekarang dia da 20 tahun. Mean da 5 tahun jugak lah dia menjadi buta. The vision degrade sikit sikit. Sekarang dia masih boleh nampak cahaya dan warna. Dari warna tu lah dia membezakan nilai duit.

Last station yang kitorang singgah adalah kedai kopi, sambil nak tunggu kopi sejuk dan nak abiskan kopi tu lah kami duk sembang ngan Matthew. Lepas habis minum, kami gerak keluar. Tapi time tulah aku tertinggal Chen dan Elaine. Oh sorry guys! my bad..

Kat luar tu kami bersembang dengan Fazli. Tapi tak dapat nak panjang sangatlah, kitorang bekejar dengan Maghrib masa tu.

"Sepanjang awak jalan sana sini ni macam mana dengan Malaysian eh, diorang tolong2 tak. Kalau awak jatuh ke, pastu orang tak nampak.." - Pei Yang
"Sebenarnya dalam kehidupan kita ramai je orang sedang memerhatikan kita. Kita je tak sedar. Dan bila benda jadi ada je orang akan tolong" - Fazli

Fazli ni rumah dia kat Salak Selatan, habis je tugas volunteer kat sini, dia akan naik lrt balik ke Salak. Oh Allah, how blessed i am with my current vision. Walaupun kena pakai spek, i still can see.

Beberapa nota

1. Masa aku di dalam kegelapan tu, banyak kali jugaklah aku terlanggar/terpijak Mathew, pada mulanya memang aku rely pada stick tapi sebab duk asyik berlanggar dinding kiri kanan, maka aku pun teraba raba la takut berlanggar dinding lagi.

Lalu aku terfikir agak-agak macam manalah jika si buta ni perempuan. Siapalah yang akan menjaga dia, akankah ada yang cuba mengambil kesempatan ke atas mereka. Nauzuubillah. Allahlah sebaik baik penjaga

2. Selain dari itu, bila pandangan kita disekat, automatik deria lain akan activated. Macam kes ni, tiba2 pendengaran jadi sangat jelas. Aku selalunya kalau berjumpa dengan orang baru memang ambil masa nak warm up. Lagi2 lah kalau bukan sama Malay. Nak gear up english lagi, etc. Tapi masa da tak nampak ni, otomatik je terus laju je bersembang.

3. 30 mnit yang sungguh membuat kita bersyukur dengan nikmat penglihatan!

23 February 2018

Mengandung

2015.

Malam tu aku pergi JusTalk kat Shah Alam. Macam biasalah formaliti program, haruslah ada sedikit jamuan/makan-makan selepasnya kan. Hence, i found my long-lost-friend. Beliau juga hadir ke program, aku pun tak ingat nama dia siapa. Tapi, seingat aku lah, salah seorang student uitm jalan othman back then around 2007-2009. Kami pun bersapa dan bertukar info serba sikit.

"Akak dah berapa bulan dah?" out of nowhere soalan beliau. Sambil refer perut yang sedikit benjol dari zaman student dulu.
"Mana ada, kawen pun belum"
"Eh? seriuslah kak? akak main-main kan"

2016.

Pagi tu macam kebanyakan program, aku jadi jk pendaftaran. Dan aku terjumpa semula kak Hajar UM (doktor) .. Lama gak tak jumpa dia, sejak dia kawen sampailah pagi tu.

"Yang keberapa dah?" sambil mata usha perut aku
"Kak.. saya tak kawen lagi kak"
"Eh, tipulah!"

Arghh..

2018.

Lepas lunch tu, aku singgah tempat kak Nab, macam biasa restock asam. Sebenarnya ada guilty gak sebab aku yang paksa2 dia beli asam tu, jadi rasa bertanggungjawab jugaklah nak beli kat dia. Sambil susun-susun asam yang nak dibeli. Ada sorang brader datang hantar dokumen.

"Eh ada jual asam kat sini?" tanya brader tu basa basi. Brader tu agak gempal juga orangnya.
"ada.." balas kak nab
"Saya pun mengandung juga ni" kata beliau yang kemudian turut memilih asam.

Aku macam, nak beli asam tu takde masalah la. Tapi out of nowhere kenapa nak kaitkan dengan mengandung? are u indirectly mentioning me mengandung Mr? hmmm..




why everyone, why?!

19 February 2018

Bayar saman

Sebabkan rasa seronok sangat dengan sistem bayaran saman kereta untuk MBPJ ni terpaksa la kite sharekan di blog dengan serta merta.

Aku ada sedikit kegilaan untuk membayar saman kereta (ahaha) ini mungkin berbeza pendapat dengan orang lain. takde masalah. untuk aku, biasanya kalau aku kena saman tu memang disebabkan im aware aku park tempat salah then kena saman. jadi memang my fault so i kena la bayar.

ok abaikan that part. nak cerita how to pay lah kan.

Masa aku kerja PJ few years back memang banyak gila lah dia punya saman kan. gigih mbpj ni kutip saman. lagi-lagi extra work kalau time tu dekat2 musim perayaan memang kerap lah diorang datang cek. Zaman tu pulak aku belum berjinak jinak dengan bayar online. Kena lah pulak pi bangunan mbpj kat old town tu untuk setelkan saman. Aduyai punyalah malas.. sana susah parking boleh tahan..

Sehinggalah akhirnya aku jumpa epay untuk saman mbpj! seronoknya!

Untuk kalian yang kerja di PJ dan sering disaman, boleh check saman di sini. Masukkan no plate kereta, dan dia akan list kan semua saman-saman kalian. Lepas da tengok list, boleh lah buat bayaran secara online, tapi kena la create account dulu. Boleh buat bayaran disini. Aku dah pernah guna sistem ni 2 atau 3 tahun lepas. Oklah, tak perlu nak ke old town. Dan yang menyebabkan aku lagi gembira adalah, perhaps depa da intergrate 2 web yang aku link kat atas ni. Sebabnya, bila aku bayar je, automatik hilang dah kat list! Last time, dia tak auto hilang, kena tunggu jugaklah 2-3 hari.

Ok, itu je lah perkongsian yang menggembirakan aku hari ni. hehe.

Every little things count your blessing! kan? :)
(ok bulan depan bayar lagi 2 saman. pastu dah kosong balik list. hehe)

31 December 2017

2017, the conclusion

Sekejapnya masa berlalu, laju sangat nih! Tak terkejar lajunya.

Seperti yang sedia maklum, 2017 just isnt a good year (to start with) for me. Super sad, but sokay we make it through!

Tahun ni, an achievement untuk GSB, first official project untuk gunung luar negara, Gunung Kerinchi, Jambi, Indonesia. A moment to remember, setelah Merbabu+Merapi+Prau di 2016. Boleh fikir dah ni untuk 2018. Setahun satu gunung ok dah kut. Banyak2 sangat macam pancit teruk. hehe.

Untuk aktiviti sosial, taktau lah kenapa teruk sangatlah performance diri ini, dari gema, bff sehinggalah wanita T.T berdosanya lahai. Sebenarnya agak down dengan ramainya penggerak2 sebelum ni yang dah mula slow dan bertukar bidang. Tapi tak patut kan? Kita yang tinggallah harus terus bergerak kan? ya ya.. knew it. hey 2018, lets wake this sleepy head up!! lets!

Tentang kerja? nothing much. But a good learning process rasanya. Tahun ni je, dah 3 tempat kerja, bulan 1 kat PJ. Masuk bulan 2 kat Dataran Merdeka. Masuk bulan 12 kat Kampung Baru dah. InsyaAllah akan di Kampung Baru sehingga at least, Februari 2018. (Nasib time pindah tu ngam cuti sekolah, tenang skit jalan nak pi kerja. Da masuk next year sok, nebes plak kita nak drive) Lepas tu? Jangan tanya sekarang, sebab aku pun tak tau dan belum nak fikir lagi. ^^,

Since change projek, dan kena kerja di KL.. banyak gak la pengalaman dapat, terutamanya outstation ke Sarawak, Perak dan Penang. A nice memory!

Tahun ni gak, dapat peluang join volunteer masjid bulat ziarah Singapore. Best! Selalu kan pi merayau macam tak tentu hala, tapi yang ni pergi melawat masjid di Singapore. Secara rasmi. So dapat lah dengar how they work kat sana. Struggle but hasil memberangsangkan! Tapi tak dapat join second trip Ziarah Masjid di Pattani dan Yala. Sempit sikit poket, plus dengarnya sambutan kaw kaw sampai Fadhil tak menang tangan nak ejas.

Perpindahan rakan-rakan, samada keluar dari PJ, mahupun keluar dari status bujang. ;P Ada jugak berbekas di hati, but somehow thats life kan? takkan selamanya nak duduk di takuk yang sama (aku lah tu? entah bila nak move on)

Banyak sebenarnya kejadian-kejadian this year yang aku da jot separuh kat sini, tapi semuanya tinggal draf. Tak sempat nak pamirkan. InsyaAllah, i will rajinkan diri untuk memastikan post yang dalam draf tu berjaya di keluarkan next year! Hahaha. #laterpost please. Harap tak bawa ke another year la. Kasi habis at 2018 lah citer 2017 kan. :P (walaupun aku rasa banyak je draf-draf earlier than 2017)

btw, Acik dah kawen!

Oh, till then, hoping a good 2018! and farewell 2017.

HAPPY NEW YEAR 2018 ^_^

p/s: By the time this post posted, i might fly high above the sky to another place in this world. Hopefully ada rezeki untuk story regarding it in the next post.

03 October 2017

Skill hidup di kota

Kalau korang duduk bandar ni kan, pernah ke kena double park? Pastu diorang tak tinggal number plak tu. Sakit tak hati?

Hehehe.

Semalam, balik dari kerja di parking site LRT Asia Jaya, macam biasa lah naik tangga banyaklah kereta parking kiri dan kanan. Aku perasan jugak baru-baru ni kereta macam banyak sangat pulak. Pernah lah sekali aku parking dekat sebelah kanan tangga, memang kena double park dah. Sejak dari tu aku tak gatal tangan lagi parking dekat area situ. Aku park depan sikit area belah kiri tangga. Situ masih selamat setakat ni. 

Oh berbalik kepada perjalanan semalam, maka aku nampak dekat salah satu kereta yang double park ni ada satu kertas A4 berwarna putih. Aku pun mendekat. Ok, ada nota amaran.

'Next time, please left your contact number. Give trouble to others. Need to reverse and forward few times before can get out'

Ok i can feel this people feel. Sebab aku pun pernah mengalaminya. oh? kalian juga kan?

1. Untuk mengangkat adab sopan dan akhlak, memang sepaling moleknya kau tinggalkanlah nombor perhubungan. Ye lah, tak semua kat KL ni duduk rumah flat dan biasa dengan situasi begini.

2. Korang try lah tolak dulu kereta yang blok kereta korang tu. Sebab normally kalau insan yang double park ni sejenis yang berilmu tinggi, dia takkan angkat handbrake.

(Ternyata, lepas aku habis baca tu aku try jugak tolak. Memang kereta tu tak angkat handbrake pun. Ahaha! )

3. Kalau kes tak berapa nak urgent, avoidlah double park ni. Pergilah park jauh sikit tak pun cari parking lain. Hehe

02 September 2017

Syurga yang disegerakan

Hari tu mak masak kari ikan. Wow. Letops betul kari ikan mak. Kalah rasanya mamak tajudin ni.

"Kalau makan dengan roti ni. Mesti lagi sedap terangkat"

Malam tu aku tidur awal, tak tau lah apa yang letih sangat. Rasanya orang lain yang puasa. Esoknya masa sarapan, nampak ada banyak roti canai. Ingatkan ayah beli balik dari masjid.

"Semalam ada orang bawa ke masjid. banyak. tapi xde orang"

Wow! Baru semalam cakap nak roti canai cicah kari ikan. Hari ni terus ada!! Macam manalah agaknya syurga kan?

Rumah adalah syurga yang disegerakan.
Rumah adalah tempat pulang yang tak pernah tidak dirindukan.

Ok, selamat hari raya qurban gais! Menu apa tu hari ni?

09 August 2017

LRT Gombak Line

Hai semua, lama tak bersua kan. 

Betapa malasnya kehidupan seorang wanita di ambang 30 an ini. Begitu! Ok, hari ni aku nak ceritakan tentang LRT. Ya! Pengangkutan utama aku untuk tahun 2017. yeay~ ya betul, ramai dah tau kan aku sekarang kerja client side. Jadi tidak berada di HQ (Jln Klang Lama) - marilah roger sekiranya nak bersosial berhampiran point2 LRT.

ok alkisah.

Aku sejenis orang yang malas nak duduk di dalam tren ni. Sebab apa? Ofkos sebab yang utama adalah kerana, normally tren pack. Jarang sesangatlah nak dapat tren longgar2 ni. Memang a bit amazing juga lah kalau masuk tren tiba-tiba ada bangku kosong. MashaAllah Subhanallah! 

Reason seterusnya kenapa aku malas nak duduk adalah kerana, kalau dah duduk, ah begitu malasnya lah aku nak bangun, unless memang da sampai ke destinasi aku lah kan.

ok, pagi ni.

Aku masuk LRT macam biasa, 2 koc. Ok, harus lah sendat dan padat. Tapi selepas a few station, tiba-tiba ada satu seat kosong depan aku. Lepas usha kiri kanan, takde plak acik2 tua, mahupun kakak2 pregnant, aku pun duduklah. Untuk kes ni sebab, kalau aku tak duduk keadaan bertambah sesak. Jadi baik aku duduk, atleast ada ruang sket untuk orang lain. kan?

Lepas a few station lagi masuk la plak makcik ni, aku agak maybe late 40s or early 50s kut. Berdiri depan uncle ni selang 2 seat dari aku. Sebelah aku makcik cina (tua gak). Aku mula-mula teragak-agak juga nak bangun tapi sebab dia jauh sket, dan nampak dia macam steady je (oh ofkos plus jenis yang malas bangun selagi belum sampai stesyen kan) niat tu terbantut. Tiba-tiba pakcik tu bangun,

"Come have a sit" gigih gak la pakcik ni bangun.
"Eh never mind its ok" balas makcik sambil mencuba tahan pakcik tu dari bangun.
"No no im leaving just few station from here" sambung pakcik tu lagi dan terus bergerak beberapa langkah dan berdiri depan aku. Phew~ Aku rasa pakcik ni memang tak berapa kuat jugak dah ni, tengok dia nak berdiri pun kena bersandar kat tiang kerusi. 

Tak lama lepas tu, lepas stesen Bangsar menuju ke KL Sentral makcik sebelah aku pun bangun, dia cuit pakcik tu suruh duduk dan bagi sign yang dia nak turun dah kat KL Sentral. So pakcik tu duduk sebelah aku, sambil bertukar senyuman ngan aku. Kuikuikui.

Aku? turun MJ. Bayangkan camne muka aku 2 stesen tu. Aku harap takde orang viral kan gambar aku lah, "wanita muda dan masih bertenaga tak beri laluan warga emas duduk" gitu tajuknya kalau viral. Sampai je Masjid Jamek, laju laju akut turun tanpa menoleh lagi. 

Ahahaha.

Ok tu je citer sendu LRT untuk hari ni. ^^, Lepas agak lama tidak bersiaran. Hahaha!

(Giler takde motip citer ni, tolong lah cungkil2 sendiri ek motip. KBKK kan)

p/s: btw, aku sakit gigi hari ni. Arghhh.. lama dah tak sakit gigi. First time kut untuk 2017.

06 July 2017

A tracker.

Aku sebenarnya adalah seorang yang tersangat malas nak bersenam.

Tapi kerana kelemahan yg satu inilah.. aku kira, Allah bagi diskaun kat aku.. pinjamkan badan yg kurus selama 28 tahun. Namun akhir2 ini, banyak plak seluar menjadi sempit dan baju kurung tak lagi sedap di pakai.

Nak dijadikan cerita, dekat pejabat adalah satu kempen jom kurus sebelum Ramadhan hari tu. Maka aku tertariklah dengan satu senaman yang disarankan. Iaitu? Berjalanlah 10 000 langkah sehari. Aku macam tertarik dengan yang ni sebab jogging aku selalu kecundang. Kalau dah jogging pun kecundang jangan ceritalah cycling, hiking mahupun zumba. 😂😂

Maka, aku pun tidak berlengah lagi terus memasang niat untuk mencuba capai target sehari 10k langkah. Check2 plak samsung ni ada samsung health yang bleh track step. Waduh, lagi semangat kok!

Tapi, phew 😥 .. nak capai 10k langkah tu bukan mudah ye kengkawan 😭😭 average berjaya dilangkahi setiap pergi dan balik kerja hanyalah atmost ~6000 langkah.

Meski begitu jangan give up ye cik Sarah B 😎 juara Jom Kurus telah membuktikan usaha tanpa kenal jemu bakal membuahkan hasil. Juara jom kurus berjaya turunkan 7kg dalam sebulan ya! Tips dia hanyalah pergi balik kerja guna tangga (rumah 11 tingkat) 😄😂

P/s: gambar tu dapat achieve sekali je.. tu pon masa pi Miri sebab berjalan nak pi Gua Niah. Ahaha~~

28 June 2017

Pintu toilet

29 Ramadhan, ayah bagi wallpaper minta tampalkan kat pintu bilik air.

Aku tengok jap pastu terus tersadai sepi atas kerusi tepi almari. Nak kata sibuk menyiapkan rendang dan sambal kacang tak juga. Haha.

Sampaila akhirnya hari ni, dah raya ke empat. Lepas pelbagai mehnah dan tribulasi akhirnya baru lah dapat nak balik kampung di Selangor nak beraya ngan orang kampung.

Cadangnya 1 kereta nak gerak dulu. Jadi berawal lah kami hari ni, lepas subuh terus iron baru dan siap-siap nak bergerak. Elok dah sarapan siap pukul 8 pagi ayah sampai dari membeli santan di pasar.

"Sarah, ada satu lagi keje ayah bagi kau tak buat lagi kan?"

Ahahaha. Nampaknya, xdapatlah nak bertangguh lagi, terus capai wallpaper jam tu jugak pi tampal, gitu gini siaplah dalam tempoh 20 minit.

Cukup2lah tabiat bertangguh tu sara oi!


P/s: apa kes sekarang nak dekat pkul 9 pun belum gerak lagi ke kampung halaman. 😂😂

4 Syawal 1438H,
Kg Gajah, Perak.


25 June 2017

Raya 2017

Nampaknya begitu khusyuk ye Ramadhon sampai takde post baru. Subhanallah sis. impressive! (#acah2)

Ok, di pagi yang begitu dingin dan syahdu ini, tiba-tiba terkenangkan Syawal-syawal yang lalu. Masa kecik mesti sekarang ni dah kat Kg Sg Buloh. Beberapa hari sebelum raya dah siap packing bag simpan dalam kereta dan bergerak ke kg halaman. 2 jam perjalanan. Tapi jem dulu tak macam sekarang kut. Masih boleh bertenang. Syok juga masa tu, balik kampung jumpa sepupu. dan main bunga api. But that was probably 20 years before. (Peh, tuanya rasa)

Bila dah besar sikit, bila atuk dah tak ada. Dah jarang sangat lah balik kampung before raya. Sebab kat Perak ni, memang belah ayah, dan ayah anak sulung. Makanya, dah belah mak tu atuk-nenek tak ada, jadi ayah la take charge pulak jadi ketua keluarga kat sini. (Kat sebelah Perak pun, atok-opah dah tak ada, tinggal opah tiri) Makanya, bila cuti raya, adik2 ayah la mai bawa keluarga beraya kat sini. Masa ni, the annual event harus lah tunggu bergambar family di pagi satu Syawal. Ahaha!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ni, aku rasa the excitement nak raya ni, (bagi aku) adalah masa nak bagi duit raya tu! Nak tukar duit, nak masuk dalam sampul, dan nak spread kat semua sampai lah habis duit2 tu. Yeah! Rasa dewasa sangat :) Semoga niat sedekah kita di bulan Ramadhan itu Allah kira, insyaAllah. Ala, setakat nak bagi ke adik beradik dan sepupu sepapat setahun sekali je kan, apa la salahnya. Haha.

Raya tahun ni?

Eh, asal dah dekat pukul 7 pagi ni semua masih bergolek atas tilam memasing? Lol!

Ok, lastly,

SELAMAT HARI RAYA KORANG! Minta maaf zahir dan batin. kalau ada aku hutang hangpa, jangan lah segan silu roger, takut sangat ada yang aku lupa note kat memana. Biasalah sejak2 nak move ke next stage ni kan, banyak yang lupa. Lagho kuat barangkali.

yang dekat-dekat Kg Gajah tu, mai la singgah rumah! Calling2 dulu k, takut kang kiter takde plak.

Till then.

#raya #syawal #postRamadhan

1 Syawal 1438H,
Kg Gajah, Perak.

01 June 2017

The Respond

Bila kau datang buka kat masjid hanya selepas 5 hari Ramadhan bermula. Dan kau pun terjumpa muka-muka yang kau kenal.

Kamalia
"Eh yb! Bz ke? baru hari ni nampak"

Kak Husna
" ... "
"Saya bg peluang kak kat orang lain buka sini. Saya buka kt rumah je 😋"

Mak cik Siti
"Eh ada meeting lagi ke malam ni?"

Datin Mas
"Baru hari ni nampak muka.."

Pakcik satu blok
"Eh eh.."

Kesimpulannya, dah rajin buat program jv dengan masjid tu, rajin kan lah juga solat jemaah kat masjid. Ni asyik datang masjid sebab nak gi meeting je 😑

24 May 2017

Tragedi Temerloh

"Edah, ada tisu basah tak? muka rasa berminyak"
Saidah yang sedang duduk ralit memandang telefon bimbitnya memandang perempuan dihadapannya seketika sebelum kembali menatap skrin.

"Ada. Tapi sat eh kak, bagi saya balas wasap saya ni jap"
Seketika kemudian dia meletakkan telefon di tepi dan mengeluarkan beg-beg kecil di dalam begnya mencari tisu basah. Tisu basah dihulurkan.

"Terima kasih!"
Dan perempuan itu dengan riangnya mencuci muka dengan tisu basah. Haha! taktau lah bagus ke tak bagus, dont really care, yang ku tahu belemoih hoi.

Kemudian kami beriringan menuju ke bas, Saidah terus naik ke atas bas, aku kira untuk meletakkan begnya. Sementara aku tak terus naik sebab #acah nak tolong aktiviti pembahagian sotong di samping bas. Diorang ada tangkap baracuda. Jadi aku lepak dengan Afiq untuk handle the baracuda, sementara yang lain-lain dah berpindah jauh sedikit dari bas untuk pembahagian sotong.

Tak berapa ketika belum ralit aku melihat afiq memotong ikan, Saidah muncul kembali.

"Akak telefon saya hilang" perlahan je suara si Saidah ni. Aku pula yang terkejut. Bergegas aku tinggalkan Baracuda dan menuju naik ke atas bas, cari fon aku dan try call.

"Saya da call kak, memang da masuk voice mail" aku tekan butang merah. cemas. (almaklumlah dah 2x hilang fon) cepat-cepat aku nak melangkah keluar dari bas untuk cek tempat terakhir fon masih kelihatan. Sebelum di sapa lagi oleh Saidah "Saya da pergi kak, memang dah tak ada"

Dan ya, sesampai nya aku ke lokasi terakhir fon itu kelihatan, memang dah tak ada! Sobs. Aku kembali ke bas. Sedikit keciwa. Dengan integriti masyarakat Malaysia. Fon orang kut, usaha lah pulangkan.. waaaaa! (eh kiter lak emo lebih kan) Sampai kat bas, aku tengok ada beberapa girls yang tengah tolong tengok2 bawah bangku etc. Aku duduk sekejap, bertenang.

"Kak jangan kecoh2 tau, senyap2 je" - Saidah.

!==

Setelah bas menyambung perjalanan,

"Tak dapat lah saya nak makan pulut mangga kak" saidah nampak tenang dan pasrah dengan kehilangan fon dia. Langsung tak kalut, tapi aku taktau segalau apa hatinya. kenapa pulut mangga juga yang dikenang? zzzzz..

Wasap terakhir yang dibalasnya adalah dari rakannya yang nak bagi dia pulut mangga sebaik tiba di lrt gombak nanti. Tapi sebab fon dah hilang, jadi tak dapat lah dia nak trace jejak kawan dia tu. Of course Saidah is a unik creature!

Itulah sekeping kisah di RnR Temerloh, yang pada hari hari kemudiannya, kembali mengimbau kenangan aku tentang rumah rehat yang sama 5 tahun yang lalu. RnR Temerloh telah memberi kisah untuk sekurang-kurangnya 2 juzuk dalam perjalanan panjang kehidupan ini.

Sekian.

30 April 2017

Sepetang yang sedih bersama kak wani

Sebenarnya tak bercadang untuk ke KLIBF tahun ni. Memandangkan sejak sekian tahun, buku buku yang dibeli banyak tak terbaca. Dan sejak itu sebenarnya, aku menahan diri dari ke KLIBF. Bukan apa, takut-takut terjatuh ke kategori pembaziran.

Tapi beberapa hari yang lepas adalah birthday kak wani. Dia ajak ke KLIBF. Tak sangka terjebak! Pagi tu masa kak Siti tanya, confident aku cakap taknak ikut, tapi petang tu, bila rasa macam ah betapa tak produktifnya Sabtu ku, maka laju2 aku join.

Pergi agak lambat juga. Pukul 3 lebih baru nak keluar makan lunch. Singgah di Jaya One untuk lunch. Makan, eh dah Asar. Maka, bergerak terus ke NU Sentral dan park kat sana. Solat Asar, kemudian baru cari KTM menuju stesyen Putra. Train kitorang naik ni, oklah lengang je. 

Sampai je kat Putra, (which is several station je from KL Sentral and it just RM1.80!) masyaAllah ya ampun, ramai gila orang beratur nak balik. Sampai ke tangga depa beratur nak beli tiket KTM. Kira macam kami sampai ni, cross the wave la. Orang dah balik kami baru sampai. 

Betul2 sampai depan pintu KLIBF tu, jam 6 petang! (Ok, jauh jugak berjalan nak ke PWTC ni ya bila hujan) Maka, set time dengan Kak Wani, jumpa balik kat pintu jam 8 malam. So ada 2 jam untuk peek-a-boo dengan buku2. Aku gerak dengan Kak Siti.

Sebab jalan tanpa any idea nak beli buku apa, maka kitorang singgah je lah kedai2 yang ada. Dah tak tau apa menarik, singgahlah ke booth imanshoppe (4090-4095) Eh eh banyak pulak nafsu melihat buku-buku kat imanshoppe ni. Ahaha~ Selain imanshoppe, IBTM dan Dubook la another 2 kedai yang berjaya menggamit hatiku untuk melakukan transaksi jual beli. (Ada jugak hasrat di hati nak singgah mustread, dari jauh buku dalam wishlist aku tu terpampang jelas. Tapi sekatan masa dan wang, aku bypass je lah)

Walaupun plan nak jumpa jam 8malam kat pintu KLIBF, tapi nampaknya pukul 730 dah jumpa kat surau PWTC ^^, Alhamdulillah, kak Wani pun dah penuh tangan dengan plastik buku. Misi berjaya diselesaikan dalam tempoh 2 jam.

Pukul 8 kami pun bergerak pulang, perut masing-masing pun dah lapar. Sampai persimpangan antara nak naik KTM atau STAR, sebulat suara nampaknya memilih untuk naik KTM, dan makan di NU Sentral. Time balik ni memang boleh kira beberapa orang je lah gerombolan di belakang kitorang. Memang lain banyak la amount manusia kalau nak compare dengan masa kami datang tadi. (Jadi kalau korang nak datang, sila lah datang odd hour ye kalian, Asar-Maghrib. Hehe)

Cerita Sedih bermula

(sekeping je gambar sepanjang the trip, sungguh kuberasa begitu dewasa dan tidak bbnu)

Maka, kami pun menunggu penuh sabar, gerabak komuter yang menuju ke KL Sentral. Tengok kat skrin, mulanya ETA 8.21 lepas tu 8.23 lepas tu 8.27. Aik, lain macam ni. Tak lama lepas tu, ada announcement bagitau ada short of power supply. Jadi semua perkhidmatan komuter tergendala, dan meminta penumpang mencari alternatif lain untuk ke tempat yang dituju. Ok fine! (dalam hati yang sedih dan lapar) Maka berbondonglah manusia bergerak keluar dari KTM Putra.

Tak boleh tahan dengan kelaparan, kami pun makan di Sunway (depan PWTC tu). Setelah tu barulah sambung lagi berjalan ke STAR. Sebelah PWTC je STAR ni. Dengan confident yang datang dari mana, aku lead the way. Aku tak tau pun apa nama stesen STAR yang kitorang berada tu, tapi dengan confident aku lead the way. (Walaupun terang-terang kat situ dah tulis, Putra Height is another platform. Haha) Makanya, naik STAR, hala yang bertentangan dari destinasi. LOL. 

Nasib la the immediate station adalah Titiwangsa, dan interchange dengan monorail. Ok, decided, turun Titiwangsa dan terus menuju ke KL Sentral using monorail je. Ha amik kau, pusing lah all the tren kat KL! RM3.40.

Dan sampailah kami ke NU Sentral semula! 

the sad part. penat gila kut berjalan berjalan dan berjalan.
the best part. so, we knew a new route untuk ke Putra via monorail!

the sad part is there, so do the best part. Thus, just enjoy both! 

Selamat Membaca! Membaca jambatan ilmu. Ilmu Suluh Hidup. Hagituh!
till then~ 

21 April 2017

You are just on time.

Terbaca satu tazkirah yang sangat baik untuk dikongsikan kpd kita semua.. 👇🏼

Dalam dunia ni, semua benda bergerak dalam zon masa masing-masing.

Ada yang masih single.
Ada kawin 20 ribu belanja,sebulan dah berpisah.
Ada yang dah kahwin 10 tahun tapi masih belum ada anak.
Ada yang baru kahwin bulan lepas, hari ni dah mengandung.

Ada yang grad umur 23 tapi terpaksa tunggu 5 tahun sebelum dapat kerja tetap.
Ada juga yang grad umur 29 tapi lepas grad terus dapat kerja jawatan tetap.

Ada yang muda lagi umur 25 jadi CEO tapi umur 50 dah meninggal.
Ada juga yang umur 50 baru jadi CEO dan hidup sampai umur 90.

Zon masa kita semua tak sama.
Jadi tak perlu merasa kita 'tertinggal' hanya bila nampak orang lain lebih berjaya. Masa kita belum sampai.
Obama retired at 55, tapi Trump 'bermula' pada umur 70.
Hanya zon masa mereka saja yang berbeza.
Tapi sama-sama dapat jadi Presiden.

Ada yang 'depan' dari kita.
Tapi ada juga yang 'belakang' kita.
Semua orang bergerak dalam laluan yang berbeza pada zon masa yang berlainan.

Allah ada perancangan berbeza untuk kita semua.
Jangan dengki, jangan sakit hati, jangan sedih.
Mereka bergerak dengan zon masa mereka dan kita pun ada zon masa sendiri.

You are not late.
You are not early.

You are just on time.
Jangan stress.

Percayalah bahawa perancangan Allah jauh lebih baik, rezeki kita telah dicatit olehNya.

Wallahua'lam..

14 April 2017

Korban rasa

"Dulu korban sebab laki, sekarang korban sebab abang plak.."

Sedih gak citer member ni. Dia kawen, lpstu cerai. Masa dia kawen husband dia duk minta beli kereta. Jadi dia beli atas nama dia, guarantor abang dia.

Bila bercerai laki dia xmau pulang kan kereta. Sampai sekarang dia xpernah da jumpa laki dia ni apatah lagi kereta dia. Maka dia pun tak bayar lah kereta.

Alih2 tahun ni, kena sound ngan abang dia. Sebab bank dah nak isytiharkan muflis dah (abg dia penjamin kan) Nak xnak dia pun duk turun naik la pelbagai bangunan untuk bayar balik jugalah kereta yang takdak ditangannya untuk menyelamatkan abang dia dari di isytihar muflis.

"Bayar buta je lah. Kadang-kadang sedih gak lah.. tapi tu lah, sabaq ja lah.."

😢😢😔
#kisahKehidupan
#bersyukurApaAdanya

Life will be good aite?

09 April 2017

Terfikir jugalah.

Hai semua, selamat petang! Maaflah lama tak bersiaran seperti dikala muda mudi dulu. Sejak sejak dah tak ada internet kat rumah ni. Jadi mood nak membuka laptop ni mmg kelaut teruk.

Ok petang nan syahdu ni, (sebab td baru je beramah mesra dgn family and now semua dah balik ke pgkuan rumah masing-masing) aku pun berkesempatanlah buka group wasap sekolah. Then sebuah cerita menangkap perhatian aku. Kisah usaha seorang kawan aku yang nak mencari jodoh, dimana akhirnya dapat tahu lelaki yg baru dia nak kenal tu rupanya suami orang.

Dan the drama begin.

Alkisah wife dia nampak husband dia duk berchat dgn member, then terus dia contact member ni bgtau laki tu sbnrny husband dia. Baru setahun kawin dan dh ada anak. But the husband side, lepas kantoi dgn bini dia tu, kawan aku pun nasihatkn lah suh value skitlah perkahwinan diorg kn. Laki dia plak ckp sbnrny dia mmg dah bergaduh ngan wife dia and bila dia duduk sendiri dia mula fikir yg dia kawen ngn wife dia sebab kasihan je. Dan dia rasa dia da tersalah dan nak start anew. Ok i feel like pfft. Duh, ni bukan game lah bang 😣 frust leh restart.

Maka, aku pun mula terfikir kisah ni.. dia cm da ala2 cari kerja lak bila da bosan kerja lama. Nk cr kerja baru xleh trus berhenti. Kena stdby keje baru dulu bru boleh tender resignation letter.

🤔 oleh itu, adakah isteri spt kerja? Yg hanya di kejar ketika tiada. Dan di lupakan bila sudah bosan/inginkn yg lebih baik?

🎶Terlalu Sadis Caramu
Menjadikan Diriku
Pelampiasan Cintamu
Agar Dia Kembali Padamu
Tanpa Perduli Sakitnya Aku🎵

Oklah itu je lah siaran hujung minggu dari aku. Aku doakan korang yang dah kawen di hindarkan lah dari cerita cinta 3 segi sebegini. Dan utk yg bujang pun, berhati hatilah dalam mencari pasangan. Kita tak mahu jugalah kisah spt 'deritamu bahagiaku' an..

walau bagaimanapun, jika benar terjadi sesuatu yang sangat2 kita taknak.. percayalah Allah tahu kemampuan kita.

💅 xoxo.

29 March 2017

ketahuan

Dari kecil muda aku sering dilabelkan sebagai skema, nerd dan seangkatan dengan nya, well i think its true somehow!

Aku rasa, manusia yang skema ni fall into 2 type of person.

1. Memang skema sejak azali.
2. Tak boleh tak skema, push to be.

Dan aku rasa, aku no.2 Hehe.

Sebab? sebab aku bukan tak pernah nak cuba buat benda-benda tidak skema a.k.a break the rule, dan biasanya percubaan melakukan perkara tersebut akan kantoi pada fasa2 awal. Aku pun tak faham kenapa, tapi macam tu lah. Menjadikan, aku pun takut dah nak buat, takut ketahuan!

Macam beberapa waktu yang lepas, keluar dengan klik sebab boss pi meeting. Jadi lunch panjang sikit. Elok je nak naik lif, terserempak dah kau dengan boss! dia ngam ngam baru habis meeting :D Haaa.. macam tulah.

Jadi, hei gais.. tak susah pun nak ikut peraturan~ gaji berkat, akhirat pun insyaAllah selamat.

Sekian.

25 March 2017

of mesyuarat agung (2) and Makcik Aziah

Hari ni is the day, sila harap maklumlah, jika anda katakan anda penggiat aktiviti persatuan, maka mesyuarat agung tidak dapat berpisah dari anda. sekiranya anda bergiat tetapi tidak ke mesyuarat agung, maka tanyakan lah balik, apa sebab asalnya anda berpersatuan. kerana menghadiri mesyuarat agung adalah sumbangan terkecil ahli kepada persatuan.

(pergh kasara tetiba kan nak bersemangat persatuan sangat.. kasi chance plis deknon!)

Tahun ni, tahun pertama lah berhempas pulas menjayakan mesyuarat agung, mencemaskan tetapi interesting to do! an?

Oh dan tahun ni, merupakan mesyuarat agung yang sedikit istimewa memandangkan tahun ni ada perlantikan Ketua Wanita baru, sebab mak cik Aziah telahpun berpindah daerah.

Bertahun-tahun duduk di PJ, aku banyak mengenal dan belajar dari makcik-makcik dan kakak-kakak di daerah. Semua tak ada yang perfect tapi mereka melengkapi sesama mereka. Tak ada yang tak sibuk, tapi mana yang kurang sibuknya terus menghulur tangan membantu yang lebih sibuk.

Subhanallah.

and here goes the late ketua wanita, makcik Aziah!

Sangatlah membanggakan melihat komitmen makcik dalam menggerakkan wanita daerah. Selain sentiasa turun padang untuk program-program wanita dan wakil wanita, makcik Aziah juga banyak memainkan peranan besar dalam pengurusan masa dan dokumentasi program/mesyuarat.

Aku kira tanpa mak cik Aziah, barangkali perjalanan mesyuarat hari ini takkan selancar tadi. Alhamdulillah.


Farewell makcik, semoga makcik terus diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan tugas-tugas dakwah di daerah yang berbeza tetapi insyaAllah semangat dan komitmen yang sama atau lebih baik. Terima kasih makcik, sangat banyak membantu dan sudi tunjuk ajarku sifu! ^^, 

Semoga dapat berjumpa lagi di program-program akan datang. 


Dan tak dilupakan terima kasih juga kepada tangan kanan dan kiri kami, cik pencatat minit! the Khadijah. (Dua-dua pencatat minit tahun ni nama sama! Siti Khadijah, yang berbeza nama bapa je.. mungkin nama Siti Khadijah ni memang berbakat menjadi setiausaha agaknya ya! Sebab bekas setiausaha wanita dulu pun nama Siti Khadijah juga. Ahaha~)


Takziah untuk perlantikan jawatan kepada Dr Normah. Semua tahu tentang kesibukan Kak Nom, tapi semua juga tak dapat menidakkan komitmen Kak Nom terhadap jalan ini InsyaAllah. 

Selamat memimpin Kak Nom :) 

Pesanan kak Nom sangat menyentuh hati, 
"Sekiranya kita mampu untuk tidur malam, sebenarnya VISI kita belum cukup hebat, 
andainya kita tak mampu tidur maka VISI itu sungguh hebat sampai kita tak mampu tidur"

Terima kasih juga untuk barisan AJK yang banyak membantu dan semua ahli yang hadir mencukupkan korum ^^,

(Ok, sekianlah ucapan ala-ala menang award..)

Oh ya kawan, jangan lupa register untuk program Beroga 5+1 k! Jumpa kakak disana! 
(Jumpa kat puncak je ok, jangan cari kat jalan, kakak biasanya yang semput tu! kihkih)

19 March 2017

random rant.. again

Hari Jumaat lepas merupakan hari pernikahan sepupu merangkap adik susuan di Kuala Selangor, esoknya resepsi buat di dewan. malamnya pula (iaitu semalam) buat pula BBQ di rumah kampung. Aduhai lotih!

Taktau la apa yang nak diletihkan sebenarnya. Kerja-kerja merewang hanya pagi Jumaat, itupun nak masak untuk sanak saudara kerabat belah maklang dan paklang (yang nilah belah kami) makan tengahari. Jamuan untuk nikah, memang dah tempah catering.

Kenduri kawinnya pula buat di dewan, pekej terus meja kerusi pelamin dan lauk makan. So kami datang tolong bawakan popcorn je. Kerja yang ada masa majlis? Edarkan doorgift untuk tetamu. Ofcourse lah bukan zaman aku dah, kita kasi lah anak2 dara gadis2 yang tengah market jadi muka hadapan kan, so aku banyak duduk dan ulang minum je rasanya. (dan dikejar anak2 sepupu menagih cerita hantu. LOL)

Aku rasa penat makan je kut! ahaha.

Ni baru sampai PJ (setelah melepaskan diri dari cengkaman anak2 sepupu yang comel belaka). Dalam lift tadi, naik sekali dengan sorang brader india. Rambut merah. tapi bahasa melayu bagus, sekali dengar memang ingat melayu. Dia hisap rokok masa menunggu lif aku macam panas hati juga, tapi bila dah masuk dia da buang dan baik pula tolong tekankan butang lif. Aku usha sekilas, ada iras Damien VE ni.

Lalu aku teringatkan kumpulan VE ni. Beberapa tahun lepas ketika semangat menuntut ilmu agama ni ada semacam satu fenomena besar di kalangan artis, VE antara kumpulan yang terkesan dan ikut sama berubah kearah kebaikan ni. Dan yang lebih mengagumkan bukan sahaja yang Islam kembali mengislahkan diri, malahan yang belum Islam pun memeluk Islam, Damien.

Macam nilah kan, barulah orang cakap kawan sampai syurga, Masya Allah!!

Oklah. tu je nak citer, nak gi usrah jap.. nak cukup kan 7x pergi..

(Tujuh kali pergi usrah sudah pandai tepis fatwa.. Amboi amboi!)