Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]
Showing posts with label cerita hidup. Show all posts
Showing posts with label cerita hidup. Show all posts

17 May 2024

Pretty fast


Times fly by pretty fast.

Macam baru semalam je bersemangat nak menakluk dunia. Eh malah dah layu dah hari ni. Rupa-rupanya semalam yang disangka da 15 tahun berlalu. Zaman-zaman habis universiti. Zaman yang rasa everything kita boleh control, kita boleh usahakan. Kederat ada time tu. Duit takde, kita cari. Kederat yang sikit di push ke sana kemari. Selagi boleh push, kita push. pagi program lain, tengahari program lain, malam sambung tempat lain.

Allahu. those days...

Tangan pun dah berkedut haaa..

Sekejap je semuanya. Pejam celik satgi dah 40 tahun. banyak amal yang dulu di tangguh-tangguh dengan alasan busy tu.. sampai kesudah ke ditangguh? 

Kalau tidak bermula hari ni.. sedar-sedarlah kawan, esok lusa je sebenarnya mati itu.

Sekian, tazkirah seminit.

17.5.2024, jam 11.15 pagi
Kg Gajah, Perak.

08 May 2024

Mindset.

Semalam aku ada dengar 2 video bagaimana nak change kita punya view tentang hidup (terutamanya untuk yang jenis2 tak bersemangat nak pergi kerja @ nak mulakan hari) 

Video 1: Dia bagi satu simulasi untuk kita hipnotiskan otak kita sendiri, kira macam kita trigger atau kita luruskan minda kita untuk berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah. Sebelum tidur baca 
'Esok adalah hari yang baru dan Allah akan beri keajaiban pada aku' (ulang 3x) 
Bangun tidur nanti set lagi sekali 
'Tuhan, aku tak sabar dengan keajaiban apa yang akan Kau berikan pada aku hari ni'

Video 2: Peringatan dari PU Amin untuk mengamalkan doa 
'Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bilkhair' Ya Allah permudahkan urusanku, jangan kau susahkan. Engkaulah yang Maha menyempurnakan segala kebaikan'

Kedua-dua video ni tentang mindset. Tentang sangkaan. Macam mana kita nak turn kita punya prasangka negatif atau langsung tiada expectation, kepada sankaan yang positif. Kita, apa yang kita fikirkan. 

Tapi semalam sebelum tidur tak sempat pun nak mindset tu. Biasalah, main game sampai jam 1. Habis game terus gone. Gituh. Pagi ni pun kalut-kalut tak dan pun nak buat semua tu.

Pagi ni dah lewat jugalah, nak kena drop Jiha dulu kat LRT Kerinchi, then masuk balik UM ikut pintu KL. Masa nak sampai ke pintu KL tu nampak dah jem kat jalan hala Fakulti Perubatan. Allahu! Naya pak karim. Masa tu baru teringat nak mindset! haha!

Lepas hantar Jiha, tengok trafik nak masuk UM dah panjang gila. Ah takleh jadi, aku himpit kiri ikut federal masuk pulak UM ikut pintu PJ. Parkinglah aku kat DTC. Jam dah 7.50 pagi. Fikir-fikir oklah ni, kalau jalan ke PPUM, sampai dalam jam 8.10 gitu kut. 

Sampai kat lif tingkat 2, orang dah ramai. Dah bising juga lif tak stop ambil. Tengok jam 8.05 dah. Takleh tunggu ni. Naik tangga. 12 tingkat mat. Allahu! Sampailah tadi jam 8.13 pagi. Tapi takleh cakap apa dah. Sampai-sampai terus duduk amik nafas. Lepas sejam baru boleh bertenang dan bercakap. LOL.

So apa keajaiban hari ini?
1. Free exercise. Tanpa sengaja terbersenam. Duk selama ni bertangguh tangguh nak brisk walk, nak hiking. Ha amik la dua-dua terus Allah bagi.
2. Parking tempat biasa tu tutup sebab ada jamuan raya peringkat UM hari ni. Tak salah lagi parking kat DTC.
3. Dari petang semalam duk rasa macam nak demam tak demam. Dah di bagi bersenam hari ni, hilang dah pelbagai perasaan.

Looking forward for more miracle today and forever😍  
Alhamdulillah.

03 May 2024

Rokiah eksiden

Mengantuk betul pagi ni, terpaksalah menaip untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Hari ni sarapan awal betul. Sebelum 6.30 pagi dah sarapan. Menghabiskan lauk 'sederhana' semalam. Mungkin dia punya glucose tengah kick ke ni ek? tapi dah 3 jam lebih dari masa terakhir makan. HAHA.

Aku bersiaran dari Perodua Sentral PJ ni ha, teman si vijay pi buat check-up berkala. Vijay pun konsisten pergi check up, aku? tak tau lah bila. 

Jomlah aku ceritakan pengalaman Rokiah eksiden semalam. Ingat tak siapa Rokiah ni korang? Ha, dah ingat kan? Ok cerita dia macam ni.

Iklan: Sambil rancak aku menaip ni, datang abang perodua bagitau nak kena tukar brake pad. harga dia RM 300. Potong betul. Untuk mengelakkan pengaliran wang keluar yang bak air terjun sejak raya maka aku turn down la offer abang tu dulu. 

Semalam ada lunch dengan Nasyrah dan Awanis sempena semalam Nasyrah first day join company. Jadi Awanis bawa makan di Restoran Nasi Padang Sederhana dekat area office jugak. Aku dengan bersemangatnya ambil lauk ikan goreng belado. Ikan tu aku tak sure jugak ikan apa. Garume kut. Mula-mula ingatkan Nila. tapi bila makan2 balik takda rasa macam Nila. (tak abis ikannya, so aku tapau balik)

Lepas lunch aku pun baliklah rumah kan macam biasa. Sambil dengar live kak Liza kat tiktok, satu laptop tunggu job dari office sambil duk send out emel untuk meeting minggu depan. Masa tu jam dah sekitar 5 lebih ada, aku pun dah siap solat Asar. Tiba-tiba dapat call dari Kak Siti.

"Weyh akak eksiden"

Maka dari situlah cerita pun bermula. Kak Siti ajak teman dia buat report kat balai. Orang tu cakap dia nak buat report. Selaku pelanggar dalam kes ni, kak Siti pun akur. Walaupun 2 group sokongan dia campur 1 group sokongan aku semua tak bersetuju kes langgar tu sampai nak bawa report ke balai. Jap aku share gambar. Korang nilai lah sendiri. 

Camni je korang, pastu sensor dia terkeluar sikit

Waktu kejadian hujan tengah lebat, trafik jem. Memang takde maknalah nak speed. Katanya mula-mula brader yang dia langgar tu agree nak setel luar. Tapi tak lama lepas tu dia call cakap nak pegi balai pulak, isteri dia suruh buat report. 

Antara komen yang paling tiberr 😆

Maka, kena lah kak Siti bayar saman RM300. Tapi polis tu cakap, ada 3 bulan sebelum kes ni boleh naik ke mahkamah, jadi ada masa lagi nak kumpul duit. Habis setel dengan balai lebih kurang 9 lebih. Kak siti yang kelaparan pun ajak la gi kedai makan. 

Jadi dari cerita ini, kalau anda yang di langgar. Dan anda duduk di posisi abang tu. Apa yang anda akan lakukan? Setel luar atau tetap dengan kes polis supaya anda boleh claim insurans? Tinggalkan pandangna anda di ruangan komen. 

11.02 pagi,
Perodua Sentral Petaling Jaya.

30 April 2024

Kes Saman AES - mahkamah

29 April 2024

Jam 6.30 pagi aku bertolak ke destinasi yang telah lama aku bayangkan tentang hari ini. Ya, Mahkamah Slim River. Kes saman AES yang tak berbayar. Ha ambik kau sampai kena kes mahkamah. Dah pernah kes polis (eksiden) dah pernah kes mahkamah (saman AES), Memang tak clean dah lah aku punya rekod. Wkwkwk.

Kira-kira jam 7.50 pagi sampai lah aku ke mahkamah. Sebenarnya macam mana kes ni boleh terjadi adalah, kerana aku tak perasan pun tentang saman ni. Kalau ikut aku rajin jugak semak saman dekat MYEG tapi memang tak pernah notis pun pasal saman ni. Saman ni dia hantar ke rumah. (Of course rumah ayah di kampung) So akibat itulah aku terlepas pandang. 

Kisahnya. aku berjaya membayar saman yang sepatutnya di sebut pada pagi ni. Tapi aku masih curious sebab ada 1 lagi saman yang (pun) dah naik mahkamah tapi aku tak tahu menahu langsung, maka dah terlepaslah tarikh sebutan di mahkamah.


"Oh, kes ni dah lepas ni. Patut tak payah datang hari ni."
"Jadi kes saya yang ni macam mana?"
"Puan pergi ke JPJ KKB bayar saman ni kat sana"
"Boleh setel hari ni ke?" 
"Boleh. Terus pergi dan buat bayaran di sana"

Begitulah serba sedikit perbualan aku dengan pakcik polis depan mahkamah tu. Dia tolong semak saman semua orang dan advise untuk buat bayaran terus ke JPJ atau nak masuk sebutan. Ramai pilih untuk masuk sebab nak buat rayuan. 

Dari Slim River aku meneruskan perjalanan. Tapi perut dah lapar ni, maka singgah sat di Tanjung Malim untuk menikmati nasi lemak ayam dan segelas kopi panas. Hehe. Dah tak kena masuk mahkamah kan, kita tenang sikit, terus rasa lapar muncul. 

Nasi lemak dan kopi - RM8.00

Dari Tg Malim, aku menyusur jalan lama menuju ke Kuala Kubu Bharu. Masih pekat kawasan hutan di Hulu Selangor ni. Sekali imbas, mengimbau kenangan perjalanan dari Miri menuju ke Niah. Dipenuhi hutan kiri dan kanan. Sesekali juga kenangan2 di pergunungan datang mengetuk rindu. Allahu, berat rasanya.


Sekitar jam 9.30 pagi sampailah di JPJ KKB. Orang dia ramai lah juga tapi tak seramai di bandaraya seperti Petaling Jaya. Dan amazingly untuk kes saman ada 2 kes je. Tak salah cadangan pakcik polis minta ke JPJ KKB.

"Puan kena call nombor ni (JPJ Tapah) bagitau nak bayar saman. Nanti dia minta nombor plat kereta. Dalam 2-5 minit lepas tu datang sini balik untuk buat bayaran"

Tunggu 2 minit lepas call JPJ Tapah

Lancar. Aku call JPJ Tapah. dia angkat terus enable kes aku untuk proses pembayaran. 

Setel. 

Sambil menunggu di JPJ tu, dapat job kerja. Terus aku fikir, nak pi singgah kedai kopi satlah. Senang nak buka laptop (walhal ada je kerusi meja luar JPJ tu kalau nak terus buat kan. huhu)

Terpaling mantap, dari KKB aku lajak sikit ke Batangkali (sekitar 14 minit perjalanan), singgah Bask Bear kat sana untuk setup dan hantar calendar invitation meeting esoknya.

Baskbear Batangkali (Sandwich set RM9.90)

Dalam jam 11 pagi macam tu elok aku nak bergerak pulang, dapat call dari Aimi, rumah dia blackout in the middle of dia tengah work from home. Maka dia nak tumpang rumah. Shared office lah kami untuk 1 hari. Hehe

"Kite kat Batangkali ni, tapi by 12 akan sampai kalau ikut. Hang datang lah lepas jam 12"

Begitulah kisah tentang pembayaran saman AES aku semalam dan sedikit perjalanan solo yang agak fun. Me time yang agak costly (saman RM300 ya). ahaks! 

Till then..

02 April 2024

Sepertiga akhir Ramadhan

Hari ni agak lambat ke PPUM. Hujan gais, pagi. Sejuk. Lambat sikit lah panas enjin. Gituh alasan. Tapi aku kena lah datang jugak. Nak dekat exam dah ni. Jadi clock in hari ni 8.01 minit pagi. Kira lambat lah dari sebelum2 nya. Sebelum2 ni aku dah berjaya mengawalkan diri seawal 7.30 atau 7.40 pagi. Wawasan baru katanya. Nampaknya terciduk lak hari ni.

Aku dah predict yang hari ni akan menjadi agak sibuk. Memandangkan satu paper dah print untuk semakan semalam, so hari ni mestilah ada correction. Itu baru 1 paper untuk Part 1. Ada lagi paper Part 2, 4 paper. Paper part 2 ni sebenarnya dah siap 2 (printed), perlu setelkan skema jawapan dan another 2. Oh taklah bukan aku yang buat soalan, aku re-type je soalan aku amik je dari lecturer.

"Sarah, akak ingat akak dah cuti paling awal dah" ujar kak Nora yang akan mula bercuti pada Khamis ini. 
"Rupanya Prof A lagi awal, hari ni dah start cuti dah" sambung dia lagi.

"Tapi Prof ni memang tiap-tiap tahun 10 hari terakhir Ramadhan akan ambil cuti" 
"Allahuakbar. Mashaallah. Mengejar Al Qadar ya kak?" itu je yang aku mampu balas. Memang menginsafkan sebenarnya.

"Saya pun sebenarnya niat macam tu lah. Ambil cuti semalam dengan hari ni supaya dapat fokus lah sikit baca Quran. Kalau masuk kerja tak sempat Kak Sarah." ujar Dr S yang duduk sebelah aku hari ni. Nak fokus siapkan paper Part 2. 

"Tapi tulah, bila kat rumah pun tak dapat fokus juga. Soalan exam ni tak siap lagi. Hari ni saya datang lah, kensel cuti saya. Biar semua siap hari ni" sambungnya lagi.

Jadi bergandinganlah kami menyiapkan soalan hari ni. Dia siap satu skema, pas kat aku untuk betulkan format dan print. 

So dari kisah ini, ramai orang yang tak cukup masa mencuri-curi masa yang ada untuk berbuat amal. Tapi banyak juga yang banyak masa tapi terus lalai tanpa mengambil kesempatan itu untuk beramal. Allahu! Manusia memang tak pernah puas. Sedikit teguran untuk aku hari ini, sungguh menginsafkan.


Oh dan balik kerja tadi, kereta aku kena block pastu dia (kereta oren) angkat handbrake. Dulu, aku pernah block kereta orang, orang tu calar kan kereta aku. Patutkah buat perkara yang sama? Hahaha! (tadi macam baru insaf. lol)  

"Sesungguhnya aku berpuasa"

Malam 23 Ramadhan 1445H

27 March 2024

Ayuh kembali ke 70an

"Dulu kalau keluarga Sarah ni kitorang panggil keluarga 'berada' " ujar K. Ujie.

Aku hanya mendengar. Tapi aku tertanya jugalah dalam hati 'berada' yang macam mana pun tak tau. Sebab bagi aku keluarga mak ni takde la kaya mana. Atuk kalau dalam kertas kerjanya hanya foreman. Nenek tidak bekerja. Tapi ye lah, dulu-dulu kan, memang susahlah nak jumpa orang senang. Mostly, biasa-biasa je. 

K. Ujie ni adalah saudara yang pangkat nya jauh, tapi sebenarnya taraf nye takde la jauh sangat. Nenek dia adik beradik atau sepupu nenek aku. Ha macam tulah lebih kurang kaitannya. (Aku pun tak berapa nak pasti perkaitan dia) Aku jumpa K.Ujie ni bila dah duduk di PJ. Pastu berkesempatan pulak jumpa mak dia. Peh, mak dia buat flashback plak. Rupanya mak K.Ujie dengan Mak long ni close giler masa rumaja. Selalu lah mak k.ujie ni datang ke rumah mak long dulu. Bermalam. Banyak lah dia cerita masa aku melawat makcik ni. Masa tu dah uzur sangat akibat penyakit. Tapi bila dia bercerita tentang cerita dulu nampak sihat terus. Rindu agaknya dia dengan mak long. 

Tak berapa bulan lepas pertemuan tu mak K.Ujie meninggal. Diorang tak sempat berjumpa pun sampai hujung hayat makcik. Tapi sempatlah call berdua.

Pagi ni masa sahur, saja lah mengimbau cerita lama dengan mak. Sebab mak banyak kali bagitau yang maklong cakap kitorang tak balik2 kampung melawat dia. (ops) 

"Kalau sembang dengan maklong ni, nak sedap kena sembang pasal dia muda-muda dulu. Mesti banyak cerita dia"
"Dia pun banyak dah tak ingat kut"

Tiba-tiba mak yang buka cerita kenangan lalu. Mak cerita dulu pergi sekolah tak ada duit. Mak Ude dengan Pak lang (arwah) kalau nak duit belanja diorang akan bawa telur ayam ke sekolah, juallah telur tu ke makcik kantin, dapat hasil barulah beli makanan di kantin. Mak cerita dulu mak takde duit, jadi waktu rehat selalu main dekat longkang tepi bilik guru. Nanti akan ada cikgu yang kenal mak, sebab adik pada Pak Lang ngan Mak Ude (both pelajar bijak mesti cikgu kenal) Cikgu akan bagi duit untuk belanja makan. Dapat je duit berlari lah mak ke kantin untuk beli makanan. Tapi mak cakap, tak buatlah selalu sebab malu kata mak. Kalau takde duit tu biasanya minum air paip je. 

"Masa tu feveret mak kacang tanah tumbuk dia jual dalam tin. Harga 5 sen. Seronoklah kalau dapat beli tu. Tapi kalau ingat-ingat balik, ini yang aku makan dulu rasa kelakar pulak"

"Yang mahal masa tu sotong kering. Dia jual letak atas daun pisang. Zaman tu takde lagi makan dalam plastik ni."

Tak tergambar betullah cerita klasik mak ni. Aku cuba juga lah google kacang tumbuk dalam tin tu. Tak jumpa! Mungkin sebab zaman tu takde berleluasanya pengambilan gambar (mana ada orang ada kamera kan. Nak bergambar pun kena pergi studio) Dan.. siapa pula nak tangkap gambar kacang tumbuk. Please please. Haha.

Afterall seronoklah dengar cerita dulu-dulu. Jadi rindu pulak. Ewah! walhal, tak wujud lagi tu zaman 1970an.

Ok itu je lah cerita pasal mak. Nanti lah balik kampung aku dapatkan lagi cerita-cerita dari mak (atau ayah?)

Till then.

21 March 2024

Tadarus setahun sekali

Masa sekolah dulu, ada group tadarus tau. Group usrah pun ada. Lain-lain hari. Selain dari 2 ni, ada jugak kuliah umum, kuliah maghrib. Malam zikrullah dan juga malam qiamullail. Kalau Sabtu pulak ada kuliah Dhuha. MasyaAllah, tabarakallah sangat zaman tersebut! Allahuakbar. 

Terasa jauhhhhhhh sangat la pulak kehidupan yang dulu dan sekarang. Allahu.

Berbalik kepada kumpulan tadarus ni tadi. Jadi kumpulan ni akan regroup pada salah satu hari di dalam weekdays di antara Maghrib dan Isyak. Di dalam kumpulan tadarus ni akan ada satu ketua yang di namakan naqibah. Jadi naqibah tadarus ni fungsi dia jadi macam fasilitatorlah ahli group ni. Normally yang jadi naqibah ni bagus2 bacaannya, samada kakak form 5 atau STAM. So dia akan betulkan bacaan kita.Tadarus-mate yang lain pun boleh tolong betulkan. Takde hal. Ahli kumpulan tadarus plak campur semua tingkatan.

Bila dah besar-besar ni baru aku perasan, sebenarnya perkara tu adalah didikan. Kita dididik untuk membaca dan memperdengarkan bacaan kita kepada orang. Kita berani ditegur dan menegur. Seriusly bukan senang tau nak menegur ni, kena take courage. Tapi kalau dah di latih insyaAllah kita bisa. Kita juga tak rasa takut dah nak baca depan orang. Banyak je orang aku jumpa, yang baca ok je. Tapi bila ajak tadarus tiba-tiba jadi macam terabur baca. Sebab gugup gitu. 

Covid 2020, dalam beberapa perkara yang mengubah hidup kita. Banyak juga kebaikannya. 2020 kami memulakan tadarus online (kami = rakan-rakan sekolah menengah, yeah Taayah!) Aku kira, inilah antara perkara baik yang bermula di tahun yang mendung.

Tahun ini, tahun ke-4 bersama mereka. Ada yang baru, ada juga yang berlalu. Mungkin diorang ada banyak kerja lain, atau mungkin juga mereka dah ada group tadarus lain? Hehe.

Melihat satu-satu nama di screen, terasa melankolik sedikit. Lama betul kami bersahabat, dari tingkatan satu. Dari kita semua punya keluasan masa yang sama, target yang sama dan kesempatan yang sama. Sehinggalah hari ini, setiap kita berlainan. Ada yang juggle dengan anak, dengan kerja, dengan pelbagai lagi kesempatan dalam kesempitan. Sejauh itu kita telah melalui usia ini. Fokus perbualan kita mungkin dah tak lagi sama. Tapi setidaknya, ada satu yang membuat kita sama, jam 9.45 malam di depan laptop kita semua :)

Ana uhibbukum fillah! Ukhwah fillah abadan abada. till jannah. Sampai syurga gais? cari please, kalau nanti tak jumpa aku kat sana. 



Pen off,
Ramadhan ke-10

12 March 2024

Back at 1 :P

2009-2011
2024
Ada banyak nak cerita, tapi tapi tapi.. too tired la today. Nantilah ek. Kita bagi gambar je lah dulu. To many more years ahead Awanis! :) Dulu ini lah soulmate, sebelum dia menemui soulmate nya yang sebenar. HAHAHA

Moga tahun ni Awanis dapat baby ya Allah! amin.. (aminkan cepat readers, Ramadhan ni pasti dimakbulkan tuhan)

Petaling Jaya
10.49pm
Ramadhan hari pertama 2024

21 February 2024

Interview

"So how do you feel of knowing new people when hiking? Do they all good people?"
"I don't really think everyone is good. But we can always find something good in everyone"
.
senyap
.
"wow, impressive"

..


Ok dah tu je nak simpan. Dapat tak dapat lantak pi. Tapi dapat impressive tu dah cukup dah. 

k bye. 

29 January 2024

Kebodohan Yang Mahal

Hari ni nak ceritakan tentang kejadian yang agak bodoh tetapi telah memakan modal ya. Ia terjadi pada hujung minggu lepas. 

Cerita di Manjung (Sabtu, 27 Januari)

Pada hari Sabtu yang lepas, aku menemani ayah ke Manjung. Ayah memang suka bersiar-siar, window shopping, mahupun shopping. Tapi selalu tak mendapat sokongan dari mak yang dah sakit lutut bila berdiri lama. Dulu kerap juga ayah keluar dengan kawan-kawan atau adiknya. Tapi adiknya dah menikah dan tinggal berjauhan, kawan-kawan pulak makin berkurangan yang mampu menyokong hobi ayah. Kesian pulak aku kalau tak menyokong aktiviti yang mulia ini. Hehe.

"Jom rah kita ke Manjung"

Maka sekitar jam 3.30 petang, selesai dari makan tengahari aku pun menemani ayah ke Manjung. Ayah cakap ada benda dia nak cari kat sana. Dia suruh aku search toy store sekitar Manjung. Ada satu dalam Aeon, maka kami singgah ke Aeon untuk ke toy store tersebut. Selepas itu akan ke pasar malam memandangkan ada pasar berhampiran Lotus Manjung. 

Sejak pagi aku memang dah diserang sakit perut, tak sangka selepas makan tengahari angin kuskus dalam perut ni menyapa lagi. Hari ni pulak, bukan main ramai pengunjung Aeon sampai terpaksa parking di parking bumbung (first time park kat bumbung, selalu ada je parking kosong kat sekitar Aeon) Sampai di Aeon adalah sekitar 4.15 macam tu.

"Plan kita macam mana ni yah?" aku tanya sesiap, sebab nak pegi toilet terus kan.
"Kita Asar kat sini, lepas Asar kita ke pasar malam"
"Ok"

Maka berpisah lah kitorang satu ke toilet, satu lagi taktau kemana.

Betapa terkezutnya aku ketika ditoilet. Bapak ah! Seluar aku pakai dah reput rupanya, koyak mat! Aduh duh duh. Seluar ni aku jumpa kat dalam bilik baju terpakai kat rumah aku tu. Last time balik, aku tolong sort kan baju2 yang dah tak pakai untuk di hantar ke projek guna semula/ di buang. Maka terjumpa lah seluar ni, nampak helok. Jeans/ slack off white. Tak perasan pulak ada koyak. Sebabkan tadi nak cepat terus je aku capai. Da sampai toilet baru notis. Nasiblah baju aku sedikit labuh, masihlah boleh cover. 

Habis je bisnes di toilet, teruslah aku bersegera ke Aeon untuk mendapatkan 'seluar kecemasan'. Ya, maka kerana terlalu cemas melayanglah RM59. Selalu aku beli seluar kat online je, harga range RM20-30 je. Sobs. Ada je pilihan lain sebenarnya tapi tu lah aku rushing sikit, nak kejar Asar kan.

Di pasar malam Manjung, ayah, cucur udang dan sentimental.

Dia macam bukan kebodohan sangat, mungkin kecuaian? ketidak-begitu-telitian? lebih kurang gitu lah. Tapi itu satu cerita, nak ceritakan lagi satu kisah yang lebih tragis dan lebih mahal.

Cerita di Sg. Buloh (Jumaat, 26 Januari)

Ya, kejadian ni terjadi sehari sebelum cerita aku tadi. 

Balik kali ni aku bagitau kak Siti untuk gunakan Vijay (kereta aku). Kak Siti baru membeli Rokiah (kereta baru dia) Jadi last time dah balik ngan Rokiah, kesian pulak kalau asyik Rokiah je jalan jauh, Vijay nak gak. Maka, balik je kerja terus aku menuju sekolah kak Siti di Sg Buloh. 

Disebabkan nak balik kampung dan kereta akan tinggal 2 malam, maka kak Siti pun alihkan parking kereta ke tempat yang agak sibuk, Namun yang demikian, secara automatik dan tanpa berfikir panjang dia telah menarik kunci pedal kaki, Untuk makluman Rokiah bukanlah kereta baru, ia adalah used car yang dibeli dari orang lain. Yang mana, ketika beli memang owner asal dah takde dah kunci pedal kaki tu, memang da lama hilang lah cerita dia. Bahaha! Boleh pulak dia pergi tarik walau dia tahu kunci takde! Allahuakbar. 


Maka, sepanjang perjalanan pulang menjadi perjalanan yang agak sunyi. Mungkin otak dia sedang ligat berfungsi setelah seketika tadi otak dia jammed dan gagal berfungsi dengan baik. Sambil aku drive, dia pun duk search la google, youtube, fb dan sewaktu dengannya. Dapatlah jumpa locksmith yang boleh buat. 

Bukan promosi Emas Anuar ya. Jangan salah faham.

Ahad tu, kami balik semula ke PJ sedikit awal dari selalu. Ada janji jam 5 petang dengan locksmith yang datang dari Kajang. Adik tu tolong buka kan kunci pedal kaki, dan melayanglah RM120.

Sekianlah kisah kebodohan kami di hujung minggu yang cukup mahal harganya. Dunia ini keras! Atau mungkin juga kurang bersedekah, maka terkumpul banyaknya rezeki orang lain dalam duit kami. We never knew. 

Till then.

13 December 2023

Buat ado ado

Susah betul nak cari parking sekarang. Sebelum jam 8 lagi parking biasa tu dah penuh. Elok plak tadi nampak 1 kosong, eh malah ada budak² ni berdiri tepi, tengah cop parking untuk kawan dia. Trigger plak aku pepagi ni kan.

Raba² beg silang ni, untung ada minyak cap kapak. Legaaa. Boleh sambung cari parking.

Freshcare - Sport

Sejak minyak angin versi aromatheraphy muncul dipasaran, freshcare sport selalu menjadi pilihan hati lah. Tiap kali beli stok mesti cari yang ni. Kedai online atau offline. Semua aku pernah beli. Tapi sejak akhir² ni, macam dah lain lah bau dia. Macam lebih wangi dari angin panas dia. Terus rasa turn off. Bukan sekali dua dapat yang tak ori ni, few times jugak. Penat dah mencuba. Tak taulah betul ke tak ori, atau memang dah pakai formula baru.

Safecare

Di sebabkan itu, aku pun berjinak jinak dengan safecare pulak. Ngam jugak yang ni. Ada macam vibe2 freshcare yang lama dulu. Parok kalau tertinggal ni. Ni botol kedua, yang first pendek je, versi mini. Dah habis yang tu, beli yang ni kat guardian je. Senang dahla nak topup kalau habis lepas ni, guardian pun banyak kan. Ada dimana mana.

Minyak cap kapak

Perjalanan bersama minyak angin ni sebenarnya dah bermula dari zaman asrama lama dulu. Masa tu minyak cap kapak saiz kecik macam ni baru seringgit lima kupang kut. Ini lah peneman zaman asrama. Bawa ke matrik pun sama, tiap musim batuk selesema ini lah dia. Masa tu baru perasan rupanya ada orang tak boleh bau minyak kapak ni, sebab bau etanol dia kuat sangat agaknya. (tapi aku suka je bau dia. wahaha. kadang takde sakit apa pun saja sapu2 kasi bau)

Ha, itu je lah sekian kisah minyak angin. Lol. Level sekarang, minyak wangi tak bawa takde isu, minyak angin tertinggal.. terus singgah pi beli baru. wahahaha! 

Sekianlah post, buat ado ado. Jadilah merapu minyak angin pun kan? :)

06 December 2023

Hadiah untuk kita ;)

Perjumpaan bulanan dari tahun ke tahun. Dah berapa tahun entah aktiviti ini dijalankan (since 2016). Bermula dari perjumpaan mengejar sushi di Sushi King @ Kelana Jaya. Sehinggalah dah ditutup pun Sushi King kat situ, bukan je Sushi King, Giant KJ pun dah shut down.

Memang biasanya perjumpaan ni ada je lah tiap bulan, lagi-lagi kalau ada Sushi Bonanza. Sejak SK kat KJ tu dah takde, ktorg move ke Mid Valley. Dah di Mid tu, maka tak mesti la sushi. Macam-macam lagi la resto yang dicuba. Sebenarnya pernah juga buat percubaan untuk ke tempat-tempat lain, tapi akhirnya stick dengan Mid jugak. Dah tua kut, malas nak try tempat baru, nak reccee parking baru, tak tentu plak tu kedai tu masih wujud atau dah tutup. 

Sejak kemelesetan ekonomi aku ni. Maka kitorang kerap juga la skip months untuk perjumpaan2 ni. Akhirnya buat keputusan untuk membuat satu pertemuan di awal Disember. 4 Disember. Di buat juga satu acara berbagi hadiah kecil-kecilan untuk birthday semua, yang dah lepas dan akan datang. Ini kali ktorang try Sukiya Bowl, yang sebelah Dubuyo kat Mid tu. Sedap jugak! Oh tak dilupakan Kopi Malaya untuk ngopi after a meal. Ahgitchew.

Dulu zaman tengah stabil, selalu kumpul gift dari kawan-kawan yang travel. Ni dah tak travel, maka macam ni je la sekali harung semua bagi hadiah ;P Harga takdelah isu sangat pasal hadiah ni, tapi sebab dia adalah hadiah, terasa special lak. Ahaks!


Sedikit random hadiahnya, takde idea memasing. Terkezut tau ada hadiah mug montigo. Menangis keharuan (dalam hati) gue. Ada beras lagi! Elok plak beras dah nak abis kat rumah, ngam sangat (buat tak nampak je la perencah kari n briyani tu. HAHA), dan bantal (lena la tido time lunch pasni) 

October Meet

December Meet

Btw, thanks guys for the precious 23 years (and counting) of friendship. Peh, lama betul mat! >.<
#gengrpbd #gengsushi #taayahclan 

18 August 2023

All the little things (2) - PRN

Alang-alang dah bercuti ni, weekdays pun duduk rumah je. Maka PRN baru ni aku pun ikut jugalah turun berkempen. Kali ni aku tolong Kak Juwairiya untuk DUN Hulu Kelang. Kak Ju ni dulu senior masa belajar. Dia bukanlah 1 universiti, melainkan 1 persatuan. (Prove that i really socialize since my young age) Kalau ikut dia asalnya YB di Kuala Selangor. Tapi biasalah percaturan politik, akhirnya dia di posisikan untuk bertanding di Hulu Kelang melawan Azmin Ali.

Aku pergi tolong 2x je pun (macam rasa bersalah gak turun 2x je, tapi tu lah yang terbaik insyaAllah) Masa first time pergi, kerja kami adalah edar flyers rumah ke rumah dan perkenalkan calon. Time pergi tu hari Khamis tak silap. Working hours gais. kami datang jam 11 pagi. Most of the house takde orang pun, pergi kerja kan. Jadi tak dapat nak berjumpa orang sangat pun. 

Balik tu kami singgah makan, dalam trip ni ada 2 orang cikgu pencen, 2 suri rumah, 1 part time worker dan 1 penganggur. Maka, ofkos la cikgu pencen belanja! Haha. Bagus cikgu2 ni, sorang dah belanja makan, sorang lagi belanja roti buku. Berlumba lumba depa nak belanja. Syok noh!

Ok, kali kedua aku pergi, hari tu hari Jumaat. Dorang ada buat Jualan Ehsan Rahmah (JER). Kali ni kami kena edarkan flyers kepada pembeli2 yang datang JER ni lah. Barulah aku tau ada JER ni, selama ni tak tau pun. Kira macam bantuan kerajaan negeri Selangor untuk yang kurang berkemampuan. gituh.

Cara dia, kau kena datang sana. Pi amik nombor. pastu nombor kau sampai, kau bagi la senarai barang yang kau nak tu kat petugas. Murah jugak. 

Kitorang edar flyers dekat JER dan kedai makan sekitar, cepat je habis. Tapi Kak Ju masih tak sampai, jadi kami duduk la dekat kemah JER ni. Tapi geram plak aku tengok aku pun pergi ambil nombor kat pakcik tu. HAHA! Percubaan menikmati rahmah dari kerajaan negeri. Ok kan? aku B40 apa sekarang! Haha.

Disebabkan kami datang bertiga jadi makcik cadang untuk order untuk kami bertiga, tapi turnout kakak sorang tu tanak, dengan alasan dia jarang masak. Nanti tak abis2. Tapi kitorang dah order ni. Maka, rezeki kat another kakak from another kawasan. Alhamdulillah! (Oh ya, masih di belanja oleh cikgu pencen! 😝) 

Dari hari dapat sampai sekarang kakak tu berterima kasih.


Tu dia harga di JER! kita vibing gais. So join la beli2 jugak.

One with Kak Ju the calon
Us. Hari terakhir sebelum PRN

Sadly, kak Ju gagal memperjuangkan Hulu Kelang kepada Azmin Ali. Ya, nama juga undian, rakyat yang memilih. Kan? Moga segala yang baik-baik untuk Hulu Klang. 

Pengajaran dari kisah ni? Berbuat baiklah selalu, kerana kita tidak tahu perbuatan baik kita yang manakah yang dapat menyentuh hati. Dan yang lebih utama yang lebih dilihat oleh Tuhan.

Hari itu kita berpisah kembali ke kawasan dan rumah masing-masing. Moga nanti kita ditemukan lagi di syurga-Nya. aku masih mahu berteman dengan kalian meski nanti ketika kita sudah tidak lagi didunia. 💕

17 August 2023

All the little things (1) - Kak Azza

Halooo, lama jugak aku tak menaip. Terleka gais dengan duniawi. Nama je penganggur by choice tapi tu lah, apa yang aku buat pun tak tahulah. Betullah orang cakap masa lapang ni bahaya sebenarnya.

Ok, dijadikan cerita pagi ni akhirnya aku menekadkan hati untuk buat sedikit regangan. Untuk menjadikan misi ini tidak begitu stressful dan membebankan, aku decide untuk ke pasar pagi. Pasar ni letaknya di seksyen 17, manakala rumah aku di seksyen 19. Tak jauh mana pun. Dalam pada dapat briskwalk, dapat jugalah beli serba sikit makanan basah kan.

Aku pun memulakan langkah pada jam 7.45 pagi. Memang sengaja aku nak cek jugak jauh mana pasar ni kalau berjalan dari rumah. Ya, jam 8.00 aku tiba di pasar. 15 minit je perjalanan gais. lebih kurang timing aku berjalan dari LRT pasar seni/masjid jamek ke mahkamah di Dataran Merdeka dulu. Dan sebenarnya separuh perjalanan dari masa aku first year uni. Masa tu dari kolej nak ke fakulti pun 30 minit jalan kaki. Wahaaha! 

Syok-syok usha gerai, terserempak kak Azza! Lama gila tak jumpa kak Azza. Last masa rancak-rancaknya buat program dengan Masjid Bulat, Ramadhan Youth Challenge. 2016-2019. Sempat 4x jugak lah. The very last one tahun 2019 masa tu dah aku sebut2 tahun ni last. Tengok2 tahun depannya 2020 covid. Betul2 last la RYC tahun tu. Allahu, beware apa yang kita doakan gais!

Boleh cam kak Azza pun sebab dia pakai baju RYC jugak! Baju tahun 2018 rasanya. biru hijau. Sempatlah update2 sikit life semasing. Syok gak tgk kak Azza, kak Azza ni keja sendiri gais. designer. hujung2 tu aku dengar dia da start berjinak dengan videography gak. Syok kan keje sendiri, pagi2 sempat lagi nak pi pasar. working time freedom gitu. (Minggu sebelumnya aku jumpa Datin Marsinah, orang masjid bulat jugak. memang rajin ke pasar pagi rupanya geng2 masjid ni. time aku gi pasar malam tak jumpa plak. Berapa kali datin ajak ke masjid "Janganlah datang sebab program je, kalau takde program pun datang jugak lah") 

Itulah gais, nak tanak jadi manusia ni kita kena keluar jugak. Barulah kita dapat all the positive vibes. Meskipun di penuhi dengan dunia serba online sekarang ni, offline juga yang dekat dijiwa. 

Kak Azza ni, menten je dari dulu gitu je. Dia vampire ke gais? nape tak menggemuk mahupun menua? HAHA. Bila la nak kurus macam kak Azza.

k tu je.

18 August 2022

Block and delete

I found this tweet this morning.

Tiba-tiba remind me of something happened few weeks back. 

Macam biasalah main PUBG. Bukan semua orang kita kenal, walaupun dalam frenlist. In fact, aku main game ni, memang less dari 5 orang kut yang aku kenal (in real) adik aku 2 orang, dengan anak saudara sorang. Yang lain tu memang from totally stranger.

So satu hari aku main dengan sorang brader ni. Aku pun tak sure bila dan dimana aku start main dengan dia ni dan macam mana dia boleh ada dalam frenlist aku. Sebabkan nama dia pun aku dah lupakan, jadi kita namakan brader ni J. Aku main dengan stone masa tu, stone ni pun aku baru kenal beberapa hari from random jugak. Tapi sebab dia rajin on, jadi kerap plak main sama. Aku invite J sebab dia tengah idle. Maka kami pun main sama. 

In game, barulah we both duk refresh balik (tapi memang refresh pun still tak kenal) J baru 16 tahun. Pastu dia pun terkejut jugaklah aku 35. Dalam pada tu, masih sempat nak flirt ya. 

"Ala, takpelah tua2 pun berpengalaman kan" aku tau tu double meaning. 

I ignored him for that phrase. 

I do teruskan berbual topik yang lain. And of course, sampai kat lobby aku unfren him. Easy.

Tapi tu lah, dalam game kan. easy je kita nak delete people yang tak align dengan our liking.

Kalaulah semudah itu kita boleh delete people yang kita already ignore sekian lama di real life. The different between real life dan dunia tipu2. 

So gais, cerita dia untuk situasi di dunia nyata ni, kau fikir lah sendiri the best way to block this kind of people. I believe setiap kita ada approach terbaik untuk situasi mcm ni. 

All the best u all! Save your mental health from this unnecessary people~

06 July 2022

Timbalan Pendaftar

Aku nak cerita, tapi dah tua ni kan. Kawan pun tak ramai dah. Aku pun tak tau kat platform mana nak story. Jadi aku cerita sini je lah kan. Anon.

Ok, cerita dia camni. Kat ofis ni, ada TP baru masuk. perempuan. Previous TP dah pencen last year. So bayangkan betapa lamanya takde TP kat sini. Role ni takde la significant sangat, since Pendaftar ada lagi, takde lah crucial sangat untuk ada TP ni. 

Long story short, TP masuk. Sembang punya sembang, rupanya dah nak pencen dah bulan 9 nanti. Ko bayangkan, sekarang bulan julai. Dia pencen september, kalau tolak cuti yang di kumpul2 bertahun2, silap2 Ogos dia dah chow. Hah gitu.

Memang rancak TP ni, rajin berborak. orang SP. ni dapat kerja kat KL ni, dia duk tumpang rumah kawan dia kat Puchong. Pagi-pagi kalau sarapan kat kafe tu, memang dia join ktorang la, makan kat sana. Dia pun jenis rajin bercerita macam-macam lah dia sembang tentang life kan.

Dalam semua cerita tu, ada satu yang menarik dan trigger aku.

Dia pergi-balik kerja naik LRT!

Bunyi macam story biasa je ni kan? Tapi sebenarnya tak begitu biasa ya. Sebab apa, sebab LRT nak ke ofis ni 20 minit jugaklah jalan kaki. Boleh tahan berkicap jugak nanti. Ahaha. Dia cerita, pagi2 kawan dia akan drop dia dekat LRT. Dia duduk dalam tu, tido etc, then sampai sini, dia jalan ke ofis.

Ya Allah gais, betapa terpukulnya aku. TP yang dah level2 mak kau, yang lagi 2 bulan nak pencen pun setiap hari jalan atleast 40 minit (pergi balik) sehari. Allahu. Dia cakap, dia bukanlah orang yang suka bersenam pun. Tapi, kalau dah ada opportunity ni, why not? woahhhh...

Sebelum aku tau cerita dari TP ni, a.k.a sebelum dia masuk sini. Few days before tu aku memang pernah plan lah perjalanan aku kalau aku nak dapatkan step 10k sehari, aku kena buat macam mana. Aku dah survey dah sebenarnya. Kalau aku jalan kaki dari rumah, naik LRT, jalan kaki ke ofis berapa masa yang diambil. Dan berapa agak2 step aku boleh dapat. Tapi tulah, tak terlaksana2 jugak tuh. 

Semoga cerita dari TP ni bagi semangat untuk aku kembali berjalan. huk2, doakan.

11 April 2022

Tukar Absorber

Minggu lepas, radiator kereta kila rosak. Jadi hantarlah bengkel dekat dengan pejabat ni. Tahap dekat dia kalau jalan dari bangunan pejabat ni, kurang 10 minit boleh sampai. Dekat sangat kan? Cerita kila ni asbab je, pembuka kepada kisah aku.

Sejak aku kemalangan tahun 2020, aku perasan kereta aku ni bunyi dia semakin meriah. Apa yang syok sangat tak tau kat dia, semua benda nak bunyi. Kadang macam nak runtuh je bunyi besi2 berlaga antara satu sama lain. Bunyi tu kadang behave sikit lepas servis berkala tu.

Awal dulu, enjin pun ada mengaum2 sikit. Lepas hantar servis perodua, dia ada buat mounting. Ok dah part enjin setel. Tapi part bunyi besi kat bahagian bawah ni tak hilang juga. Macam yang aku ceritakan sebelum ni, aku tunggu quotation harga untuk buat kat perodua, tapi tak dapat lagi. Cuma aku ada juga lah tanya-tanya dia agak2 berapa kena standby untuk bayaran nanti, dia bagitau lebih kurang 3k. Gulp, masyaAllah!

Ok, berbalik pada cerita kila tadi. Jadi petang esoknya tu, masa kila ambil kereta aku pun minta pakcik tengokkan kereta aku tu. Sementara kila setel2kan kereta dia, pakcik pun ronda2 jap pakai kereta aku. Pakcik pun bagitau kena mounting dan ada leaking dekat enjin kena tukar barang. Bincang punya bincang, aku pun setujulah untuk perbetul kereta ni dalam 2 hari bekerja. Kira pagi hantar, petang ambil. Senang kan. Sebabkan pakcik tu bagitau yang nak kena tukar tu sama macam perodua bagitau hari tu, jadi aku proceed je lah. Nak tak nak kena juga baiki. 

So tukar absorber dan mounting.✔ Tukar lower arm kiri ✔ dan pelbagai lagi. Jumlah: 1.7k

Pakcik bagitau, sebabkan aku punya kereta hari tu kemalangan, insurans cover untuk bahagian yang kena je, jadi aku punya lower arm tu tak balance kiri-kanan. Satu lama satu baru. Sebab tu dia bunyi. Ni dah tukar, Alhamdulillah takdak dah bunyi2 nak runtuh tu. 

Moga boleh melaju lebih jauh lagi. 😊 Sekian tu je nak update. 

02 March 2022

Nasi Lemak Bonet dan Bubur Beratur

Hai gais! Bertemu lagi kita. Ahai rancak lak menulis en sekarang ni. Sajalah sementara momentum menulis tu ada kan.

Ok nak cerita. 

Cerita dia macam ni, kawan aku ni takde kereta minggu ni. Jadi dia naiklah keretapi pergi kerja. Maka semalam Selasa, aku pun ambil dia di LRT. Saja lah balik kerja semalam aku usulkan kat dia,

"Eh alang-alang awak naik LRT ni, lajak lah ke Masjid Jamek cari sarapan. Bubur tu.. dia dekat je ngn LRT"

"Eh betul jugak tu"

"Nanti akak park kat Kg Baru then kita jumpa kat Masjid Jamek. Lama ni tak gi sana"

Hari ni

Dan, perjalanan pun di mulai. Seawal 7.21 pagi aku dah dapat text 

'Kak Sarah, Qlah da naik tren'

Aku pun segera bersiap dan bergerak menuju LRT Kg Baru. Alhamdulillah gerak awal ni line clear. Sampai kat LRT Masjid Jamek. Tengok sekeliling. Ok ada yang dah berubah ni. Tengok kemah2 kedai sarapan dah makin rancak. Turun je dari tangga LRT dah berderet kedai. Kedai jual air neskepi saja pun ada. Ada orang jual bubur jugak! Aku aim memang nak cari bubur turun Masjid Jamek ni. Dulu ada satu kedai bubur ni, orang beratur panjang gila nak beli. Tapi memang sedap lah. Hancur gak sikit hati aku tadi sebab Qilah bagitau, kedai tu da tukar tempat. Nampak ada orang lain jual, terubat sikit kehancuran tersebut. Bubur sebekas setel, RM3.50


Aku teruskan berjalan sampai ke simpang HSBC. Dekat sinilah terletaknya nasi lemak lagenda untuk yang pernah berkerja di bangunan lama yang terletak di Dataran Merdeka. Nasi lemak bonet! Kenapa nasi lemak bonet? sebab depa jual nasi lemak dari dalam bonet je sis. Sampai, park, bukak bonet dan perniagaan bermula. Nasi lemak ni bagi aku sedap, sambal dia menepati citarasa tekak aku, tapi aku tak favor sangat yang letak nasi banyak ni. Jadi takdelah kegilaan sangat untuk aku, tetapi tidak untuk Qilah dan kawan2 yang lain ya. 




Kat simpang HSBC tu aku nampak Qilah, dan sebungkus plastik merah jambu ada 5 bungkus nasi lemak bonet pelbagai lauk dalam tu. Ada happy, keinginan dia tercapai. Pulak tu dari kakak yang beratur depan dia cerita, semalam nasi lemak tak buka, mujur plak hari ni buka. Kalau tak keciwa lagi tadi. huhu.

Tengok kedai yang biasa pi dulu, trak abang sado - (signature: nasi lemak paru), keria gula merah pakcik motor, cucur sayur n cekodok abg trak, semua takdak dah. Tapi banyakla kedai lain naik. Lagi rancak dari dulu. Taktau la diorang ni memang dah takde atau dah bertukar jadi khemah dah takde trak lagi. Biasalah pi pagi ni, terkejar kejar sikit. Tak sempat nak belek semua.

Selesai dapat kan makanan target kami, kami pun bersegera ke LRT untuk balik ke Kg Baru. Perjalanan tamat, dan kami makan di kafe bangunan, sambil order neskepi ais sebab letih beno rasa berkejor pagi2 cari sarapan. Lama tak jalan banyak. 

Till next trip,

Sekian.

25 February 2022

Sekitar soalan tentang jodoh

Dulu masa umur aku 23 atau 24. Aku selalu usrah di surau. Usrah tu biasanya buat lepas maghrib, pastu break isyak, then sambung sikit lepas isyak. Selalunya takdelah lewat sangat habisnya. Kira-kira dalam 9.30 atau 10 macam tu habis lah. 

Satu hari ni, ada sorang kakak. Dia tengah tunggu nak ke program lepas isyak. Bila dia nampak kami duduk berbulatan gembira tu, dia join la kami hat sebelum isyak tu. Sementara adik-adik pi amik wudhuk nak solat isyak, saja lah aku berbasa basi dengan kakak tu.

"Akak umur berapa?"

"27 tahun"

"27 tak kahwin lagi kak?" aku tak taulah tone aku pakai masa tu tone apa. Yang pasti aku tengah terkejut lah masa tu. Rasa lewat sangat dah tu 27 masih tak kahwin lagi. 

Kakak tu tak menjawab. Dia senyum je. Lepas dari soalan tu, aku rasa bersalah yang amat. Mulut masa muda memang tak pandai di bedung. Allahu. 

Dan semakin aku meningkat usia, semakin aku faham makna di sebalik senyuman kakak tu. Memang ada soalan, tak ada jawapan ketika itu. Seiring masa kita akan tahu jawapannya. Sebab sampai sekarang aku pun tak ada jawapan kalau orang tanya soalan tu kat aku. 

"35 tak kahwin lagi kak?"

Bila sekarang aku terima soalan2 macam ni, aku ikutlah mood time tu macam mana, aku jawab la dengan serius ke.. kadang main2 ke. Ikut situasi, tapi jaranglah aku melenting (pernah ke ek?) Yang pasti, i get my karma back. Dulu aku tanya orang, sekarang i get back the exact question. Aku tak blame sesiapa. Haha.

31 December 2021

Oh 2021!

Makin lembap rasa nak tulis blog. ok, 2021.Tak ada yang wow sangat bagi aku 2021 ni. Tapi ada lah a lil suprise here and there. Jom kita try summary sikit.

Awal tahun di mulakan dengan PKP kembali. Tiba-tiba kes Covid naik balik. On and off PKP, then renew SOP je la citer dia tahun ni. Dalam kekalutan PKP ni, aku terjebak dengan tiktok.. Biasalah, aku suka benda-benda bleh bersosial ni. So, terberkenalan lah dengan few people. Dan few jugak yang aku pernah jumpa in person.

Dapat anak buah baru, Medina. Baby PKP ni.

Plan mentenen seluruh Malaysia pun tak dapat nak run since state border tak buka. Bila border buka ada masalah lain pula. Jadi melepek je lah kat ofis. Kat ofis pulak macam tu gak lah, on and off, fully masuk ofis atau kerja dari rumah. Atau bergiliran. Tapi benda ni soon akan jadi sejarah dan ingatan aku kira. Gila ah, tak pernah terlintas dapat kerja dari rumah cam ni. Tak gitu? Lama gak lah kira nya sebab since 2020 kan. Cuma time 2020 tu time PKP seram sejuk. 2021 ni time PKP dia lebih bertenang.

Hujung-hujung PKP, kes spike gila di sebabkan varian delta tu. Hospital penuh, mesin oksigen terhad. Banyak kes perlu oksigen, dan di pantau ICU to the extend, doktor terpaksa pilih siapa yang dorang nak bagikan tabung oksigen tu. Tapi good side, terus laju pemberian vaksin.

Selain dari tiktok, aku jugak dah sangkut dengan game PUBG. Macam-macam drama jugak dalam pubg ni, yang lepak lobby semata nak curhat, yang suka maki macam dia paling bagus, yang join team nak cari pasangan. Aku pun sempat lah terjebak. Nasib cepat sedar. Tapi, itulah kan.. nama pun pengalaman. Lol, dah tua-tua buat pelik plak perangai kan. 

Dah hujung-hujung ni, timbul plak varian baru lagi untuk Covid-19. Omicron! Nama dia macam hi-tech sangat. Di sebabkan varian baru ni, dah kena plak amik booster vaksin. Tapi up until now, tak tau lagi pun apa kesan yang omicron ni boleh bagi kat kita. (atau aku pun tak cukup study tentang this new varian)  

Tiba-tiba Disember, banjir! Gempar betul banjir tahun  ni. Lebih gempar lagi, tempat yang terkena banjir ni adalah unexpected place. Siapa sangka boleh banjir kat Shah Alam? Puchong? Dikala orang tengah standby di pantai timur. Tiba-tiba kat sini pulak yang kena. Banjir tau, bukan banjir kilat! Selain dua ni, banyak gak lah lagi yang kena banjir. Macam Hulu Langat, depa besa banjir kalau empangan lepaskan air. Tapi kali ni teruk dia lain maciam. Kalau dengar cerita orang terkena banjir ni, sedih dalam masa yang sama inspiring. How strong life hit them tapi depa tetap kena bangkit. Allahu, hampa memang kuat gais! Insan pilihan tuhan. Moga Allah gantikan yang lebih baik.

Oh. tahun ni dapat award 10 tahun bertahan di tempat kerja! Mantap sarah. haha. Jugak, eh ada bonus tahun ni! Alhamdulillah, meski pandemik. Ada gak rezeki dapat bonus. Ya Allah, berilah hidayah kepada majikanku. Amin. 

Selain semua ni, di hujung-hujung ni aku selalu rasa space out dan not here, not there gitu. Tak tahulah kenapa. Mungkin sebab circle of friend yang makin mengecil. Ke aku terpengaruh dengan FOMO (fear of missing out)? Tapi sejak bila lak aku follow the trend apatah lagi takut ketinggalan kan? Entahlah. Banyak benda aku pun dah confuse. Aku cuba menerima yang setiap kita punya fasa tersendiri untuk menyinar dan bersinar. Bila kilauan tu dah agak-agak makin malap. Kau senyap-senyap je lah duk tepi. Do your best at your own capacity. kut?

Untuk 2022? Aku harap, aku lebih komited dalam perjalanan menuju Allah. ^^, Moga aku dapat mengakhiri umur dengan pengakhiran terbaik. Meski setelah segala noda dosa yang aku lakukan di 2021 dan sepanjang usia yang telah berlalu. Owh ya, doa yang sama jugak untuk korang yang tengah membaca ni. Selitkan aku sama dalam doa kalian. Aku masih mahu berteman dengan kalian orang baik. 

Selamat Datang 2022, santai2 ya. Jangan terlalu laju, takut tak terkejar.