Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 February 2010

satu dan tujuh.

Ok.ceritera hujung minggu.

Hari Sabtu
ada 2 program. Wacana Ilmiah vs Team Building.
-->tapi aku pergi Petrosains dgn budak rumah. (apakah kan?)
-->jgn sangka tak bagus. ketika aku naik tren nak ke KLCC tu. terjadilah suatu pemandangan yang menginsafkan. aku duduk berhadapan dengan sepasang pasangan yang buta. sayu betul aku melihat mereka. Mereka xnampak. tapi mereka nampak gembira. terus aku insaf mengenangkan diri aku yg selalu merungut bila sakit gigi (sedangkan lebih bagus bersyukur sbb masih ada gigi.ouch!)

Hari Ahad
ada 2 agenda. Usrah dan jumpa anak Usrah.
-->usrah dengan makcik Chom di Taman Jaya.hari ni berjalan keliling taman.Alhamdulillah, terlaksana satu usaha menggerakkan muwossofat sihat tubuh badan ^_^
-->seterusnya lepak di MPH Mid beli seketul buku.hehe..
-->then, ke KL Sentral. There you go! telah berjumpa dengan seorang anak usrah yang dicari-cari.. mana lagi 7 nih.. xpe. sempat lagi mahu berusaha menjejak mereka..

*macam cari dragonball pulak!

inilah hasilnya..tengok org update blog rasa nak update jugak.apa daa!sekian dulu~salammzz..

18 February 2010

Kepada Cik Housemate berkaitan

Ini entri lama.. bulan sembilan 2009. tapi aku ulang cetak dan edit2 untuk housemate ku yg mahu mengejar cita..

* * *

bukan mengalah. tapi merebut pelangi yang lebih cantik menyinar di sebalik gunung. bukan berundur. tapi mengejar hidup yang lebih baik.

untuk kalian kamu, apapun yang diputuskan, semoga kalian kamu bertabah menempuh jalan yang kalian kamu pilih.

bukan aku tugasnya menghalang. kerna bahgia bukan aku yang tahu letaknya. tapi untuk aku, belum masanya untuk aku beredar, mahupun melangkah pergi. hidup baru bakal bermula. sekurang-kurangnya biarlah aku biarkan kamu belajar erti sabar dan tabah dahulu.

moga kelak. apapun yang datang telah ada bekal untuk aku kamu perisaikan diri.

Quotes:
Kesenangan dan kesedihan adalah hal biasa yang mengiringi kehidupan..
Semua itu tidak lain sekadar hiasan waktu yang silih berganti..

Lyric:
Semoga kepergianmu..tak akan merubah apapun..
Semoga mampu kulawan..kesepianku..

Nanti kita kan tahu..betapa BIJAKnya hidup..
Sepahit apapun ini..pelajaran yang bererti..

~.miss my school life.no problemo.happy always.~

8.21pm
Kelana Jaya

* * *

*ini bukan malas tau!ini paling rajin, sebab edit-edit ni ambil masa tau!! hehe..

16 February 2010

loveville'04

okeyh.

memang dah lambat.tapi mahu ceritakan juga. banner baru nih, adelah salah satu siri dalam sebuah komik yang aku scan masa tingkat 4 atau 5 dulu.. terlalu best cerita nih. jalan cerita yang simple + sempoi tapi memberi kesan pada jiwa.

+ayat best
+kartun bersahaja
+berMOTIF jelas

so, siapa2 pernah tengok aku letak loveville'04(aku rasa xramai yang perasan dan tahu tentang ini) kt stuff aku.. komik inilah sumber inspirasinye.. lukisan AIE. (aku harap Gempak xkan saman aku sebab guna kartun dorg.. papehal bleh bawa bincang kan?)

"biarkan cinta itu terus berkampung disini" - tak ke best dan bermakna tu??

oh ya.. tadi aku ke blog ini.. [link] dan tag line blog beliau..
"rasa berDOSA itu suara IMAN" - sangat tepat quote ini.
dan patut disematkan dijiwa. kalau agak2 hati mula sukar merasa berdosa.. segeralah berMUHASABAH.. dimana agaknya IMAN kita hari ini..

+sudah makankah beliau?
+sihatkah hari ini..
+kemana pergi beliau akhir2 ini.

[ya 3 pertnyaan akhir ini aku tujukan KHAS kepada Cik Hati yang didalam dada ini.jangan kita bersengketa.aku perlu kamu!]

sekian,


Ceritera Kampung Cinta'04

pengembaraan ii

selepas berakhirnya MIN'10.. kami meneruskan kembara PERKASA menuju Stesen Universiti..

dari SAMTAJ berjalan kaki menuju ke tempat bas.. tak jauh sangat la berbanding LA ke 12th (ini boleh kira reunion geng pengembaraan kami yang lepas.. hehe)

amik U80 ke Stesen U.. (bertolak jam 3.39 sampai dalam jam 4.. 20mnt je?oh laju2..)

sampai di Stesen U.. kami berpecah.. k.zra ke UM, Fauhan ke Vista Angkasa.. dan aku la bersendiri meneruskan kembara.. ehe~

mengambil tren ke Terminal Kelana Jaya.. dan kemudian bertukar pula ke bas RapidKL untuk sampai ke Lembah Subang..

sampai di Vista Subang jam 5.30ptg ye kawan2.. ish2.. nampak je dekat KJ ngn UM ni.. 'jauh' rupenye..

dan disebabkan pengembaraan tanpa stretching ini. Maka, ia telah mengambil banyak tenaga simpanan aku yang sejak azalinye selalu xmencukupi.

Jadinya perasaan ingin masak nasi terkubur dek aku me'recharge' tenagaku dengan tidur.. (oh ada hajat mahu siapkan analisis kewangan pun terkubur.. sbr ye UM n PJ. akan ku siapkan jua)

jam 11.30 baru bangun setelah collapse after maghrib prayer ..

**tengok diorang ni balik cuti sem... uwaaa~ rindu plak cuti2 zaman belajar.. rasa nk jadi student pula..
**moga Fauhan selamat sampai ke negerinya..

Lastly,
hope.. NEXT pengembaraan will be different InsyaAllah!.. and more excitement.. hehe ^_^

*berwarna merah telah diedit untuk memudahkan pemahaman..

12 February 2010

hari ini 12 Febuari 2010

Alia kata pagi ni pagi yang indah.. ye ke? hurm, memang agak indah sebenarnya.. sebab bila aku tengok cahaya matahari pagi tadi. Subhanallah!! (ye, hanya bilik saya dan ruang tamu sahaja yang menghadap matahari terbit..ser0nok)

meski demikian hari aku sebenarnya dah terganggu dengan kejadian xbest pagi ni =( ..
yeah~ macam org selalu kata, kalau pagi sudah kacau the whole day akan kacau.. kan??
ye tepat sekali. Itulah yang sedang berlaku

[Maka, aku mau bermohon supaya ALlah masih beri esok untuk aku dapat melihat pagi yang indah bermula lagi.. disebalik jendela bilikku yang turut membawa hiruk-hingarnya kota ini]

sekian dulu.

*Kak Zira, selamat hari lahir untuk kamu!!Ku doakan kamu menjadi mujahidah.. Ameen..