Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

20 February 2011

Mousse Coklat Putih

asSalam Ahad everybody!!

apa macam hari ni? ada sehat kah? sakitkah? kepada yang sihat, ucapkanlah Alhamdulillah atas nikmat kesihatan tersebut. Kepada yang sakit, juga ucapkanlah Alhamdulillah ditambah dengan Astaghfirullah. InsyaAllah sakit itukan kafarah dosa.

(Best betul jadi mukmin ni, dalam apa jua keadaan tetap beruntung, bila kita bersyukur ^__^)


Ok hujung minggu ni, kami telah pun berhasil sampai ke Daiso! yeah Daiso di IOI Mall Puchong. Daiso ni satu kedai yang menjual barang² dari Jepun. Semua barang RM5. Semua barang dia mainly from Jepun lah. (Oh tapi kalo check-it-out betul², ada gak yang made in China) Nak jadi kan cerita.. asalnya, nak pegi sana cari mangkuk untuk buat souffle (ok of course lah bukan aku yang nak buatkan. oven pun takde). 


Bagi aku, untuk barang² yang kecik tu memang tak berbaloi lah nak beli kat sini. Kalau pensil ke, bekas kicap ke kan, takpun cotton bud.. aku rasa memang tak sesuai sangatlah beli kat sini. Try lah datang, memang pening kepala nak re-calculate nak beli apa je. 

Sayangnya bekas untuk souffle tu tak ditemui. Tapi tak pe nevermind, atleast dah pernah sampai Daiso, dan dapat gak lah beli 2 bekas comel + 2 kain (craft purpose). 

Balik dari Daiso, aku meneruskan kembara ke Giant Kelana Jaya untuk meneruskan pengembaraan misi Mousse Coklat Putih. 

Ok, share the picture la eh. Nanti kalau korang berminat nak buat boleh la google ek resepi dia, sebab yang aku buat ni melalui pembacaan majalah saja. 


Inilah Mousse Coklat Putih yang berjaya dihasilkan


Ini pulak buku yang telah mencetuskan inspirasi. Banyak lagi juadah² yang boleh dicuba, tengoklah nanti bila rajin. Kalau korang nak beli, bolehlah singgah ke BookXcess di Amcorp tu, ada lagi beberapa jenis yang sesuai untuk dibeli.

Sekian!

18 February 2011

Perjalanan Semalam

*ok ni cerita semalam

perjalanan hari ni terasa panjang dan jauh pulak. keluar ofis nak gi PPUM jam 5.45, sampai PPUM 7.15 fuh. jauhnya lah kan?

(sebenarnya, time aku sampai bus stop tu. bas baru saja lalu.kes tertinggal bas lah ni)

ok, masuk bas tu.. hujan lebat mencurah-curah. naik fly over depan PPUM tu dah start jam. Aku saspek mungkin juga ribut. Tapi, duk dalam bas.. serius aku tak perasan pun betapa teruknya keadaan ribut tadi. Yang aku kesah cuma bila lah nak sampai ke PPUM ni.

Ok, sampai je kat PPUM, keadaan dah kembali normal. hujan dah berlalu. sungguh sekejap kejadian tersebut. Hampir macam tak terjadi.

Aku masuk ke Surau PPUM tanpa perasaan apa-apa. (Tapi dalam perjalanan dalam bas tu, ada jugak la dengar siren dalam 2 kali macam tu.polis dan ambulans) Bila adik2 ni sampai barulah diorang maklumkan, dekat kolej diorang tu, pokok tumbang kat sana sini, ada motor kena hempap, kereta-kereta besar pun ada yang tidak bernasib baik menerima hempapan juga. fuh! Dahsat juga, dan aku tak sedar pun tahap ke-dasat-annya. Siap ada adik ni cerita diorang dari Mid, ada kenderaan xleh nak gerak sebab bertembung dengan angin. Memang dahsyat tu.

(erm. apa lah yang Allah nak tunjuk ni)

Ok, selepas habis berjumpa dengan adik2, bila keluar dari surau baru aku perasan. Khemah dekat depan surau ni pun dah patah dan tumbang. siap kaki kemah dah terperosok kat bumbung kemah lagi satu. Haih, tadi tak perasan pun. Dahsat betul aku punya tahap keperihatinan. Aduh.

Balik tu, aku melintas depan trauma menghala ke Universiti Tower, ingat nak tunggu bas. Aku tengok kereta macam lambat2 je di simpang menghala ke LRT Tmn Jaya tu.. Oh ada eksiden. 2 kereta berlanggar, elok2 saja depa tutup jalan dari arah bertentangan dengan PPUM. Memang jam lah kan..

(Nampak tak perlanggarannya?tak nampak sangat pun)

Aku ingat susah gak tu bas nak lalu, jadi aku amik teksi sajalah.. (Ok, jalan2 di KL ni, korang bukan saja perlu exert jalan alternatif, korang juga perlu pandai menganggarkan keadaan trafik pada masa tertentu, dan paling penting ada event apa-apa tak yang berlangsung hari tu)

Aku cakap kat pakcik ni nak gi LRT Taman Jaya, tapi dia tak tau.. Asia Jaya dia tau pulak. So, aku cakap, kalau macam tu gi Asia Jaya je lah. tup tup aku tengok hujung jalan depan University Tower tu dia masuk kiri. Ok, kalau ikut kiri dan die nak pegi Asia Jaya..huh, mesti jam kat Federal tu. So aku pun minta juga pakcik ke Tmn Jaya (dengan harapan dapat elak jam).

Stuck! Ok, semalam Chap Goh Mei.. *sigh* memang teruk trafik di sekitar Taman Jaya, orang duk membuang oren kan ke dalam tasik Taman Jaya tu ha.. T_T, dari universiti tower ke LRT Tmn Jaya RM6.50 ok. (Iklan sikit: Pak cik teksi cerita, dorang buang oren kat dalam tasik tu, letak sekali dengan no fon, then kalo ada orang jumpa akan calling2la. So match macam tu lah. Sambutan zmn modern, siap letak fon no kau.hehe)

Selalu aku balik dengan Kak Ct, tapi semalam aku habis awal. So, nak balik sendiri lah kan, konon dapatlah awal sket.. sekali sampai rumah, beza berapa minit je ngan Kak Ct. Cait!

ok tu je. hehe. Saja share story.

*oh lupa keluar PPUM 9.45 sampai rumah 11malam.

tambah sket:

(Pokok yang dimaksudkan adalah yang disebelah kanan gambar)

Tadi aku masuk UM, lunch. Aku tengok, pokok kat Padang Varisiti (depan fak engine) tu dah tumbang satu. Dah berapa dah gamaknye umur pokok tu, tersungkur akhirnya menyembah bumi.

untuk lebih gambaran, disini

16 February 2011

Ayuh berfikir sejenak bersamaku.

Memutar semula sedikit relung usia.. dulu, waktu kita kecil pernah tak kita melihat siput? ya siput babi.. yang berwarha coklat dan bercangkerang besar itu. Pernah tak kita bermain dengannya, lalu merasa hairan, macam mana lah siput ni berjalan sedangkan takde kaki pun.. Dari kehairanan itu, bertukar kepada takjub. Subhanallah! hebatnya makhluk ciptaan Allah kn? xda kaki pun boleh bergerak. Seperti taajubnya kita melihat burung dan ikan.

(Ok, aku masa kecik memang kagum dengan burung, sebab dia boleh terbang.Sangat² kagum!)

Tanpa sedar kekaguman itu adalah kekaguman kita terhadap pencipta mereka. Subhanallah, hebatnya Allah.

Namun, kemudiannya masa bergilir. dan kita menjadi dewasa, semua itu menjadi tidak penting lagi, tidak menghairankan dan tidak mengagumkan.. tambahan pula banyak ilmu sains didalam dada.. Ah burung boleh terbang kerana blablabla, siput boleh bergerak tanpa kaki kerana blablabla.. ikan juga boleh berenang.

Sedar tidak sedar, kekaguman dan kehairanan kita berkurang, lalu zikir kita juga turut berkurang, tiada lagi ucapan Subhanallah meniti bibir tatkala melihat burung yang terbang bebas. Malah, kita mungkin memijak siput babi yang pernah kita kagumi satu masa dahulu. Jika semua ini terjadi, berwaspadalah.. sesuatu yang hakiki mungkin sedang beransur hilang dari diri kita.

Tiba masanya kita bermuhasabah, ketaajuban sebenarnya satu pemeliharaan hati, dengan merasa kagum terhadap ciptaan Allah, hatikan terpelihara dan keyakinan akan bertambah-tambah dengan kuasaNya.

Persoalannya, mengapa ketaajuban ini beransur hilang dari hati kita?

1. Kita cenderung melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa. Apabila dewasa tugas kita makin banyak dan masa seperti mencemburui. Lalu menjadikan kita tidak cukup masa untuk memerhatikan sesuatu dengan lebih terperinci dan sedalam dalamnya. Dulu, kita solat, menghayati satu persatu perkataan, lama-lama menjadi rutin. Dulu kita memandu kereta, cukup waspada, lama-lama bila dah biasa takdelah gemuruh sangat nak memandu. Lama kelamaan, kita cenderung untuk digerakkan dari luar dan bukan dari dalam. Nauzubillah. Kawan², perlahankanlah hidup kita, supaya kita dapat berhenti, merenung dan berfikir. Memutuskan sesuatu dengan kesedaran. Kesedaran, ialah pintu keajaiban!

2. Kita selalunya kurang menghargai perkara-perkara yang kecil (take for granted), dan cenderung memandang perkara-perkara yang besar sahaja. Lupakah kita, semua yang besar berasal dari sekecil-kecil zarah? Dari setiap inci tubuh kita, pasti ada sesuatu untuk kita kagumkan, perhatikanlah!

3. Kanak-kanak boleh menangkap keindahan kerana memiliki hati yang suci. Pada masa itu, kita adalah makhluk spiritual. Keperluan jasmani kita terbatas, kita hanya menerima sesuatu mengikut keperluan sahaja. Apabila kita dewasa, keperluan kita bertambah, kemudiannya keperluan tidak dapat lagi dibezakan dengan keinginan. Apabila satu keinginan dipenuhi, keinginan lain segera muncul. Keinginan ini selalu mengajak kita meninggalkan diri yang sejati, menuju ke dunia keegoan. Semakin kita mendekati keegoan, semakin jauh kita dari hati suci dan diri sendiri. Inilah punca permasalahan.

Dekatilah semula diri sendiri, setiap saatkan terasa menyegarkan, perasaan taajub akan muncul lalu menghasilkan rasa rindu untuk bertemu Allah.

Selamat bermuhasabah.

olah semula dari buku Diari hidup Rasulullah s.a.w, PTS Millennia.

14 February 2011

Ada kerusi, tetapi masih bersila.

14/02/11 - Di salah sebuah pejabat di sekitar Petaling Jaya, 3 sekawan Sarah, Awanis dan Linda lebih suka duduk bersila di kerusi yang disediakan majikan mereka. Meskipun kerusi beroda normal yang lebih sesuai dan molek di duduki secara normal, tetapi mereka tetap memilih untuk bersila. Apa rahsianya?

ok ok.. stop it sarah, cukup²lah ke-sarkas-an tersebut.

mahu tahu lanjut rujuk sini. Haih, cerita macam ni pun boleh jadi tajuk berita kah?

ok, fine pengasas FB kan, lagipun aku mana ada AS$16billion.

sekian, corat-coret kosong pagi ini. sekadar senda-gurau saja.

13 February 2011

Mohd Shah

Agak-agak apa yang kita buat pada 1 Jun 1999?

waktu tu, aku amik UPSR. tapi UPSR hujung tahun kan? so ini baru pertengahan tahun. Mungkin sekadar sibuk memikirkan kelas tuisyen, kelas tambahan. Sibuk bermain dengan kawan². Sampai aku terlepas satu episod penting, iaitu kes sula Mohd Shah.

1999 - 2011 dah 12 tahun. Budak tu pun dah 24 sekarang. eh eh sebaya? Dan untuk 12 tahun tersebut beliau terpaksa bergantungan dengan peralatan hospital. dubur koyak, pundi kencing hancur. fuhh~

tak dapat aku nak bayang kan.. T_T dan 4 tahun yang lepas ayah kepada Mohd Shah ni pun telah kembali ke rahmatullah. Oh! betapa tabah hati seorang mak yang menjaga beliau.

Mak cik tersebut hanya bekerja di pam minyak. Tapi, kt NLKO tadi, memang jiwa kental betul makcik tu, tak de pun mata berkaca-kaca ataupun merah². Mungkin cerita tu dah lama, mungkin jugak sebab dia redha dan pasrah pada ketentuan Allah.

dan satu soalan yang menyentuh di hati adalah
"nanti satu hari kalau saya dah tak ada. siapa yang akan menjaga Mohd Shah"

memangkan, hati seorang mak.. tak da lain melainkan kebahagiaan anaknya.

Nota & Pengajaran:
1. Jika bergantung kepada suami, suami akan pergi, jika bergantung kepada Allah. Allah tak pernah tinggalkan kita.
2. Dunia ni dipenuhi dengan orang² yang aneh. Kadang-kadang kita tak buat jahat kat org pun kena juga. So, byk2 lah berdoa dan amalkan mathurat.
3. Semoga yang terbaik untuk Mohd Shah.

NLKO - Nasi Lemak Kopi O