Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

16 February 2011

Ayuh berfikir sejenak bersamaku.

Memutar semula sedikit relung usia.. dulu, waktu kita kecil pernah tak kita melihat siput? ya siput babi.. yang berwarha coklat dan bercangkerang besar itu. Pernah tak kita bermain dengannya, lalu merasa hairan, macam mana lah siput ni berjalan sedangkan takde kaki pun.. Dari kehairanan itu, bertukar kepada takjub. Subhanallah! hebatnya makhluk ciptaan Allah kn? xda kaki pun boleh bergerak. Seperti taajubnya kita melihat burung dan ikan.

(Ok, aku masa kecik memang kagum dengan burung, sebab dia boleh terbang.Sangat² kagum!)

Tanpa sedar kekaguman itu adalah kekaguman kita terhadap pencipta mereka. Subhanallah, hebatnya Allah.

Namun, kemudiannya masa bergilir. dan kita menjadi dewasa, semua itu menjadi tidak penting lagi, tidak menghairankan dan tidak mengagumkan.. tambahan pula banyak ilmu sains didalam dada.. Ah burung boleh terbang kerana blablabla, siput boleh bergerak tanpa kaki kerana blablabla.. ikan juga boleh berenang.

Sedar tidak sedar, kekaguman dan kehairanan kita berkurang, lalu zikir kita juga turut berkurang, tiada lagi ucapan Subhanallah meniti bibir tatkala melihat burung yang terbang bebas. Malah, kita mungkin memijak siput babi yang pernah kita kagumi satu masa dahulu. Jika semua ini terjadi, berwaspadalah.. sesuatu yang hakiki mungkin sedang beransur hilang dari diri kita.

Tiba masanya kita bermuhasabah, ketaajuban sebenarnya satu pemeliharaan hati, dengan merasa kagum terhadap ciptaan Allah, hatikan terpelihara dan keyakinan akan bertambah-tambah dengan kuasaNya.

Persoalannya, mengapa ketaajuban ini beransur hilang dari hati kita?

1. Kita cenderung melakukan sesuatu dengan tergesa-gesa. Apabila dewasa tugas kita makin banyak dan masa seperti mencemburui. Lalu menjadikan kita tidak cukup masa untuk memerhatikan sesuatu dengan lebih terperinci dan sedalam dalamnya. Dulu, kita solat, menghayati satu persatu perkataan, lama-lama menjadi rutin. Dulu kita memandu kereta, cukup waspada, lama-lama bila dah biasa takdelah gemuruh sangat nak memandu. Lama kelamaan, kita cenderung untuk digerakkan dari luar dan bukan dari dalam. Nauzubillah. Kawan², perlahankanlah hidup kita, supaya kita dapat berhenti, merenung dan berfikir. Memutuskan sesuatu dengan kesedaran. Kesedaran, ialah pintu keajaiban!

2. Kita selalunya kurang menghargai perkara-perkara yang kecil (take for granted), dan cenderung memandang perkara-perkara yang besar sahaja. Lupakah kita, semua yang besar berasal dari sekecil-kecil zarah? Dari setiap inci tubuh kita, pasti ada sesuatu untuk kita kagumkan, perhatikanlah!

3. Kanak-kanak boleh menangkap keindahan kerana memiliki hati yang suci. Pada masa itu, kita adalah makhluk spiritual. Keperluan jasmani kita terbatas, kita hanya menerima sesuatu mengikut keperluan sahaja. Apabila kita dewasa, keperluan kita bertambah, kemudiannya keperluan tidak dapat lagi dibezakan dengan keinginan. Apabila satu keinginan dipenuhi, keinginan lain segera muncul. Keinginan ini selalu mengajak kita meninggalkan diri yang sejati, menuju ke dunia keegoan. Semakin kita mendekati keegoan, semakin jauh kita dari hati suci dan diri sendiri. Inilah punca permasalahan.

Dekatilah semula diri sendiri, setiap saatkan terasa menyegarkan, perasaan taajub akan muncul lalu menghasilkan rasa rindu untuk bertemu Allah.

Selamat bermuhasabah.

olah semula dari buku Diari hidup Rasulullah s.a.w, PTS Millennia.

2 comments:

JiHa said...

selamat muhasabah diri kita semula..masyaAllah..mgkn kita skrg terlalu laju mengejar masa ke hdpn..

SaMihaH said...

jom sama2 kita memandang setiap ciptaan tu dgn mata hati.. bkn akal fikiran saintifik semata2.. nescaya kita akn sentiasa merasai/mengkagumi keagungan Ilahi..

jazakallahu khayr atas peringatan.. sesungguhnya peringatan itu berguna utk org mukmin.. :)