Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

26 April 2011

Langkawi Trip ii.

*Aku tak paham betul, apsal tahap mengantuk sangat hebat betul akhir2 ni? haih!

sambungan dari Part i,

24hb
Pagi² sebelum Kak Aishah habis shift dia, kami pun bersiap-siap lah kan, excited nak gi mangrove tour..
9lebih - tiba di 4 Season Hotel, dan tour guide yang akan bawa kami naik bot pagi ni sampai naik motor, tunjukkan kami jalan ke Tanjung Rhu dimana checkpoint permulaan.
-Haih, perasaan mula2 jejak jeti pun dah berdebar. bawah tu lautkan, harusla neves lagi2 yang tak tau berenang ni. T_T. Seterusnya? silalah layan beberapa keping gambar berikut:

 Indah nian bumi tuhan

Ni macam laluan dalam Crocodile Hunter. Beware!

  Subhanallah, betul ke kat Malaysia ni?

Gua Buaya, taktau tang mana yg macam buaya. 

Laut Andaman, kiri atas, nampak daratan yang samar².. itulah Thailand
(ingatkan inchik ni nak bawa skali tunjuk Kg Kemala kt mana. dia kata dengan kelajuan bot ketika itu, 25minit bleh sampai Thailand. ^___^) 

Nemo! 

-Balik dari Mangrove ni, kami ke Makam Mahsuri. Tak lengkap rasanye tak pegi dengar kisah sejarah kan. So layan lah.. nice betul rumah Pandak Mayah, simple, takde astro maupun Unifi! hehe..
-Lepas ke Makam Mahsuri, makan tengahari, kemudiannya ke Jeti hantar Alia. Lepas tu singgah jap Idaman Suri, survey harga tray (atas arahan Inchik Bapak di kampung).
-Setelah itu, balik ke rumah, take a nap and ready untuk pulang ke pangkal jalan. 

Mendarat dengan baiknya di LCCT, touchdown 24hb, jam 6.40 petang.

Boleh juga dapat turutan kisah disini
nota: kenapa En Sam tu tak bawa pi tengok Gua Cherita ek? Nak gak aku tengok Gua tempat Garuda menyimpan Puteri Maharaja China ^____^

25 April 2011

Langkawi Trip i.

Akhirnya setelah merancang sejak Febuari yang lalu, maka pada Sabtu dan Ahad baru ni, berhasil jugak impian aku nak ke Langkawi ^____^

pengembaraan disertai oleh aku, awanis, alia, dan Kak CT. oh, tidak dilupakan tour-guide kami yang bergitu pemurah iaitu Kak Aishah yang bekerja sebagai nurse di Hospital Langkawi. :)

pengembaraan ringkas bersamaan 2hari 1 malam ni sangat sesuai dilaksanakan oleh org2 bekerja yang mahu bercuti tanpa perlu menghabiskan cuti tahun. (satu hal bukan sebab tanak amik cuti xtra, masalahnya kalau lebih lama kita duk sana lagi tinggi la cost. betul tak?)

laporan ringkas aku.
23hb
8.30 pg tiba di Langkawi airport, tunggu kawan kak CT datang amik
9.30 pg, ketibaan kereta viva,RM120 utk 31 jam. (ini tak termasuk minyak. ktorang ngan bagus isi RM50, time pulang tu ada lagi 2 bar minyak)
-seterusnya, ke rumah Kak Aishah letak segala macam barang, dan motor. Then, Kak Aishah amik alih jd tour guide ^__^
-lepas gi rumah Kak Aishah, ktorg ke Hosp Langkawi. superb! macam hotel tu! Cik Nurse ni bg tau lagi, makanan utk patient sedap giler.. almaklumla tukang masaknye x-chef hotel.
10.30 pg, sementara nak tunggu ketibaan Alia di Jeti Kuah, kami pun ronda2 la Dataran Lang tu kan. Juga membeli sekeping map berharga RM3.50 (walhal dalam kereta da ada peta, tp tak cek punya pasal)
11 lebih - ketibaan Alia, kemudian terus ke kedai makan. Nyam2. korang penah dengar Bronok? ala yang ada hari tu masuk Majalah3 tu.. kat gerai tu la kitorang berenti makan. Dapatla merasa Bronok.
-Lepas makan, kitorang pun gerak ke Cable Car, malang sekali. tutup lak, mungkin tgh buat maintenance kut. (23hb - 30 april) So, sapa nak pegi Langkawi plan elok2 la ek. Disebabkan tutup, kami gerak ke Telaga tujuh, parking kat situ RM2. pastu bleh la nak panjat tgk telaga tujuh tu kan. ktorg? ah harapan. pancit awal, jalan2 kat bahagian air terjun sajalah.

-Alang-alang dah lalu tempat yg ada view best kan. Singgah sat kat Pantai Kok, amik angin. penat kut panjat nak ke air terjun tu. :P
2.30ptg - kami bergerak ke Masjid A'isyah menghala ke Pekan Kuah. Solat Jamak disana. (Ada banner pemberitahuan ceramah ustad kazim, padanla time smyg siap ada lelaki2 ni duk betul2kan itu ini)
-Seterusnya kami bergerak ke HIG. mendapatkan stok coklat! ya tepat, Haji Ismail Group. tp sbnrnya byk je kedai2 lain seperti Idaman Suri mahupun Coco Valley utk membeli-belah.
-Petang tu lepas shopping,  gerak semula ke Pantai Tengah, pekena Laksa semangkuk kt Laksa Power, RM3 semangkuk. Best? Aku rasa aku prefer lagi Laksa Kuale, bergantung selera masing2
-Kemudian kami cari tiket untuk Island Hopping yang end up dengan tempah boat untuk Mangrove Tour. Hehe.. RM280 satu bot, maksimum 8 kepala. Tapi kitorang 5 orang je kan, jadi RM56 sorang gak la.
-Lepas beli tiket, duduk2 dulu di Cenang, tunggu sunset ^__^. (sedihnya suasana yang aku nak tak dapat T_T), kena rush balik ke rumah sebab Kak Aishah shift malam.. takpe nanti cari kat tempat lain plak.
8.30 malam - kitorang gerak ke Pekan Kuah, cari Pasar malam. pasar malamnye aku rasa biasa aje.. (Nota kaki: malam tu sesak betul depan masjid Aishah tu. Aku syak satu langkawi turun kut dengar ceramah)

*nice gak buat jurnal ni. tak payah nak pikir idea utk blogging.

(bersambung..)

22 April 2011

Sepohon Kayu

aku dedikasikan lagu ni untuk semua, untuk peringatan dihari Jumaat yang barokah ini InsyaAllah.. 

Sepohon kayu daunnya rimbun
Lebat bunganya serta buahnya
Walaupun hidup seribu tahun 
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Kami bekerja sehari-hari 
Untuk belanja rumah sendiri
Walaupun hidup seribu tahun 
Kalau tak sembahyang apa gunanya 

Kami sembahyang fardhu sembahyang 
Sunatpun ada bukan sebarang 
Supaya Allah menjadi sayang
Kami bekerja hatilah riang

Kami sembahyang limalah waktu 
Siang dan malam sudahlah tentu 
Hidup di kubur yatim piatu 
Tinggallah seorang dipukul dipalu 

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah ia sedarkan diri 
Hidup di dunia tiada bererti
Akhirat di sana sangatlah rugi


- buat pengetahuan semua, phone celcom aku rosak (aku syak dimasuki virus - SlowPCFighter. glemer betul nama virus zaman skrg.) Jadi pape hal, korang bleh la contact aku thru YM, FB, Twitter, mahupun Chatbox di blog. Oh, tapi kalau ada hal2 sangat urgent silakan contact nombor maxis k. tQ!
- mengenai entri ni? aku suka Saujana.. so aku taruk la lagu yang mula2 meningkat naikkan nama Saujana. ^____^ 
- p/s: Kalau nak ajak aku jamming ke gig atau karoke, saujana je aku terima k!(oh ya dan pastikan tempat karoke adalah dlm kereta yang terdapat FM Modulator atau pemain mp3.)

17 April 2011

Baitul Muslim (BM)

"Senyummu juga sedihmu adalah hidupku" - nyanyian Incik Gigi (tapi aku rasa lagu ni macam ideal sangat. macam tipu pulak)

selain dari cinta tuhan, cinta ibubapa adalah antara perkara yang aku sangat kagum. selepas je mak lahirkan kita, dia tak pernah kenal lagi MC. tiap masa, dia sakit atau sihat. dia penat atau tenang, sepanjang masa dia akan layan kita sebaiknya. Baby tak sedap perut, mak ayah la yang tak tidur malam. kita tak lalu makan, mesti mak yang risau dulu. kita masuk asrama, mak jugak lah yang touching dulu. agak2 kat asrama nanti cukup makan ke, cukup belanja pakai segala. Ah! cinta tanpa syarat, kagum! T_T.

tahniah kepada rakan² yang dah jadi ibu. Selamat menjana pahala berpanjangan ^____^.

sebenarnya, hari ni adalah buat kesekian kalinya aku ke daurah BM. so, here some point to share.

cerita 1:
henset kak noma bermasalah pagi tu, tekan punya tekan gelap je. kak noma tekan dengan lebih kuat dan mungkin geram jugak. lalu datang anaknya (darjah 5),
"mak kena tekan dengan kasih sayang, telefon pun perlu dilayan dengan kasih sayang"
nota: kak noma rasa ada yang mengingatkan. InsyaAllah, BM yang sebenar adalah BM yang dapat membentuk setiap ahli bait kepada suasana Islam yang sebenar.

cerita 2:
seorang isteri menemankan suaminya ke ceramah², (memandangkan suaminya penceramah) setiap kali masa menjamu selera muncul, pasti yang dihidangkan adalah mee goreng. Si Isteri pula memang gemarkan mee goreng. Rupa²nya, setiap kali sebelum program,
Razak: enta tolong bagi ceramah kat rumah ana minggu ni, ade nak buat pengisian sikit untuk adik-adik IPT.
Si Suami: boleh InsyaAllah, eh tapi nanti enta tolong masakkan mee boleh? isteri ana suka mee.
nota: tak semestinya isteri saja yang perlu melayan kesukaan suami, suami pun boleh melayan isteri dengan memberi apa yang mereka suka ^__^. Erti hidup pada memberi.

cerita 3 (pikirkan bersama):
jika kita lihat di zaman Rasulullah, semua perkara, para suami yang buat. kerja isteri hanyalah melayan suami. dan kalau ada benda2 yang menyebabkan isteri susah nak layan suami, maka suami kena sediakan pambantu untuk si isteri untuk membereskan kerja2 lain. Tapi, kenapa orang melayu tak macam tu? kenapa di kalangan orang melayu, masih perempuan yang bersusah penat membuat semua perkara? dari memasak, basuh pinggan cuci baju, sterika, jaga anak, sehinggalah tugas2 sebenarnya melayan suami. Agak-agaklahkan, dari mana datang budaya tersebut? *thinking*

Joke:
seorang suami terlalu letih dengan kerja-kerjanya di ofis. sepanjang perjalanan pulang, dia asyik mengulangkan ayat,
"I hate my job. I hate my job"
sesampai saja dirumah, isterinya datang sambil menceritakan masalah anak-anak. kawan yang dah pening bertambah rungsing. Lalu keesokan paginya, si suami ke ofis, sambil mengingatkan dirinya,
"I love my job, I love my job"
nota: masalah di rumah dirasakan lebih besar dari masalah ofis 

Oklah kalian, aku pun da macam nak mengantuk ni, sini dulu la ye. Salam alaik!

16 April 2011

Sony Walkman.

Salam Sabtu semuanya. semoga semua sihat2 belaka. Hari ni hari Sabtu, memandangkan hari Sabtu cuti.. maka, kesempatan ini aku gunakan untuk kemas-kemas time. Tambah-tambah semalam hujan, dan rumah kami yang kecil dan usang ni tak mampu menampung hujan lebat, dah banjir pada sebahagian kecil ruang tamu. Jadi kenalah berusaha sikit memperbaiki keadaan. Kemas-kemas mana yang patut.

Tengah aku kemas-kemas (ok tak habis kemas lagi. rehat blogging jap :P), tiba tiba aku terjumpa Sony Walkman yang antik ni.



Sony Walkman ni aku beli pada tahun 2005, masa tu aku Matrik kat Penang. Dapat duit biasiswa pegi beli Walkman. bagus kan? Walkman ni la yang menemankan aku kalau nak stay up malam-malam bawak ke pagi.. Ye la, biasa orang dah tido kan jam 2-3 pagi tu (jangan tak percaya aku stay up lak, meskipun aku kuat tido, kadang aku stay up gak), kalau takde dengar bunyi orang bersembang, mau aku tido jugak. 

Time ni memang hangatlah membeli kaset2 nasyid pilihan, dalam walkman ni ada lagi tau, kaset UNIC album Satu Tekad. 




Kat sebelah tu adalah kaset motivasi Dr Shukri Abdullah, yang aku dapat masa pegi KLIBF tahun 2009 (2nd time pegi KLIBF, masa 3rd year). Aku beli buku Telaga Biru time tu, so dia bagi free kaset. Tadi baru aku buka pembalut kaset tu (setelah 2 tahun :P).. 

Malangnya pemain kasetnya sudahlah rosak. Aku taktau la pa masalah. Time aku matrik tu lagi dia da menunjukkan ciri2 akan rosak. Nasib time tu, warranty ada lagi, so cepat2 aku hantar baik. Tapi sekarang ni, aku rasa.. malas lak nak hanto repair lagi.

Selain zaman matrik, walkman ni jugaklah yang menemankan aku, masa mula2 aku masuk rumah ni. bulan 7 tahun 2009. First day tu, malamnya aku sorang je kat rumah ni. dengan takde tilam, takde perabot, takde internet dan takde laptop. Aku hanya bertemankan speaker, walkman ni dan MP3 pinjam adik. Masa tu, kaset dia bleh main lagi. 

So, itulah kisah Sony Walkman :).. sentimental plak mendung-mendung camni. 

Sebelum berpisah, aku kasi la satu lirik lagu omputih yang maybe boleh beri semangat pada kita semua, enjoy! 

Dona Dona

On a waggon bound for market
there`s a calf with a mournful eye.
High above him there`s a swallow,
winging swiftly through the sky.

How the winds are laughing, 
they laugh with all their might.
Laugh and laugh the whole day through, 
and half the summer`s night.

Donna, Donna, Donna, Donna; Donna, Donna, Donna, Don.
Donna, Donna, Donna, Donna; Donna, Donna, Donna, Don.

"Stop complaining!“ said the farmer,
Who told you a calf to be ?
Why don`t you have wings to fly with,
like the swallow so proud and free?

Calves are easily bound and slaughtered,
never knowing the reason why.
But whoever treasures freedom,
like the swallow has learned to fly.

(Joan Baez)

Selamat beristirehat di hujung minggu!
^___^