Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 June 2011

Babies..

Nampaknya, bolehlah dikatakan beberapa hari belakangan ni sebagai hari bersama baby,

Khamis, baby besar.. Nu'man Abd Malek, Jalan Gasing.

Jumaat, Baby Abdurrahman Arsyad b Khairul Fadhli, Kolej 12 UM.

Sabtu, Baby Ahmad Adam Affan b Ahmad Irfan, Damansara Damai

Baby Muhammad Haziq b Hisham, Damansara Damai

Baby Nur Fatin bt Shamsul, Saujana Utama.

Nota kaki: walaupun dah banyak jumpa baby, aku masih tak mampu bertahan dengan tangisan mereka.

09 June 2011

sigh


sometimes, it pretty hard to put thought into word. right?

huh.

Oh Allah, please help us with your guidance 

come hell or high water,
may Your bless be with us forever.

07 June 2011

fair enough

 DawahDaily 
bismillahirahmanirrahim ♥,

kehidupan ni ada pasang surutnya. mesti semua orang tahu kan? haruslah.. sebab kita semua kan sedang melalui sekolah kehidupan yang banyak fasanya. kalau tamat derjah enam naik tingkat satu, membawa makna apa? kita dah senior, kita da rasa upsr tu macam senang kacang je. kankan? dan mula nak cakap ala, upsr apa lah sangat.
tapi masa nak menghadapinya dulu bukan main lagi gerunnya. sampai tiap malam tak miss ke kelas tuisyenlah!

tu dari aspek sekolah lah. and the situation goes on for pmr and spm, matric and university (er tapi aku rasa exam universiti memang susah pun :( )

dari sudut dugaan dan ujian macam mana pulak? hipotesis: semakin kita dewasa, semakin besar ujian yang akan menimpa kita. macam tu lah.. bila ujian makin besar, Allah Maha Tahu yang kita dah bersedia dengan ujian tu. kalau tak ready lagi, takkannya Allah bagi ujian macam tu kan? Dia yang memberi ujian, maka Dia jugalah yang akan membantu kita untuk melaluinya. fair enough kan? oh! Maha Sweet. Biasa dengar kan, Allah itu cemburu, mungkin keadaan kita sekarang telah menjauhkan rasa cinta kita padaNya, maka Allah pun tarik balik apa yang kita ada sekarang, supaya kita kembali bertaut hati padaNya. Bergantungan hanya padaNya. Subhanallah!

Bak kata boss aku, hidup ni macam roller coaster, naik satu roller coaster dah pening, turun je gate.. masuk pulak roller coaster lain. tak sempat nak hilang pening tambah lagi pening lain. Life is about the trials and tribulations. Just face it! Teguhkan pergantungan pada Allah, InsyaAllah.. inilah jawapan terbaik untuk permulaan mempelajari ikhlas dan sabar. ^___^
 DawahDaily 
Jadinya, kepada setiap pembaca merentas horizon, bertabahlah menghadapi hidup. It is fair enough. TQ!

05 June 2011

Crime fighting coder.


Tahniah kepada Ahmad Mujahid Mohd Razip diatas kejayaan membangunkan aplikasi untuk iphone dan ipad semasa menyertai Purdue's Summer Internship Research Fellowship (SURF).

Kagum jap. hurm.

04 June 2011

Wedding dan wedding

ingat tak post list kenduri kahwin ni? ha, rupa²nya betul sangkaan ku, ada tambahan. latest update;

28 Mei - Anith Hashim (Taayah,UM)
29 Mei - Pa'an (Taayah)
3 Jun - Kak Miah (Biotek UM)
4 Jun - Kak Kema (Fizik UM), Kak Fairuz (Fizik UM), Ismail (PPUM)
Done!
5 Jun - Didi (Taayah), Icah (9th kolej, UM)
7 Jun - Kak Mira (Kimia UM)
11 Jun - Nasyrah (Bioinfo, UM)
12 Jun - Cik Mizi (saudara)

Aku berjaya menghadiri 3 dari 6 kenduri yang telah berlangsung. Kepada Ismail, Kak Miah dan Pa'an. Maaflah tak dapat sampai ke rumah kalian. Tapi jangan bimbang, aku doakan agar kalian berbahagia sehingga ke syurga bersama pasangan kalian :)

So, pagi tadi (nak dekat tengahari jugak) berjaya lah sampai ke kenduri kak Fairuz di Bagan Pasir, Tg Karang. Meskipun memang rata-ratanya kawan kak siti lah kan. tapi rilek² saja. kawan dia sapa je yang aku tak kenal. hehe. Oh, lupa. Kak Fairuz merupakan kawan kak siti di UM yang first aku kenal, jumpa masa balik program ISK kat Serdang bersamaan seminggu selepas haluansiswa.



Tahniah kak Fairuz & Sabri! Selamat pengantin baru! 

masih teringat2 lagi luahan perasaan akak kat library UM satu masa dulu. ^___^

sesampai saja encik sabri, iaitu tuan pengantin. maka kami pun bergerak pula ke Gombak. ya, kenduri kak kema. yg ni pun agak awal gak lah kenal, sebab dulu dia pernah sebilik dengan kak siti. masa dorang 2nd year. tapi sebab kak kema nampak cam garang sket, so aku kurang sket lah berseloroh ngan kak kema. :)


Selamat pengantin baru Pn Akmaliah dan En Shahrul

erm.. Encik Shahrul Nellis ni penyelia 12th. tapi macam aku tak pernah kenal pun sepanjang duk situ.

esok.
Didi, Air Kuning. maaf memang nampaknya aku tak dapat pi la kenduri hg..
Icah? Gombak. sapa nak teman pi Gombak nu??