Kelmarin (Ahad) ada gathering Ikram Muda Petaling Jaya. Masa gathering ni, ada sharing dari Ust Zainal Abidin, YDP Ikram Setiawangsa. Muda orangnya, sesuai dengan tema gathering orang muda nih.
Ada beberapa point dari perkongsian ustaz yang nak aku sharekan untuk semua. Oh ya, ustaz cerita tentang kronologi kehidupan Rasulullah saw semalam.
1. Nabi masa keciknya tinggal dengan pak ciknya, Abu Talib. Dari kecik dah bekerja. Zaman tu, hiburan rakyat adalah konsert/karaoke/ bersyair di malam hari selepas penat bekerja. Nabi pun tak ketinggalan teringin untuk tengok tapi disebabkan nabi penat kerja siang hari, jadi malam nabi tertidur (dan ofcourse Allah lindungi nabi jugak). Tak sempat nak pergi berhibur.
Reflection: Hmm, macam jauh dah tersasar kehidupan aku nih. hmm
2. Nabi ni orang nya baik, tak buat maksiat, tapi bila sampai umur 39 tahun dia mula terfikir kan tentang apa sebenarnya tujuan hidup ini. Dengan keadaan tanah arab ketika itu. Nabi pun menuju ke Jabal Nur untuk berkhalwat di gua thur.
Reflection: Tak cukup untuk kita saja jadi baik, tapi kita kena ajak orang jadi baik sama. Kita kena fikirkan, macam mana untuk orang semua jadi baik bersama sama.
3. Kalau kita baca sirah, bila disebut gua, ada 2 jenis yang kita boleh bayangkan. 1, gua yang besar yang ni di sebut kahf (english: cave), macam yang diduduki oleh pemuda kahfi tu. Gua ni lah level macam gua tempurung ke gua niah ke gua kelam. Satu lagi gua nama dia ghar, adalah sebenarnya lubang je. Dekat Arab ni, gunung/bukit dia takda pokok ada pasir/batu je, jadi bila batu ni tergerak, adalah kawasan yang berlubang dekat bukit tu. Lubang pada gunung ini lah gua thur yang nabi pergi untuk bermuhasabah tu. Jadi memang muat untuk 2 orang je maksimum. Kalau baca tentang perjalanan nabi ke madinah, dia menyorok dalam gua dengan Abu Bakar pun gua jenis kedua ni, lubang pada gunung.
Notes: Aku baru tau penjelasan tentang perbezaan 2 gua ni, barulah clear imagination
4. Nabi sangat terkenal sebagai orang yang suka menyambungkan rahim (silaturrahim) Boleh kata, hiburan untuk nabi menyambungkan kaitan orang yang baru dikenali. "Oh, jadi awak ni anak sipolan, adik sipolan?" (contoh keadaan) Hobi nabi ini menyebabkan nabi sangat mengenali orang-orang di sekitarnya. Dan nabi suka berkawan dengan Abu Bakar kerana Abu Bakar adalah pakar nasab di zaman itu.
Reflection: Kadang kita jumpa orang jaranglah nak cerita pasal kait asal-usul. Lagi syok sembang pasal artis, harga minyak, politik, ekonomi mahupun kosmetik terbaru. Kena muhasabah ni.
Sebenarnya tazkirah ustaz ni panjanglah lagi, aku point out yang aku baru tau je. Ahaha. Yang menariknya ustaz tutup kan tazkirah dengan kisah Umar.
Sahabat nabi Khalifah Umar Al Khattab adalah antara 10 orang yang dijanjikan syurga. Perkara ini telah pun sedia maklum kepada Umar, namun ada satu hadis yang menyebabkan Umar gusar.
"Semua orang akan masuk syurga kecuali satu (orang munafik)"
Sejak itu Umar menjadi bimbang, adakah dia orang yang dimaksudkan. Di zaman itu, ada seorang sahabat yang nabi amanahkan untuk menyimpan senarai nama orang munafik, iaitu Hudzaifah Al Yamani. Sejak itu, Umar sentiasa melihat Hudzaifah, kalau hudzaifah tak solatkan jenazah, maka tahulah dia yang orang itu adalah munafik. Kerana kebimbangan ini, beberapa kali Umar bertanya kepada Hudzaifah, adakah namanya termasuk dalam senarai orang munafik. Namun Hudzaifah tidak menjawab, kerana amanahnya dia terhadap janji kepada Rasulullah. Betapa takutnya Umar, sehingga ketika beliau nazak, beliau memanggil anaknya dan memberitahu, sekiranya Hudzaifah tidak solat jenazah ketika beliau meninggal, maka buanglah dia. Jika sebaliknya, tanamlah dia di samping kubur Rasulullah.
Reflection: Begitu sekali ketakutan dan kebimbangan sahabat yang dijamin syurga. Maka dimana pula tahap kebimbangan kita? sedang amal yang belum konsisten. sedang sabar dan ikhlas masih terbata bata.
|
Gathering hi-tea IKRAM Muda Petaling Jaya. |