Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

25 May 2020

Selamat Hari Raya 2020

Assalammualaikum semua..

Apa kabar kalian di 2 Syawal yang mendamaikan ini? Ada bunyi burung, dan mungkin bunyi tupai jugak kut. Aku pun tak berapa fasih dengan bunyi-bunyi binatang ni. Tapi seperti itulah setakat pendengaran aku. Kadang-kadang berselang-seli dengan bunyi kereta yang sayup-sayup dari jauh. Dengar tak dengar. Seronoknya yang tu lah bila duduk area Ulu Klang ni. Bangun pagi nampak Bukit Tabur. Tengok je lah dari sebalik jendela.

Oh ya, berbalik kepada raya kita ni kan. Semalam aku tengok ig kak Mashirah, anak dia tanya "Ummi is raya cancel? Cause no body coming, i'm bored" Pertama kali k dalam sejarah, raya cancel! Kelakar pulak tengok. Ya dan macam tulah, raya pertama aku pun sedikit kepisangan.

Pagi raya bangun, mandi, solat sunat, dengar khutbah, makan. Kitorang makan lambat sebab imam tak sabar nak solat dan baca khutbah, jadi kitorang layan kan je lah. Lepas makan, duduk-duduk sekejap sambil aku buat 2nd attempt untuk layan Money Heist. Dalam nak tengahari Naim dan keluarga nak pergi beraya ke Shah Alam. Aku tak nak la ikut kan. Sebab kalau ikut plan asal aku patut balik Kuala Selangor. Tapi, tapi, tapi. Begitulah, nampak tak pishangnya?

Kawan ofis kat Melati ada ajak makan mi kari kat rumah dia. tak pergi.
Kawan sorang lagi bagitau dia ada di Kemensah. tak pergi.

Aku hanya duduk di katil sambil bermain dengan photoshop. Cukup masa pi depan sambung makan ketupat cicah daging dendeng dan kuah kacang. Kemas pinggan dan meja, masuk balik bilik. Sambung tengok The King pulak.

Dah Maghrib, Naim dan keluarga pun balik. Masuk rumah, solat Maghrib pastu sambung beraya rumah jiran merangkap penjaga anak-anak diorang. Aku masih bersama Netflix, tak turut serta dengan alasan, anak dorang yang bongsu tidur balik dari Shah Alam, jadi aku tolong tengokkan.

So kesimpulan dia gais, 1st Syawal 1441H adalah hari raya idaman aku selama ni! hahahaha.

Nah aku belanja gambar yang aku edit semalam.

Tulisan ini bertujuan untuk ingatan aktiviti hari raya ketika pandemik Covid-19 menyerang dunia dan Malaysia sedang menghadapi perintah kawalan pergerakan (PKP). Antara perkara yang aku serbasalah raya tahun ni adalah, tak balik kampung ketika raya. Kampung Perak mahupun Selangor. Akan ku kenang di masa depan. Minta maaf orang kampung, tak dapat balik raya. Sesungguhnya walau nampak tenang, aku adalah sejenis paranoid jugak for some cases.

p/s: draf yang berlambak aku tulis separuh jalan sebelum ni.. maybe ada yang aku akan post backdated (kalau aku rajin habiskan menulis lah pun)

Sekian,
2 Syawal 1441H,
Kemensah.

10 May 2020

Review filem : Little Women & Kim Ji Young born in 1982

Lama ngat aih duk rumah ni, jadi makin banyak pulak layan movie. Disebabkan aku telah kembali solo sejak semalam. Ya, warga student yang tinggal di rumahku telah pun pulang ke kampung halaman. Maka, aku pun mengisi kekosongan hidup yang telah lama kosong dengan melayan beberapa buah filem. Mari aku komentar sikit tentang filem ini.

Little women (2019)

Filem little women ni mulanya aku nak tengok sebab tengok trailer dia, sebab warna dan latar belakang pemandangan dia cantik! Latar belakang dia macam style english lama-lama. Pakai gaun kembang dan ya kereta kuda? Sebenarnya. filem ni based on buku tau. Dan buku ni ditulis pada kurun ke 18! Penulis buku ni meninggal pada tahun 1888, so korang boleh bayanglah kut masa bila dia publish buku ni. Jadi disebabkan itu, tema dia memang tema lama lah. 

Setelah aku tengok cerita ni, pada kesimpulan aku sendiri adalah.. little women tu merujuk kepada Jo yang masih merasakan dirinya kecil/ muda/ remaja dan hanya ingin keadaan yang sama seperti mereka 4 beradik sewaktu kecil. Hakikatnya, setiap kita tumbuh dewasa, dan takkan sama lagi seperti kita yang versi anak2 dulu, bebas bermain hingga petang. Sentiasa gembira tanpa masalah.

Sedih jugak lah sebabkan Jo yang lambat 'matang' tu, maka dia dah melepaskan Teddy dia. Dia sedar tentang cinta sedikit terlewat. Ya, tapi begitulah kan, jodoh? 

Kesimpulannya, aku suka cerita ni. Macam dekat dengan diri sendiri! Kadang-kadang terperangkap dengan jiwa remaja. Bila sedar dah agak terlewat, dan kawan2 pun dah anak 3! Ahaha. 

Little Women out there, lets grow old together! We can do this. hehe.

Kim ji young born in 1982 (2019)

Ok, terus kepada cerita seterusnya, filem Kim Ji Young ni. Cerita ni, antara faktor penarik harus la Gong Yoo ya! Selain dari tu, sebab aku nampak ramai jugak yang review tentang cerita ni di FB. Jadi, why not? kan.

Cerita ni tentang kim ji young ni sendiri. Dia alami depression selepas bersalin anak sulung diorang. Kalau melayu lebih kurang meroyan ke eh? Aku pun tak pasti meroyan tu macam mana. Tapi yang cerita ni betul2 depression. Depression yang tahap sampai dia boleh wujudkan orang yang tak ada. Dia boleh tersilap tahun. Banyak faktor jugaklah, antaranya sebab dia dah tak dapat kerja lepas ada anak (kena jaga anak), lepas tu mak mertua banyak expectation. Parent sendiri pulak, selalu lebihkan anak lelaki berbanding anak perempuan. 

Cerita dia sedih sebenarnya, sebab sangat hampir dengan realiti banyak daripada wanita-wanita berkeluarga dan bekerjaya di luar sana. Dilema demi dilema yang dihadapi, sangat dekat dengan keadaan semasa. Jadi, fahamlah aku kenapa aku tengok ramai jugak yang berkomentar tentang filem ini di Facebook.

Saya turut mencadangkan cerita ni! Ada kat Netflix aku rasa.

26 April 2020

Ramadhan 1441H - Aisyah

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 40

Baru-baru ini tular di youtube dan instagram sebuah lagu cover bertajuk Aisyah istri Rasulullah. Cover yang pertama yang aku dengar tu dari Adlani Rambe, seorang youtubers Indonesia. Tapi dia tulis cover lagu Projektor Band. Setahu aku, lagu Projektor Band adalah Aisyah. Tapi lirik lain tu! Malas ambil port, aku ingat indon ada band nama projektor band jugak.  

Tapi lepas-lepas tu, makin rancak pulak artis Indonesia cover lagu tu. Jadi aku pun dengar2 jugaklah lagu tu. Sedap gak yang version Sabyan. hehe. Then baru notis, kat Malaysia pun dah ramai dah cover. Termasuk TokTi! 

Memang kat youtube tokti siap tulis cover lagu projektor band - Aisyah (2017) Maka bermulalah pencarian. Rupa-rupanya, tahun yang sama Mr Bie ada buat parodi version untuk lagu Aisyah ni. Dan yang sedang tular tu, lagu Aisyah Projektor Band versi Mr Bie.

Sekian, itu je lah penemuan aku hari ni. 

Makin lemau,
7.06 petang,
Seksyen 19, PJ
(Red Zone Covid-19)

25 April 2020

Ramadhan 1441H - Tadarus

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 39

(MCO atau PKP bersambung ke fasa 4 bermula 29 April - 12 Mei 2020)

Akhirnya Ramadhan pun tiba meski wabak Covid tak kunjung padam. Tapi Alhamdulillahlah sedikit reda kemarakannya di Malaysia. Aku masih di PJ bersama kakak dan adik, menyambut pesta ibadah bersama serpihan keluarga Basri yang tertinggal di Petaling Jaya. Agitu.

Apa Kabar puasa kalian tahun ini? Ramai yang mengambil peluang Ramadhan dan mco ini sebagai ladang ibadah yang luas. Siap susun jadual untuk graduate sebagai graduan Taqwa di hujung Ramadhan.

Pagi ni, lepas Subuh aku terlelap kembali. Sejak-sejak MCO ni, memang macam tu lah selalunya, sebelum puasa hari tu memang berpandukan notis dekat fon je, kalau ada job enquiry baru lah aku bangun on laptop. Kesampahan apakah. Ok berbalik pada cerita hari ni, aku tidur dengan damai nya, suasana kat sini pulak kemain redup je setiap pagi pun. Mungkin sebab kena halang dengan kondo sebelah kut, jadi panas matahari tu tak menyimbah sangat. Aku golek2 tengok jam, 9.58. Ha, barulah nak terperanjat beruk. Terus melompat dari katil. Capai handphone, 

"Korang semua dah ready ke? sat eh, 5 minit" on laptop, pi toilet gosok gigi, cuci muka.

Tadarus Online

Mengambil kesempatan mco ni, aku dan rakan-rakan sekolah decide untuk buat group tadarus online. Jadi lepas ambil kira untuk suri rumah dan yang wfh, maka kami setuju untuk buat jam 10 pagi setiap hari untuk 1 juz. 1 juz ni biasanya 1 jam boleh habis. Kalau hari tu sikit orang, maka banyak helai la baca, kalau ramai, mungkin 1 atau 2 muka surat AQ je. 

Pagi ni, ada 4 orang yang online, jadi membacalah kami 5 m/s seorang. Aku kira yang lain-lain pun terlupa/ tertidur macam aku jugak kut. Sabtu kan. 

Jadi aku nak bagi cadanganlah dekat korang tentang tadarus online ni. Rasanya since mco ni ramai dah power dah dengan platform online meeting ni kan. Might as well kita guna kan untuk aktiviti macam ni. kan? Kalau tak schedule kan masa, memang selalu terbabas je timing nak membaca quran tu. Nak dapat kan 1 juz pun rasa bencinta sangat. So diharapkan usaha macam ni dapat membantu khatam quran Ramadhan tahun ni. 

Itulah sedikit sharing kut korang nak follow, sila lah :) Kalau korang plak ada idea mengagumkan boleh jugak share kat komen. ;)

11.31 pagi,
Seksyen 19, PJ
(Red Zone Covid-19)

20 April 2020

Rain or Shine (2017)

Day 1st, 16 April 2020

Cerita ni pasal macam mana bangunan mall yang sedang dibangunkan runtuh dan telah membunuh 48 nyawa. Ada beberapa watak yang mewakili keluarga yang terkesan dengan runtuhnya bangunan tersebut. Kemana cerita ni nak pergi? nanti aku komen sikit2 lah eh.. worth it ke tidak, aku akan simpulkan di hujung karangan.

Kenapa aku pilih cerita ni? Sebab ada Lee Junho. Nanti sambung lagi, nak abiskan movie Junho jap. Apsal aku addict lak ngn Junho ni.. kan? Dia ada iras-iras Kwon Sang Woo skit. Tapi certain angle je lah.

Hmm.. sebab mata sepet je kut kan?

Day 4th, 19 April 2020

Sampai hari ni dah tengok 5 episod. Semakin lama semakin, ok lebih kuranglah macam kdrama kebanyakan. standard. standard.

Day 5th. 20 April 2020

Akhirnya aku habiskan juga drama ni sebelum tidur, maka jam 4 pagi baru tidur. Sekarang aku dah fahamlah kenapa ada orang cakap cerita dia lain dari yang lain.

Apa yang boleh aku rumuskan untuk cerita Rain or Shine ni adalah,

1. Hero dalam cerita ni membawa beban yang berat, kehidupan yang bertimpa timpa kesakitannya. Di mulai dengan kematian ayah, melihat kematian di depan mata, terpisah dengan adik, tidak di sukai oleh bakal mertua kerana kerja sekadar buruh kasar, saat terasa terhimpit dengan kenyataan yang menyakitkan itu nenek yang menjaga selama ini pula meninggal dunia. Jalan cerita berjaya memaparkan definisi kemurungan yang terjadi kepada watak utama drama ini
2. Watak heroin agak strong jugak apabila meskipun telah di tolak oleh hero kerana gagal memenangi penerimaan orang tuanya, namun tanpa lelah terus memilih untuk memperjuangkan perhubungan tersebut. Peh melo betul cerita ni. Biasa kan citer korea dia ada main tarik tali tu kan, so yang ni, ko rejek pun aku tak kira, aku nak kau. Camtu.
3. Disaat terburuk seperti mana pun, pasti akan ada orang yang di hadiahkan untuk menemani langkah kita. So, chill.

Pagi tadi sebelum tidur, berkobar rasa nak menulis. Tapi sekarang dah hilang dah perasaan tu. Aku sebenarnya agak absurd gak sebab aku harap hero mati, eh tak mati pulak. Oh, apa yang aku nak syorkan? Kalau korang rasa dah lama tak nangis, nak eksersais kalenjar air mata boleh lah layan cerita ni. Tapi aku nasihatkan part nenek dia mati tu bleh la nangis, part yang lepas tu kalau ada yang sedih takyah la nangis, membazir air mata je.

Lulz.

4.12 petang,
Seksyen 19, Petaling Jaya