Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

18 August 2022

Block and delete

I found this tweet this morning.

Tiba-tiba remind me of something happened few weeks back. 

Macam biasalah main PUBG. Bukan semua orang kita kenal, walaupun dalam frenlist. In fact, aku main game ni, memang less dari 5 orang kut yang aku kenal (in real) adik aku 2 orang, dengan anak saudara sorang. Yang lain tu memang from totally stranger.

So satu hari aku main dengan sorang brader ni. Aku pun tak sure bila dan dimana aku start main dengan dia ni dan macam mana dia boleh ada dalam frenlist aku. Sebabkan nama dia pun aku dah lupakan, jadi kita namakan brader ni J. Aku main dengan stone masa tu, stone ni pun aku baru kenal beberapa hari from random jugak. Tapi sebab dia rajin on, jadi kerap plak main sama. Aku invite J sebab dia tengah idle. Maka kami pun main sama. 

In game, barulah we both duk refresh balik (tapi memang refresh pun still tak kenal) J baru 16 tahun. Pastu dia pun terkejut jugaklah aku 35. Dalam pada tu, masih sempat nak flirt ya. 

"Ala, takpelah tua2 pun berpengalaman kan" aku tau tu double meaning. 

I ignored him for that phrase. 

I do teruskan berbual topik yang lain. And of course, sampai kat lobby aku unfren him. Easy.

Tapi tu lah, dalam game kan. easy je kita nak delete people yang tak align dengan our liking.

Kalaulah semudah itu kita boleh delete people yang kita already ignore sekian lama di real life. The different between real life dan dunia tipu2. 

So gais, cerita dia untuk situasi di dunia nyata ni, kau fikir lah sendiri the best way to block this kind of people. I believe setiap kita ada approach terbaik untuk situasi mcm ni. 

All the best u all! Save your mental health from this unnecessary people~

04 August 2022

Cerita Covid-19

Ya gais. Seperti kita semua, akhirnya im joining the club. Lama dah, hujung Mei hari tu. Sebab dah lama, kita pun ingat² lupa dah wak ceritanya. Nasib baik ada tulis dalam dairi 🤣🤣. Korang enjoy je lah ek. Nah.
MasyaAllah, kejadiannya ya. Sampah sekali hidupmu sistur. Benda dah jadi, layan je lah kan. 

Simpan sini untuk memori 🍒

06 July 2022

Timbalan Pendaftar

Aku nak cerita, tapi dah tua ni kan. Kawan pun tak ramai dah. Aku pun tak tau kat platform mana nak story. Jadi aku cerita sini je lah kan. Anon.

Ok, cerita dia camni. Kat ofis ni, ada TP baru masuk. perempuan. Previous TP dah pencen last year. So bayangkan betapa lamanya takde TP kat sini. Role ni takde la significant sangat, since Pendaftar ada lagi, takde lah crucial sangat untuk ada TP ni. 

Long story short, TP masuk. Sembang punya sembang, rupanya dah nak pencen dah bulan 9 nanti. Ko bayangkan, sekarang bulan julai. Dia pencen september, kalau tolak cuti yang di kumpul2 bertahun2, silap2 Ogos dia dah chow. Hah gitu.

Memang rancak TP ni, rajin berborak. orang SP. ni dapat kerja kat KL ni, dia duk tumpang rumah kawan dia kat Puchong. Pagi-pagi kalau sarapan kat kafe tu, memang dia join ktorang la, makan kat sana. Dia pun jenis rajin bercerita macam-macam lah dia sembang tentang life kan.

Dalam semua cerita tu, ada satu yang menarik dan trigger aku.

Dia pergi-balik kerja naik LRT!

Bunyi macam story biasa je ni kan? Tapi sebenarnya tak begitu biasa ya. Sebab apa, sebab LRT nak ke ofis ni 20 minit jugaklah jalan kaki. Boleh tahan berkicap jugak nanti. Ahaha. Dia cerita, pagi2 kawan dia akan drop dia dekat LRT. Dia duduk dalam tu, tido etc, then sampai sini, dia jalan ke ofis.

Ya Allah gais, betapa terpukulnya aku. TP yang dah level2 mak kau, yang lagi 2 bulan nak pencen pun setiap hari jalan atleast 40 minit (pergi balik) sehari. Allahu. Dia cakap, dia bukanlah orang yang suka bersenam pun. Tapi, kalau dah ada opportunity ni, why not? woahhhh...

Sebelum aku tau cerita dari TP ni, a.k.a sebelum dia masuk sini. Few days before tu aku memang pernah plan lah perjalanan aku kalau aku nak dapatkan step 10k sehari, aku kena buat macam mana. Aku dah survey dah sebenarnya. Kalau aku jalan kaki dari rumah, naik LRT, jalan kaki ke ofis berapa masa yang diambil. Dan berapa agak2 step aku boleh dapat. Tapi tulah, tak terlaksana2 jugak tuh. 

Semoga cerita dari TP ni bagi semangat untuk aku kembali berjalan. huk2, doakan.

24 May 2022

Mengandung

"Eh mengandung ke?" Tanya makcik kafe pagi ni.
"Taklah" aku jawab datar. Tak ada senyum, marah, atau sedih. Benar² datar.
"Dah kahwin ke?" Makcik dah mula panik.
"Belum"
"Eh, ye ke? Sorry².. sebab pakai jubah kut" 

Ha kaget makcik.. hahahaha. Bahaya jugak kalau kita try ramah tapi jadi gini ek. Akward. Lol. Lama sebenarnya aku tak dapat soalan macam ni. 

Back then sekitar 2017, masa tu mode pengangkutan aku untuk ke pejabat adalah LRT. Banyak kali jugaklah aku dapat soalan macam ni. Sama ada dia tanya pakai mulut atau dia tanya isyarat mata. Ye lah, dalam tu kan ada seat khas untuk orang mengandung dan kurang upaya. So tak delah salah jugak diorang bertanya. Dari jenis orang yang, dah jelas2 nampak makcik tua tu berdiri, dia rilek2 je duduk sambil layan lagu kat phone. Ha camtuh.

Tapi tu lah, lama tak dengar.

Aku ingat kalau aku sekarang naik train lagi, mesti setiap hari dapat offer tempat duduk. Hehe. Dulu tara besar tak besar mana pun dah ada orang offer. Sekarang? Wkwkwkwk

Sedih ke marah? Takdelah.. ok je. Memang kenyataan dah kan makin gemuk. Cumanya, bila jadi gitu, auto termuhasabah lah.. Bila lah kau nak betulkan balik keadaan. Camtu je lah. 

Dah dah lah tu jadi gemuk, jom ar kurus balik. Rindu teruk dah ni. 

"Ya Allah, semoga esok aku kurus. Amin"

10 May 2022

Hmm

"Kak, saya nak tanya skit ni. Tapi akak jangan marah plak"

"Ha, tanya je lah"

"Saya tengok akak ni, dah lama dah main. Tapi kan kak, kenapa macam beban je lagi. Takde orang ajar akak ke?"

hmm

"Kak siapa yang ajar akak main game ni"

"Takde, saja main. PKP kan"

.

Banyak plak bertanya budak ni malam ni. Beban2 aku pun, aku survive je sampai last circle apa! Dia da mati dulu, bising. Emo kan! Acik2 main game kena lah emo. Habis game tu, aku left team dia. Aku masuk lobby member sekejap, (yang level acik2 dan sama beban macam aku) mengadu kat dia. Pastu off. 

Serabut nak gi travel, ingat nak cool down masuk game, lagi hauk. Hmm.

I'm on my trip to South, pray for my safety guys. Till next post!