Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

21 February 2024

Interview

"So how do you feel of knowing new people when hiking? Do they all good people?"
"I don't really think everyone is good. But we can always find something good in everyone"
.
senyap
.
"wow, impressive"

..


Ok dah tu je nak simpan. Dapat tak dapat lantak pi. Tapi dapat impressive tu dah cukup dah. 

k bye. 

03 February 2024

Echo

Pagi ni group keluarga besar mak nampak rancak di Whatsapp. Mereka berperancangan ke Nilai pagi ni. Tapi macam biasalah, kami keluarga yang di Perak ni biasa nya terpinggir (atau sengaja meminggirkan diri atas alasan jauh. ahahaha) Aku tak tau perkembangan perbualan di group sebab tengah sarapan di dapur bersama ayah. Fon pulak tinggal kat dalam bilik. Mak yang baru balik dari tandas terus ke dapur sebelum duduk untuk bersarapan.

"Apa yang bising2 kat dalam group tu? Diorang ke Nilai? ada apa kat sana"
Aku no idea, tak sempat menjawab mak menyambung semula
"Oh ada jemputan orang kawen hari tu kut" mak refer kepada perbualan bulan lepas, ucu ada share kan jemputan kenduri. 

Aku pun mengiya kan saja. Mungkin juga. Diorang memang rajin berombongan gitu. Tak lama kemudian Jiha keluar 

"Mak diorang ramai-ramai berkumpul tu nak pergi mana?"
"Kenduri kahwin kat Nilai tu"

Tak berapa minit kemudian dapat call dari Kak Siti. Dia cakap call jiha tadi tak angkat. Lepas tu dia tanya,
"Mak diorang nak pergi mana tu?"
"Kenduri kat Nilai tu kut"

Lepas tu sambung la sembang serba sikit. Call off, kami sambung makan. Eh tak lama lepas tu, Amin pulak keluar dari bilik terus bertanya
"Mak diorang nak pergi mana?"

HAHAHAHA! Terasa seperti satu echo! bergema-gema dengan soalan yang sama. Tu baru 3 anak yang bertanya. Aku memang kagum lah dengan mak anak ramai. Dan dengan mak-mak lah secara generalnya. Ni baru satu round. Dah berpuluh tahun hidup ngan anak ni, mesti lagi banyak kali lagi kejadian macam ni berulang. 

Mak mak, kalian memang hebat! Aku kalau orang tanya benda yang sama kali ke-3 pun aku dah malas nak jawab, kali ke-2 aku dah start membara. Lol. Memang takleh jadi cikgu gaisek. 

ok tu je lah sikit coretan aku buat raso2

29 January 2024

Kebodohan Yang Mahal

Hari ni nak ceritakan tentang kejadian yang agak bodoh tetapi telah memakan modal ya. Ia terjadi pada hujung minggu lepas. 

Cerita di Manjung (Sabtu, 27 Januari)

Pada hari Sabtu yang lepas, aku menemani ayah ke Manjung. Ayah memang suka bersiar-siar, window shopping, mahupun shopping. Tapi selalu tak mendapat sokongan dari mak yang dah sakit lutut bila berdiri lama. Dulu kerap juga ayah keluar dengan kawan-kawan atau adiknya. Tapi adiknya dah menikah dan tinggal berjauhan, kawan-kawan pulak makin berkurangan yang mampu menyokong hobi ayah. Kesian pulak aku kalau tak menyokong aktiviti yang mulia ini. Hehe.

"Jom rah kita ke Manjung"

Maka sekitar jam 3.30 petang, selesai dari makan tengahari aku pun menemani ayah ke Manjung. Ayah cakap ada benda dia nak cari kat sana. Dia suruh aku search toy store sekitar Manjung. Ada satu dalam Aeon, maka kami singgah ke Aeon untuk ke toy store tersebut. Selepas itu akan ke pasar malam memandangkan ada pasar berhampiran Lotus Manjung. 

Sejak pagi aku memang dah diserang sakit perut, tak sangka selepas makan tengahari angin kuskus dalam perut ni menyapa lagi. Hari ni pulak, bukan main ramai pengunjung Aeon sampai terpaksa parking di parking bumbung (first time park kat bumbung, selalu ada je parking kosong kat sekitar Aeon) Sampai di Aeon adalah sekitar 4.15 macam tu.

"Plan kita macam mana ni yah?" aku tanya sesiap, sebab nak pegi toilet terus kan.
"Kita Asar kat sini, lepas Asar kita ke pasar malam"
"Ok"

Maka berpisah lah kitorang satu ke toilet, satu lagi taktau kemana.

Betapa terkezutnya aku ketika ditoilet. Bapak ah! Seluar aku pakai dah reput rupanya, koyak mat! Aduh duh duh. Seluar ni aku jumpa kat dalam bilik baju terpakai kat rumah aku tu. Last time balik, aku tolong sort kan baju2 yang dah tak pakai untuk di hantar ke projek guna semula/ di buang. Maka terjumpa lah seluar ni, nampak helok. Jeans/ slack off white. Tak perasan pulak ada koyak. Sebabkan tadi nak cepat terus je aku capai. Da sampai toilet baru notis. Nasiblah baju aku sedikit labuh, masihlah boleh cover. 

Habis je bisnes di toilet, teruslah aku bersegera ke Aeon untuk mendapatkan 'seluar kecemasan'. Ya, maka kerana terlalu cemas melayanglah RM59. Selalu aku beli seluar kat online je, harga range RM20-30 je. Sobs. Ada je pilihan lain sebenarnya tapi tu lah aku rushing sikit, nak kejar Asar kan.

Di pasar malam Manjung, ayah, cucur udang dan sentimental.

Dia macam bukan kebodohan sangat, mungkin kecuaian? ketidak-begitu-telitian? lebih kurang gitu lah. Tapi itu satu cerita, nak ceritakan lagi satu kisah yang lebih tragis dan lebih mahal.

Cerita di Sg. Buloh (Jumaat, 26 Januari)

Ya, kejadian ni terjadi sehari sebelum cerita aku tadi. 

Balik kali ni aku bagitau kak Siti untuk gunakan Vijay (kereta aku). Kak Siti baru membeli Rokiah (kereta baru dia) Jadi last time dah balik ngan Rokiah, kesian pulak kalau asyik Rokiah je jalan jauh, Vijay nak gak. Maka, balik je kerja terus aku menuju sekolah kak Siti di Sg Buloh. 

Disebabkan nak balik kampung dan kereta akan tinggal 2 malam, maka kak Siti pun alihkan parking kereta ke tempat yang agak sibuk, Namun yang demikian, secara automatik dan tanpa berfikir panjang dia telah menarik kunci pedal kaki, Untuk makluman Rokiah bukanlah kereta baru, ia adalah used car yang dibeli dari orang lain. Yang mana, ketika beli memang owner asal dah takde dah kunci pedal kaki tu, memang da lama hilang lah cerita dia. Bahaha! Boleh pulak dia pergi tarik walau dia tahu kunci takde! Allahuakbar. 


Maka, sepanjang perjalanan pulang menjadi perjalanan yang agak sunyi. Mungkin otak dia sedang ligat berfungsi setelah seketika tadi otak dia jammed dan gagal berfungsi dengan baik. Sambil aku drive, dia pun duk search la google, youtube, fb dan sewaktu dengannya. Dapatlah jumpa locksmith yang boleh buat. 

Bukan promosi Emas Anuar ya. Jangan salah faham.

Ahad tu, kami balik semula ke PJ sedikit awal dari selalu. Ada janji jam 5 petang dengan locksmith yang datang dari Kajang. Adik tu tolong buka kan kunci pedal kaki, dan melayanglah RM120.

Sekianlah kisah kebodohan kami di hujung minggu yang cukup mahal harganya. Dunia ini keras! Atau mungkin juga kurang bersedekah, maka terkumpul banyaknya rezeki orang lain dalam duit kami. We never knew. 

Till then.

03 January 2024

Halo 2024! Bukit Kiara

Hari tu 30 Dis ada lah berhasrat nak buat video sempena welcoming 2024. Nak acah2 tiktokers gitu! Aduhai.. susah jugak nak komit nih. Tak siap-siap video nya. HAHA!

Bukit Kiara for new year


Ingat tak cita-cita aku nak ke Bukit Kiara hari tu? Akhirnya aku pergi juga di awal tahun baru ini. Semuanya gara-gara Along tiba-tiba contact, nak nak jugak pegi hiking untuk mengelakkan fikirannya yang kusut bertambah terpental. Jadi nak taknak aku pun reply
Kalau tak hujan pagi esok boleh lah long, kita ke Bukit Kiara

Dan ternyata tak hujan ye 1 Januari itu. Dan dengan berat hati (dan badan sendiri pun memang berat) ku gagahi juga langkahan ini, berbekalkan satu pesanan dari seorang uncle yang (juga) ku kenali di jalanan "Nak sihat, kena rajin"

Nyah kau bantal, selimut dan tilam. Aku akan berjaya kali ini! Gituh. Bapak dramanya. Ok, kami bergerak ke Kiara dalam 7.30. Setelah berpusing-pusing mencari parking dapat la sampai ke kaki bukit jam 8 pagi. Masalahnya aku memang tak catch up sangat jalan dia, maka jurus biasa dikeluarkan.

Auntie, kami tak tau jalan boleh follow? Eh boleh, mari-mari

Maka kami pun membontoti auntie tersebut. Auntie tu nama dia Evon umur 55 tahun. Dia memang datang 5 kali seminggu ke Bukit Kiara ni sejak 20 tahun yang lalu. So dia cakap segala route simpang siur bukit ni dia da hafal dah. Dia akan hike dengan kakak dia Ros, 58 tahun. Mantaplah ek diorang ni. Dia punya step boleh tahan steady, tak pandai penat. Diorang stop biasanya sebab nampak kitorang dah termengah mengah je. Haha.  

Banyaklah jugak yang Evon sembangkan dia bagitau husband dia baru meninggal 3 bulan yang lepas. So this hike pun somehow as a theraphy jugak untuk dia to cope with the lost. Dia pun ada cerita dia memang selalu je orang minta jadi pemandu jalan ni. Sampai satu masa dia lead sorang uncle/auntie ni umur dah 75 dan kat tengah jalan this person macam dah tak larat. Tapi dia push juga la sampai berjaya keluar. So since that dia cakap, kalau ada orang nak jalan sekali, dia pun pilih2 jugak, tanak jadi macam kes sebelum ni. 

Total pendakian pagi tu, 2 jam jugak lah. Masuk jam 8 keluar jam 10 macam tu. Dia bagi route yang mostly landai, sebab along ada mention jugak pasal lutut dia tak berapa sihat. Jadi dia ambil jalan yang lebih mesra lutut. 

Oh ya, tips Evon untuk masalah lutut, rebus bendi 3 batang. Minum airnya. Sehari sekali setiap hari. Nanti lama-lama lutut tu akan beransur sembuh. Gitulah tips dari dia yang sempat di ciduk.


Thanks to Evon and Ros for the company! till we meet again! :)

31 December 2023

2023, its a wrap!

Kasih andai anganku bersuara, dia kan bernyanyiRapsodi indah yang kan bermuara di fajar hatiKelingking kita berjanji, jari manis jadi saksiBahagia hingga sang bumi enggan berputar lagi

Hari terakhir 2023, mendung je pagi ni. sejuk sejuk gitu. Kalau ikut plannya nak mendaki Bukit Kiara (setelah cadangan Bukit Gasing tersingkir awal) pagi ni.. Tapi tu lah, rasa nak bersantai kat rumah je pulak. Lagi pulak kereta Jiha pinjam. Alasan terbaik gak tu? haha. Hujung-hujung bancuh tepung, makan cucur lah kita berteman davidoff panas.

Fuh, a long story should be. Very long. Tapi tu lah keupayaan menulis aku dah tak berapa nak padu lah sekarang. Tapi takpe aku cuba lah ek. Taknak lah terulang macam last year, tak sempat nak wrap kan perjalanan 2022. Sigh!

Bismillah, letsgo!

Januari
Bulan yang paling kerap aku sakit. Rasa ada 3-4 kali aku berulang ke klinik. Mak Samihah meninggal dunia.


Kali terakhir trip ke Sabah (KK) untuk mentenen mahkamah. Kali terakhir as if aku akan berhenti dan juga lepas ni mentenen dah tak letak bawah kontraktor sistem. Terus pass pada kontraktor mentenen hardware. Sayu juga untuk last flight ni. Huhu. Setelah setiap tahun trip ke Borneo, akhirnya ia sampai ke titik terakhir. 


Februari

Farewell dengan IT team mahkamah

Hari-hari terakhir menyiapkan dokumentasi serahan tugas ke mahkamah. Ada jugak di panggil interview oleh kontraktor baru. Tapi memang tak rasa nak teruskan. Kalau teruskan of course akan buat benda yang sama. Mengakhiri term terakhir bersama Gema. Dah 36 kan. Tamat dah lah umur bersama persatuan belia. (Baca: berakhir)

Mac

Company Iftar. Diorang awalkan nak kasi match dengan farewell kitorang

Bulan terakhir sebelum perjalanan di syarikat ini terhenti. Ada melankolik jugalah. Lama betul kan sini. Dia macam nak sedih, tapi nak stay pun dah takde siapa dah. The joy that people/ colleague once shared dah tak de pun. shattered long ago. Cuma itu lah, the memory that lingger. Mac jugak aku mengambil cuti menghabis kan masa bersama mak, kakak dan adik ke Taiping (sebab ayah berjalan ke Padang dengan Amin. Kira macam nak kasi mak bergembira jugalah. the post in draft, tak tau bila nak publish)

Jalan-jalan Tepeng (Girls Trip)

April - Julai

My fav boys? Hehe

Ya! Officially pengangguran geis! Dikala partner and boss project aku dah terus menyambung kerja aku mengambil peluang menjadi penganggur. Alasan asal, dah alang-alang tengah Ramadhan, might as well biar setel Raya dulu. Nanti takdelah kecah nak apply cuti etc, dahlah baru kerja. cewah sangat reason kan. Tapi masuk Mei, aku still bersantai, tak apply jugak kerja. Reason? kali ni, reason aku sebab aku ada trip September, takut nanti takdapat amik cuti. LOL! Banyak nau ketakutannya, dasar pentakut! 

Finale - PPN @ Kelantan (27 Mei)

Aku ada apply satu job masa ni, kawan gak la introduce. Peh, masuk sehari je mat! Lepas lunch, boss panggil review balik offer. Pastu cakap aku tak sesuai kerja kat company dia. Haha. Rasa nak marah, tapi tu lah habis marah dah rasa time tu. Nasib dia lah, all the best la tuan dengan company tuan ya. Semoga yang paling TERcompetent akan bersama tuan.

Lepas tu aku amik la intern dengan GEMA Pusat jadi JK Media untuk 3 bulan. Kerja dia online je, tak payah masuk ofis pun. Dari rumah je. Bolehlah, buat bayar duit rumah. 

Mostly aktiviti sepanjang pengangguran adalah mendaki (acah training ke Rinjani) dan kerja-kerja sukarelawan. Dah menganggur ni baru lah dapat chance pergi program MAP. Join program mewarna dinding Asyraf Maskan, temankan Tokie uruskan hal calon untuk pilihan raya DUN. Juga raih undi untuk calon (Kak Anfal dan Kak Jue)

Ogos
Akhirnya aku masuk kerja di ofis kak Nora. TQ kak tolong introduce. Amazingly takde interview pun, petang tu di panggil terus briefing kerja. Pembantu peperiksaan. Ahah! Dalam offer letter bagitau start kerja September, tapi sebab aku akan bercuti seminggu di September tu, maka aku pun di minta untuk masuk awal. Seminggu awal lah. Kerja ni bukan bidang, tapi ok lah. Dari tak bergaji kan. Hidup di bandar ni keras mat. 

Melawat Tokie sebab busy sangat sejak jadi boss

September

Kak Nora dan Kak Nis

2 minggu lepas masuk kerja terus kena ke Bengkel Penyediaan Soalan di Cyberjaya. Kalau dulu kerja di mahkamah, sekarang aku kerja kat hospital plak. Vibes dia ada sikit sama dengan previous job dari sudut, ramai perempuan kat workplace. Hehe. Ada rasa secure skit kat situ. 

Trip yang dinantikan tiba jua! The Magnificent Lombok! Tapi tu lah, nape ek tak siap-siap aku punya blog post tentang perjalanan Rinjani ni. Apa ke masalah pun tak tau. Nak kata busy kerja, macam tak busy sangat. Busy main game kut. Nantilah aku cerita! Banyak betul nanti aku ni. (Procrastination is real) 

Breathtaking

Takleh move on lagi jalur Torean ni.💕

Masa bulan September jugak, adalah bulan dimana Mid kerap demam on off dan berhujung kepada berita yang kita taknak dengar tapi terpaksa jugak menghadamkan dengan perit sekali. Semoga Mid berjaya fight the battle we never knew. Dan semoga segala kesakitan menjadi asbab dihapuskan dosa-dosa yang lalu. Cepat sembuh Mid! You know you are a fighter right? 

Oktober - Disember


Nothing much, birthday ke-36, exam dah start, tolong exam. 

OSCE Exam (November)

Boleh pulak tengah-tengah exam tu kedemaman. Terus dilabel sebagai, prepare exam teruk sangat sampai demam2. HAHA! Kira bulan-bulan ni banyak dihabiskan dengan prep exam then post exam punya stuff. Kita lepak2 diantara doktor2 sekarang. Eh tak lah, tak lepak pun. Diorang mana pandai lepak2 ni, laju je semua benda. Biar lah diorang, malas aku nak kejar. 

Melawat Amar, post gall-bladder removal (Oktober)

Layan sepupu2, tengok Aiman bertanding kat TV Al Hijrah (Disember)

Aku sebenarnya ada hasrat nak balik ke line IT. Tapi tu lah, aku pun kurang pasti compatibility aku sekarang. Jangankan company, aku sendiri pun ragu-ragu dengan diri sendiri. Jadi, begitulah. Oh ya, position aku sekarang adalah kerja kontrak yang akan berakhir pada Feb 2024. Dan position ni bnkan renewal basis, sebab dia bergantung kepada duit tabung. Jadi aku tak rasa akan disambungkan. 

Many situation at lost lah tahun ni. Jasmani dan rohani. Spiritual, intellectual, physical and emotionally. Semua lah, semua ke laut. Orang kata ujian itu Allah datangkan untuk kita kembali dekat kepada-Nya, tapi aku rasa untuk kali ni, aku macam drift away a bit far from usual. Makin di uji, makin jauh, Allahu! Betapa terumbang ambingnya hidup.  

Secara kesimpulannya, banyak luka di tahun 2023, semoga 2024 ada cerita yang lebih baik. Amin

Sadaqallah 2023, Selamat Tahun Baru 2024! Bismillah.