Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

22 August 2024

Bekerja dari rumah

MasyaAllah dah bulan 8 guys. (Cerita Rinjani tak habis taip lagi. haha)

So, sekarang aku adalah fulltime work-from-home buddy ok. Jadi most of the time memang aku kat rumah saja. Tapi siang-siang kadang aku merayau jugak. Biasalah energi sosial perlu diisi juga. Dulu malam waktu bersosial, sekarang malam baru nak gi kerja. Jadi banyak hubungan sosial terputus disitu. Samada bertemu sekadar kopi2 sambil catch up dengan hidup, mahupun program lainnya seperti mesyuarat, katibah, daurah dsb.

Usrah pun aku dah pull ke hujung minggu (yang kadang-kadang aku sendiri lupa) ye lah dah setiap malam kau kerja bila dapat malam yang free terus lupa daratan). Itulah tu, still adjusting. Tak semua benda kita dapat kan. give and take. Ada yang perlu kita lepaskan untuk dapatkan. Macam mana tu, macam tu lah kira-kira. Moga ada sinar lah tentang usrah ni. huhu.

Oh.

So citer dia pagi-pagi kadang-kadang termenung juga mengadap laptop. Tengok laptop, pastu tengok tingkap kat sebelah. Termenung. Gini gini aja kok? Kejadian ni selepas hampir sejam dua duk skrol tiktok yang taktau lah apa je aku duk tengok tu kan. Walhal semalam baru je sampai buku-buku yang di order online dari Tentang Kita. Beli 2 buku dapat percuma 1 buku Fedtri yahya! uhuy! Tapi semua dalam plastik lagi. 


Banyak plan sebenarnya bila dah kerja dari rumah ni. Nak baca buku, nak bersenam, nak buang unused things dalam rumah ni (rumah dah 12 tahun cuy) Tapi tu lah tu, kenapa tiktok jugak yang menang?

Baru-baru ni banyak lah aku dengar podcast, aku tengok perjalanan hidup orang. They grow. Sempat juga aku meneliti diri aku, selain lemak taktau kat manalah aku grow. Hampir tak jumpa, makin teruk yang banyak. Badan pun dah tak strong macam dulu, senang sakit-sakit. Achievement? Ha? apa tuh? Nothing.

Ok lah makin lama aku menaip ni, dah makin kemana hala ni. Tak jumpa hujung pangkal dah aku ni. Nanti lah aku membebel lagi. 

Duduk rumah lama = makin banyak membebel dan kemana hala taktau. HAHA

Masih di PJ, 
12.13 pm 

02 August 2024

Sedih pulak.

Tadi call mak, nak pergi perjalanan jauh kan, baru ingat nak bagi makluman (maklum je, bukannya pandai minta izin. lol! Jangan tiru aksi ini)

"Ha kenapa call? ada apa tu?"
"Wahahaha, aduh macam mana mak tau ni ada apa2"

Hahaha kantoi macam tu je. Nampak sangat punya jarang nak call kan. Malam ni nak gerak Mersing, petang lepas zuhur baru call bagitau, anak solehah mana je yang buat aktiviti macam ni. Ahahaha.

Ok dah alang-alang call tu, kita update lah juga cerita dari mak dan cerita part dari kita kan. Mak balik kampung last week. Berjumpalah dengan kakak2nya. Tinggal 2 kakak tu je, 2 abang dah meninggal, mak ayah lagi lama dah meninggal. 

Mak cerita, maklong menangis mengadukan pasal anaknya, abang zul. Abang zul hari tu kena serangan jantung, jadi pasang stent. Ada lah mengambil ubat cair darah. Kesan dari amik tu ada clogging lak kat saraf mata. Jadi sebelah mata dia tak nampak sekarang. Makanya dah sebulan abang zul tak balik kampung menjenguk maknya. 

"Ipah tak boleh drive kan ke mak?" Ipah ni anak abang zul.
"Hari tu patutnya Ipah drivekan, tapi demam pula. Tak jadilah balik kampung"

Aku pun dengar je lah. Nak buat macam mana, tunggu jelah sampai habis fasa pasang stent abang zul tu.

"Itulah ada anak sorang, bila da tua macam tu lah. Itu anak sorang, kalau takde anak tak tau macam mana"

Alamak! Kona ke aku ke ni?

"Entah lah mak, tak tau lah macam mana. Duduk dengan kawan lah kut. Kawan sakit, kita tengok, kita sakit kawan tengok. Sama-sama sakit, layan le sesama"
"Ko pergi la ambil anak angkat ke"

Erk. Tak pernah terfikir setakat ni. Hmmm.

Tiba sedih lak perbualan random petang ni. Semalam ada buat silap kat projek, hari ni nak cuti ada part masih xdapat deliver terpaksa pas kat orang lain. Semuanya dah buat rasa sedih. Campur perbualan ni, adeh makin sayu rasanya. 

Tuhan, aku masih makhlukMu yang berguna kan? despite all this flaws. 
Kenapa ya, makin kesini makin mudah tersentuh. 

Ok itu jelah nak ceritanya. Nama juga santai random2. InsyaAllah malam ni nak memulakan jaulah ke Mersing berempat. Siapa itu? hehehe. Nantilah cerita. Oh ya, aku pun ada nak cerita tentang trip ke Jelebu aku last week. Ingatkan ya. 

Banyak benda nak cerita tapi sering kalah dengan rasa malas. Allahu.

Till then,
2/8/2024. 5 petang.

23 July 2024

Excite-ment

Aku pernah terdengar, orang cakap untuk memaksa otak kita terus sihat, kita kena selalu membuatnya excited. Kita kena selalu teruja. Adrenaline rush lah kut kan? Kalau aku ingat-ingat balik, dulu masa mula-mula aku masuk asrama, uish seram sejuk. Tapi lepas 5 tahun rasa biasa je. Pastu masuk matrik, pun anxious lagi sebab first time nak masuk kelas mix gender. Disebabkan matriks ni kejap je, tak sempatlah aku nak merasa bosan tu, tup tup dah habis. Masuk UM pulak, nervousnya sebab apa? oklah biasalah kan sebab nak start benda baru, dalam masa yang sama, sebelum aku masuk UM, naqibah masa di KMPP dulu ada bagitau yang akan ada kakak di UM akan contact untuk penerusan usrah. Pergh, siapa kakak ni? gila tak nervous. 

Aku ingat lagi masa tu 2006, baru habis haluansiswa, kira minggu yang senior da masuk. First week lah masuk kelas. Hari Rabu aku dapat sms ada kakak ajak iftar di tadika dia bagitau yang dia dapat nama aku dari naqibah aku masa di KMPP. ok aku pun yakin je ni. Masa ni memang takde husnuzon langsung dalam kamus hidup, sentiasa yakin dan percaya dengan Allah akan membantu niat kita kejalan kebaikan. Allahu!

Biasa nya kelas akan habis paling lewat 6 petang, kelas TITAS or Hubungan Etnik. Dan biasanya juga, untuk aku yang duduk di kolej 9 (di luar UM) haruslah bersegera pulang. Nak balik tu jalan kaki lebih kurang 30 minit. Tak ke terlanjur Maghrib dijalan kalau berlengah-lengah?

"Aisyah, awak tak balik lagi ke?" tegur Aimi. Kawan sama matrik merangkap sama kolej kediaman.
"Tak, ada nak jumpa orang"
"Awak kenal ke orang tu wak? awak ni main suka-suka je ikut orang. Bahaya lah" sambungnya lagi
"Baru first time nak jumpa ni. Tapi insyaAllah takde pape"
"Ish awak ni, hati-hati ya. Apa-apa call, saya balik dulu ya"

Masa tu tak fikir lah pasal akan kena scam ke apa kan. Yakin sungguh noh. Kakak tu pulak mai lambat sikit. 6.45 ada kut dia sampai. Aku time tu baru nak terfikir, kalau betul kakak ni tak ambil aku ni, nak balik macam mana ni. Alhamdulillah kakak tu datang jugak. Eheh.

Banyak lagi siri mendebarkan masa zaman U ni, presentation kat depan kelas pun nervous okey. pergi program di Gombak sorang-sorang. Join wakil calon tolong kira undi di DTC, lepas tu balik jalan kaki sorang ke kolej 12 jam 3 ke 4 pagi habis kira undi. Allahu. Yakin kan tadi. Adeh lah kalau ingat2. Putus urat takut ke ek zaman muda ni? 

Lepastu zaman kerja. First kerja, kena pergi Sandakan, present sistem dekat client. 
2nd job, yang mendebarkan adalah first time nak bekerja dengan Cina, India. Kitanya memang dari kecil ngan orang Melayu je. 

Masa aku 2nd job ni lah aku bertemu dengan GEMA. Oh, masa zaman Uni, aku terlibat aktif dengan Karisma. Lama jugak sampai dah beberapa tahun selepas habis belajar masih dengan Karisma sehinggalah berakhirnya zamannya, dan digantikan dengan persatuan baru yang lebih relevan dan berdaftar. Masa nak ke GEMA ni, mostly geng2 Karisma ni dah berkahwin dan tak berapa nak rancak dah beraktivisma. So sedang elok la aku jump to another wagon. 

Di GEMA aku start buat program outdoor. Seronok sebenarnya GEMA ni. Banyaklah pengalaman buat dikenang-kenang. Join explorace, masuk gua, main canoo, candat sotong, camping, hiking, fun run, viper challenge (wow!?)  

Tapi, nama juga dunia. Tak ada yang kekal. berhujung akhirnya.

Masa GEMA di hujung2, aku sempat berpindah ke game, PUBG. Bolehlah, mengubat rasa bersosial dari dunia nyata ke dunia maya. Namun ternyata, selepas 3 tahun, tidak lagi mengujakan.

 Apa ya, yang bisa memberi adrenaline rush lagi diusia dini?

21 July 2024

Nur Farah Kartini & tugas kita

Kes yang paling viral baru-baru ni, kes Nur Farah Kartini. Hilang beberapa hari, kemudian ditemui sudah meninggal dunia di dalam ladang sawit. Dah beberapa berita kes macam ni.
Tapi kisah dia ni agak boom jugak sebab mangsa adalah seorang yang bright, bijak, cantik, baik. Perfect. Ramai orang kenal, ramai orang sayang. 

Post kejadian, few jugak aku nampak (kebanyakannya) para pendidik yang bagi nasihat kat adik-adik dan anak-anak perempuan, nasihat-nasihat kehidupan. Biasalah kita waktu muda-muda memang banyak benda kita tak tahu. Apa keadaan yang mengancam atau merbahayakan kita pun kita tak dapat nak teka. Jadi pentinglah sisi pandang orang tua atau orang lebih dewasa dalam kes seperti ini.

Hari ini sebenarnya aku bukan nak cerita kan tentang kes Farah ni. Aku nak menyorot kembali kejadian masa aku di matrikulasi. berbelas tahun yang lalu (uuuwww tuanya rasa) 

Ada satu kes yang besar terjadi di tahun itu melibatkan pelajar dari matrikulasi kami. Di awal tahun itu, ada 2 pelajar ditangkap basah di motel di Pulau Pinang dan yang lebih menjadi kes itu besar, kerana kejadian tersebut menjadi berita utama di akhbar Kosmo waktu itu. Dan kedua-dua pelajar itu digantung sesi pembelajaran mereka. Elok pulak masa tu dah hampir ke minggu peperiksaan. Pensyarah pun kebanyakannya membuat kelas tambahan mengenai teknik menjawab soalan dan ulangkaji pantas macam tu.

Jadi ada satu pensyarah Biologi masa tu, mengulas mengenai kejadian tersebut. Masa aku dengar tu, aku rasa macam mak-mak lah menasihati anak. Satu kelas terdiam, hening suasananya. 

"Mak ayah kalian menghantar kalian kesini bukan untuk kalian buat perkara-perkara macam tu. Mereka hantar kalian untuk belajar, bukan nak bercinta. Saya ingat lagi masa kejadian Norita Samsudin. Keluarga dia sampai lari ke hutan. Malu dengan kejadian tu. Satu Malaysia kenal, mana nak letak muka. Kalian boleh lari menyorok masuk almari, tapi mak ayah kalian kat kampung macam mana? Kalian ingatlah mereka kat kampung bila nak buat sesuatu. Kita ni, duta mak ayah kita. Janganlah malukan mereka."

Allahu. 

Kejadian tu takdela kaitan dengan aku, aku pun tak kenal kedua pelaku. Tapi asbab dari kejadian tu, aku belajar perspektif baru dalam hidup. Kita ni, bukan milik kita semata. Sehingga semua kita buat nak ikut kepala kita saja. Kita juga adalah cerminan kepada mak ayah kita. Kalau nak buat sesuatu jangan ambil ringan, fikirkan kesan kepada mak ayah juga. 

Sekarang, aku pulak dah seusia macam pensyarah aku waktu tu. Dah tiba masanya aku pulak memberi nasihat kepada anak-anak dan adik-adik semua. 

Kita berikthiar, berusaha. Setidaknya di pihak kita, kita dah buat sehabis baik untuk menjaga kehormatan kita dan maruah keluarga. Namun sekiranya tetap terjadi, itu mungkin telah tertulis di dalam takdir. Semoga kita di selamatkan Allah dari ujian yang berat seperti banyaknya kejadian akhir-akhir ini.

**kes Farah ni mengingatkan pula pada kes Inspektor Saderi, sekitar tahun 80an dahulu.

Wallahualam.

12 July 2024

Rumah Tinggi

Bila da banyak masa bersendirian ni, banyak pulak idea nak menulis. Tapi tu lah, kadang time tak match. Kadang idea muncul tengah driving. Dah, mana pulak caranya nak terus menulis kan. Jangankan nak tulis note dalam phone (tentang idea tu) nak record the idea verbally as recording pun tak dan oi. Maka, macam biasa lah, bila tibanya masa nak menulis, memang dah gone la all the idea. Short term betul dah ingatan aku ni.

Hari ni aku mengangkat baju yang di ampaian, lalu teringat akan memori lalu. HAHA. Se-sepele itu nampaknya hidupku ya. 

Sekitar tahun 2005, aku berada di Pulau Pinang. Masa tu aku matrikulasi kat sana, KMPP. Ada satu masa hujung minggu ni, saja aku mengikut kawanku bermalam di rumahnya. Hujung minggu biasa, bukan minggu balik kampung pun, kebetulan member ni memang orang Penang. Oh dia kawan sama sekolah dulu, dan dapat matrik yang sama. Arina. Close lah jugak, 2 tahun satu kelas.

Maka aku pun lepak rumah dia weekend tu, rumah dia apartment. Rasa macam first time pulak ke apartment time tu. Kalau setakat rumah flat (yang ada lif) tu dah biasa dah, sebab rumah Pak Lang kat KL rumah tinggi. Ni rumah dalam 5 tingkat gitu kena naik tangga. Kita kan orang kampung, rumah tanah je.

Hari Sabtu tu mak ayah dia kerja, adik-adik dia pun takda pagi tu. Adik dia ada sorang lelaki bawah dia dan bawah lagi adik kembar, lelaki dan perempuan. Bangun dari tidur aku tengok dia sedang mereneh kaki ayam. Oh lupa, dia anak sulung. Jadi auto rajin buat kerja rumah. HAHA.

Dan nak cerita nya masa tu lah first time aku tengok orang sidai kain dalam rumah. Takde lah dalam rumah, tapi kat balkoni rumah yang dipasang gril, lepas tu dia naik kerusi untuk sidai baju kat situ. Pastu aku macam, oh macam tu sidai kain kat rumah tinggi camni. Rilek je, takyah pakai tudung pun, kita kalau kat rumah tu memang kena cari tudung, cari baju lengan panjang, haruslah kan.. kena keluar kat ampai tepi rumah. 

Dan ternyata sekarang, macam tulah aku sidai kain. Sebab sekarang pun aku duduk rumah tinggi. Huhu. Macam tu je roda hidup berpusing pusing. 

[2011] - Makan malam after ke Wedding Dora

[2011] - Bermalam di rumah Arina (rumah yang tanah, byk rumah dia) sebelum ke kenduri Sal

*Aku takde gambar kat rumah Arina yang rumah apartment tu sebab time 2005 tu, henfon aku basic lagi, takde kamera. dan ofcourse takde digital camera lagi time tu. 

Gitu je? hahaha.. gitu jela idea sambil angkat kain. Korang kena lah paham. Hidup aku ni simple je gais. Jangan lah nak bayangkan cerita wow sangat. Kite eshe2 je geng. Menumpang hidup sementara di beri hidup olehNya. gituh.

Aku akan cuba sedaya upaya terus menulis once dapat idea. Sebab kalau tak just shoot time tu, confirm gone la the idea. By the way, ada ke lagi yang masih layan blog sekarang ni ha? HAHAHA. Ramai duk skroll tiktok je dengarnya sekarang. 

K lah, till then gais.  

PJ, Julai 2024.