Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

11 April 2022

Tukar Absorber

Minggu lepas, radiator kereta kila rosak. Jadi hantarlah bengkel dekat dengan pejabat ni. Tahap dekat dia kalau jalan dari bangunan pejabat ni, kurang 10 minit boleh sampai. Dekat sangat kan? Cerita kila ni asbab je, pembuka kepada kisah aku.

Sejak aku kemalangan tahun 2020, aku perasan kereta aku ni bunyi dia semakin meriah. Apa yang syok sangat tak tau kat dia, semua benda nak bunyi. Kadang macam nak runtuh je bunyi besi2 berlaga antara satu sama lain. Bunyi tu kadang behave sikit lepas servis berkala tu.

Awal dulu, enjin pun ada mengaum2 sikit. Lepas hantar servis perodua, dia ada buat mounting. Ok dah part enjin setel. Tapi part bunyi besi kat bahagian bawah ni tak hilang juga. Macam yang aku ceritakan sebelum ni, aku tunggu quotation harga untuk buat kat perodua, tapi tak dapat lagi. Cuma aku ada juga lah tanya-tanya dia agak2 berapa kena standby untuk bayaran nanti, dia bagitau lebih kurang 3k. Gulp, masyaAllah!

Ok, berbalik pada cerita kila tadi. Jadi petang esoknya tu, masa kila ambil kereta aku pun minta pakcik tengokkan kereta aku tu. Sementara kila setel2kan kereta dia, pakcik pun ronda2 jap pakai kereta aku. Pakcik pun bagitau kena mounting dan ada leaking dekat enjin kena tukar barang. Bincang punya bincang, aku pun setujulah untuk perbetul kereta ni dalam 2 hari bekerja. Kira pagi hantar, petang ambil. Senang kan. Sebabkan pakcik tu bagitau yang nak kena tukar tu sama macam perodua bagitau hari tu, jadi aku proceed je lah. Nak tak nak kena juga baiki. 

So tukar absorber dan mounting.✔ Tukar lower arm kiri ✔ dan pelbagai lagi. Jumlah: 1.7k

Pakcik bagitau, sebabkan aku punya kereta hari tu kemalangan, insurans cover untuk bahagian yang kena je, jadi aku punya lower arm tu tak balance kiri-kanan. Satu lama satu baru. Sebab tu dia bunyi. Ni dah tukar, Alhamdulillah takdak dah bunyi2 nak runtuh tu. 

Moga boleh melaju lebih jauh lagi. 😊 Sekian tu je nak update. 

23 March 2022

Tukar tayar

Ok saja jot senang nak rujuk nanti. Jumaat lepas aku pi servis kereta. So dah tukar tayar dan bateri kereta. Aku pun tak ingat last time aku tukar tayar. Tapi bateri aku tukar 2019. 2 tahun lebih skit je lah kiranya dia bertahan. Aku syak mungkin boleh je lah lagi guna bateri tu, tapi malas lak aku tunggu sampai betul2 habis kan. Kang macam-macam plak nak setel. 

So, harga tayar RM170 x 4 bijik. Bateri tu harga seratus lebih kut. 

Selain dari both benda ni dan beberapa basic servis yang lain, orang tu ada juga bagitau aku punya enjin dan juga rangka bahagian bawah kereta tu dah kena tukar. Benda tu buat bila bawa kereta dia ada bunyi macam nak runtuh tu. Kalau boleh betul kan yang tu hopefully Vijay boleh kembali muda remaja. Hehe.

Tapi tu lah masalahnya dia cerita nak hantar emel anggaran kos tapi sampai sekarang tak dapat pun lagi. 

Sekian, itu aja lah sedikit update tentang tayar. 

02 March 2022

Nasi Lemak Bonet dan Bubur Beratur

Hai gais! Bertemu lagi kita. Ahai rancak lak menulis en sekarang ni. Sajalah sementara momentum menulis tu ada kan.

Ok nak cerita. 

Cerita dia macam ni, kawan aku ni takde kereta minggu ni. Jadi dia naiklah keretapi pergi kerja. Maka semalam Selasa, aku pun ambil dia di LRT. Saja lah balik kerja semalam aku usulkan kat dia,

"Eh alang-alang awak naik LRT ni, lajak lah ke Masjid Jamek cari sarapan. Bubur tu.. dia dekat je ngn LRT"

"Eh betul jugak tu"

"Nanti akak park kat Kg Baru then kita jumpa kat Masjid Jamek. Lama ni tak gi sana"

Hari ni

Dan, perjalanan pun di mulai. Seawal 7.21 pagi aku dah dapat text 

'Kak Sarah, Qlah da naik tren'

Aku pun segera bersiap dan bergerak menuju LRT Kg Baru. Alhamdulillah gerak awal ni line clear. Sampai kat LRT Masjid Jamek. Tengok sekeliling. Ok ada yang dah berubah ni. Tengok kemah2 kedai sarapan dah makin rancak. Turun je dari tangga LRT dah berderet kedai. Kedai jual air neskepi saja pun ada. Ada orang jual bubur jugak! Aku aim memang nak cari bubur turun Masjid Jamek ni. Dulu ada satu kedai bubur ni, orang beratur panjang gila nak beli. Tapi memang sedap lah. Hancur gak sikit hati aku tadi sebab Qilah bagitau, kedai tu da tukar tempat. Nampak ada orang lain jual, terubat sikit kehancuran tersebut. Bubur sebekas setel, RM3.50


Aku teruskan berjalan sampai ke simpang HSBC. Dekat sinilah terletaknya nasi lemak lagenda untuk yang pernah berkerja di bangunan lama yang terletak di Dataran Merdeka. Nasi lemak bonet! Kenapa nasi lemak bonet? sebab depa jual nasi lemak dari dalam bonet je sis. Sampai, park, bukak bonet dan perniagaan bermula. Nasi lemak ni bagi aku sedap, sambal dia menepati citarasa tekak aku, tapi aku tak favor sangat yang letak nasi banyak ni. Jadi takdelah kegilaan sangat untuk aku, tetapi tidak untuk Qilah dan kawan2 yang lain ya. 




Kat simpang HSBC tu aku nampak Qilah, dan sebungkus plastik merah jambu ada 5 bungkus nasi lemak bonet pelbagai lauk dalam tu. Ada happy, keinginan dia tercapai. Pulak tu dari kakak yang beratur depan dia cerita, semalam nasi lemak tak buka, mujur plak hari ni buka. Kalau tak keciwa lagi tadi. huhu.

Tengok kedai yang biasa pi dulu, trak abang sado - (signature: nasi lemak paru), keria gula merah pakcik motor, cucur sayur n cekodok abg trak, semua takdak dah. Tapi banyakla kedai lain naik. Lagi rancak dari dulu. Taktau la diorang ni memang dah takde atau dah bertukar jadi khemah dah takde trak lagi. Biasalah pi pagi ni, terkejar kejar sikit. Tak sempat nak belek semua.

Selesai dapat kan makanan target kami, kami pun bersegera ke LRT untuk balik ke Kg Baru. Perjalanan tamat, dan kami makan di kafe bangunan, sambil order neskepi ais sebab letih beno rasa berkejor pagi2 cari sarapan. Lama tak jalan banyak. 

Till next trip,

Sekian.

25 February 2022

Sekitar soalan tentang jodoh

Dulu masa umur aku 23 atau 24. Aku selalu usrah di surau. Usrah tu biasanya buat lepas maghrib, pastu break isyak, then sambung sikit lepas isyak. Selalunya takdelah lewat sangat habisnya. Kira-kira dalam 9.30 atau 10 macam tu habis lah. 

Satu hari ni, ada sorang kakak. Dia tengah tunggu nak ke program lepas isyak. Bila dia nampak kami duduk berbulatan gembira tu, dia join la kami hat sebelum isyak tu. Sementara adik-adik pi amik wudhuk nak solat isyak, saja lah aku berbasa basi dengan kakak tu.

"Akak umur berapa?"

"27 tahun"

"27 tak kahwin lagi kak?" aku tak taulah tone aku pakai masa tu tone apa. Yang pasti aku tengah terkejut lah masa tu. Rasa lewat sangat dah tu 27 masih tak kahwin lagi. 

Kakak tu tak menjawab. Dia senyum je. Lepas dari soalan tu, aku rasa bersalah yang amat. Mulut masa muda memang tak pandai di bedung. Allahu. 

Dan semakin aku meningkat usia, semakin aku faham makna di sebalik senyuman kakak tu. Memang ada soalan, tak ada jawapan ketika itu. Seiring masa kita akan tahu jawapannya. Sebab sampai sekarang aku pun tak ada jawapan kalau orang tanya soalan tu kat aku. 

"35 tak kahwin lagi kak?"

Bila sekarang aku terima soalan2 macam ni, aku ikutlah mood time tu macam mana, aku jawab la dengan serius ke.. kadang main2 ke. Ikut situasi, tapi jaranglah aku melenting (pernah ke ek?) Yang pasti, i get my karma back. Dulu aku tanya orang, sekarang i get back the exact question. Aku tak blame sesiapa. Haha.

16 February 2022

Lemah.

Dulu, masa sekolah, aku seorang yang penakut (sampai sekarang pun sebenarnya, tapi for some situation its getting better - guess aged help a lot) Jadi tak banyak pencapaian yang aku dapat capai masa kat sekolah. Aku tak main outdoor, sebab memang tak berbakat. Takde langsung terlibat dengan aktiviti yang mewakili sekolah. Tak kisahlah main padang atau pun pertandingan2 macam kuiz Matematik atau sebagainya. Aku sekadar lepak kat sekolah dan meneruskan hidup seperti orang kebanyakan yang sangat biasa. Untuk kasi markah kurikulum ada, jadi aku joinlah persatuan2 ambil post2 macam bendahari ke setiausaha ke. camtu. Dapatlah tambah mata kan nak apply pengajian tinggi nanti. 

Bila zaman universiti, masih join persatuan. Tapi jadi penggerak gitu je lah, tak pernah lah jadi speaker or someone yang boleh di bilang significant gitu. Setakat bergerak di universiti sendiri, tak pernah sampai ke peringkat pusat. Orang biasa-biasa yang men'cuba' gitu. Dia lebih kurang, kalau orang tanya kenal tak Sarah? yang mana satu ye. ha camtu, punya lah biasa dia tu. 

Dah habis belajar, dah kerja.. kawan-kawan zaman uni dulu pun sorang-sorang dah kahwin dan berkeluarga, aku men'cuba' lagi. Kali ni aku try outdoor pulak. Fuh, ni memang totally new things sebenarnya. Sejak bila aku outdoor person. haha! Memang lemah lah cerita dia. Orang semua dah berdesup stamina level mokhsha, aku jugak yang masih menyiput tapi terus mencuba. Aku start dengan kelab ni 2013 dan pada akhirnya 2019 baru boleh hiking tenang2 macam kawan2 yang aku jumpa di 2013. Jauh tu gap dia! 6 tahun! Ha tapi tu lah tu, elok nak dapat pace, pandemik melanda. Memang habis kemana hala lah aku punya pace tu. Badan pun makin membadak sekarang. Bye bye lah kut. Sekali lagi, aku noob.

Dah pandemik pulak, aku terjebak lah di dunia game. Game tembak2 ni kan. So ko kena lah handal menembak, tak gitu? Setiap game, kau kena dapatkan kill baru lah kill/death (kd) rate kau tinggi. Kira makin tinggi kd kau, makin handal lah kau. Dan aku? Masih mengekalkan kd 0 aku dari mula aku main sampai sekarang. Kalau tengok rank, ada lah meningkat dari season ke season, tapi dari segi kd, makin lama makin turun lagi ada. Lingkungan kawan2 aku sekarang? sekolah rendah hingga awal 20an. Tapi mostly budak skolah lah. Antara ayat yang aku pernah dengar dalam game ni.

"Kak, sampai bila kak nak jadi beban kepada team? akak kena lah belajar jugak" akif, 10
"Akak start main awal sebulan dari saya, tapi kd akak masih 0. Akak kena training lebih kak" irfan, 14 

Sebenarnya dah lama aku fikir. Apa je yang aku hebat dalam hidup ni. Memang langsung tak hebatlah, lemah! But, nice try though~ Haha! (siapa lagi nak lift up diri sendiri gais, kalau bukan diri sendiri) 


Buat adik2 PUBG, ko tunggu aku menyinar. Lagi 6 tahun aku shine. 
(Lol? takkan 41 main pubg lagi gais? wkwkwkwk) 😆