Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 July 2024

Bukit Jugra & Temasya (22 Jun)

Macam biasa, setelah isu perdebatan berlanjut dari pagi hingga ke malam (aktiviti setiap Jumaat), maka diputuskanlah untuk ke Bukit Jugra sebagai aktiviti riadah mingguan pada 22 Jun yang lalu.

Ahli Rombongan: Kak Nora, Along dan aku.

Akulah yang agak reluctant untuk ke sini pada awalnya, sebab rasa macam jauh sangat Jugra ni ya. Sejam perjalanan. Kena bangun awal pagi. Kerja pula habis 12.30 malam. Tapi tak apalah, aku pun tak pernah ke Jugra, kalau tak pergi kali ni, mungkin kena pergi lain kali. Kasi jadi je lah.

Masa kerja tu, aku dah fikirkan dah baju apa nak pakai, makanan dan beg apa nak bawa. Maka tak jadi isu sangatlah untuk bergerak awal esoknya.

Sabtu, 22 Jun 2024 

Seawal jam 6 pagi aku dah bersiap menunggu ketibaan along sebelum bergerak pickup kak Nora. Sambil tunggu along tu sempat pekena nasi putih telur mata. 

Lepas pickup Kak Nora maka meluncur lah kami menuju ke Banting. Singgah sebentar di gerai tepi jalan, membeli kuih muih sebagai pelapik perut untuk along dan kak Nora yang belum sempat bersarapan.

Sekitar jam 8 ke 8.15 pagi sampailah kami ke trail head Bukit Jugra (sebelah Masjid Al Muttaqin, Permatang Pasir) ke toilet dan terus memulakan pendakian. Bukit Jugra ni sebenarnya takdelah tinggi sangat, tapi sebab starting dia tu jalan tar yang terus menaik, awal-awal dah sedikit minta nyawa. Sikit je jalan tar, sampai di Tangki Air Bukit Jugra, barulah trail memasuki hutan bermula.




Pada pandangan aku, hutan Bukit Jugra ni cantik jugak. Dia jenis lebih kurang Bukit Wawasan di Puchong dan Bukit Saga di Cheras kawasan hutan yang di jaga, normally tempat-tempat macam ni ada cina yang rajin datang sapu2 dan kutip sampah. Bagus diorang ni. Macam biasa, disebabkan kami ni takde guide, so teknik biasa follow the flow. Agak-agak tak tau jalan, tanya je hikers yang lain. 

Awal-awal nanti korang akan jumpa simpang Y. Ke kiri akan naik tangga so dia akan agak menguras tenaga sebab naik terus tapi jaraknya pendek. Sementara ke kanan, sedikit lebih landai tetapi jalannya akan lebih panjang. Untuk kesihatan sejagat, haruslah kami memilih laluan kanan (lebih afdhal) Masa kami lalu, sempatlah melintas 2 orang adik ni sedang bertenang menaiki bukit. Dah dapat coordinate lanjut, kami menuruskan perjalanan sehinggalah ke satu simpang. Dah confuse nak naik peak. 

Tengah tunggu bantuan untuk menentukan arah

Rupa-rupanya, selain trail ke puncak Jugra, ada juga trail untuk ke puncak Rajawali dan ke rumah api Bukit Jugra. Namun yang demikian, semangat hari ni tidak seutuh mana, kami pun decide untuk ke puncak Jugra je. Sebab kitorang tak sure jalan (dan berapa jauh untuk) ke Rajawali. Setelah berhenti lama di simpang tu, kami berjumpa lagi dengan adik berdua tadi, diorang tau trail ke Rajawali tapi hari ni tak kesana, jadi kami pun ikut je diorang ke puncak Jugra. 

Orang yang kami jumpa ni, namanya Zira dan Zuwa. Bukan biasa-biasa rupanya. Memang warga local yang frequently datang ke sini. Siap bagi plan untuk kitorang pergi lepas turun Bukit Jugra. Allahu! Pucuk di cita ulam mendatang. Trip asal hike Bukit Jugra dah bertukar jadi Trip pusing2 Jugra.

Zira ni peniaga burger, Zuwa pun bisnes juga (tapi tak pasti bisnes apa). Padanlah diorang boleh je datang Jugra ni on pagi weekdays. Diorang cakap weekdays biasanya diorang ikut laluan tar ke rumah api. Kalau weekend je akan naik hike ke puncak Jugra. 



Dekat puncak tu agak lama bersantai sebab ada hammock. Santai jugak kat situ. Kemudian kami ke atas sikit dan melihat satu kawasan yang agak lapang seperti padang. Ada jumpa 2 aunty Cina kat situ. Kami tanya-tanya juga lah aunty tu dekat tak kalau kami nak ke rumah api. Aunty cakap dekat, dalam 30 minit. Tapi bila fikir balik fitness aunty ni, tak jadi kami nak terus ke rumah api. Aunty tu cakap 30 minit, mungkin sampai kat aku jadi sejam. Kami ikut cadangan 2Z je, ke rumah api menggunakan kereta. Turun dari puncak, kami follow je Zuwa dan Zira. 


Sampai di kaki Jugra, kami membontoti kereta 2Z menuju ke Masjid DiRaja Sultan Ala'eddin atau Masjid Bandar yang dibina pada tahun 1905. Masjid ini pernah menjadi masjid negeri dan merupakan masjid tertua untuk Negeri Selangor. Ciri-ciri reka bentuknya adalah campuran India-Muslim dan Islam Timur Tengah. [Baca lanjut] Bila dah sampai baru aku perasan aku pernah sampai sebenarnya kesini beberapa tahun yang lalu untuk Mukhayam Akhawat. Masa tu masjid ni masih dalam pembaikan. 

Di hadapan Masjid Alaudin

Berhampiran dengan masjid ini terletaknya Istana Bandar. Apa istimewanya Istana ini? Istana ini merupakan bekas pusat pemerintahan awal kerajaan negeri Selangor. Ia juga dikenali dengan istana 40 bilik dan Istana Alaeddin. [Baca lanjut]

 
Di sekitar Istana Bandar

Setelah seketika berjalan di sekitar istana, kami seterusnya dibawa ke Wan Ikan Bakar untuk santapan tengahari. Sambil makan, barulah kami mengambil masa untuk berbual dan berkenalan serba sedikit tentang masing-masing. 2Z dah kahwin, both suami tak minat hiking, tapi membenarkan isteri diorang ni hiking dengan syarat diorang pergi berdua. So sweet. Haha. Oh by the way, jemputlah try kedai ni jika ke Jugra. Sedap juga.
 
Mengiurkan sekali hidangan di Wan Ikan Bakar.

Ketika memilih lauk, Zeera mendapat panggilan dari suami, mungkin dah lama sangat dia diluar, anak-anak perlukan perhatian mak juga kan. Jadi, setelah makan, mereka menghantar kami ke Muzium Jugra dan kami berpisah disitu. Terima kasih banyak 2Z untuk menemani perjalanan yang singkat tapi cukup bermakna. 

  
Di hadapan Muzium Jugra

Muzium Jugra ini pada asalnya merupakan sebuah balai polis daerah atau lebih dikenali sebagai ‘Rumah Pasung’. Bangunan ini berfungsi sebagai tempat untuk pesalah-pesalah jenayah menerima hukuman, menerusi sistem kehakiman British pada ketika itu yang mana bahagian atas merupakan sebuah mahkamah manakala tingkat bawah digunakan sebagai penjara. [Baca lanjut

Dari Muzium Jugra, kami menuju ke rumah api Bukit Jugra. Kat sinilah kalau korang biasa nampak iklan paragliding tu. Diorang buat kat sini lah. Dari sini korang akan nampak Sungai Langat dan kawasan sekitarnya.

  

Turun dari rumah api, kami sempat singgah di Pantai Morib, tapi sebab air surut tak cantik nak bergambar, mostly lumpur je yang kelihatan, makanya singgah untuk solat Zohor saja di Masjid Jamek Jamaiah Morib dan meneruskan perjalanan. Sebenarnya ada expo makan2 gak kat tepi pantai tu, tapi Kak Nora tak nak membazir waktu, jadi tak jadi la kami nak singgah. (Oh nasib baik juga, sebab sebenarnya petang yang sama, jam 5.30 aku ada program juga di Masjid KD)

Destinasi terakhir adalah, mencari kedai kerepek di Banting! Hey, dah sampai belah2 sini please la singgah ya, Banting darul kerepek gais. Ehehe. Antara yang di sebut oleh 2Z adalah kerepek Fazz dan kerepek Ros. Tapi aku ingat yang Fazz je sebab ala2 Fazura gitu. Maka kami ke kerepek Fazz. Tak dan bergambar dalam kedai, jadi layan jelah ihsan Google ya! Kat tepi2 rumah orang gitu kedainya.

Bersemangat SS google maps tau untuk korang ni!

Tu dia, nampak tepi tu ada rumah orang

Begitulah perjalanan impromptu ke Bandar Temasya! Dari plan asal nak gi Jugra je, eh malah lagi panjang langkahnya. HAHAHA. So gais, kita cuma merancang, tapi percayalah Allah always have the best plan for us. Kita hanya perlu sedikit usaha mengalihkan selimut pada Subuh yang sejuk untuk memulakan petualang! yihhh!

Oh ya, sebenarnya sebelum ni aku pernah baca-baca juga pasal Bukit Jugra ni, rentetan ada kes orang kerasukan ketika mendaki Jugra September tahun lepas. So, ada kisah mistik juga. Kalau korang minat pergi la search ek. Biasa lah, tempat2 lama memang gitulah. kan?

So yeah, wadidaw! till next journey teman2!

14 June 2024

Senja, kadang kala.

Masa tu ada rombongan bawa budak2 PPR Lembah Subang keluar. Jadi destinasi yang diorang bawa ni dekat je sebenarnya dengan PPR tu. Aku sebagai pengiring tak amik port sangat pemilihan tempat. Yang aku tau, aku kena teman je lah kan bawa anak2 ni. 

Tempat ni tak jauh sangat dari PPR Lembah Subang, dia macam convention centre gitu. Pastu ada 1 event yang di hadiri oleh ramai lah budak2 dari pelbagai kawasan. Aku taktau apa yang kalut sangat, aku jadi yang terakhir masuk. Aku ingat kena register, semangat aku beratur belakang abang polis ni. Alih2 sampai dekat kakak kaunter, dia cakap takyah pendaftaran pun, masuk terus. 

"Pintu nak masuk yang mana ya?"
"Akak masuk je tepi ni, betul2 sebelah ni pintunya. Tapi kalau akak masuk pintu yang lagi satu, view dia lagi cantik kak" kata adik kaunter
"Seriuslah? Oklah, nak ikut pintu tu"
"Nanti kalau dah tengok, tolong2lah viralkan tempat ni. Tempat ni baru lagi" - kata sorang acik lagi yang turut berada di kaunter
"Boleh.." Dalam hati aku dah bersemangat, nanti weekend nak ajak kak Nora datang sini Kalau betul-betul cantik, why not kan?

Aku baru je nak melangkah keluar bila menyedari adik kaunter tu pun mengikuti aku. Sambil lead the way. Wah, baiknya adik ni.

Betul-betul keluar je dari bilik kaunter tu, adalah pintu masuk ke dewan. Besar nampak nya dewan tu, bertingkat-tingkat, persis auditorium kalau zaman universiti dulu. Adik tu meneruskan langkah ke bahagian sisi dewan tu. Aku membontoti. Melewati bucu luar dewan, aku nampak dah pintu sisi dewan. Tapi, tergamam seketika dek kerana view langit yang beransur senja di sebelah kanan aku. Subhanallah.


Aku tolong lukis kasi korang paham sikit

Adik tu tak berhenti disitu, dia meneruskan langkah ke bangunan sebelah yang masih dalam pembinaan dan menaiki tangga di situ. Aku macam biasa terus menuruti langkah adik tu. Sampai ke atas bangunan tu, memang lagi masyaAllah ya lukisan langit senja yang terbentang. Allahuakbar. Cantiknya! Warna langit masa tu purple pinkish macam tu. Memang ngamlah.

Dia lebih kurang view macam ni, cuma langit dia tu purple2 pink gitu

"Eh kakak tu baru buka pintu" suatu suara menyapa kuping telinga.

Baru aku perasan selain kami ada lagi beberapa budak perempuan yang lain. Kalau dari gaya diorang ni, aku rasa budak universiti. Mungkin dalam awal 20an. Umur yang memang tak takut apa-apa. Umur yang kalau boleh aku nak menakluk dunia. Diorang panjat menara kat sebelah bangunan yang kitorang naik. Kira nya illegal lah diorang naik tu. 

"Kalau tau tadi baik kita ikut je kakak tu" ujar satu lagi kawan diorang.

"Yang kat atas tu turun sekarang!" kedengaran suara abang guard minta budak2 ni turun. Aku pun ngeri tengok kedudukan diorang ni. Memang berani lain macam dorang ni. Demi apa? takkan demi bergambar kut.



Lebih kurang beginilah kedudukan budak2 atas menara tu.

Aku yang tadi baru nak enjoy view jadi tak syok lak. Seram tengok diorang ni. Lepas kena jerkah dengan abang guard tu, masing-masing kalutlah nak turun. Punya kalut panik2 tu, tiba2 budak yang atas menara no.2 tu, senget. Menara dia nak runtuh gais! Allahu! Takkan aku terpaksa menyaksikan kejadian ngeri ini. Tuhan tolong!.

Tak kukuh gila menara tu boleh tumbang macam tu je. Tapi ye la.. nama pun masih dalam construction kan. Tak sampai disitu je, menara tu tumbang ke arah menara no.1, menara no.1 pun tumbang! Dah kedua dua menara menyentuh bangunan yang kitorang tengah berdiri ni.

Kejadahnya, bangunan kitorang pun tumbang! Allahuakbar. (Bila difikir balik, logik la kan menara tumbang sebab dia halus, dah bangunan aku ni petak, pasak besar, asal boleh tumbang jugak eh? kontraktor tak berdaftar ke cemana ni)

Dalam hati aku time tu memang mengucap panjanglah, sambil berfikir dalam hati "Macam ni ke pengakhiran hidup aku?" Allahu. Aku pun tercampak sama, mengikut pukulan bangunan itu terhumban.

Sebelum sampai ke tanah, mataku terbuka. Astaghfirullahalazim. Jam di tangan 1.45 minit tengahari. Aku tertidur dari jam 12.30 tengahari. Sejam tidur pun mimpi sungguh real. Bingung aku sekejap tadi memikirkan mimpi yang sangat realistik itu. 


Pagi tadi aku ada dengar podcast kat spotify, Ustad tu cerita tentang keindahan dunia ni sementara, tak kekal dan nilaiannya terlalu rendah dibandingkan keindahan di akhirat kelak. Berkali-kali ustad mengingatkan untuk kita berhenti mencari keindahan di dunia. Jangan terlalu terikat dengan kenikmatan yang sementara. Adakah mimpi ini sambungan dari podcast yang aku dengar? Menginsafkan.

Sama-samalah kita mencari pelajaran dan pengajaran dari kisah ringkas mimpi tengahari aku ni. 

Allahuakbar. MasyaAllah. Subhanallah. Astaghfirullah.
Innalillah.

Sekian, pen-off

3.28 petang,
Seksyen 19, Petaling Jaya.

17 May 2024

Pretty fast


Times fly by pretty fast.

Macam baru semalam je bersemangat nak menakluk dunia. Eh malah dah layu dah hari ni. Rupa-rupanya semalam yang disangka da 15 tahun berlalu. Zaman-zaman habis universiti. Zaman yang rasa everything kita boleh control, kita boleh usahakan. Kederat ada time tu. Duit takde, kita cari. Kederat yang sikit di push ke sana kemari. Selagi boleh push, kita push. pagi program lain, tengahari program lain, malam sambung tempat lain.

Allahu. those days...

Tangan pun dah berkedut haaa..

Sekejap je semuanya. Pejam celik satgi dah 40 tahun. banyak amal yang dulu di tangguh-tangguh dengan alasan busy tu.. sampai kesudah ke ditangguh? 

Kalau tidak bermula hari ni.. sedar-sedarlah kawan, esok lusa je sebenarnya mati itu.

Sekian, tazkirah seminit.

17.5.2024, jam 11.15 pagi
Kg Gajah, Perak.

08 May 2024

Mindset.

Semalam aku ada dengar 2 video bagaimana nak change kita punya view tentang hidup (terutamanya untuk yang jenis2 tak bersemangat nak pergi kerja @ nak mulakan hari) 

Video 1: Dia bagi satu simulasi untuk kita hipnotiskan otak kita sendiri, kira macam kita trigger atau kita luruskan minda kita untuk berfikiran positif dan bersangka baik dengan Allah. Sebelum tidur baca 
'Esok adalah hari yang baru dan Allah akan beri keajaiban pada aku' (ulang 3x) 
Bangun tidur nanti set lagi sekali 
'Tuhan, aku tak sabar dengan keajaiban apa yang akan Kau berikan pada aku hari ni'

Video 2: Peringatan dari PU Amin untuk mengamalkan doa 
'Rabbi yassir wala tuassir, rabbi tammim bilkhair' Ya Allah permudahkan urusanku, jangan kau susahkan. Engkaulah yang Maha menyempurnakan segala kebaikan'

Kedua-dua video ni tentang mindset. Tentang sangkaan. Macam mana kita nak turn kita punya prasangka negatif atau langsung tiada expectation, kepada sankaan yang positif. Kita, apa yang kita fikirkan. 

Tapi semalam sebelum tidur tak sempat pun nak mindset tu. Biasalah, main game sampai jam 1. Habis game terus gone. Gituh. Pagi ni pun kalut-kalut tak dan pun nak buat semua tu.

Pagi ni dah lewat jugalah, nak kena drop Jiha dulu kat LRT Kerinchi, then masuk balik UM ikut pintu KL. Masa nak sampai ke pintu KL tu nampak dah jem kat jalan hala Fakulti Perubatan. Allahu! Naya pak karim. Masa tu baru teringat nak mindset! haha!

Lepas hantar Jiha, tengok trafik nak masuk UM dah panjang gila. Ah takleh jadi, aku himpit kiri ikut federal masuk pulak UM ikut pintu PJ. Parkinglah aku kat DTC. Jam dah 7.50 pagi. Fikir-fikir oklah ni, kalau jalan ke PPUM, sampai dalam jam 8.10 gitu kut. 

Sampai kat lif tingkat 2, orang dah ramai. Dah bising juga lif tak stop ambil. Tengok jam 8.05 dah. Takleh tunggu ni. Naik tangga. 12 tingkat mat. Allahu! Sampailah tadi jam 8.13 pagi. Tapi takleh cakap apa dah. Sampai-sampai terus duduk amik nafas. Lepas sejam baru boleh bertenang dan bercakap. LOL.

So apa keajaiban hari ini?
1. Free exercise. Tanpa sengaja terbersenam. Duk selama ni bertangguh tangguh nak brisk walk, nak hiking. Ha amik la dua-dua terus Allah bagi.
2. Parking tempat biasa tu tutup sebab ada jamuan raya peringkat UM hari ni. Tak salah lagi parking kat DTC.
3. Dari petang semalam duk rasa macam nak demam tak demam. Dah di bagi bersenam hari ni, hilang dah pelbagai perasaan.

Looking forward for more miracle today and forever😍  
Alhamdulillah.

03 May 2024

Rokiah eksiden

Mengantuk betul pagi ni, terpaksalah menaip untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Hari ni sarapan awal betul. Sebelum 6.30 pagi dah sarapan. Menghabiskan lauk 'sederhana' semalam. Mungkin dia punya glucose tengah kick ke ni ek? tapi dah 3 jam lebih dari masa terakhir makan. HAHA.

Aku bersiaran dari Perodua Sentral PJ ni ha, teman si vijay pi buat check-up berkala. Vijay pun konsisten pergi check up, aku? tak tau lah bila. 

Jomlah aku ceritakan pengalaman Rokiah eksiden semalam. Ingat tak siapa Rokiah ni korang? Ha, dah ingat kan? Ok cerita dia macam ni.

Iklan: Sambil rancak aku menaip ni, datang abang perodua bagitau nak kena tukar brake pad. harga dia RM 300. Potong betul. Untuk mengelakkan pengaliran wang keluar yang bak air terjun sejak raya maka aku turn down la offer abang tu dulu. 

Semalam ada lunch dengan Nasyrah dan Awanis sempena semalam Nasyrah first day join company. Jadi Awanis bawa makan di Restoran Nasi Padang Sederhana dekat area office jugak. Aku dengan bersemangatnya ambil lauk ikan goreng belado. Ikan tu aku tak sure jugak ikan apa. Garume kut. Mula-mula ingatkan Nila. tapi bila makan2 balik takda rasa macam Nila. (tak abis ikannya, so aku tapau balik)

Lepas lunch aku pun baliklah rumah kan macam biasa. Sambil dengar live kak Liza kat tiktok, satu laptop tunggu job dari office sambil duk send out emel untuk meeting minggu depan. Masa tu jam dah sekitar 5 lebih ada, aku pun dah siap solat Asar. Tiba-tiba dapat call dari Kak Siti.

"Weyh akak eksiden"

Maka dari situlah cerita pun bermula. Kak Siti ajak teman dia buat report kat balai. Orang tu cakap dia nak buat report. Selaku pelanggar dalam kes ni, kak Siti pun akur. Walaupun 2 group sokongan dia campur 1 group sokongan aku semua tak bersetuju kes langgar tu sampai nak bawa report ke balai. Jap aku share gambar. Korang nilai lah sendiri. 

Camni je korang, pastu sensor dia terkeluar sikit

Waktu kejadian hujan tengah lebat, trafik jem. Memang takde maknalah nak speed. Katanya mula-mula brader yang dia langgar tu agree nak setel luar. Tapi tak lama lepas tu dia call cakap nak pegi balai pulak, isteri dia suruh buat report. 

Antara komen yang paling tiberr 😆

Maka, kena lah kak Siti bayar saman RM300. Tapi polis tu cakap, ada 3 bulan sebelum kes ni boleh naik ke mahkamah, jadi ada masa lagi nak kumpul duit. Habis setel dengan balai lebih kurang 9 lebih. Kak siti yang kelaparan pun ajak la gi kedai makan. 

Jadi dari cerita ini, kalau anda yang di langgar. Dan anda duduk di posisi abang tu. Apa yang anda akan lakukan? Setel luar atau tetap dengan kes polis supaya anda boleh claim insurans? Tinggalkan pandangna anda di ruangan komen. 

11.02 pagi,
Perodua Sentral Petaling Jaya.