Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

30 December 2008

Karnival Kebudayaan Belia dan Komuniti

Perancangan sejak 3 bulan sebelum ini akhirnya telah pun di laksanakan..

Lelah di rengkungan telahpun terlepas..:)

Walaupun kebanyakan aktiviti di tonton oleh para ad-hoc sendiri, namun ini adalah satu cubaan yang baik bagi aku..cubaan yang baik dlm memeterai hubungan baik dengan kerajaan negeri. Satu cubaan yang baik untuk mendekati masyarakat..(mungkin perlu banyak penambahbaikan)

Karnival??yang paling menarik..algebra + parkour.. haha~!

pada siapa2 yang sukar untuk menghubungiku hujung minggu yang lalu..maaf sangat..sbb penginapan kami di SAMTAJ shah alam tak menyediakan perkhidmatan charging telefon..hehe~

yang terkesan di hati??petang after program, kami sama2 menadah tangan membaca doa akhir tahun yang dibacakan oleh imam masjid negeri bersebelahan..(syahdu..dah berakhir 1429H..apa saja amalku tahun ini)

dan doa awal tahun kami baca selepas solat maghrib di masjid negeri itu juga..(tahun sudah berganti,usiaku makin bertambah..Ya Allah lorongkan aku kejalan yang sebaiknya..)
[makin hampir masa meninggalkan UM..syahdu lagi]

UMKL
7.45am

22 December 2008

Memandang dengan hati

At last i found him..

***

petang tadi..ketika dalam perjalanan pulang dari fakulti sains..aku ternampak sepasang manusia buta dalam perjalanan melintas jalan..[lately aku slalu nmpk org buta.ade pape petandakah??] Tersentuh aku lihat mereka..mereka xnampak..tapi mereka berdikari..tanpa bantuan sesiapa mereka mampu melintas..betullah..org buta melihat dgn hati..
Aku ralit melihat..sorg pakcik itu meluru ditgh trafik yang agak menyesakkan[biasa..time org balik kija]bg yg prihatin terus shj berhenti..tp tidak bg yg ala kadar melihat dunia..
Bunyi lampu isyarat pejalan kaki bernyala hijau menghasilkan bunyi yang membingitkan..pakcik yg steady melintas terhentii langkahnya..mungkin terkejut..aku yg td nye leka memerhati juga terkejut melihat pakcik tu terkejut..
'pakcik jgn berenti tgh jln..bahaya!'getus hati kecilku..
perasaan berperang di benak dan akhirnya fitrah mengungguli pertempuran..aku melangkah ketengah trafik dan menarik tongkat pakcik tersebut..
"pak cik nak pergi mana?"
"nak ke stesyen bas"
"boleh pergi sendiri ke ni?"
"boleh2..saya boleh pergi sendiri"
apa kejadah punya manusia aku ni..lepas pakcik tu ckp cmtu,aku pon trus blah..pakcik tu pun terkontang-kanting mengetuk-ngetuk lantai bumi..
if any bad thing happen to him at that momment..bet i would blame myself for that..aduhai..

***

after all..do i really need to give up..

21 December 2008

Hassan dan Amir..

I dream that god will guide us to a better day..

I dream that my son will grow up to be a good person,

A free person

An important person

I dream a flower will bloom in the street of Kabul again,

And music will play in the samovar houses,

And kites will fly in the skies

And I dream that someday you will return to Kabul

To revisit the land of our childhood

If you do, you’ll find an old faithful friend waiting for you

May god be with you always

::Hassan::


19 December 2008

::no spesific title::



"A woman is particularly vulnerable to the negative and incorrect belief that she doesnt deserved to be loved. If as a child she witnessed abuse or was directly abuse, then she is even more vulnerable to feeling unworthy of love; it is harder for her to determine her worth. Hidden in unconscious, this feeling of unworthiness generates the fear of needing others. A part of imagine that she will not be supported"

perenggan ni telah di ambil dari 'Men are from mars, women are from venus'

Am i that abbused child??whoaha..

17 December 2008

mencari damai diri

Melangkah sejauh 11th ke fakulti Sains Universiti Malaya..

Setelah di duga dengan pengalaman eksiden..

Dan dihadiahi kenangan manisnya berjaulah bersama akhwat UiTM,

Terpanggil untuk meneruskan semula kerja2 projek yang belum pun merangkak ke angka 5% progress..

Besar harapannya untuk habiskan membaca 2 demo Matlab 5.3 pagi hari ni.. dan 1 jurnal. Sekurang-kurangnya ada progress dalam bekerja..

Namun tindakan meng’online’ kan diri sering aja membantutkan kerja asal..

Apakah aku blum cukup IKHLAS untuk beramal?

Menangani serabut yang makin menebal dan mengganggu minda, yahoomail ku tutup..dan ym terbiar dlm mode ‘offline’

Ya Allah!Bantu aku untuk focus,mencari masa bersendiri dan mencari semula jati diri yang makin kambus di tengah lekanya melayan duniawi..

 

UMKL

1.17pm

14 December 2008

hari yang panjang

UiTM Shah Alam

dari UMKL tersayang..menuju ke AU2 Keramat, Walimah kak Manihah..sahabat di UIA Gombak..
pulang ke UMKL.. berehat menunggu Asar...
jam 4++ pm bergerak pula menuju ke Shah Alam..
dengan niat untuk men'clear'kan sedikit cerita yang masih belum jernih mengenai subprogram karnival..
Destinasi pertama, masjid negeri untuk solat Asar..
tak pernah terfikir hikmah Allah itu bagaimana Dia pertontonkan..
WLK 9744 mengalami pelanggaran kecil namun memberi kesan yg besar pada paras kancil tersebut.Satu kejadian punya jutaan hikmah..InsyaAllah..
Sehingga saat ini.. jam 12.02 am masih lagi menatap laptop pinjaman dari akhwat UiTM di UiTM Shah Alam..
Bermalam di Rumah Akhwat UiTM..
InsyaAllah, pertolongan yang sahabat hulurkan ini punya ganjaran di mata tuhan..

Untuk sahabat yang sepatutnya bermesyuarat bersama..jutaan kemaafan di pohonkan, lantaran komitmen terbantut kerna mengisahkan hal kancil..


UiTM Shah Alam
12.05am

08 December 2008

Bersihkan hati..bangunlah insan

"Ujian yang lebih besar adalah ujian punya kelebihan dibanding ujian kelemahan.."

begitulah sedutan kata2 K.H Abdullah Gymnastiar sorg kiyai dari pasentran di Indon.

Satu slot baru di astro oasis..
bersihkan jiwa, bangunlah insan..
6.30pm (4-12dec)
sangat menarik..~

"Jika hati kita sendiri tidak bersih, kita tidak bisa untuk mengajak orang turut sama membersihkan hati"..

"Ada org punya banyak harta, banyak wang..tapi jiwanya tidak tenang?mengapa?.. HATINYA.."
 

02 December 2008

Perjalanan pulang

Huh! Perjalanan yang sungguh panjang KL-Teluk Intan. Sampai di Teluk Intan menunggu ayah di stesen bas.. Almaklumlah duduk di Kg Gajah mana lah ada bas ekspress terus dari KL. Sesampainya ayah, terlihatlah muka Amin di seat depan.

”Ok kita sembahyang dulu” kata ayah.

”Lepas sembahyang kita pegi bank, beli simen kemudian kita pegi makan” sambung ayah lagi.

-makan..humm..best ni perut pon sudah lapar..

Lepas makan kami bertiga pun pergi ke bank, selepas itu membeli simen bewarna untuk kolam ikan ayah yang masih dalam fasa pembinaan.

”Ok sekarang kita nak makan kat mana?City Mewah ok?”

-wah city mewah, mesti mewah ni..hehe

“OK ayah, setuju!”tanpa aku berpikir panjang,terus aje stuju..

”Ke nak makan kat sutera bayu?”

”Makan kat city mewah lah ayah..sutera bayu da pernah makan” – dalam hati berkobar-kobar nak gi city mewah, dah membayangkan restoran mewah ala-ala hotel..wakaka!

Sebelum sampai kat City Mewah, ayah singgah di kedai aksesori kolam. Orang jual ikan dan akuarium pun ade kat sebelah kedai tu.Beli lah 2 ekor ikan kap.

”Ha ini lah City Mewah” kata ayah sebaik sahaja kereta memasuki perkarangan kawasan rumah kedai di satu sudut kawasan agak terpencil di Teluk Intan. (sebelah aje dari kedai aksesori kolam tu)

~ Aduhai tertipu rupanya aku dengan tajuk kedai..city mewah..Dah dekat 21 tahun aku dok ngan ayah..macam mana aku leh terlupa perangai ayah yang satu tu..ayah memang suka cakap hebat2 hakikatnya tempat tu biasa aja. Aduhai!

Tapi walaupun gerai ala2 rumah setinggan..makanan2 nya walah!superb seyh!!

Hehe..(bukan sebab aku nak cover keseganan ku salah sangka terhadap city mewah. Hakikatnya memang sedap)

Balik rumah, after lepak2 sat..bangkit semula kearah hadapan rumah untuk membersihkan akuarium yang dah tak nampak macam akuarium. (kaler air yg dulu hijau da keperangan..hua3) Ikutkan hati rasa macam nak terus landing je atas sofa empuk kat ruang tamu tu.. tapi mengenangkan nasib ikan kap yang da hampir nyawa2 ikan kat dalam plastik jernih tu..gagahkan jugak le..dengan bantuan amin,naim dan jiha..kami pun mengorak langkah membersihkan akuarium..dengan hempas pulas akhirnya segalanya setel dalam jam hampir ke 5.30 petang.

Masuk kedalam rumah, terdengar pula perbincangan mak ngan ayah bila mau amik fikri. Hoho, kejap cakap nak amik malam..kejap nak amik esokan hari..akhirnye setelah berlaku sebutir dua perbalahan maka kata sepakat menentukan untuk mengambil fikri jam 6 petang. Wah ~ berjalan lagi.. saya suka!!Hehe..

30 November 2008

soul searching

Terma baru yang aku peroleh semalam ketika merajinkan diri ke sekolah ADNI mengikuti program KARISMA. Im searching for my soul now and lately I thought. Sangat berserabut akhir-akhir ini. Aku rasa, aku perlu refresh diri sendiri..terlalu banyak karat-karat jahiliah yang masih berdaki di dada hati.

Aku hanya seorang hamba yang sedang berusaha mencari cinta Tuhan.

Sehingga hari ni aku rasa belum lagi aku membuat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Buat sesuatu dgn aim I want to be the best. Thought, I just a mediocre.. asyik aim untuk yang sederhana sahaja.

Diakhir slot pagi semalam, ada sesuatu yang menyebabkan aku benar-benar perlu berubah.

“Kalau kamu rasa tak bersungguh dalam dakwah..you better LEAVE” sungguh penyataan itu memakna dalam jiwa ini.Terlalu banyak berlaku tarik tali dengan Allah selama ini. Sejauh manakah aku bersungguh? Need time to change. Need time to reborn..

At Taubah : 41

Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan, maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu dijalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

27 November 2008

Terima kasih

Aku jarang berterima kasih..jadi hari ni,

Terima kasih buat sahabat2 yang selalu bersama..

mendengar celoteh aku yang selalu tiada faedahnya.

Terima kasih untuk selalu disisi walau susah,senang dan getir

Terima kasih Allah kerna hadiahkan aku sahabat2 yang begitu memahami..

 

Terima kasih kepada kak siti susah2 tanya kekosongan bilik di 11th..

Terima kasih kepada Liya untuk peringatan2 yang diberikan sepanjang duduk berjiran..

Terima kasih kepada Awanis selalu menjadi pendengar terhadap rungutan2 aku

Terima kasih Samiha tumpangkan kereta J dan kekuatan yang selalu dikongsi bersama..

Terima kasih pn sorayya..kasi aku advise suruh bercuti..hua3..

 

AKu balik dulu ye KL nanti kita berjumpa lagi di lain waktu dan ketika..

UMKL

8.00am

26 November 2008

Kapal kehidupan ~ ingatan buat diri yang alpa

Hidup ni bagai satu pelayaran yang sangat panjang. Pemilihan untuk menaiki kapal/bot yang mana adalah atas diri kita sendiri. Kapal yang terbaik kah atau yang buruk kah. Bagi yang mendapat kapal terbaik dalam pelayaran ini, ucapkanlah Alhamdulillah. Namun bagi yang menaiki kapal yang hampir roboh dan bilik kabin yang sudah ber’bau’.Janganlah berkecil hati, dan merasa putus asa untuk meneruskan pelayaran, kerana sudah menaiki kapal itu sudah cukup bagus. Bayangkan bagi yang lain yang hanya menaiki bot/sampan. Mudah sahaja ditelan gelombang saat  laut diserang gelora. Jangan pula kerana kekecewaan kita, sampai sahaja kita terjun ke laut yang dalam itu. Segarnya sebentar cuma, hakikatnya kita tak punya kekuatan untuk berenang lebih jauh menuju ke destinasi.

Seperti itu jugalah dakwah kita sahabat sekalian, jangan kerana terdapat beberapa orang dalam jemaah yang tidak kita setujui menyebabkan kita keluar dari jemaah itu. Hakikatnya kita semua hanya manusia. Punya salah dan silap yang banyak.Namun, seperti kita yang punya kelebihan, sahabat-sahabat kita juga ada kelebihan masing-masing. Besarkanlah kelebihan mereka supaya tertutup kesalahan mereka yang kecil itu. Kalau sampai semua dari kita mengambil jalan mudah, melarikan diri dari jemaah..bilakah dakwah akan berjalan dengan lancar?

Teruslah berukhuwwah dan mengorak langkah! Islam perlukan mujahid..masa kita makin suntuk.

Dipetik dari sebuah artikel dari seberang

UMKL

24 November 2008

Hebahan

...Assalamualaikum wbt...

Sempena Cuti Sekolah
Motivasi Bersama Anak Yatim Hjh Kamariah Tmn Medan

30 NOV 08 (Ahad)
8.30 pagi - 5 ptg
Rumah Anak Yatim Hjh Kamariah Tmn Medan

anjuran
Kelab Remaja JIM (KRJ) Petaling Jaya

Pengarah Program
Kak Salasiah & Cikgu Fahmi

Semua fasi dijemput hadir
Kepada fasi yang dapat hadir sila daftarkan diri anda


~CAM~

19 November 2008

kembali ke UM

....

balik ke kampung pada hari sabtu dan pulang semula ke KL hari selasa..
betapa sekejapnye balik..xde pape pun sumbngn yg sempat di beri utk home n family
mgkn lain kali..
semoga masih berkesempatan..

....

 

13 November 2008

KIPPS 08

Bergambar bersama adik2 sayang selepas explorace
Saudara Hafiz Arzmi dalam slot solat
my group_kasih3
ery..ketika slot amanah&harapan
checkpoint 2 EXPLORACE
Adik2 kasih belajar solat
tenaga pengajar_kak sal

Huhu..
terpaksa ler post 2 bhn at the same time..gian betul nak menaip kat blog..
lama xde internet..huhu..
ops..straight tu the main tajuk..

KIPPS08 @ Kem Ibadah Pelajar Pintar Soleh..
Arena MBPJ, Kompleks Rakan Muda..

Minggu lepas, dpt mesej dari Ery ajak join KIPPS..waktu tu baru je habis baca tunggu teduh dulu..motivasi diri naik ke tahap 100%..trus tnpa berpikir panjang stuju aja ajakan Ery tersebut..xpikir da exam week..(lagipun balik dari sana still ade gap bbrp hr utk baca)..

emm..join program fasilitator ni sebenarnya satu proses pembelajaran dalam cara yang berbeza..kita belajar cara untuk berinteraksi dengan adik2..dengan mereka yang masih belum faham..jika terlalu ber'syarah'..mereka akan pekak kan telinga..
kat sinilah kita belajar menggunakan semula ilmu yang ada supaya kita bleh grab attention diorg..ye la klu xgrab nanti xsampai pula kat diorg apa yang nak kita sampaikan..

apa yang nak aku kata mengenai KIPPS ni.. 
dari sini aku belajar melihat bagaimana adik2 melihat..bagaimana mereka melihat dan bagaimana keadaannya masyarakat di luar sana melihat..try to put ourself into their shoes..
masih ada yang belum lepas pon qunut..solat masih lintang pukang..sedangkan dosa dah tanggung sendiri..
yang peliknya..
basic ibadah xsetle tp da pandai nk bercouple..huhu..

mgkn..
mereka mempunyai penerimaan yang berbeza dari apa yang aku pernah dapat..
aku belajar bersyukur..
aku belajar, yang kita hidup di dunia ini bukan untuk diri kita sahaja..dan bukan untuk org2 di sekitar kita..masih ada org diluar sana yang tidak langsung kita terfikir untuk kenal..untuk kita sedarkan..untuk kita kongsikan apa yang kita pernah dapat..nikmat Iman dan Islam yang tercinta..


~Ayuh sekalian..bermulalah dari diri..keluarga..sahabat..&bersama membina saf..supaya Islam kembali memimpin dunia..

UMKL
1245pm. 

TUNGGU TEDUH DULU

Tunggu Teduh Dulu..

Sekali baca tajuk dah tertarik..nak2 faizal tehrani..
pergh!!bace kat net dan xleh lupakan lagi..

6Nov g MPH..
dan tunggu teduh dulu sekarang dalam tangan..
Isinya..
...
...
xmampu di ceritakan melalui tulisan mahupon kata2..
Ia TERLALU BAGUS !!

belajar melihat kehidupan..
melalui mata agama..

:)


02 November 2008

..gEn0micS..















genomics..

subjek yg bukan calang2..

antara hidup dan mati..

mencabar kemampuan pemahaman anda!!..

dikala begitu terhimpit dengan segala hentaman subjek ini..

maka,

ku dedikasikan lagu ini buat kalian..

Keluarga Bahgia - Nowseeheart

Bahagia seluruh semesta
Bermula dari keluarga
Dari titisan susu ibu tercinta
Mengalirlah sungai kasih abadi

Tumbuh dari keringat ayah
Kita perah pengorbanannya
yang melimpah
Derai air matanya mengalir
Di darah kita membina cita-cita

Rentaslah seribu laut (serta)
Kembaralah ke seluruh alam
Takkan kau temui
Semurni cinta 2X
Keluarga

Langkah remajamu
Ditusuk sembilu
Kembara dewasamu
Diamuk nafsu

Ingatlah pesan Ibu
Kenanglah pesan Ayah
Kembalilah 
Ke jalan Allah.....

Sayangi keluarga
Di situlah bahagia.....

Perkaitannya??Keluarga memang akan selalu dikenang bila masalah menghimpit fikiran dan perasaan.. 
~adeh terkenang kat ma family..sob2x..lama da xbalik..

0015
3nov08
UMKL

29 October 2008

exam week..

exam week tentu sahaja membosankan..bergelumang dengan buku..memerap di bilik..xgi fakulti, xjumpa kawan..huh..

penat sebenonye study week ni..nak2 untuk aku yg xleh nampak katil.. (^^,)

huh.. nak tuleh pe ek??so lame xanta post..attach gmbr2 la ek..utk bagitau apa yg telah terjadi dalam hidup ini sejak sebulan blakangan ni..


berjalan-jalan ke BIOMALAYSIA2008

after presentation MMD

jamuan domino's pizza after presentation MMD - sponsored by prof halim

field trip to Alam SEkitar Malaysia (ASMA)

ok tu ajelah nk citer..hehe..kepada sahabat handai yang akan ber'exam'..

go0d luck!!

maaf salah silap..

wassalam..

1.26am
29okt0ber2008
UMKL

25 September 2008

Mubarak dah habis


Mubarak08 sudah pun melabuhkan tirai dengan rasminya tanggal 23 September yang lalu.. huh! sungguh meletihkan..
(1st time program bertungkus lumus,slalu suruh2 org then sdr goyang kaki..huhu)
Meletihkan, tetapi puas..puas dimarah..puas bekerja..puas dapat berkenalan dengan adik2 baru..TTK have done a great job!thanks for all TTKians yang banyak membantu..

Semalam dah dapat tdo dengan nyenyaknye..hakikatnye ade je keje yang xabis lagi..cam print out sijil..tapi itu kena hold dulu lah since pc kak farah xdibaiki lagi..la ni kene gather name list and ic no ajk dulu..masuk cuti trus jumpa kak farah and setel pasal sijil..

Pasal gambar mubarak?hurm..ingt da bleh update..tibe2 smlm my acc jaring expired daa..xdpt la nk update gmbr..lagi pon gmbr stored kat pc bilik.. myb next time la..basi sket kut..hehe

okla..till here..
nnti2 kita jumpa lagi..
SLAMAT BERAYE!!


19 September 2008

hati merenik darah..

Usrati..Raudhatus solihat..
Usrah sangat bagus ye bagi mana-mana individu yang belum pernah mencuba bergiat atau berjinak-jinak dengan sistem usrah ini..Ia menjadikan jiwa yang gersang dan tertekan kerna tidak dibasahi dengan tazkirah lalu di bebani pula dengan pelbagai tugasan kolej dan kuliah kembali segar dan bersemangat..berkobar-kobar dan mujahadah dalam menggerakkan diri dan sahabiah ke arah kebaikan..kerana usrah itu sendiri merupakan landasan untuk kita berkongsi ilmu disamping mengeratkan ikatan persaudaraan sesama muslim..Menjadi penguat dibelakang kita saat diri ini terlalu lemah menghadap ujian duniawi yang makin menggila..
(Apalah sgt ujian sekarang ni nak dibandingkan dengan ujian para nabi dan sahabat dulu kan??)

Usrah yang lebih hebat apabila mampu menggerakkan hati-hati ahli usrah tersebut untuk sama-sama membawa usrah pula..bukan sahaja mampu membawa usrah, malahan tidak banyak berdalih apabila di ajak untuk menjadi penggerak-penggerak dalam mengorganisasikan gerak kerja atau program2 yang membawa pengislahan/pengislaman umat..

emm..
tapi kalau selalu xde usrah..memang hati akan berdarah.. jika diri sendiri tidak mampu mentarbiyah kan diri sendiri (tarbiyah dzatiyah)..

adakah hatiku juga sedang terluka dan berdarah??..mengapa masih belum mampu untuk mentarbiyah diri sendiri wahai hati..








berjaulah bersama













meraikan hari lahir














ukhwah fillah abdan abda..



190908

18 September 2008

merangkak 430 pagi


jam dah menunjukkan 430 pagi..adeh camnilah keje klu las minit baru nak buat..sok kul 10 test MMD..tadi mlm syok tdo..pagi ni baru nak bertungkus lumus..huh!

dok 12th aku prefer ber'kampung' di tingkat 9..selain dari sejuk..ia juga privacy(tetibe cter sal kedudukan bilik kan..)

nak ceriternye..dah lenguh2 study ngadap pc..aku pon berjalan-jalan di koridor blkg bilik..nak amik udara segar kononnya..

dalam nak ambil angin pagi tu..mata pon bz merayap usha bilik2 lain yang masih terpasang lampunya..(las minit stdy mcm aku gak ke??hehe)..

erk??..
tbe2 aku jd insaf..
diorang bangun tahajjud..
aku??
terima kasih tuhan kerna dalam ke'leka'an aku menatap amanah Mu di dunia ini..Kau ingatkan aku tentang kampung akhirat yang lebih abadi..



~moga Ramadhan kali ini lebih bermakna dari sebelumnya..

15 September 2008

Bantuan Allah..


Hari ni boleh diikutkan sebagai hari yang agak meletihkan..meeting dari jam 11pagi-zuhur..kemudian bergerak ke shah alam untuk melihat tapak karnival..disambung lagi dengan meeting bersama MT PKN & karnival lingkungan 630-isyak..
Sebelum balik dapat mesej dari s/u mubarak tentang meeting Mubarak pula jam 11malam..
What??
ini memang satu hari yg lengkap dgn meeting maksudnye..
pada awalnye mahu skip..tetapi mengenangkan kesalahan sndiri..maka kulangkahi juga tapakan kaki yang memberat..(sbb buat slh kan)
then..spt selalu dan yang
dijangkakan..kebanyakan masalah mesti melibatkan biro aku..TTK..

pen salah oder..artikel xcek dulu b4 print..lampu kelip xsimpan..backdrop xsiap..tadarus knp bkn ttk yg handle?..
aku terkedu menatap bumbung dewan tanpa kata..hanya sedikit bicara yang mula bergemersik di ruang jiwa.."Ya Allah jika tugas sekecil ini pun aku xbleh setelkan..mimpikah aku ingin kan syurgaMu??"luarannya mataku berkaca..mengenang himpunan dosa yang pasti menimbun..hakikkatnya,hatiku telah lama meraung..
saat perasaan berkecamuk dgn hentaman keslhn yg direvealkan satu persatu oleh timbln pgrh..
saat itulah bantuan Allah sampai..alhamdulillah..
sungguh kita xpernah kecewa jika meminta dariNya..

terus berlari,
UM KL 140908

11 September 2008

Perubahan kehidupan

akhirnya dengan berat hati lagi malas tangan ini terus jua menaip..

dalam fikiran, cuma ada rasa serabut yang terlalu hebat..kolej..thesis..kehidupan peribadi..kehidupan sosial..tuntutan masyarakat(ewah melampau lak)..semuanya menyesakkan..

what im gonna do now??is there any way for turning back??or life is always like this??become tougher each day..maybe aku je rasa aku yg serabut walhal semua orang pon mesti ada perasaan yang sama kan??
[adakah aku belum cukup memahami diri sendiri??..mungkinlah..]

so..

jangan la terlalu merungut kerna dunia kan..dunia bukan best sangat pon..

*betullah..SYURGA Allah itu terlalu mahal harganya..

23 August 2008

betul ke nak buat blog?

berfikir..memikir..
namun xketemui jawapan..
kerana takutkan komitmen akhirnya aku membiarkn terus niat mem'blog' ini terkubur..
tapi
saat bersejarah 23og0s terukir jua..
saat aku merasmikan blog ini..
yaa..

tarian pena penulis