seperti belajar yang ada saatnya kita begitu cemerlang, UPSR 5A, PMR 8A, tapi SPM 3A sahaja.
bekerja juga begitu, ada saat kau termotivasi dan eksaited dengan segala bagai pelajaran baru yang kau peroleh. Satu saat, kau akan mula merasa bosan dan lelah, lalu saat2 gelap terkadang hadir jua.
Dakwah juga. Ada ketikanya berdegar-degar dari halaqah mingguan, mikrofon program, speaker dewan, sehinggalah turun ke demo. Saat masa berputar, dan satu demi satu sahabat kalian 'hilang', lalu hati kalian pasti diketuk rasa "aku juga mahu rehat"
Seperti semuanya, hidup ini putaran roda. sememangnya ada naik dan turunnya. kerana inilah sunnatullah, fitrah alam.
"jika tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya"
"berakit-rakit kehulu berenang-renang ketepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian"
Seperti iman, yazid wa yankus.. moga naiknya selalu, tetapi jatuhnya jangan sampai kufur (nauzubillah). Perbaharuilah selalu iman kita, bersama orang soleh, membaca Al-Quran, menghadiri majlis ilmu juga Solat Malam.
T_T Alhamdulillah, Allah kenalkan aku dengan ramai orang-orang yang soleh dan solehah. Bila melihat mereka, hati menjadi malu, kerana menjadi diriku.. selalu tewas dengan Sang Nafsu. Kekuatan kalian inspirasiku, sama-sama kita berjuang untuk redhaNya.
InsyaAllah.
5 comments:
itulah indahnya hidup dalam nikmat ukhwah fillah
semoga Allah akan terus tetapkn hati di jalan yg diredhai-Nya..amin..
Amin.
Semoga kita semua sentiasa dalam RedhaNya.
Itulah sebaik-baik anugerah.
sarah.. i ade cadangan, i rasa u kene tukar color background ni la..maybe kaler cerah lebih sesuai spt bertukar ke putih pula....;)
Cadangan tu bagus Puan tapi, itulah tu.. dah minat i gothic kan.. gelap gelap gitu. hehe.. dulu pernah tukar kaler cerah dan ceria.
sayangnya tak bertahan lama.
tp xpe, nnti2 i survey template yg cerah dan berkenan di hati.. ^__^
Post a Comment