Semalam aku mendapat berita yang bagi aku tak berapa nak menggembirakan hati. untuk akulah, aku tak tau lah kalau ada yang lain dengar berita tu samada tak rasa apa apa malahan berasa gembira pula.
Beberapa minggu belakangan ni aku sering diserang sakit. Sakit tak serius tapi panjang, seperti selesema, batuk dan angin (aka pedih ulu hati). Kemudian, pagi semalam pula aku baru balik dari Kelantan. Sampai rumah jam 6 pagi, mandi solat memandu terus ke ofis. Aku syak, aku sedang kepenatan dan paras keceriaan di bawah normal. Dapat pula berita tak seronok.
On my way back semalam, aku begitu sedih. tetiba bergenang. apakah? !==
Perempuan. Complicated makaih bila cerita bab emosi. Balik rumah asalnya macam-macam aku plan, nak pergi klinik, nak pergi bayar bil, nak buat benjo, dan banyak lagi nak. Akhirnya lepas khatam juz 6 semalam dan solat Isyak aku tertido. Aku syak auto respon dari badan sebab letih balik dari Kelantan belum di tebus kan :P.
Alih-alih hari ni dah bangun lambat. Its ok, satu satu. Mesej klik akan sampai lambat. Semenjak Plaza A hala Puchong LDP ni di tutup, aku rasa hari ni paling worse trafik dia. Adakah orang semua da habis menghabiskan cuti tahun lepas dan mula bekerja? Layan lah jem pun, nak buat macam mana aku yang lambat bangun.
Sampai park, begitu bersemangat nak park + nak bersegera clock in.. "pang" ok, dah langgar pokok. Kemas-kemas beg, tutup pintu, kunci kereta. Tengok belakang. Remuk! tetiba aku nampak $$ sign bertebangan keluar dari tempat yang remuk tersebut. Haih, keluh besar. peluh lagi besar.
Kesimpulan dari kisah ni, sila lah urus emosi anda. :)
Sekian.
No comments:
Post a Comment