Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

07 January 2015

titik pemisah.

"Akhirnya kita temui titik ini"

Lara menoleh ke arah Cindy. mereka kini berada pada batu yang sama saat pertama kali bertemu 3 tahun yang lalu. perbezaan agama dan bangsa, tak pernah menjadi satu batu penghalang untuk persahabatan mereka.

Kedua-duanya duduk sambil menghadap kearah tasik yang luas terbentang di hadapan mata. Beberapa ekor angsa putih lagaknya nyaman melayan angin petang yang sederhana. Dan kedua-duanya masih hanyut dengan perasaan yang sarat tak tergambarkan.

"its not like we will be separated forever right?" Cindy cuba memecahkan sunyi yang bertamu. Diruang antara mereka, juga ruang yang didalam dada. Lara tak lekas menoleh, matanya masih menatap tasik yang luas, kadang kala singgah pula pada anak kecil yang riang bermain di taman permainan berhampiran.

"ya, i just afraid i will be missing you" senyum segaris tak berperasa.

"buat lawak la you ni!"
"haha, sorry it must be too much tengok drama recently"

Petang itu di penuhi dengan gelak tawa dan pelbagai kisah yang di ulang cerita. 3 tahun tak lama, tapi cukup untuk semuanya menjadi memori terbaik dalam hidup. Esok, Cindy akan pulang ke kampung halamannya di Sabah. Tempoh pengajian telah tamat, dan mereka terpisah dek masa.

Titik ini pemisah, antara rasa dan cerita indah.
Moga semuanya baik-baik sahaja.

No comments: