Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 January 2015

Kisah seorang janitor

Ketika di pejabat lama, iaitu di ofis Jln Klang Lama, kami memang ada seorang tukang cuci yang betugas untuk mencuci seluruh pejabat. Kak Mai nama dia. Sebelum tu, masa aku mula-mula masuk, Aishah nama tukang cucinya. Aku selalu juga sembang ngan Aishah ni, sebab time aku turun solat, selalu nampak dia berehat kat surau. Lepas berapa bulan aku kerja tu dia berenti, da sarat nak bersalin.

Haha.

Aku memang suka lepak ngan kak cleaner. Aku pernah baca, nak jadi orang bersyukur ni kena selalu tengok orang yang berada lebih rendah dari kita. eh korang jangan salah anggap rendah kat sini maksudnya rendah gaji la kan. keimanan mereka tu aku rasa dorang lagi dekat kut hati dan jiwa dengan Allah. Beruntung nya tak teruji dengan harta. Masha Allah.

Ok itu dua orang janitor yang aku kenal kat Jln Klang Lama. Tapi sekarang aku dah kerja kat Puchong. :) Maka kat sini, boss hire sorang lagi janitor, dia akan datang seminggu sekali untuk cuci cuci. Sebulan sekali dapat gaji. Kira 4 kali datang dapatlah $$. My bad, yang ni aku tak tanya lagi nama kak tu. ha ha.

Semalam dia datang ofis, macam biasa rutin dia mai hari Jumaat. Masa tu Chinese clan semua gi makan, kitorang punya shift makan lepas diorang sebab nak kena tunggu kak ni cuci opis kan,

Sambil kak tu mencuci aku pun sambil sembang la ngan dia kan. Sebab kalo time dia tengah nak vacuum ke, nak lap meja ke aku memang takleh nak buat keja la kan. kasi ruang kat dia.

Kak ni cerita dia kerja tujuh hari seminggu. Takda cuti. Kalau sakit dan ada cert MC je boleh cuti. Kalau tak datang kerja tapi takda MC kena potong RM70. Harian dia dapat kat sini RM20++ camtu. Aku cam tekezut. kalo tak datang deduct 3 kali ganda?!! what the fish. Pastu kalo datang lambat, potong RM1/minit *kesat ayor mata jap* Dia keja 7days/week hanya dapat gaji RM800. sobs.

Sebab tu lah dia citer dia berusaha nak dapatkan part time kerja ofis kitorang ni. dapat lah buat tambah tambah. Pastu ada gak dia tanya pasal henfon, ada orang di tingkat 6 nak jual fon kat dia RM250. tapi katanya dia mampu nak beli RM100 jer. Hari tu dia baru kena tipu, ada orang jual fon kat dia RM100.. balik tu bila nak guna langsung tak boleh guna. adeh sedih pulak aku dengar cerita ni, sebab pernah jadi gak kat orang terdekat ngan aku. Tapi bila jadi nya kat dia macam sedih lagi la sebab gaji dia T.T

Habis dia mencuci, dia pun minta diri
"Da makan dik? jom lah makan .."
"Belum kak, kitorang kena tunggu kawan balik dulu baru gi makan. Akak makan apa hari ni kak?"
"Tauhu goreng dengan kicap" dia senyum. aku sentap jap. Pastu dia sambung.
"Hari tu makan kat kedai depan ni mahallah, nasi putih, tauhu dan telur masin RM5.50"

Nangis nangis dan nangis lagi.

Untuk banyak perkara yang aku terlupa untuk bersyukur.
Siapa pun kak janitor ni, terima kasih untuk tazkirah sentap di hari Jumaat semalam..

teringat cleaner di Madinah.. Nak jadi cleaner kat sana lah :P

No comments: