Bila dah bekerja ni, pergi usrah dah tak sama dah macam zaman student. Pergh, zaman belajar dulu semua tenang damai dan terkawal. Memang saja lah kalau tak boleh fokus masa usrah. (Dahla bulatan kecil, pastu memang mengadap naqibah, mampu nak tidur? aha..)
Tapi bila da bekerja, bila usrah.. kawan-kawan dah bawa anak memasing. Sambil usrah, sambil anak-anak berebut mainan, dan tease each other. A new environment kan? Tapi aku ok je dengan budak as long dia tak qiau.. Im ok with that.
Bila masuk waktu solat, lagi bercinta tengok kawan-kawan ni dengan anak memasing. Nak-nak anak yang jenis tak boleh berenggang ngan mak. Memang gempita la satu rumah dengar suara nyaring teriakan si anak. Mihmih.
Eh eh, bukan bermaksud kat sini aku nak kondem pasal bawa anak pi usrah. Tidak sama sekali. I enjoy je ada baby kat usrah. Comel kut diorang nih. Just, mengongsikan pengalaman baru lah.
Ok.
Citer dia, semalam aku pergi la mesyuarat nih. Persatuan. So dalam meeting tu ada 2 daddy. Both bersama salah seorang anak mereka.
Permulaan meeting aman, sebab both anak sedang tidur. Tapi in the middle sorang anak terjaga. Maka seorang bapa ni pun angkat la duk dodoikan. I think anak dia tak sihat, merengek je walaupun dah di dokong dan dodoi.
Tiba-tiba! anak dia muntah.. Habis berlemuih satu baju bapa ni. Nasib kami memang mesyuarat tu kat rumah dia, jadi terus dia excuse meeting jap nak pi uruskan anak dan tukar baju. Sebabkan banyak sangat muntahnya maka bapa sorang lagi tolong lapkan jejeran yang tersisa pada lantai. Aku dengan seorang lagi rakan bujang hanya memandang sepi tindakan para bapa ini.
Ahaha~ Bersilat juga la bapa ni mengurus anaknya. Sambil sebelah tangan dukung anak, sebelah tangan lagi duk ambil mihun nak hidang ke kami. Lepas ambil bihun, gi dapur lagi ambil cili kicap. Then baru dia cakap
"Eh tolong ambil kan pinggan kat sana" aku duk tengah mengelamun macam separa sedar baru notis dia cakap ngan aku. Tapi bapa lagi satu bertindak pantas pi tolong ambil.
Kelakar pulak tengok this situation. But, its life!
Full of colour.
Thanks guys. u made my day. Dan saya tau masih banyak sebab untuk kita bersyukur. :D
Alhamdulillah!
(p/s: lagi sehari je I'm with 2015. Nak break dah. sobs)
2 comments:
seronok ah baca update byk2 ni.. haha.. berubah tahun, maka bertambah tebal lagi lah sawang di blog ku.. hihi
haha. awanis! jgn gitu. citer la pasal af3. :P
Post a Comment