Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

29 September 2019

Tahan 2.0 - [5] Kem Putih

Selasa, 2 September 2019 : Menuju Kem Puteh

Setelah mendepani mental membawa ke Kem Pangkin, hari ni lebih positif. Alhamdulillah. Bagus kat hutan ni, setiap pagi membawa aura baru yang lebih positif. Hari ni akan menjadi hari yang super panjang jugak. Sebab akan melalui sungai demi sungai demi sungai dan drama. Waduhhh..



Hari ni perempuan siap selaju yang mungkin! Taktaulah mimpi apa semalam. Mungkin eksaited nak pi jumpa sungai kut. Sejak hari kedua asyik nampak water point je, terbantut bantut hajat nak mandi.

Girls Squad, tak sangka boleh pi trip panjang dengan all of u gais!
one with Q
Pergerakan hari ni banyak menurun. Kita akan lunch di Kuala Teku. Mana2 yang simpan hajat untuk mandi, kat sinilah tempatnya! Dan lepas Teku kita akan cross 8 sungai! Woaaaaahhh.

Disebabkan perempuan dah siap dulu, maka perempuan gerak dulu. Baru jalan beberapa meter ke depan, aku dengar suara Salha. Jadi tunggu jap, sebab tak nampak Salha dengan Azira. Tunggu punya tunggu tak nampak jugak. Lepas contact through walkie talkie, rupanya diorang kat kem lagi.

Regroup. Setelah menyedari menunggu yang tak pasti
Jadi kami pun jalan saing-saing dari Kem Pangkin sampailah ke Teku untuk lunch. Perjalanan ke Teku ni, ada menaik, banyak juga menurun. Kena langkah kayu balak lebih besar dari pemeluk tu biasa. Rasa macam keluar tahan ni dah kena urut satu badan.

Sekitar 12 tengahari jugak rasanya kitorang sampai Teku. (hari ke-5 aku dah tak salin log perjalanan, harapkan masa kat gambar je) Sampai je Teku, Kak Nora terus cari port untuk tidur yang selesa dan sempurna. Nak terus masuk sungai abang gaid suruh cool down dulu, lepas 10 minit baru boleh masuk sungai. Jadi, minum-minum jap dan makan dulu. Tengahari tu, makan nasi putih dengan sambal tempe dan kentang rangup Mid. Nyum2. Baru nak makan, nampak Reen turun dengan muka ketat. Aku tegur, tapi dia tak layan pun. Tak lama lepas tu, yang belakang-belakang pun sampai. Barulah tau Reen injured. Tapi dalam hati aku macam, ala injured pun, takyah la muka ketat!

"Nah, siapa boleh tolong ambil ration Reen" ujar Aiman sebaik sampai ke Teku, sambil membuka kepala beg. Muka dia pun lebih kurang sama je ketat macam Reen.
"Saya bolehlah, ada sikit ruang ni, sambal dah makan ni" jawab aku dan yang lain-lain pun ambil sorang sikit.

Lepas makan, aku pun pi mandi sat. Mandi celup2 je, tinggal berapa minit je sebelum bergerak. Oh btw, nanti kalau korang nak gi Tahan, kat sini ada mini shovel/trowel tau. So kalau ada yang berhajat nak membuang tu.... Hehe.

kat Kem Teku, angkat beg sebelum menyambung perjalanan
Okeyh, selepas Teku, maka bermulalah perjalanan merentas sungai demi sungai demi sungai. Kat sini, strategi perjalanan pun bertukar, yang selalu duk belakang kena duk depan. Jadi Eric dan Prakash kat depan, diikuti Mid, Kak Nora dan aku. Then yang laju-laju semua belakang aku lah. Mula-mula macam fun tau cross sungai ni, tapi bila jalan sikit tiba-tiba paras air dah tahap paha dan pinggang hang, masa tu kalutlah haih. Terus rasa tidak fun lagi. Sungai is no joke. Sobs.

Sungai ni jangan bayang kan macam sungai Perak yang warna macam teh tarik tu. Bayangkan macam Ulu Yam, tapi lebarkan saiz dia dan dalam kan kedalaman. Dasar dia berbatu-batu, air nya deras. Sambil kau teragak-agak nak pijak dasar, sambil kau berlawan dengan derasnya sungai. Begitulah kut hidup kan? Digasak disetiap penjuru, tapi hidup tetap kena terus!

Ok, cross sungai
Lepas tu, turun kat lereng.
Lepas tu naik bukit
Ok nampak sungai lagi
cross lagi

dan lagi



Oh dan. cerita sungai ni, ada drama.

Aku tak pasti lah sungai ke berapa, tapi tempat tu sebelum crossing adalah berbatu sungai sepanjang-panjang. Masa kat tempat nak cross tu, tebing dia licin teruk. Macam tak boleh nak pijak pun, aku tengok along dia gelongsor je. Tapi aku macam malas pulak nak gelongsor. Tanah merah kut.

Acah-acah nak selamatkan baju dari dikotori tanah, aku pun cuba la cari akar kayu untuk berpijak, aku nampak satu. Maka aku pijak. Dan? tu bukan akar ya, tu pucuk yang tak bersangkut pun dengan tanah. Maka jadilah nangka busuk yang tergolek ke tanah. Bawah je dari tebing dah batu-batu sungai, nasib aku sempat tahan tangan dari kepala yang berjumpa batu dulu. Alhamdulillah selamat.

"Kak Sarah!" jeritan Q memecah kesunyian dan kebosanan rimba.

Ok, tapi sekarang aku stuck, macam mana nak bangun ni, beg ni berat. Dia dah tahan aku dari bangun. Belum lagi otak aku habis proses macam mana nak bangun, tiba dengar bunyi tong cina berlanggar dengan beg, dan sepantas kilat, Q dah kat tepi aku. Eh budak ni main gelongsor ke apa, laju lain macam! Memang hero habis Q time ni.

"Kak Sarah, unbuckle beg!" jerit Q. Rileks Q, tepi je ni, akak dengar, belum pengsan lagi. Aku pun unbuckle beg.
"Akak ok, tapi beg ni berat, tolong tarik jap" Lepas unbuckle dah boleh bangun terus nak angkat beg sambung jalan
"Eh jangan jalan dulu, duduk dulu. Rasa tangan kaki kepala semua ok tak" Kam.

Dah habis bertenang, dan semua pun dah check, cross lah sungai. Dengan berat hati aku menatap sorang demi sorang.

"Err, korang nampak ke kejadian tadi?" apparently semua orang nampak. Adeh. betul2 drama.
"Akak berpusing 3 kali tadi" Eric

"Macam mana boleh jatuh?" Abang Mail
"Silap pijak, saya ingat akar, rupanya pucuk"
"Balik ni, tukar spek mata" Abang Peja

Maka kami pun berhenti di situ untuk Solat. Alang-alang aku dah bagi drama kan. Panjangkan lah sikit masa siaran. Lol.

Perjalanan diteruskan. Bila masa kena naik mencungap, aku lepak jap. Tengok je Mid naik perlahan lahan dan kak Nora follow belakang. Dah sampai dia kat atas aku pun laju-laju naik. Stop lagi amik nafas lagi. Sampai satu part ni, kak Nora punya kaki kanan terseliuh, terpusing teruk jugak, macam lembik semacam kaki dia. Tapi dia tahan je, dan terus kan perjalanan. Lepas tu pulak kak Nora nak langkah balak, tapi beg dia berat sangat, dia terjatuh balik ke bawah. Aku hanya mampu melihat je. Tapi tergelaklah jugak. Sian kak Nora, Q takde untuk membantu. Haha.

Macam ni lah belia emas kalau masuk hutan, orang pinjamkan tongkat lepas kejadian drama tergolek.
Sebelum sungai terakhir, kedudukan ditukar lagi, kali ni Azira depan dengan Reen. Aku duduk belakang sekali dengan Tokie dan Hafiz. Sepanjang jalan Tokie mengadu dia mengantuk. Oh, sepanjang trip ni dari hari-hari awal aku memang tengok, Tokie ni makan tak banyak, paling kalau nasi lunch tu, 3 suap je. Memang tak abislah biasanya! Tengahari tadi pun masa kat Teku, aku tengok dia tak makan, dia asyik minum air teh o tu je. Taktau lah berapa cawan dia minum teh.

Setelah bertukar ganti susunan dek adegan pintas memintas di perjalanan, sampailah kami ke satu sungai kecil yang hampir tak berair. Masa ni, depan aku Q dan Syamsul, belakang tokie, Paa dan abang Mail. Kat sini Tokie mengadu mengantuk lagi.

"Nak buat camne eh, tahanlah dulu Tokie, sikit lagi kita sampai"
aku pun teruskan lagi menyusur tebing dan diekori Tokie.

"Kak Sarah, kenapa saya tak boleh angkat kepala ni, berat betul"
aku berhenti, toleh ke belakang. Kepala tokie tertunduk, mata hampir nak katup tu, jalan melayang-layang. Ish bahaya budak ni, silap-silap masuk gaung japgi. Aku suruh Tokie berhenti dulu. Q dan Syamsul pun patah balik membantu keadaan. Beg dah diturunkan, kasut dah buka. Tokie tersandar tepi lereng. Abang Mail bagi roti, paksa Tokie makan, Paa tolong kipas2, Syamsul berulang kali kejut Tokie tak bagi tidur. Masa ni, aku ada rasa tak best, sebab Tokie ni aku memang tau pernah ada sejarah masa turun YYBTN dulu. Cumanya, bila fikirkan balik, dia pun memang kurang makan, boleh jadi punca jugak sebenarnya. Minum pulak air teh, mesti angin sama ni.

Lepas habis roti, kami pun bergerak. Mula-mula Q nak tank beg tokie, tapi tak berjaya sebab sebenarnya beg Q pun dah super berat, dia bawak ration orang. Nak tak nak minta tolong jasa baik abang maellah. Maka abang mael yang sekeping (tapi padu gila lah kan! kalau tak, takkan jadi guide Tahan) pun membawakan beg Tokie. Q jalan dulu, diikuti Syamsul. Syamsul jalan rapat dengan Tokie sambil mengingatkan Tokie untuk banyak berzikir dan baca ayat kerusi.

"Yang jadi tadi, jangan bagitau sesiapa" kata Syamsul. Ok, aku blur. Apa yang tak boleh bagitau?

Sampai depan sikit, dah nampak semua team berkumpul, kemudian kami gerak bersama-sama. Masa ni aku minta tolong kak Nora jalan saing2 Tokie. Dari sini ke kem, abang Peja bawakan beg Tokie. Padu! Aku jalan dengan Hafiz sambil gosip2 apa terjadi.

Crossing terakhir sebelum Kem Putih
Rupanya tak jauh dah Kem Putih ni dari tempat berkumpul tadi. Kurang lebih 30 minit. Letak barang semua, fly dinaikkan dan dapur mula berasap. Tapi aku pelik jugak dapur ni, selalu essential jugak pasang fly untuk dapur. Amazingly hari tu, lepas bentang ground, letak ration. Memang sampai sudah fly tak naik. Ahaha.

Kem Putih
*cerita kat sini dah ingat-ingat lupa, amazingly takda gambar langsung kat Kem Putih ni. 

Aku turun beberapa kali ke sungai untuk bersihkan diri nak solat. Boleh tahan jugak berapa ekor pacat lekat ni. Dah naik, tengok ada darah, turun lagi. Bersihkan lagi. Tapi sungai tepi Kem Putih memang cantiklah, magnificient! Sayang sampai time maghrib, sat ja nampak kecantikan luar biasa dia tu.

Lepas naik dari sungai aku follow pulak Azira dengan Salha ke anak sungai sebab nak salin baju (side satu lagi. kat bahagian sinilah guide cakap, Umaisarah di temui) Dah siap salin, sementara tunggu Azira siap mandi, tokie dengan kak Nora pulak sampai. Aku sambung lagi duduk dengan diorang, Salha ngan Azira naik dulu. Tunggu kak Nora mandi, tokie boleh pulak tidur duduk atas batu. Elok pulak tu dia sarungkan kain batik atas tudung. Bila aku suluh dengan headlamp, nampak macam mata putih je sebab dia tutup mata. Bila aku terjerit sebab terkejut, dia gelak2 pulak. Aduh, scary k tokie! Malam2 ni.

"Yang perempuan kenapa lama sangat kat sungai tu?" laung Q dari atas. Pelik jugak aku. Lama ke? macam baru je dorang turun. Tak berapa masa lepas tu Syamsul pun turun, ni pelik seterusnya, macamlah tak boleh pergi sungai belah sana. Siap2, then kami naik.

Malam tu along masak sup daging super sedap, dimakan dengan bubur nasi. Terima kasih along, kam, salha, mid yang masakkan dinner. Paksa tokie makan, lepas 3 atau 4 suap dia taknak dah. (Malam ni tokie tak boleh tidur, sakit pinggang teruk) Aku dengan kak Nora sambung ke dapur.

Kat dapur ada Along, Kam, Hafiz dengan Ammar tengah masak untuk lunch esok. Malam ni, sebenarnya ramai juga yang melayan sakit dan pewai (termasuk Reen, dia demam panas pakej mengigau). Lalu 7 sungai kan. Tidur awal belaka. Elok tengah masak, tiba-tiba hujan turun. Ok, dapur tak pasang fly lagi. Kalut jugak ni, yang selalu pasang fly dah tidur. Q pun! Mana fly? Mana tali? Sebabkan Q tidur hujung, terus gerak dia bagitau hujan. (Kesian Q, mimpi terganggu ke tu?) Hero time ni? haruslah abang guide! Elok je hujan, tiba-tiba abang berdua muncul, diorang yang carikan batang kayu dan batu sebab tempat tu ada satu pokok je.

Lepas siap fly, diorang pesan supaya kitorang siapkan masak cepat-cepat dan bungkus barang dengan ground. Lepas pukul 1 kawasan ni jadi laluan binatang. Okey bang, berita maklum! Aku dengan kak Nora masih bersama ration. Masa ni ada sekali dengan Q, Kam dan Fani. Kam paksa Fani salin baju sebab dah lewat sangat dan takut sejuk. Sepemergian Fani kami pun berkeputusan untuk buang ration yang tak guna/tak kan sempat guna. Done!

Siap semuanya, kami pun bungkus ground sekadarnya. Tiba-tiba muncul Eric dan Izat. Diorang tak makan lagi! Rupanya tadi terus tidur. Hmm.. okey. Aku suruh diorang amik makanan dan makan bawah fly je. Q pun tiba-tiba makan jugak.

Aku pun masuk ke fly, tidur tepi lagi. Eh gemor benar aku tidur tepi ni.

"Sarah ok ke tidur tepi tu, kalau apa-apa kejut ye" Kam
"Haah Sarah, apa2 bagitau" Along

Baru je nak tidur, terdengar satu bunyi yang menyeramkan. Sampai sudah aku tak tau tu bunyi apa. Yang pasti bunyi binatanglah. Jam masa tu sekitar 12 malam.

Nasib bunyi tu tak berlanjutan lama. Kalau tak, mendebarkan jugak.

Day 5, checked ✔

*phew, super panjangnya!

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema

28 September 2019

Tahan 2.0 - [4] Kem Pangkin

Isnin, 1 September 2019 : Menuju Kem Pangkin

Pagi hari keempat dimulai dengan panggilan dari Q sekitar jam 4.30 pagi. Suruh bangun untuk packing makanan. Oh, dan aku sangatlah berasa berat untuk bangun. Tapi jangan bimbang, ramai yang perform dah bangun dan tolong bungkuskan lunch pack. Hehe.

Lepas Subuh, aku cari Tokie.

"Tokie, ada rasa nak membuang tak?"
"Ada gak ni kak, jom!"

Berbekalkan air sebotol, dan keazaman untuk membuang kami pun menuju ke toilet yang diceritakan. Sebenarnya taktahu kat mana. Tapi kebetulan Eric ngan Ammar pun nak membuang, jadi kitorang follow. Sampai kat kawasan tu, kitorang pun biar diorang membuang dulu. Sambil tunggu tu, layan lah hening Subuh kat puncak kan. View dia priceless. Time ni, ada group sampai untuk sunrise kat puncak, aku syak diorang camping kat Botak, sebab kat puncak ada group kami dan PTD je. Depa naik awal untuk sunrise. Langit hitam bertukar jingga keunguan. Eh lama betul eric ngan ammar ni. Aduh. Hari makin cerah ni. Orang dah bersorak menyaksikan pesona mentari yang memukau.



"Tokie, macam tak sempat je ni"
"Haah lah kak, takpelah kita ontrack je lah nanti"

Benci tak korang? kahkah! real kut, berak ni isu serius k dalam hutan, kena cerita gak dalam blog no matter what~ Disebabkan tak jadi berak, kami pun balik ke kem dan mengemaskan beg. Nak menuju ke kem tu, nampaklah, ya Allah subhanallah cantiknya sunrise.

Perjalanan hari ke-4 untuk aku bermula jam 7.30 pagi. Masih bersama orang yang sama seperti perjalanan ke Botak semalam. Dan masih di geng belakang. Maka bermulalah perjalanan solo kumpulan kami menuju Kuala Tahan. Geng lain semua patah balik ke Merapoh selepas sampai di Puncak Tahan.


View masih sama, 360! Wuuuu.. dah kat puncak ni rasa macam the hobbit! Sebab kita berjalan di permatang di antara gunung. MasyaAllah, Subhanallah!

Proses membahagi-bahagikan air
Subhanallah, the view
Hari ni seperti semalam, shooter dah siap2 tadahkan air dalam beg air company, then dia tinggalkan tepi water point. Maka, kami yang kat belakang ni, terus ambil air tu tuang masuk botol masing2. Jimat dah masa, tak perlu tadah lagi.



Kebanyakan masa kat puncak Tahan nak ke Gedung adalah turun naik sikit-sikit. Jaranglah nak naik mencanak macam semalam. Masalah bila track macam ni, jadi lama pulak terhenti henti sebab nak simpan kenangankan. View dia. Ya Allah. Dulu Saidah pernah bagitau dalam banyak-banyak gunung, Tahan dia sudi nak repeat. Sekarang aku dah tau kenapa.


"Kak Sarah kat gedung tu ada apa?"
"Ada apa? Ada camp site lah"
"Takde jual air ke? Air pepsi ke?"
"Teruk mental awak ni eric"
"Coca cola ke kak? 100 plus? Kata gedung"

Sebelum sampai ke kem gedung, ada satu kawasan yang turun sedikit menjunam dan kemudiannya naik semula. Kat situ ada sumber air. Dan amazingly kami jumpa team kat sana!

"Eh bang, dari mana ni? Kuala tahan - merapoh?"
Diorang gelak2 je.
"Ya Allah power sangat ni bang!"
"Dah diorang cakap gitu, kita iyakan jelah" sambung diorang. 

Trek Tahan ni kalau Kuala Tahan - Merapoh memang trek legend. Asal dulu trek untuk hiking memang dari sana. Tak lama lepas tu nampak 1 budak perempuan turun dengan 2 beg. 

Hari ni kalau ikut aku ngan tokie plan nak jalan ikut geng tengah. Nampaknya tersasar lagi lepas kawasan ni. Hehehe. Ada bisnes sikit kat sini.

Sembang dengan ahli group patah balik
Dan terjadilah geng ngan hafiz kembali. Sweeper. Jalan punya jalan jumpa lagi geng yang tadi. Ok barulah tahu, rupanya group diorang ni m2k jugak, masuk sehari sebelum kitorang. Nak dijadikan cerita, ada team diorang injured. Jadi kena patah balik. Aku macam, gulp! Kitorang dah hari ke-4, diorang mesti dah hari ke-5! Dan kena patah balik *nanges* Sejak tu aku terus berdoa agar takde siapa yang injured dan cuaca menyebelahi kami. Tak ada dalam bayangan untuk extend duduk dalam hutan.


Sebelum nak ke gedung ni ada kawasan kapal terbang terhempas. Kita bergambarlah sekeping dua kan. Nanti cerita pasal sejarah dia, lain tahun boleh cari. Hehe.

Macamnilah keadaan di Kem Gedung
12.10 petang kami tiba di Kem Gedung. Rehat dan lunch. Kat sini ada water point. Tapi jauh jugak sebenarnya. Jadi macam biasa, yang paling laju akan turun ambil air company. Yang lain, ambil dari air company masuk botol masing-masing. Lepas siap makan dan sebelum makan aku banyak duduk tepi batu tengok view orang pi ambil air. Macam tengok National Geography tu. Tak tau tv berapa inchi. Haha! Biasalah dalam hutan takdak hiburan, ini ja lah hiburan yang ada. Oh disebabkan kat atas ni pokok renek belaka, mana yang kasut tak sempat kering semalam, boleh terus jemur kat sini, dalam masa sejam setel, kering!

Perjalanan Izat & Q nak ambil air. Itu baru suku perjalanan.
 (Macam ni lah view rancangan National Geography tu)
Cukup rehat, kami pun menyambung perjalanan pada jam 1.30 tengahari. Selepas kem gedung, habislah view belanja. Sobs. Kita akan masuk ke hutan area Kuala Tahan, yang lebih tebal dan lain suasana dia berbanding hutan bahagian Merapoh.
Ni peta perjalanan dari Puncak Tahan ke Kuala Tahan, pandai-pandailah korang terbalik kan eh.
Lepas sikit je dari Gunung Gedung, maka bermulalah perjalanan yang lebih hebat dan menduga kewarasan pemikiran aku. Hutan kat sini bagi aku tebal lah dari hutan yang biasa aku pergi. Ye lah, hutan taman negara kan. Turun je dari Gedung, korang akan nampak satu view yang serius cantik (bagi akulah)

"Prakash, cantiknya kat sini"
"Mana? i tak nampak" sebab dia terlindung di sebalik pokok

Prakash pun bersetuju saat pertama kali nampak selepas pokok itu. Tapi aku tak da gambar lah pulak nak tunjukkan. Pemandangan tu cantik tapi bercampur seram jugak. huhu. Selepas nampak view tu, terus jumpa tangga yang tingi. Alhamdulillah, setakat ni takda lah lagi isu dengan tangga. Lagipun tangga ni bersandar kan. (Lagi gayat tangga G.Datuk dulu2. huhu) Siap kena marahlah dengan along, sebab aku turun dulu sebelum dia sampai bawah, tangga jadi goyang terlebih.


Lepas tangga tu, ada banyak lagi tangga2 yang korang akan temui. Kalau bukan tangga, adalah tali! Masa awal-awal ni aku okey. Sebab aku rasa lah, aku lebih ok untuk turun berbanding naik. Jadi, layan je lah kan tangga dan tali itu.


Gunung Resskit
Kami tiba di Gunung Resskit lebih kurang jam 3 petang. Masa ni aku dah mula membuat percubaan mengekori Mid dan Kak Nora. Tak mampu dah nak lepak dengan Tokie dan Hafiz kat belakang. Berhenti kat sini sekejap je. Kemudian menyambung perjalanan. Perjalanan seterusnya melalui tebing-tebing tinggi yang menggayatkan. Ok, kat sini nampak ketara sangat Razreen gayat. Aku boleh pulak terlanggar beg dia masa turun.

"Akak jangan macam ni kak, jangan buat saya macam ni" dengan muka kegayatannya. Aduh! sorry Reen, turun tu tak dapat nak imbang. Belakang aku Prakash lepas tu ada Mid dan Kak Nora.

Sekarang baru lepas Resskit, dalam kepala aku dah mula merasa mental sebab terbayangkan lepas ni kena ke Gunung Tangga 15. Okay, akhirnya mental tumpas di hari ke-4.

Turun ni, memang menguji lutut
Antara view sebelum meneruskan perjalanan ke Gunung Tangga 15
Perjalanan nak ke G.Tangga ni memang betul-betul menguji. Lagi-lagi untuk yang kaki pendek ni kan, memang betul-betul menguji kehebatan strategi minda. Masa turun ok lagi ada tangga. Masa naik yang tak ada tangga? Sobs.


Ok nampak tak tangga belakang along tu? lepas korang turun, pastu korang kena naik pulak balik kat tangga belakang tu, dan dari tempat tangkap gambar ni, korang sebenarnya dah boleh nampak orang kat puncak depan tu, dengan ketinggian 2x ganda lagi dari kedudukan korang. Faham kan kenapa mental aku makin terganggu? Eh ni kan caption, asal panjang sangat ni.
Masa sampai kat depan tangga ni, suara-suara halus mula muncul.

"Arghh, kenapa kena ada gunung tangga 15 ni? tak boleh ke buat je jalan pintas ikut tepi bawah ni, skip terus ke pangkin?" Ha begitulah yang terluah masa tu. Masa mental! haha


Akhirnya sampailah ke puncak Gunung Tangga 15 ni pada jam 5 petang. Kami pun berhenti solat disini. Aku ingatkan akulah yang paling mental kat sini, rupanya ada jugak yang mengalami perasaan yang sama. Mid, i feel u! ahaha. Pada jam 5.30 petang perjalanan diteruskan. Masa ni memang dah dengan Mid ngan Kak Nora je. Golongan pertengahan. Keadaan semakin susah, sebab hari dah makin gelap, dan headlamp pulak dah minta tukar bateri. Sobs. Berbekalkan semangat berbaki, kami pun tiba di Kem Pangkin pada jam 7.30 malam. Sampai je, Aiman tengah azan Maghrib. Walaupun lepas azan, Aiman panggil solat, tapi aku tetap numb di sisi fly.

Menghampiri jam 8 malam, Fani masih tak berputus asa mengajak Kak Nora pergi ke waterpoint.

"Kak Nora, jomlah teman pergi waterpoint"
"Cuba Fatin ajak Mid, kalau dia nak pergi baru kita boleh pergi. Atleast kena ada 3 orang kan"

Aku memang dah rejek sejak tadi. Tapi lama-lama, selain annoying dengan ajakan Fani yang berulang-ulang (sebab kedudukan aku masa tu antara Kak Nora dan Fani) aku kesianlah pulak, nanti macam mana pulak dia nak solat, istinjak tak setel. Kan? Jadi, marilah mengalah.

"Jomlah kak Nora, Mid nak gi air tak?"
"Korang yang nak pergi air jangan lama sangat. Jangan lebih pukul 10" aku tengok jam. Takkanlah sampai pukul 10 kut, pergi toilet dan ambil air je kan.

Maka, berempatlah kami ke gigi air berbekalkan petunjuk yang diberikan oleh Salha. Jauh jugak tempat nih. Sampai je waterpoint teruslah aku isikan botol2 aku, botol air company. Oh, dan antara sebab lain aku nak pegi waterpoint adalah air aku pun dah habis, jadi bagus refill siap2 sementara ada peluang. Tanpa di duga, rupanya 9.30 malam jugak kitorang sampai balik kemsait malam tu! haha.

Antara kesan khas pewai ni kepada aku adalah, selain mudah marah, aku juga gagal nak proses benda/ bertindak dengan cepat. Maka malam tu, aku mengambil keputusan untuk tidak berbuat apa-apa. Aku tengok je dari tepi fly, mid, kam dan tokie memasak sarapan dan lunch sambil mendengar suara fani, kak nora dan izat menguruskan ration.

Dan malam ke-4 juga berakhir, dengan aku tidur di pintu fly, yang kadang-kadang kaki pun terkeluar dari fly (tak, bukan kisah mistik, hanya kedudukan muka bumi yang condong, asyik menggelongsor je)

Day 4, checked ✔ yeay, tinggal 3 hari lagi!

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema

26 September 2019

Oh my imam.

Hai gais, sorry tak sempat nak edit hari ke-4, korang layan lah iklan sat. Hehe.

Day 1 : Menuju Kem Korr.

"Tokie kita lepak sini jap" sambil aku menurunkan beg, mengeluarkan sebotol kekacang dan sebotol kurma bercampur buah prune.
"Ok kak" maka kami berdua melabuhkan sauh seketika. Mencari rentak nafas yang makin putus disisakan oleh lelahnya pendakian. Sedang ralit berehat di tepi jalur pendakian, lalu seorang pendaki dari group lain.

"Bang, makan bang" ramahkan? sambil kuhulurkan kacang campur yang aku beli di mahnaz food tempoh hari. Nampak tak bersambut, kuhulur pula balang kurma bercampur buah prun.
"Wah, super food. Nak nak, saya nak prun"
"Abang ni yang trip PTD tu ke?"
"Haah" dan kami pun bersembang basa basi sebelum dia berlanjut pergi.
"Saya Fauzi, ni nama apa?"
"Sarah"
"Atiqah"
"Oklah Sarah, Atiqah saya jalan dulu. Kita jumpa kat kem site lah ya"

Selain dari Fauzi, ada juga kami jumpa 2 lagi kawan dia on track. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Slow dan steady je both tu. Rancak jugak sembang dengan diorang, tapi macam biasa lupa tanya nama. Hehe.

Di Kem Korr malam pertama tu, ada 3 kumpulan yang berkemah. Kumpulan kami, adik-adik IPG dan geng PTD. 

Day 2 : Kem Kubang

Dekat Kem Kubang ni aku sampai lambat, orang lain semua dah selesai solat dan makan. Masa aku nak makan, aku nampak Eric, dah atas ground ready nak solat tapi tak juga solat lagi. 

"Eric, dah solat ke? Tunggu siapa lagi tu?"
"Saya tengah tunggu imam saya kak Sarah" jawab Eric.
"Awak nak tunggu imam menda, awaklah kena jadi imam" sambung aku.

Kemudian aku melanjutkan makan bersama yang baru nak makan. Oh, saing2 masa aku sampai tu, Fauzi juga sampai. Tapi macam biasa, dia memang padu teruk, meninggalkan kawan-kawan dia di belakang. Dia siap dah bentang ground, kemudian tidur.

Selepas makan aku membersihkan kasut, seluar dan berwudhuk. Dah siap, aku pun tunggu yang lain untuk solat bersama. Tokie dah siap berwudhuk, aku tunggu Q dan Hafiz. Ground semua dah lipat dan di angkut oleh geng depan, jadi aku pun usha kawasan untuk solat. Tempat yang paling sesuai, adalah ground Fauzi. Hehe.

"Fauzi, boleh kitorang tumpang ground nak solat?" soal aku. Kebetulan masa tu Fauzi dah jaga dari tidur, mungkin kitorang bising kut.
"Eh boleh..boleh"
"Dah sembahyang ke? boleh jemaah sekali kalau belum"
"Okay tu, jap saya ambil wudhuk"
"Ya Allah, rupanya inilah imam yang dicari selama ini" sebenarnya ayat ni aku nak link kan dengan ayat Eric tadi. Tapi bila aku fikir kali kedua, baru macam. eh fishy sangat plak statement ni.

Aku toleh kanan nampak Eric, "Smooth kak sarah smooth" kata beliau
Aku toleh kiri nampak abang Peja, "Aduh kalau gini, tak sampai2 lah kita ni"

haha.

Dan sedarlah aku, aku dah terbuat pickup line. Aduh!


Day 3 : Kem Botak

Dekat Kem Botak aku nampak lagi Fauzi, tapi tak dapat nak bertegur sapa. Dia tengah solat time tu. Aku pun masa tu, tengah libang libu, nak mandi, nak berak, nak makan. Ah dan macam-macam kehendak lagi lah.

Day 3 : Menuju Puncak Tahan

Padu tak padu, masa kitorang naik ni saing lagi (untuk seketika, sebelum dipintas) dengan Fauzi.

"Eh imam.. nampak tadi imam solat, tak sempat nak join sama"
"Eh makmum, tulah saya cari jugak makmum tadi"

Lepas bersapa, Hafiz sambung berbual. #bromance on trek. Tapi sat ja lah, sebab mana nak sama pace shooter dengan sweeper. Ahaha!

Maka berakhirlah drama Oh My Imam versi Gunung Tahan. Ok gais? janganlah serius sangat, imam anak 2 dah. Till next drama ya gais!

Tahan 2.0 - [3] Puncak Tahan

Ahad, 31 Ogos 2019 : Menuju Puncak Gunung Tahan

Hari ketiga dah. Alhamdulillah. 

Hari ni bangun dengan lebih bertenaga dan bersemangat. Pilihan abang guide untuk bermalam di tempat ni memang tak salah lagi. Berhenti sebelum lebih mental dan cukup tidur untuk meneruskan perjalanan!

Pagi dipergunungan bermula seperti biasa. Sejuk. Wudhuk untuk Subuh, guna water spray je. Solat pun bawah fly je. Lepas siap solat dan tukar baju, fly pun dijatuhkan. Dari celah-celah pokok nampak warna oren dan ungu mentari pagi mulai naik. Kat celah-celah pun dah cantik. wuu..

Ok macam ni lah keadaan di kem, bahagian ration dan bahagian dapur. Yang hijau fly abang guide.

Macam biasa, ambil ration (terima kasih untuk Fani yang tak jemu-jemu redistribute ration), repack bag dan sarapan. Bergambar, ready to go!

Bergambar dengan Kak Nora sekeping.
Pre-merdeka photoshoot

Ok perjalanan hari ni, masyaAllah belanja view! 360 gais. Aduh masih terbayang-bayang. Ok, jom kita mula. Perjalanan hari ni, start jam 9.15 pagi! what?! Haha. Abang guide cakap, dia bagi muka je sepanjang kitorang kat trek Merapoh ni, nanti dah sampai belah Kuala Tahan, kami kena ikut timing diorang. Uhuhu! Sewaktu pendakian dimulai, trek masih hijau dan berlumut. Ala-ala hutan lord of the ring tu. Sesusah je, ah macam gambarlah, senang citer.




Gambar kiri: Itu lah air yang digunakan untuk minum
Gambar kanan: Nampak batang paip tu? waterpoint! Refill botol jom.

Jalan punya jalan sehinggalah 10.50 pagi bertemunya Kem Bonzai. Ok macam mana nak tau kem bonzai? Haruslah pada papan tanda nya! Tapi sebelum jumpa papan tanda tu sebenarnya korang dah boleh perasan sebab dah banyak pokok bonzai kat kawasan tu. Jalan sikit lagi, jumpa lah kem Bonzai tu. Ada kawasan lapang sikit. Ok, berhenti jap tangkap gambar, minum-minum sikit. By the way masa nak ke Bonzai ni dah jumpa balik dengan budak2 IPG, depa nak turun dah! Diorang semalam hike sampai malam kat Kem Botak, OT! So hari ni diorang shoot sunrise kat puncak then terus turun. Padu betul.


satu gambar dengan Salha!
Jam 11.15 perjalanan diteruskan. Selepas Kem Bonzai, nak menuju Kem Botak, kat sinilah yang aku katakan kawasan yang belanja view 360 tu. Kat sini, kau boleh nampak dah kawan kau kat depan, sebab pokok renek je. Pastu korang nampak beg berwarna warni sedang bergerak. Nampak macam dekat je, tapi jauh bhai. Ada yang sejauh 30 minit perjalanan. Macam biasa, aku dengan Tokie dan Hafiz lah, geng belakang. Kadang-kadang ada nampak Mid, K.Nora, Eric, Parkash. Layan bervideo video gak kat sini. Aku patut rakam lebih lagi video! (Dan bawak powerbank yang lebih perform kut) Rinduuu..

Bergambar dengan Mid.
Perjalanan Bonzai ke Botak
Jam 1.45 tengahari kami pun tiba di Kem Botak. Oh, macam ni lah kem botak yang diceritakan itu. Kem datar yang sangat lapang. Rasanya bebudak IPG tu tidur sini lah kut malam tadi. Kami berhenti disini untuk makan lunch. Kat sini jugak ada water point. Bolehlah nak mandi, basuh pinggan mangkuk semalam dan refill air. Ok, bila dah menuju ke atas ni, waterpoint dia bukanlah macam air terjun tu, kebanyakannya air yang tertakung kalau hujan turun. Atau maybe air mineral dari dalam tanah? Jadi, kau pejam mata je lah layan air tu eh. Jangan duk bayang lebih2, takda cuckoo or coway atas ni.


Lunch!
Masa ni ada yang sempat mandi (tak termasuk aku, busy cari port nak berak. haha!). Makan megi, minum milo, makan lunch nasi goreng dengan sambal bilis. Dan, tak dilupakan ada jugak yang menyibukkan diri dengan menjahit seluar yang koyak (Hafiz nama dia) Semua salah milo kak Nora lah ni, terus terburu buru perasaan nak membuang! Jadi sebab kalut, tak sempat nak solat Zohor kat kem Botak, kita solat kat puncak je japgi.Hafiz pun tak solat lagi, so ada la jemaah japgi.


3.10 petang, macam biasa terbabas lagi masa pendakian. Haha! kami yang belakang pun memulakan pendakian. Izat gerak lambat gak time ni, tapi macam biasa lambat macam mana pun slowly nanti dia akan pintas gak kat depan.

Salah satu jalur yang putih tu, itulah Kem Botak.
one with the girls
dikongsikan hashtag kak nora. haha #misimencarimahram 

5.22 petang, kami pun tiba di Puncak Gunung Tahan! wuhu. Tanpa meletakkan beg, teruslah ke puncak, nak bergambar kat signage ngan beg kan! Begitu begini, patah balik ke kemsait, salin seluar, tukar kain, amik wudhuk, solat. Lepas solat terus bergegas ke puncak balik. Nak bergambar masa sunset katanya. Sayangnya awan mendung telah mengambil matahari dari kami. Huhuhu. Takdelah gambar begitu sunset, lebih kepada group foto je lah. kut.


Selamat Hari Kemerdekaan ke-62, Malaysia!
Nak dekat Maghrib tu, Kak Nora, Mid, Kam dan Salha turun ke lopak mencari air. Takdak air nanti, tak masaklah pulak kan?

Orait, malam ni akhirnya aku decide untuk menjadi manusia berguna. (Biasalah, kesedaran selalu hadir terlambat) Aku pun membantu Fani membahagikan ration. Pening kepala gak bahagi ration ni. Memang hampir murunglah, nak nak bila ada yang datang mengganggu.

Dinner malam tu makan bubur, sayur, ada ikan masin dan daging black paper. ok so nyummy! Siapa masak? ala tak ingat. Tokie, Q, Syamsul dan Along? khusyuk sangat bahagi ration (ok tak alasan?)

"Makan sarapan dengan lunch siapa nak masak ni?"
"Aku tak masak lagi, akulah" izat
"Nanti ko masak ajak sekali eric" aku

Aku baru habis membahagikan ration dalam kesejukan malam time tu. Fuh, angin kat puncak no joke gais. Ration pun dibahagikan malam tu jugak, bolehlah terus susun beg (sepatutnya) tapi aku tak gak. Kesejukan ni, selain melambatkan perjalanan, dia melambatkan otak aku berfungsi jugak. Rasa macam sloth dah, selowww!

"Izat boleh tolong ambilkan air? air company dah habis nak buat masak ni" kam
"Boleh" memang perform ya mamat ni!

Aku baru je habis kemas kawasan ration dan susun barang2 untuk masak masa Izat kembali dari ambil air. Dah lewat jugak rasanya time tu. Rata-rata kalau tak sedang pergi membuang, tengah melayan langit dan bintang malam (milky way), selain tu semua da bawah fly hilang di alam mimpi dah.

"Ok, jom masak" ujar izat sebaik sampai bersama air. Masa tu yang dekat dapur adalah Kam, Q, aku dan Fani. Kak Nora pun ada sebab dia naik sekali dengan Izat lepas buang air. Aku baru je nak masuk fly ni, macam kesian pulak dah 12 lebih ni, tapi takde orang dah nak tolong dapur. Maka akupun mencemar duli turun dapur. Gituh.

Sebenarnya bila cek info gambar ni jam 12.30 tengah malam. 
Jam berapa habis masak tu agak2? Haha! Tapi sebab depa tak tengok jam. So steady je semua!

"Banyak jugak bihun ni" aku
"Takpe nanti kalau tak habis, boleh je sesiapa bungkus jugak untuk lunch. Terutamanya orang macam akulah" izat
"Izat, ko ni, makan banyak jugak kan, tapi macam tak membesar pun" aku nak maksudkan gemuk disitu.
"Sebenarnya dulu, keluarga aku ni susah, baju pun kitorang share2. Disebabkan tu, aku decide untuk berhenti membesar"
Hmm, ok izat!
"Esok team dapur bangun awal ye, kita belum bungkus makanan lagi ni" Q

Begitu begini, malam tu lepas siap masak bihun dan ayam goreng kunyit, aku siapkan tempat beradu dan ready to sleep masa tu aku tengok jam dah 2 pagi. Masak lah!

Oh ya sebelum terlupa, kat sini jugaklah powerbank aku mula bermasalah. Aku lupa pulak kat puncak ni dah sejuk. Aku pergi caj handphone letak kat luar macam tu je. Aku letak dari lepas solat Asar tadi, sampai nak maghrib aku tengok tak naik2. Pegang powerbank dah sejuk. innalillah! Eh tak2, lepas tu aku letak dalam poket, naik lah sikit. Sekarang ni, dah keluar tahan, rosak terus dah powerbank tu. R.I.P.

Maka berakhirlah hari ke-3 di Puncak Tahan. Macam mimpi, but hey, we've done it guys~

Day 3, checked ✔

#gemaselangorbackpackerz
#triptahantakmenahan
#pewaibergema