Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 March 2020

Masih hidup dan sedikit update.

Eh dah masuk Mac.

So sedikit update lah kan tentang kehidupan.

Politik Malaysia

Perletakan jawatan Tun M sebagai perdana menteri yang menggoncangkan negara baru-baru ini benar-benar mengeciwakan. Dan saya sebagai rakyat merasa dikhianati. Kenapa perlu politik kepartian kalau sekadar bergasak nak berparti dan mengejar jawatan.

Keciwa. keciwa sampai rasa hilang semangat. Tak rasa nak komen bila cerita pasal politik Malaysia. Aku lah tu, rakyat yang tersakiti.

Kawan-kawan

Selain kisah negara, beberapa kisah tentang sahabat-sahabat. Banyak jugak yang menyayat hati. Masing-masing tumbuh dewasa dengan pelbagai ujian dan kisah-kisah yang tak pernah tercapai oleh akal kita ketika baru meniti 20an yang lalu.

Setiap kita ada bahagian dengan ujian yang tersendiri. Tak semestinya kawan-kawan kita nampak normal, dia benar-benar normal. Mesti ada yang dirahsiakan dari kita. Kawan-kawan kita yang kita lihat hari ini bukan lagi yang dulu sama-sama berlari ke dewan makan, sama-sama fly dari pagar sekolah, atau sama-sama meeting persatuan sampai lewat malam. yang sama duduk di kemsait sambil berkelakar sesama sendiri, menumpang hangatnya unggun api, mahupun melihat bintang di tengah laut terbentang ketika ombak terus memukul kapal.

Tak sama.

Setiap persimpangan kehidupan baik kerjaya, keluarga, politik dan persatuan, semuanya membawa kita kepada satu personaliti kita yang baru, satu nilai tambah yang menjadikan kita orang yang lain. Satu tanggungjawab yang baru. Satu kepayahan yang mungkin dah tak dapat kita kongsikan secara terbuka kepada kawan-kawan.

Aku doakan, semua yang sedang diuji untuk terus tabah meneruskan hidup. Selalu ingat semua ini sifatnya sebentar dan tidak kekal, this too shall pass .. walau betapa teruk kehidupan, selalulah ingat yang Allah sentiasa ada untuk kita. Betapa jahatnya kita, betapa dasyatnya ujian untuk kita.

19 February 2020

Kadang-kadang

"Oh akak dulu bukan amik IT"
"Serius la?"
"Betul! Akak bio la"
"Abis tu mana belajar?"
"Bijak kan" pura2 belagak sikit. Walhal sampai sudah tak bijak mana pun programming skill nya.
"Sy dulu elektrik, elektronik engineering"
"Oh pi la sambung degree" saja aku ckp mcm tu sbb engineering kan, syg kalau setakat dip or sijil
"Dari degree baik saya amik sijil. Byk technician lg laku kalau amik sijil compare dengan degree"
Alamak budak ni pandang sampai technician je ke.
"Siapa suruh awak aim jadi technician, ni kita cerita pasal nak suruh jadi ceo"
"Ala taknak la ceo. Ceo selalu perut boroi" eh apehal dah budak ni tibe masuk pasal perut lak ni.
"Ko nak cakap boss kau ke?"
"Kak sarah pun xjadi ceo lagi dah boroi"
Ok fine. Ko nak bawa cerita ni kemana sekarang ni.

Aku dah malas nak layan. Ikhlas murni niat aku nak suh dia sambung belajar. Tapi dia corner sampai tiba aku plak kena body shaming. Takdelah bitter sangat, sebab memang dah buncit. Cuma, kadang2 aku rasa generation gap ni semakin REAL. Maybe its time to learn to keep my mouth shut. Untuk menjaga hati sendiri i better do, right?

#sayangidirisendiri
#yourmentalhealthlagipenting

10 February 2020

20 tahun yang lalu

10.2.2000

Hari ini luar biasa dari selalu. Rasa excited bercampur baur. Selepas mendengar cerita2 tentang kehidupan di asrama kak Siti, ada rasa seram jugak, sebab dia selalu cerita hantu. Tapi, dalam masa yang sama rasa tak sabar sebab kadang-kadang macam seronok jugak dengar life kak siti kat SMKASAS tu. Hari ini aku akan masuk ke sekolah berasrama. Akhirnya dapat jugak sekolah asrama, setelah permintaan aku masa darjah 6 untuk duduk asrama desa dibantah oleh mak.

Meninggalkan Naim dan Fikri yang masih bersekolah, emak dan ayah membawa Amin dan Jiha (yang masih baby ketika itu) menghantar aku ke Ipoh. Untuk seorang anak kampung seperti aku, Ipoh bukanlah satu tempat yang biasa buat aku. Pekan terdekat untuk kami berbelanja ketika aku kecil hanyalah Teluk Intan yang jaraknya 30-45 minit perjalanan.

Aku hanya membontoti emak sepanjang proses pendaftaran. Dari membayar yuran di dewan sekolah, sehinggalah menghantar barang keperluan peribadi ke bilik asrama, Rumah Putih Bilik D (RPBD)  Selepas menghantar segala perkakasan mak nenek, aku pun mengikut mak ke kereta.

"Ok Sarah, mak hantar sampai sini je lah ya, mak nak kena balik ni, nak ambil adik2 kau habis sekolah lagi ni"
"Ok mak" aku pun bersalam dengan mak dan ayah lagaknya seperti anak solehah idaman ibu bapa setanah melayu. Sekolah ugama kan. 

Sejurus kemudian kaum keluarga pun pulang meninggalkan aku yang baru sahaja menginjak 12 tahun pada 4 bulan yang lalu. Baru 12 tahun dah kena basuh baju sendiri. Sobs2. Dalam kesendirian aku melangkah ke dewan makan yang terletak di hujung belakang sekolah. Berbetulan dengan waktu makan tenghari ketika itu. Pertama kali aku memegang tray lagenda untuk anak-anak asrama. Sebab kan pertama kali, aku tiru je apa orang buat, ambil tray, beratur, ambil makanan, ambil air dan cari tempat kosong untuk makan. 

Aku duduk di kerusi yang kosong itu bersama makanan yang baru diambil. Sendiri. Dikiri dan kanan rakan-rakan sebaya sedang makan bersama ibu dan ayah masing-masing.

"Mak dengan ayah mana?" Tanya seorang pakcik di hadapan aku.
"Mak dah balik" balas aku. Selaku kanak-kanak yang baru meningkat remaja, dont talk to stranger masih menebal dalam diri aku. Tapi atas dasar courtesy, jawab jugak lah sekadarnya.

Melihatkan semua rakan-rakan ditemani oleh ibu bapa terbit perasaan halus yang menghiris hujung hati. Perasaan yang aneh, belum dirasai sebelum hari ini. Sebaik sahaja menghantar tray ke belakang dewan makan, aku mencuci tangan dan terus berjalan laju ke pagar sekolah. Aku memandang sekeliling tercari cari kereta ayah. Tiada.

Dan tersedarlah aku, hidup tak kan lagi sama. Itulah permulaan kepada sebuah rindu yang panjang. Mungkin rindu adalah satu bahagian yang perlu wujud untuk menjadi dewasa. 

10.2.2020

Tarikh ini, 20 tahun yang lalu. Adalah tarikh yang sama yang banyak mewarnakan siapa aku hari ini. 

Hari ini setelah 20 tahun, dah banyak yang berubah dari aku pada hari itu.

#menujuPertemuan20tahun
#dakdakseratabatch40

06 February 2020

Corona Virus (2019-nCoV)

Ketika post ini ditulis, dunia masih lagi di gemparkan dengan virus yang baru muncul di penghujung Januari sehingga hampir saja diisytihar pandemic. Maka selaku rakyat dan warga bumi yang prihatin, perbualan sehari-hari akan terkesan juga dengan isu ini.

Member: Corona Virus ni kan sama je macam influenza ngan yang lain-lain tu, semua simptom dia batuk, demam
Aku: (dengar je budak ni nak bawa citer ni kemana)
Member: Entah-entah dia boleh je guna vaksin flu yang lain.
Aku: (start senyum senget)
Member: Atau pun, ubat anti viral tu boleh je guna. Kita letak la dos lebih sikit. Cuba diorang try satu kat pesakit. Macam mana kita nak tau kalau tak try, Ace try.
Aku: Lain macam lah awak ni.. akk cadang, pi la amik second degree amik biologi.

Sukahati dia je ya ampun.

Member: Kan kes yang diorang yang dari Wuhan baru balik Malaysia ni kena kuarantin 14 hari. Sebab nak confirmkan diorang betul2 clear kan.
Aku: Haah
Member: Kenapa yang kes sebelum ni, yang dia (warga China) masuk Malaysia tapi bila check negatif, diorang lepas kan je masuk. Then lepas beberapa hari positif pulak. Kenapa diorang tak kuarantin siap2 time tu.
Aku: Mungkin sebab kes dia lah, diorang start buat kuarantin tu.
Member: Tak kan lah..
Aku: Ok, ataupun time awal tu diorang amik darah, dekat darah bahagian tu tak kena virus lagi. Second time tu baru amik darah yang kena virus
Member: hahahaha.. kan, kira first tu ambik darah kat tangan. Situ tak kena virus, yang kena kaki kan. Hahaha. Betul2
Aku: Hahahaha.. jom lah kita sama-sama sambung belajo, menangis orang bio dengar perbincangan kita ni.

Ahaha. Ok gais, joke around ja nih k. Janganlah serius sangat. Tajuk serius banyak dah orang lain cover, kankan? Kita santai je lah sat kat sini. Dah aku nak baca pasal pandemic H1N1 jap. Harap-harap lepas ni boleh nampak bijak sikitlah masa sembang ngan orang.


Since 2016 aku rasa boleh kata banyak kali gak lah aku datang airport ni. Tapi amazing gila semalam airport sunyi sepi. Ni bukan citer zombi kan. wuuuu~

Selamat Mengerjakan Umrah Mak, Ayah, Naim, Jiha. Moga selamat semuanya dan beroleh umroh mabrur!

30 January 2020

Trivia Thursday : Bulatan Rothmans

Di Petaling Jaya, secara lebih berfokusnya Seksyen 19 di Jalan Universiti. Ada satu bulatan lagenda yang di panggil Bulatan Rothmans. Tapi bulatan ni telah pun bertukar menjadi persimpangan Rothmans kira-kira 7 atau 8 tahun yang lalu. Masa tu baru-baru aku pindah ke Seksyen 19. Sempatlah merasa kesesakan setiap kali melalui bulatan tu masa balik kerja. Jadi sekarang lepas dah ada traffic light ni, legalah sikit.

Ok persoalannya, siapakah Rothmans sehingga terabadi namanya di atas sebuah bulatan?

Jika kalian pernah melalui jalan ini sebelum 2017. Korang akan perasan ada sebuah bangunan/ kilang berseberang jalan dengan Sin Chew Daily. Nama nya, British American Tobacco, Malaysia (BAT). Tetapi, branch ini telah di tutup pada 2016 setelah BAT menjual bangunan tersebut kepada LGB Properties (M) Sdn Bhd. Penutupan cawangan Petaling Jaya adalah di sebabkan peningkatan tax kepada rokok menyebabkan sales jatuh. berkadar langsung pula dengan hadirnya pelbagai rokok2 haram yang lebih murah.

Ok sekarang BAT ni siapa pulak? BAT adalah pembuat rokok2 'halal' yang femes2 di Malaysia. Antaranya, Dunhill, Kent, Pall Mall, dan Peter Stuyvesant. BAT muncul ke arena tembakau di Malaysia setelah merging of Rothmans of Pall Mall dan Malaysian Tobaco Company Berhad pada 3.11.1999.

Jadinya sebelum British American Tobacco berada di Jalan Universiti, adalah Rothmans of Pall Mall lah yang duduk di situ. Tepi Rothmans of Pall Mall ada bulatan, jadi lah Bulatan Rothmans. Get it? Simple. Tapi tu lah, kena rajin sikit lah membaca.

Hebat tak hebat industri tembakau di Malaysia kita ni yop?!

***

Nota sikit.

Semalam aku pergi usrah, topik yang dibincangkan adalah tentang SABAR. Balik dari usrah, aku pun bermenung, sejauh mana sabar aku ni. Setelah bermuhasabah, aku terpaksa menarik balik post yang bertajuk 'Kurang Ajor' sebelum ini, disebabkan post tersebut sangat negatif dan dipenuhi amarah.