Eh dah masuk Mac.
So sedikit update lah kan tentang kehidupan.
Politik Malaysia
Perletakan jawatan Tun M sebagai perdana menteri yang menggoncangkan negara baru-baru ini benar-benar mengeciwakan. Dan saya sebagai rakyat merasa dikhianati. Kenapa perlu politik kepartian kalau sekadar bergasak nak berparti dan mengejar jawatan.
Keciwa. keciwa sampai rasa hilang semangat. Tak rasa nak komen bila cerita pasal politik Malaysia. Aku lah tu, rakyat yang tersakiti.
Kawan-kawan
Selain kisah negara, beberapa kisah tentang sahabat-sahabat. Banyak jugak yang menyayat hati. Masing-masing tumbuh dewasa dengan pelbagai ujian dan kisah-kisah yang tak pernah tercapai oleh akal kita ketika baru meniti 20an yang lalu.
Setiap kita ada bahagian dengan ujian yang tersendiri. Tak semestinya kawan-kawan kita nampak normal, dia benar-benar normal. Mesti ada yang dirahsiakan dari kita. Kawan-kawan kita yang kita lihat hari ini bukan lagi yang dulu sama-sama berlari ke dewan makan, sama-sama fly dari pagar sekolah, atau sama-sama meeting persatuan sampai lewat malam. yang sama duduk di kemsait sambil berkelakar sesama sendiri, menumpang hangatnya unggun api, mahupun melihat bintang di tengah laut terbentang ketika ombak terus memukul kapal.
Tak sama.
Setiap persimpangan kehidupan baik kerjaya, keluarga, politik dan persatuan, semuanya membawa kita kepada satu personaliti kita yang baru, satu nilai tambah yang menjadikan kita orang yang lain. Satu tanggungjawab yang baru. Satu kepayahan yang mungkin dah tak dapat kita kongsikan secara terbuka kepada kawan-kawan.
Aku doakan, semua yang sedang diuji untuk terus tabah meneruskan hidup. Selalu ingat semua ini sifatnya sebentar dan tidak kekal, this too shall pass .. walau betapa teruk kehidupan, selalulah ingat yang Allah sentiasa ada untuk kita. Betapa jahatnya kita, betapa dasyatnya ujian untuk kita.
No comments:
Post a Comment