Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

23 March 2020

#mco #day6 - supply

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 6

Shortage of Supply

Hari ni hari ke-6 mco. Tak taulah bila nak jadi produktif bila duduk rumah ni. Sungguhlah katil, makan, katil balik. tengok fon dari pagi sampai malam. Baca Quran, baca buku, kemas rumah, setel the pending long listing semua kelaut.

Ok, pagi ni ceritanya kami macam biasa 3 beradik yang terkandas kat PJ ni duk membincangkan situasi semasa sambil sarapan. Pagi tadi sarapan apa eh, oh nasi goreng! Kalau keadaan lockdown ni berterusan, apa akan jadi kepada kita semua. Sebabnya, sekarang ni memanglah kedai buka kan. Tapi dengan takde orang berkerja/ kurang nya individu yang duduk kat bahagian production. Mesti akan sampai satu zaman, demand akan lebih banyak dari supply. 

Tak mustahil kan?

Fikir gitu jelah. Takut gak nak fikir lebih jauh. Lagi-lagi petang tadi, PM kabo ada kemungkinan #mco ni extend lagi 2 minggu. Berat nak terima tapi kalau itu untuk kebaikan, pishang pun pishanglah kan. Apa-apa pun keputusan extend atau tak ni akan buat pada hujang Mac nanti, bila first phase mco ni tamat. Aku doakan time tu, keadaan dah terkawal sikit lah. Dan, ada keputusan yang lebih baik Allah siapkan untuk kita,

Oh untuk saat ni PJ adalah kawasan tertinggi kes Covid-19 di Malaysia. Tak taulah sampai masa akan kena total lock down ke camne. sobs. Hari ni jumlah kematian di sebabkan covid dah 14 orang. Yang sangkut kat ICU pun dah 50++ 

Aduh. Astaghfirullahalazim. Allahuakbar.

Moga esok ada kabar yang lebih baik untuk Malaysia.

10.25 pm
Seksyen 19, PJ.

22 March 2020

#mco #day5 - twitter

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 5

Movement Control Order (MCO) ataupun Arahan Kawalan Pergerakan.

Nampaknya terlambat lak idea sampai untuk menulis jurnal di blog sebagai cara mengisi kekosongan kehidupan terkawal di rumah ni. Kalau ikutkan selang sehari kat dalam rumah ni, aku akan mengawal/ membataskan pergerakan aku, dengan lebih banyak menghabiskan masa berbaring di atas katil. Sama ada tengok handphone atau membaca buku (okey ni percentage sangat rendah)

Selain itu, aku rasa dengan berbaring perut akan nampak flat sikit dari selalu. Haha! Tapi kalau takut flat tak sekata mengiring plak kekiri atau kekanan, barulah nanti kalau kurus, kurus sekata! Wahaha. (Macam makin mereng lama sangat kena control ni. hahahahaha)

Ok berbalik kepada #mco, sebab dah terlepas 4 hari yang awal, kita cerita hari ni je lah dan boleh lah nak summary je kan hari-hari yang telah berlalu.

Sepatutnya aku dah on/setup laptop since 1st day bersamaan hari Rabu, 18 Mac 2020. Tapi aku pun tak tahu apa aku buat hari pertama tu. Menjadikan hari keempat atau semalam, barulah laptop telah di setup dengan baik di meja kat rumah ni. (hope fully rajin lah untuk aku menyiapkan jurnal 10 episod sepanjang #mco ni)

Twitter

Disebabkan agak kebosanan, rajin lak aku scroll twitter ni. Ada 3 perkara random dan tak penting yang menghiburkan pembacaan aku.

1. Saranan Menteri Agama

Dr Zulkifli mencadangkan agar rakyat Malaysia belajar buat resepi baru alang-alang kena masak sendiri dan tak boleh keluar rumah.

rasa macam comel je statement pak mufti now menteri ni. hehe

2. Video Running Man

"Kalau awak tak reject Gary dulu, mesti sekarang dah masuk Return of Superman" - Jong Kook kepada Ji Hyo.

random, tetapi the auto reaction dari JK tu memang terus tergelak.

3. Aniversary Feb '92

Randomly baca twitter ni sebab dia covid-19. Parent dia punya anniversary February hari tu, tapi bila skrol2 kakak dia umur 28 tahun. Aku macam, wow! Terus teringat cadangan Lukman masa on track YY hari tu,

"Kak, akak kawin tahun depan lah kak bulan Januari, tak pun Februari pun ok"
"Apsal kena awal tahun? Apa masalah dengan bulan lain?"
"Senang lah kak nak ingat tahun kawen, nanti kawen awal tahun, hujung tahun dah dapat anak 1st"

Rupa-rupanya, ramai gak guna teknik Lukman ni.

Ok tu jelah random aku nak tulis hari ni. Nak sambung baca Sesegar Nailofar (harap boleh khatam hari ni) Oh, turut berdukacita dengan kematian 8 orang di asbabkan oleh Covid-19. Semoga semua yang pergi di tempatkan di tempat terbaik di sisi tuhan.

Bila lah nak start usaha mengkhatamkan Al Quran ni. Allahuakbar, astaghfirullahalazim.

Jumpa esok, insyaAllah.

xoxo,
Sarah B.
Seksyen 19, PJ.

03 March 2020

Masih hidup dan sedikit update.

Eh dah masuk Mac.

So sedikit update lah kan tentang kehidupan.

Politik Malaysia

Perletakan jawatan Tun M sebagai perdana menteri yang menggoncangkan negara baru-baru ini benar-benar mengeciwakan. Dan saya sebagai rakyat merasa dikhianati. Kenapa perlu politik kepartian kalau sekadar bergasak nak berparti dan mengejar jawatan.

Keciwa. keciwa sampai rasa hilang semangat. Tak rasa nak komen bila cerita pasal politik Malaysia. Aku lah tu, rakyat yang tersakiti.

Kawan-kawan

Selain kisah negara, beberapa kisah tentang sahabat-sahabat. Banyak jugak yang menyayat hati. Masing-masing tumbuh dewasa dengan pelbagai ujian dan kisah-kisah yang tak pernah tercapai oleh akal kita ketika baru meniti 20an yang lalu.

Setiap kita ada bahagian dengan ujian yang tersendiri. Tak semestinya kawan-kawan kita nampak normal, dia benar-benar normal. Mesti ada yang dirahsiakan dari kita. Kawan-kawan kita yang kita lihat hari ini bukan lagi yang dulu sama-sama berlari ke dewan makan, sama-sama fly dari pagar sekolah, atau sama-sama meeting persatuan sampai lewat malam. yang sama duduk di kemsait sambil berkelakar sesama sendiri, menumpang hangatnya unggun api, mahupun melihat bintang di tengah laut terbentang ketika ombak terus memukul kapal.

Tak sama.

Setiap persimpangan kehidupan baik kerjaya, keluarga, politik dan persatuan, semuanya membawa kita kepada satu personaliti kita yang baru, satu nilai tambah yang menjadikan kita orang yang lain. Satu tanggungjawab yang baru. Satu kepayahan yang mungkin dah tak dapat kita kongsikan secara terbuka kepada kawan-kawan.

Aku doakan, semua yang sedang diuji untuk terus tabah meneruskan hidup. Selalu ingat semua ini sifatnya sebentar dan tidak kekal, this too shall pass .. walau betapa teruk kehidupan, selalulah ingat yang Allah sentiasa ada untuk kita. Betapa jahatnya kita, betapa dasyatnya ujian untuk kita.

19 February 2020

Kadang-kadang

"Oh akak dulu bukan amik IT"
"Serius la?"
"Betul! Akak bio la"
"Abis tu mana belajar?"
"Bijak kan" pura2 belagak sikit. Walhal sampai sudah tak bijak mana pun programming skill nya.
"Sy dulu elektrik, elektronik engineering"
"Oh pi la sambung degree" saja aku ckp mcm tu sbb engineering kan, syg kalau setakat dip or sijil
"Dari degree baik saya amik sijil. Byk technician lg laku kalau amik sijil compare dengan degree"
Alamak budak ni pandang sampai technician je ke.
"Siapa suruh awak aim jadi technician, ni kita cerita pasal nak suruh jadi ceo"
"Ala taknak la ceo. Ceo selalu perut boroi" eh apehal dah budak ni tibe masuk pasal perut lak ni.
"Ko nak cakap boss kau ke?"
"Kak sarah pun xjadi ceo lagi dah boroi"
Ok fine. Ko nak bawa cerita ni kemana sekarang ni.

Aku dah malas nak layan. Ikhlas murni niat aku nak suh dia sambung belajar. Tapi dia corner sampai tiba aku plak kena body shaming. Takdelah bitter sangat, sebab memang dah buncit. Cuma, kadang2 aku rasa generation gap ni semakin REAL. Maybe its time to learn to keep my mouth shut. Untuk menjaga hati sendiri i better do, right?

#sayangidirisendiri
#yourmentalhealthlagipenting

10 February 2020

20 tahun yang lalu

10.2.2000

Hari ini luar biasa dari selalu. Rasa excited bercampur baur. Selepas mendengar cerita2 tentang kehidupan di asrama kak Siti, ada rasa seram jugak, sebab dia selalu cerita hantu. Tapi, dalam masa yang sama rasa tak sabar sebab kadang-kadang macam seronok jugak dengar life kak siti kat SMKASAS tu. Hari ini aku akan masuk ke sekolah berasrama. Akhirnya dapat jugak sekolah asrama, setelah permintaan aku masa darjah 6 untuk duduk asrama desa dibantah oleh mak.

Meninggalkan Naim dan Fikri yang masih bersekolah, emak dan ayah membawa Amin dan Jiha (yang masih baby ketika itu) menghantar aku ke Ipoh. Untuk seorang anak kampung seperti aku, Ipoh bukanlah satu tempat yang biasa buat aku. Pekan terdekat untuk kami berbelanja ketika aku kecil hanyalah Teluk Intan yang jaraknya 30-45 minit perjalanan.

Aku hanya membontoti emak sepanjang proses pendaftaran. Dari membayar yuran di dewan sekolah, sehinggalah menghantar barang keperluan peribadi ke bilik asrama, Rumah Putih Bilik D (RPBD)  Selepas menghantar segala perkakasan mak nenek, aku pun mengikut mak ke kereta.

"Ok Sarah, mak hantar sampai sini je lah ya, mak nak kena balik ni, nak ambil adik2 kau habis sekolah lagi ni"
"Ok mak" aku pun bersalam dengan mak dan ayah lagaknya seperti anak solehah idaman ibu bapa setanah melayu. Sekolah ugama kan. 

Sejurus kemudian kaum keluarga pun pulang meninggalkan aku yang baru sahaja menginjak 12 tahun pada 4 bulan yang lalu. Baru 12 tahun dah kena basuh baju sendiri. Sobs2. Dalam kesendirian aku melangkah ke dewan makan yang terletak di hujung belakang sekolah. Berbetulan dengan waktu makan tenghari ketika itu. Pertama kali aku memegang tray lagenda untuk anak-anak asrama. Sebab kan pertama kali, aku tiru je apa orang buat, ambil tray, beratur, ambil makanan, ambil air dan cari tempat kosong untuk makan. 

Aku duduk di kerusi yang kosong itu bersama makanan yang baru diambil. Sendiri. Dikiri dan kanan rakan-rakan sebaya sedang makan bersama ibu dan ayah masing-masing.

"Mak dengan ayah mana?" Tanya seorang pakcik di hadapan aku.
"Mak dah balik" balas aku. Selaku kanak-kanak yang baru meningkat remaja, dont talk to stranger masih menebal dalam diri aku. Tapi atas dasar courtesy, jawab jugak lah sekadarnya.

Melihatkan semua rakan-rakan ditemani oleh ibu bapa terbit perasaan halus yang menghiris hujung hati. Perasaan yang aneh, belum dirasai sebelum hari ini. Sebaik sahaja menghantar tray ke belakang dewan makan, aku mencuci tangan dan terus berjalan laju ke pagar sekolah. Aku memandang sekeliling tercari cari kereta ayah. Tiada.

Dan tersedarlah aku, hidup tak kan lagi sama. Itulah permulaan kepada sebuah rindu yang panjang. Mungkin rindu adalah satu bahagian yang perlu wujud untuk menjadi dewasa. 

10.2.2020

Tarikh ini, 20 tahun yang lalu. Adalah tarikh yang sama yang banyak mewarnakan siapa aku hari ini. 

Hari ini setelah 20 tahun, dah banyak yang berubah dari aku pada hari itu.

#menujuPertemuan20tahun
#dakdakseratabatch40