Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 8
Extend
Apa agaknya yang nak tulis untuk jurnal mco hari ke-8 ni eh. Ok nampaknya cita-cita nak kemas rumah mahupun habiskan baca buku-buku yang dah hampir jadi library kat rumah ni macam hampir terkubur je ni. Malah habis ber netflix ngan iflix je lebih. Haha.
Setakat ni dah khatam Kingdom ngan Prison Playbook kat Netflix dan currently layan drama Seindah 7 Warna Pelangi kat iflix. Biasanya jaranglah layan drama melayu ni. Tapi, tiba terpersona plak dengan senyuman Hun Haqiem yang lalu dekat ig explore kan. Bila duk usha-usha, eh ada ariel zafrel plak. eh lagu OST plak ada Khai Bahar! Ok, ON! ha gitu ya cara pemilihan untuk menonton drama melayu.
Ok, sedang aku menikmati hari yang leisure di tengahari yang damai, tiba dapat berita. perintah mco bersambung lagi 14 hari, menjadikan perintah berkurung hanya akan berakhir pada 14 April.
Nampaknya, boleh lagi ni nak menjayakan cita-cita membaca.
Oh ya, hari ni baru dapat mesej dari ofis tentang kerja. Dan kelam kabut jugaklah mahkamah minta list macam-macam, since nak extend ni kan. Jadi kenalah jurubahasa tangguhkan lagi all the listed hearing/mention sepanjang 1-14 April tu. Selain tu, ada jugak lah job nak kena buat poster ni. Huih, lama dah tak buka photoshop. Ok, jomlah siapkan!
"Sukarnya untuk ku menduga
Apakah erti airmata
Jiwa makin lelah dilanda gelora yang membela
Biarkan perasaan merintih rayu
Melihat kau terbaring layu"
Khai Bahar - Ratuku
9.00 malam,
Seksyen 19, PJ.