Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

04 April 2020

#mco #day18 - Azan

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 17

Azan

Subuh ni overwhelming, sebab? Subuh ni ada berkumandang azan! Dah berapa lama takde azan. Rasa masam baru balik Malaysia setelah sekian lama. (Bajet2 melancong negara bukan Islam, takda kedengaran laungan azan)

Selain dari itu, sekarang ni telco ada bagi 1gb data percuma setiap hari. Celcom akan auto kredit dalam baki sementara hotlink kena claim setiap hari. Apa nak di gunakan untuk kebanjiran data ini? ya, itu dia.. Winter Sonata! Dulu masa cerita ni keluar, aku tak dapat tengok sebab sekolah asrama kan. Masa tu cerita korea yang sempat tengok, The Sad Love Song/ Sad Sonata sebab citer tu tayang time 2005 ngam2 tengah cuti SPM. Sempat pulak habis layan sebelum masuk matrik. Kwon Sang Woo!

Semalam, aku saja lah duk usha blog-blog adik beradik. Which is sekarang ni, memang takde dahla yang menulis kecuali aku. Tengok dulu-dulu orang tulis macam nearly everything lak kat blog en? Luahan perasaan pun ado. Yakinnya kamu!

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 18


Bincang dengan kak siti semalam, kami buat kesimpulan, muazin kawasan ni hari tu maybe suspected covid. So, tak dapat la dia nak azan. Sebab ni dah lepas 14 hari jadi habis dah la kuarantin dia kan. Maybe dia pun jemaah tabligh kut noh? hehe. Apa lagi lah mampu dibuat duk rumah hari-hari, assume jelah. Kita takda dalam group wasap ahli surau perumahan. haha!

Winter Sonata (2002)

Hari tu tengok Kingdom, habis kingdom layan Prison Playbook. Dah bosan layan cerita-cerita baru, layan cerita lama lah pulak kan!

Masa drama ni tengah halyu kat Malaysia, masa tu aku sekolah menengah dan kat asrama. Jadi, tak dapatlah aku menyertai gelombang kebangkitan kdrama di Malaysia. Ahahaha~ Untuk yang tak tahu, hobi aku dulu menonton televisyen. Cerita negara mana je aku tak tengok?

Jadinya, di masa senggang ni .. aku pun tengok lah citer ni, nak tengok jugakla apa yang syok sangat sampai boleh jadi tarikan pelanconglah Pulau Nami tu kan! Sekarang baru episod 15. Kan Jung Sang dah eksiden kali ke-2, dah dapat sikit memori dia. (Tapi aku agak, Jun Sang dengan Yoo Jin ni adik beradik. Trend cerita zaman tu kan selalu terpisah masa kecik, anak tertukar. hilang ingatan) Fuh, mencabar betul tengok cerita lama ni.. slow dia lain macam. Hari tu aku tengok Autumn in My Heart pun boleh tahan penuh kesabaran jugak lah nak habiskan.

Kes Kematian Covid-19

Kes kematian disebabkan covid di Indonesia telah mencecah 188 orang hari ini, menjadikan jumlah kematian di Indonesia lebih banyak dari Korea Selatan. Seram. Oh kalau agak-agak bosan sangat PKP tu, aku tambahkan 2 link kat bawah ni boleh lah korang baca2..

https://www.visualcapitalist.com/mapped-us-senior-population-covid-19/

https://www.visualcapitalist.com/the-math-behind-social-distancing/

Ok lah tu je kut, aku nak abiskan lipat kain ni, sambil kumpul semangat nak menjalankan tanggungjawab ketua keluarga. Tapi tu lah, guruh berdentum kemain dasyat ni. Seriau jugak nak keluar rumah.

Till then,

4.09 petang,
Seksyen 19, PJ
(Red Zone Covid-19)

02 April 2020

#mco #day16 - nothing

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 16

Hari ke 16 #mco semakin terbiasa rasanya. Sekarang ni, tiap pagi aku akan dapat info sumbangan dan bertugas untuk update poster. Kerja tepi-tepi jelah. Harap adalah sikit sumbangan aku. Jadinya, setiap pagi lepas Subuh aku akan on laptop dan photoshop untuk standby. Biasa dalam 8 - 10 pagi tu aku memang allocate untuk update poster. 

Lepas siap update tu, aku sebenarnya ada satu lagi task poster yang belum siap. Sambil cari idea, aku pun akan menerawang tengok youtube, Barulah berkesempatan tengok balik Thinker Studio yang lama-lama punya vlog. Ahaha! Lame kan? 

Nothing much.

Semoga mco ni tak kan extend lagi. Risau lama sangat satgi lupa pulak jalan nak pergi ofis .. haha, ok, joke!

Update terkini Covid-19 di Malaysia



8.13 malam,
Seksyen 19, PJ.

31 March 2020

#mco #day14 - wordless Tuesday

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 14

Jom kita start!

11.08 pagi,
Seksyen 19, PJ.

30 March 2020

#mco #day13 - rompak

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 13

Believe me that, writing can keep you sane.

Hai semua, saya Sarah B. Kembali lagi menemani hari-hari sendu anda di musim mco/ pkp ini. Sendu ke tidak? Ok, nilai kesenduan yang berkadar terus dengan kelebaran ukur lilit pinggang dan ketebalan dagu. Uhuk2. Painful truth, is it? 

Ada beberapa benda yang semakin memalaskan akhir-akhir ni. Nak keluar rumah untuk stock up barang. Oh god, lend me some energy and motivation. Nak pi isi minyak kereta. Nak pi berbaris beli barang dapur. Nak get ready with the mask and the glove. Oh, adakah MCO menjadikan diriku semakin malas? ya ampun.

Ok, sedikit update tentang hari ini.

Hari ni berjaya menyiapkan 2 biji poster yang telah pun di hantar. 1 ammend poster, dan 2 lagi pending (masih belum start, acah tengah cari idea) 

Selain dari itu, ada sedikit luar biasa hari ni bila boss tiba tanya kabar. Normal dapat text dari boss adalah tanya tentang kerja. Tiba tadi boss text tanya kabar sendiri dan kabar keluarga di kampung. Oh boss, ok i'm touched. (Namun yang demikian tak bermaksud berjaya dikeluarkan dari list orang yang di benci. Haha! Eh boss kan memang manusia yang harus di benci. Lol!)

Finish This Book

Semalam, tiba-tiba aku teringat akan kewujudan buku ni. Buku ni aku beli few years ago rasanya. Tapi balik tu buat sikit then macam, benda ni akan consume time jadi aku simpan balik. Tak sangka ia akan berguna untuk hari ini. Musim yang panjang entah bila hujungnya. 

Jadi aku cuba jugaklah menyambung muka surat yang aku buat hari tu. Here some of the pics,






Ok aku tak buat abis pun, sebab? Sebab.. macam biasa akan consume more time, plus aku kan ada poster belum siap lagi? remember? Ya ya ya.. 

Rompak dan Ragut

Semalam juga, aku dapat satu video orang share, tentang kes ragut di depan farmasi. Orang sedang beratur untuk beli barang (ofkos with some distance ya) suddenly ada satu motor lalu dan ragut one of the girl yang berdiri paling hampir dengan jalan. Oh crap! 

Pagi ni aku dapat satu lagi video, seorang auntie cina, putih dah rambut dia. dalam bilik rumah, ada orang datang rompak. Orang tu full face helmet. So, tak dapat rakam muka lah kan. Kesian kat auntie tu!

Hari ni, hari ke-13 semenjak perintah kawalan pergerakan bermula pada 18 Mac. Sebelum perintah ini di laksanakan lagi, Malaysia memang banyak kes rompakan/ragut. Mungkinkah, rakyat semakin terdesak dengan desakan ekonomi? 

This is a global economic catastrophe i would say. Gais, please.. lets we get through this together ya? hand in hand? Put a lil more patient, this too shall pass.. *inhale*

Till then

*sorry gais, lately semakin teruk kerojakan bahasa aku. Just wrote every thing yang cross my mind. 

4.25 petang,
Seksyen 19, PJ. 

29 March 2020

#mco #day12 - motivasi

Sebuah Jurnal #mco #covid19
#day 12

Akhirnya terlepas satu post untuk hari ke-11. Istiqamah ni memang susah ya gais! Semalam takde lah busy sangat pun. Tapi macam biasa kebolehan dalam meletakkan priority bila kita diuji dengan masa lapang sangat hebat ya kawan-kawan.

So semalam, selain dari buat sedikit aktiviti dengan Photoshop. (ok kena chase jugak) Adalah hari yang agak leisure sebenarnya. Keep on duduk depan laptop atau pegang buku IMAM yang akhirnya baca 2 ms je pun!

Yotube

Ok, randomly i found satu vlogger ni on Youtube. Malas aku nak disclose youtube name dia sebab takut kena kecam. ha ha! Kenapa aku tiba-tiba boleh stumble dan lekat plak layan all dia punya blog? Sebab, cantik! orangnya cantik. and i cant stop.

Walaupun crapy sikit, because dia punya preference of life tapi some sort of content dia tu somewhat motivational. Contohnya adalah, masa dia umur 26 tahun (tahun ni dah 28) suddenly dia came with an idea untuk tidak lagi menyesali kehidupan yang dilalui. Then, dia buat cabaran untuk melalui hidup yang tak kan disesali lagi di masa depan. Jadi, first step yang dia cuba ambil adalah dengan bangun awal. Kalau kita bangun awal, mean kita ada banyak masa untuk spend kepada productivity, kan?

Setiap vlog dia lepas tu, lebih kurang how dia spend life dia. Mostly dimulakan dengan mencatat to do list, dan di akhiri dengan dia buat summary apa yang dia berjaya buat dan tak berjaya buat. Amacam? Nice kan? Sebenarnya content tu biasa je, and normal je untuk orang buat benda tu kan, kalau aku tak tengok vlog dia pun, ramai je orang lain buat benda yang sama. It just happen, time aku lemau dengan #mco ni stumble upon blog dia. gituh!

Rasa macam i really should start with something.
Maybe start with learning something new?

Volunteerism

Selain dari duduk di kerusi, menghadap photoshop/ youtube di laptop, aku akan baring di katil sambil skrol handphone/ tablet, kalau tak disitu, aku duduk di meja dapur, tetap menghadap tablet sambil makan. What a life! Im adjusting.. (ayat sedapkan hati)

Ada juga di pelawa oleh seorang rakan untuk membantu satu projek sukarelawan. Rasa berdosa sebab aku tolak. Maaf ye kak, im trying hard to restart my life. And give me a chance to start with a small single step, i couldnt catching up with the run for time being.

Tak aku tak de sakit pape, aku ok je. It just, through time, kau akan mula merasakan sesuatu yang kau suka dulu tak lagi sesuatu yang kau suka hari ini. Sesuatu yang passionate tak lagi sehangat dulu. Lack of motivaton? or lack of IMAN? hmm..

Covid update

Jumlah Kes Keseluruhan: 2470 orang
Jumlah Kes Sembuh : 388 orang
Jumlah Kematian : 34 orang
Jumlah Kes di ICU : 73 orang

6.12 petang,
Seksyen 19, PJ.