Quotes..
Sedikit Renungan
13 December 2023
Buat ado ado
06 December 2023
Hadiah untuk kita ;)
October Meet |
December Meet |
28 November 2023
Jenazah Syuhada' Dimakan Anjing Liar
Kemudian aku teringat hadis sahih di mana Rasulullah SAW telah bersabda tentang penghulu syuhada’ Hamzah (maksudnya): “Kalaulah tidak kerana Sofiah (adik beradik Hamzah juga ibu saudara Nabi SAW) yang akan rasa terkilan, nescaya aku akan biarkan jenazahnya di makan oleh burung-burung dan binatang buas supaya dia bangkit di Mahsyar nanti daripada perut binatang-binatang itu.”
Maka timbul soalan dalam diriku: kenapakah baginda bercita-cita untuk lakukan demikian terhadap Hamzah sedangkan Hamzah merupakan insan yang paling baginda sayangi? Hamzah adalah bapa saudara baginda, saudara sesusu baginda, sahabat dan pembela baginda dalam dakwah sejak di Mekah. Dan baginda SAW amat sedih dan banyak menangisi kewafatan Hamzah. Bukti sayangnya baginda kepada Hamzah sehingga ahli keluarga baginda yang pertama lahir selepas kewafatan Hamzah baginda arahkan supaya menamakannya dengan nama insan yang paling disayanginya, Hamzah!
Jadi, kenapakah baginda bercita-cita jenazah Hamzah, sayyidusy-syuhada’ dimakan oleh anjing-anjing liar?
Aku berkata kepada diriku: pastinya hal itu akan memberikan pahala yang lebih besar, ganjaran yang lebih sempurna lagi mulia daripada pengkebumian dengan cara yang biasa. Kemudian aku mencari dalam syarahan-syarahan hadis. Maka aku menemui syarahan yang menyejukkan dadaku:
“Supaya Hamzah memperolehi pahala yang sempurna sepenuhnya dan supaya kesemua bahagian jasadnya jadi korban di Jalan Allah SWT.”
Demi sesungguhnya Allah telah pilih para syuhada’ itu (yang jenazah mereka dimakan anjing-anjing liar) untuk dianugerahkan apa yang dicita-citakan Rasulullah SAW untuk penghulu syuhada’. Maka dengan itu, mereka adalah sebenar-benarnya para penghulu syuhada’.
Kemudian aku teringat hadis sahih daripada Rasulullah SAW (maksudnya): “Penghulu syuhada’ ialah Hamzah dan seseorang yang bangkit di hadapan seorang penguasa yang zalim dan menegurnya dengan menyuruhnya (melakukan kebaikan) dan melarangnya (dari melakukan kejahatan), maka penguasa itu membunuhnya.”
Dan mereka ini bukan bangkit melawan seorang penguasa yang zalim. Sebaliknya mereka bangkit mendepani penguasa-penguasa zalim yang sangat ramai, bahkan mereka bangkit melawan system yang mendominasi dunia seluruhnya yang kezaliman, kekejaman, kebejatan dan kerosakannya sudah sampai ke kemuncaknya.
Dengan itu, aku memujuk dan menenangkan hatiku bahawa sesungguhnya mereka itu memang benar-benar berhak disifatkan sebagai penghulu-penghulu syuhada’.
Aku harap tulisan ini sampai kepada ahli keluarga penghulu-penghulu syuhada’ itu supaya dapat meringankan kesedihan mereka serta meningkatkan kesabaran mereka dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.
Terjemah daripada tulisan Prof Dr Wasfy Abu Zaid
https://t.me/drwasfy
30 October 2023
Bukit Lagong (563m)
Check point 1 - view point. |
Check point 3 |
Done with Lagong! Nak repeat ke ek? macam tak! haha. |
28 October 2023
Free Market Masjid Kota Damansara
Ingat kan dah habis bersemangat dah lepas buat #15dayswrittingchallenge eh sangkut jugak penulisan gue ek. Kalau di ikutkan plan sebenarnya nak habis cerita kan tentang Rinjani by October.
Tapi tu lah kan, draf semuanya.. pastu tak habis-habis lagi menulisnya.
Harapnya dapat lah di publish November nanti [ameen]
Hari ni berjayalah menghantar 2 beg baju untuk re-use-oleh-other-people dan half beg baju untuk di buang terus (di guna semula untuk tujuan industri) Dulu, setiap kali nak sort baju je rasa berat. Rasa macam penuh memori semuanya. Alhamdulillah kali ni lebih baik, dapat lah di sortkan sebahagian, dan di let go. Yang masih bersisa sentimental tu, aku tahan gak lagi tadi. Haha. Tunggu next session lak.
Proses pengasingan |
Hasil yang telah diasingkan |
Tadi berlangsung dekat Masjid Kota Damansara. Panjang gila kereta beratur untuk drop baju. TQ lah Nina sebab sudi bersama-sama menguatkan lagi langkah nak letgo baju. Kalau sorang tadi aku rasa give up awal gak. Sambil beratur, sambil bercerita, sambil berangan, know-know da sampai turn.
Terbaik jugaklah dia punya modus. Macam drive thru gitu konsep yang di guna pakai. Sampai kat kawasan pemungutan tu, stop kereta, drop kan baju, jalan. Mantul! Kitorang punya turn tadi dalam 11 lebih jugak lah, masa tu pun baju aku rasa dah sebanyak 3 or 4 garaj kereta. Tak taulah sampai jam 4 petang ada berapa banyak lah baju. Niat di hati, lepas drop baju nak jugalah intai2 baju lain yang boleh di beli dengan harga RM1. Dah style nya begitu, memang drop je lah dan berlalu. babai baju free market.
Punyalah laju, sampai nak tangkap gambar program pun tak sempat. Apa pun tak dapat di rekod ke dalam kamera. Yang dapat rekod,
Pekena CKT dulu, lapar.. beratur lama kan tadi |
Thank you muslimvolunteermalaysia for the inisiatif.
*punya mantap nya sambutan rakyat Malaysia, plan asal kutipan adalah 8.00 pagi - 4.00 petang. Tapi punya ramai orang nak hantar, sampai jem lah nak masuk masjid KD tu. Sampai terpaksa stop sampai 2.00 petang je.
till then,
Petaling Jaya