Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

03 May 2024

Rokiah eksiden

Mengantuk betul pagi ni, terpaksalah menaip untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Hari ni sarapan awal betul. Sebelum 6.30 pagi dah sarapan. Menghabiskan lauk 'sederhana' semalam. Mungkin dia punya glucose tengah kick ke ni ek? tapi dah 3 jam lebih dari masa terakhir makan. HAHA.

Aku bersiaran dari Perodua Sentral PJ ni ha, teman si vijay pi buat check-up berkala. Vijay pun konsisten pergi check up, aku? tak tau lah bila. 

Jomlah aku ceritakan pengalaman Rokiah eksiden semalam. Ingat tak siapa Rokiah ni korang? Ha, dah ingat kan? Ok cerita dia macam ni.

Iklan: Sambil rancak aku menaip ni, datang abang perodua bagitau nak kena tukar brake pad. harga dia RM 300. Potong betul. Untuk mengelakkan pengaliran wang keluar yang bak air terjun sejak raya maka aku turn down la offer abang tu dulu. 

Semalam ada lunch dengan Nasyrah dan Awanis sempena semalam Nasyrah first day join company. Jadi Awanis bawa makan di Restoran Nasi Padang Sederhana dekat area office jugak. Aku dengan bersemangatnya ambil lauk ikan goreng belado. Ikan tu aku tak sure jugak ikan apa. Garume kut. Mula-mula ingatkan Nila. tapi bila makan2 balik takda rasa macam Nila. (tak abis ikannya, so aku tapau balik)

Lepas lunch aku pun baliklah rumah kan macam biasa. Sambil dengar live kak Liza kat tiktok, satu laptop tunggu job dari office sambil duk send out emel untuk meeting minggu depan. Masa tu jam dah sekitar 5 lebih ada, aku pun dah siap solat Asar. Tiba-tiba dapat call dari Kak Siti.

"Weyh akak eksiden"

Maka dari situlah cerita pun bermula. Kak Siti ajak teman dia buat report kat balai. Orang tu cakap dia nak buat report. Selaku pelanggar dalam kes ni, kak Siti pun akur. Walaupun 2 group sokongan dia campur 1 group sokongan aku semua tak bersetuju kes langgar tu sampai nak bawa report ke balai. Jap aku share gambar. Korang nilai lah sendiri. 

Camni je korang, pastu sensor dia terkeluar sikit

Waktu kejadian hujan tengah lebat, trafik jem. Memang takde maknalah nak speed. Katanya mula-mula brader yang dia langgar tu agree nak setel luar. Tapi tak lama lepas tu dia call cakap nak pegi balai pulak, isteri dia suruh buat report. 

Antara komen yang paling tiberr 😆

Maka, kena lah kak Siti bayar saman RM300. Tapi polis tu cakap, ada 3 bulan sebelum kes ni boleh naik ke mahkamah, jadi ada masa lagi nak kumpul duit. Habis setel dengan balai lebih kurang 9 lebih. Kak siti yang kelaparan pun ajak la gi kedai makan. 

Jadi dari cerita ini, kalau anda yang di langgar. Dan anda duduk di posisi abang tu. Apa yang anda akan lakukan? Setel luar atau tetap dengan kes polis supaya anda boleh claim insurans? Tinggalkan pandangna anda di ruangan komen. 

11.02 pagi,
Perodua Sentral Petaling Jaya.

30 April 2024

Kes Saman AES - mahkamah

29 April 2024

Jam 6.30 pagi aku bertolak ke destinasi yang telah lama aku bayangkan tentang hari ini. Ya, Mahkamah Slim River. Kes saman AES yang tak berbayar. Ha ambik kau sampai kena kes mahkamah. Dah pernah kes polis (eksiden) dah pernah kes mahkamah (saman AES), Memang tak clean dah lah aku punya rekod. Wkwkwk.

Kira-kira jam 7.50 pagi sampai lah aku ke mahkamah. Sebenarnya macam mana kes ni boleh terjadi adalah, kerana aku tak perasan pun tentang saman ni. Kalau ikut aku rajin jugak semak saman dekat MYEG tapi memang tak pernah notis pun pasal saman ni. Saman ni dia hantar ke rumah. (Of course rumah ayah di kampung) So akibat itulah aku terlepas pandang. 

Kisahnya. aku berjaya membayar saman yang sepatutnya di sebut pada pagi ni. Tapi aku masih curious sebab ada 1 lagi saman yang (pun) dah naik mahkamah tapi aku tak tahu menahu langsung, maka dah terlepaslah tarikh sebutan di mahkamah.


"Oh, kes ni dah lepas ni. Patut tak payah datang hari ni."
"Jadi kes saya yang ni macam mana?"
"Puan pergi ke JPJ KKB bayar saman ni kat sana"
"Boleh setel hari ni ke?" 
"Boleh. Terus pergi dan buat bayaran di sana"

Begitulah serba sedikit perbualan aku dengan pakcik polis depan mahkamah tu. Dia tolong semak saman semua orang dan advise untuk buat bayaran terus ke JPJ atau nak masuk sebutan. Ramai pilih untuk masuk sebab nak buat rayuan. 

Dari Slim River aku meneruskan perjalanan. Tapi perut dah lapar ni, maka singgah sat di Tanjung Malim untuk menikmati nasi lemak ayam dan segelas kopi panas. Hehe. Dah tak kena masuk mahkamah kan, kita tenang sikit, terus rasa lapar muncul. 

Nasi lemak dan kopi - RM8.00

Dari Tg Malim, aku menyusur jalan lama menuju ke Kuala Kubu Bharu. Masih pekat kawasan hutan di Hulu Selangor ni. Sekali imbas, mengimbau kenangan perjalanan dari Miri menuju ke Niah. Dipenuhi hutan kiri dan kanan. Sesekali juga kenangan2 di pergunungan datang mengetuk rindu. Allahu, berat rasanya.


Sekitar jam 9.30 pagi sampailah di JPJ KKB. Orang dia ramai lah juga tapi tak seramai di bandaraya seperti Petaling Jaya. Dan amazingly untuk kes saman ada 2 kes je. Tak salah cadangan pakcik polis minta ke JPJ KKB.

"Puan kena call nombor ni (JPJ Tapah) bagitau nak bayar saman. Nanti dia minta nombor plat kereta. Dalam 2-5 minit lepas tu datang sini balik untuk buat bayaran"

Tunggu 2 minit lepas call JPJ Tapah

Lancar. Aku call JPJ Tapah. dia angkat terus enable kes aku untuk proses pembayaran. 

Setel. 

Sambil menunggu di JPJ tu, dapat job kerja. Terus aku fikir, nak pi singgah kedai kopi satlah. Senang nak buka laptop (walhal ada je kerusi meja luar JPJ tu kalau nak terus buat kan. huhu)

Terpaling mantap, dari KKB aku lajak sikit ke Batangkali (sekitar 14 minit perjalanan), singgah Bask Bear kat sana untuk setup dan hantar calendar invitation meeting esoknya.

Baskbear Batangkali (Sandwich set RM9.90)

Dalam jam 11 pagi macam tu elok aku nak bergerak pulang, dapat call dari Aimi, rumah dia blackout in the middle of dia tengah work from home. Maka dia nak tumpang rumah. Shared office lah kami untuk 1 hari. Hehe

"Kite kat Batangkali ni, tapi by 12 akan sampai kalau ikut. Hang datang lah lepas jam 12"

Begitulah kisah tentang pembayaran saman AES aku semalam dan sedikit perjalanan solo yang agak fun. Me time yang agak costly (saman RM300 ya). ahaks! 

Till then..

06 April 2024

Excite-ment

Sejak 2020, aku ada kesukaran untuk mencari excitement.
Adakah kerana semakin berusia? Macam tak kan lah kan. Ramai je aku tengok pakcik makcik yang masih excited. 

Aku kena cari sesuatu aktiviti baru (atau yg dh lama ditinggalkan) agak nya untuk mendapatkan kembali adrenaline rush itu? 

Apa menarik ek?


Terpaling struggle nak menghabiskan 1 juzuk setengah pagi ni.. demi sempat khatam sebelum takbir malam raya.

p/s: mungkinkah kena mencari aktiviti yang memberi keterujaan di sebalik Al Quran? Hafidzah? Allahu.

Random thought,
Kg Gajah 
26 Ramadhan 1445H

02 April 2024

Sepertiga akhir Ramadhan

Hari ni agak lambat ke PPUM. Hujan gais, pagi. Sejuk. Lambat sikit lah panas enjin. Gituh alasan. Tapi aku kena lah datang jugak. Nak dekat exam dah ni. Jadi clock in hari ni 8.01 minit pagi. Kira lambat lah dari sebelum2 nya. Sebelum2 ni aku dah berjaya mengawalkan diri seawal 7.30 atau 7.40 pagi. Wawasan baru katanya. Nampaknya terciduk lak hari ni.

Aku dah predict yang hari ni akan menjadi agak sibuk. Memandangkan satu paper dah print untuk semakan semalam, so hari ni mestilah ada correction. Itu baru 1 paper untuk Part 1. Ada lagi paper Part 2, 4 paper. Paper part 2 ni sebenarnya dah siap 2 (printed), perlu setelkan skema jawapan dan another 2. Oh taklah bukan aku yang buat soalan, aku re-type je soalan aku amik je dari lecturer.

"Sarah, akak ingat akak dah cuti paling awal dah" ujar kak Nora yang akan mula bercuti pada Khamis ini. 
"Rupanya Prof A lagi awal, hari ni dah start cuti dah" sambung dia lagi.

"Tapi Prof ni memang tiap-tiap tahun 10 hari terakhir Ramadhan akan ambil cuti" 
"Allahuakbar. Mashaallah. Mengejar Al Qadar ya kak?" itu je yang aku mampu balas. Memang menginsafkan sebenarnya.

"Saya pun sebenarnya niat macam tu lah. Ambil cuti semalam dengan hari ni supaya dapat fokus lah sikit baca Quran. Kalau masuk kerja tak sempat Kak Sarah." ujar Dr S yang duduk sebelah aku hari ni. Nak fokus siapkan paper Part 2. 

"Tapi tulah, bila kat rumah pun tak dapat fokus juga. Soalan exam ni tak siap lagi. Hari ni saya datang lah, kensel cuti saya. Biar semua siap hari ni" sambungnya lagi.

Jadi bergandinganlah kami menyiapkan soalan hari ni. Dia siap satu skema, pas kat aku untuk betulkan format dan print. 

So dari kisah ini, ramai orang yang tak cukup masa mencuri-curi masa yang ada untuk berbuat amal. Tapi banyak juga yang banyak masa tapi terus lalai tanpa mengambil kesempatan itu untuk beramal. Allahu! Manusia memang tak pernah puas. Sedikit teguran untuk aku hari ini, sungguh menginsafkan.


Oh dan balik kerja tadi, kereta aku kena block pastu dia (kereta oren) angkat handbrake. Dulu, aku pernah block kereta orang, orang tu calar kan kereta aku. Patutkah buat perkara yang sama? Hahaha! (tadi macam baru insaf. lol)  

"Sesungguhnya aku berpuasa"

Malam 23 Ramadhan 1445H

27 March 2024

Ayuh kembali ke 70an

"Dulu kalau keluarga Sarah ni kitorang panggil keluarga 'berada' " ujar K. Ujie.

Aku hanya mendengar. Tapi aku tertanya jugalah dalam hati 'berada' yang macam mana pun tak tau. Sebab bagi aku keluarga mak ni takde la kaya mana. Atuk kalau dalam kertas kerjanya hanya foreman. Nenek tidak bekerja. Tapi ye lah, dulu-dulu kan, memang susahlah nak jumpa orang senang. Mostly, biasa-biasa je. 

K. Ujie ni adalah saudara yang pangkat nya jauh, tapi sebenarnya taraf nye takde la jauh sangat. Nenek dia adik beradik atau sepupu nenek aku. Ha macam tulah lebih kurang kaitannya. (Aku pun tak berapa nak pasti perkaitan dia) Aku jumpa K.Ujie ni bila dah duduk di PJ. Pastu berkesempatan pulak jumpa mak dia. Peh, mak dia buat flashback plak. Rupanya mak K.Ujie dengan Mak long ni close giler masa rumaja. Selalu lah mak k.ujie ni datang ke rumah mak long dulu. Bermalam. Banyak lah dia cerita masa aku melawat makcik ni. Masa tu dah uzur sangat akibat penyakit. Tapi bila dia bercerita tentang cerita dulu nampak sihat terus. Rindu agaknya dia dengan mak long. 

Tak berapa bulan lepas pertemuan tu mak K.Ujie meninggal. Diorang tak sempat berjumpa pun sampai hujung hayat makcik. Tapi sempatlah call berdua.

Pagi ni masa sahur, saja lah mengimbau cerita lama dengan mak. Sebab mak banyak kali bagitau yang maklong cakap kitorang tak balik2 kampung melawat dia. (ops) 

"Kalau sembang dengan maklong ni, nak sedap kena sembang pasal dia muda-muda dulu. Mesti banyak cerita dia"
"Dia pun banyak dah tak ingat kut"

Tiba-tiba mak yang buka cerita kenangan lalu. Mak cerita dulu pergi sekolah tak ada duit. Mak Ude dengan Pak lang (arwah) kalau nak duit belanja diorang akan bawa telur ayam ke sekolah, juallah telur tu ke makcik kantin, dapat hasil barulah beli makanan di kantin. Mak cerita dulu mak takde duit, jadi waktu rehat selalu main dekat longkang tepi bilik guru. Nanti akan ada cikgu yang kenal mak, sebab adik pada Pak Lang ngan Mak Ude (both pelajar bijak mesti cikgu kenal) Cikgu akan bagi duit untuk belanja makan. Dapat je duit berlari lah mak ke kantin untuk beli makanan. Tapi mak cakap, tak buatlah selalu sebab malu kata mak. Kalau takde duit tu biasanya minum air paip je. 

"Masa tu feveret mak kacang tanah tumbuk dia jual dalam tin. Harga 5 sen. Seronoklah kalau dapat beli tu. Tapi kalau ingat-ingat balik, ini yang aku makan dulu rasa kelakar pulak"

"Yang mahal masa tu sotong kering. Dia jual letak atas daun pisang. Zaman tu takde lagi makan dalam plastik ni."

Tak tergambar betullah cerita klasik mak ni. Aku cuba juga lah google kacang tumbuk dalam tin tu. Tak jumpa! Mungkin sebab zaman tu takde berleluasanya pengambilan gambar (mana ada orang ada kamera kan. Nak bergambar pun kena pergi studio) Dan.. siapa pula nak tangkap gambar kacang tumbuk. Please please. Haha.

Afterall seronoklah dengar cerita dulu-dulu. Jadi rindu pulak. Ewah! walhal, tak wujud lagi tu zaman 1970an.

Ok itu je lah cerita pasal mak. Nanti lah balik kampung aku dapatkan lagi cerita-cerita dari mak (atau ayah?)

Till then.