Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

15 September 2024

Rinjani (1) - The Magnificient of Plawangan Sembalun

Begitu begini, 15hb September pun tiba, maka berangkatlah kami berdua belas ke Pulau Lombok, Indonesia. Sekarang ni flight ke Lombok ada sekali je sehari. Flight hari tu jam 2 petang. Its good to be back to Indonesia >.< Missing you, Indonesia. HAHA! Walaupun setiap kali datang bukan pergi tempat yang sama pun. Indonesia selalu ada tempat dalam hati aku.  

Warga Rombongan Lombok- Rinjani September 2023 

Sarah, Toki, Kak Nora, Ita, Salha, Zaiha, Harisa, Kak Ayu, Kak Huda, Juju, Bad, Syimie.

Kami tiba di Lombok ketika mentari hampir saja di dakap pekatnya malam. Setibanya di bandara, Jai (Bristled Beast) telah pun menunggu bersama van untuk membawa kami ke homestay. 

Airport to Anak Rinjani guest house

Homestay Anak Rinjani (Ihsan google)

Tak dekat sangatlah sebenarnya dari airport ke Guest House Anak Rinjani ni. Tambah pulak banyak berhenti, memang lagi jauuuuuhhh la perasaannya. Tapi rasa excited mematikan segala rasa jauh tu. Hehe. Kalau di kira-kira masa ke Dieng dan ke Jambi lagi jauh dari yang ni. So steady je lah. Hehe.

Dari airport, kami singgah di satu hotel yang hampir dengan airport ni, Bad pinjam gaiter dari kawan dia. Seterusnya van melaju menuju rumah makan untuk makan malam. Tak lengkap rasanya ke Lombok tanpa merasai signature dish mereka, ayam taliwang. Kami singgah di Rumah Makan Taliwang Kania di bandar Mataram.



Dah beberapa kali di hebahkan tentang kesedapan ayam taliwang ni. Sebab kak Siti dah 2x ke Lombok maka dah 2x kata ayam ni sedap, arwah Pak lang pun penah bagitau yang kalau ke Lombok kenalah pekena ayam taliwang ni. Tapi, aku pun tak pasti nak rate kesedapan dia macam mana. Haha! Takde lah wow sangat, rasa ayam lah. Lol. Punya lah banyak sampai terpaksa tapaula citer dia ayam tu. 

Selepas habis makan malam, kami melintas jalan dan bersiar-siar di Kedai outdoor (Eiger dan Petualang) Tapi aku dan kak Nora sibuk membeli kerongsang katanya mutiara lombok (aku rasa ada baki lagi kerongsang ni selepas di bagi kepada orang, tapi mana baki dia ek. hmmm) di luar kedai outdoor. Ahaha.


Jam 8.40 malam perjalanan diteruskan lagi menuju ke homestay. 9.50 malam, singgah di alfamart untuk membeli makanan kudap-kudap pendakian.

Sebenarnya aku dah lupa alfamaret atau indomart. Nasiblah ada amik beg dia. Membantu sangat!

Sampai homestay sekitar 11.20 malam, dengar briefing seterusnya tidur! Sebelum tidur, siapa nak naik ojek bagi nama sesiap untuk Jai book awal. 

Muka semua da sayur. Lama sangat di perjalanan

Sedikit tentang ojek - aku dah kempen pada kak Nora ajak untuk naik ojek ni beberapa minggu sebelumnya lagi. Tapi kak Nora memang kekal dengan pendirian untuk berjalan kaki. Ok, akur. huk2.

Sabtu, 16 September 2023 (Pendakian dimulai)

Perjalanan hampir 50 minit jugak

8.25 pagi, bergambar di pintu rimba Taman Nasional

Dalam hati masih libang libu, mampu ke ni eh nak jalan kaki. Tapi memang kena jalan kaki jugak since tak bagi nama untuk naik ojek dari Pos Kandang Sapi (starting point) ke Pos 2. Setelah bergambar, marilah kita berjalan. Yang naik ojek dah ke ojek masing-masing. Mereka bertujuh meninggalkan kami berlima + 3 guide. 

9.00 pagi tiba di starting point, Kandang Sapi

Berjalanlah kami berlapan. Juju, Syimie, Salha, aku, kak Nora dan 3 guide (Syed, Dedi, Jai) ketika jam menunjukkan 9.15 pagi. Syimi berjalan dengan gerakan free body memandangkan beg yang patutnya di sandang telah di tumpangkan kepada mang ojek. Maka, aku pun minta tolong syimie bawakan beg depan aku (biasa nya tempat simpat fon - easy access nak tangkap gambar). Ok lah, jimat berat sampai ke pos 2 kan.

Namun ya, mengah mat! Aku rasa dah nak hitam2 gak pandangan naik bukit2 awal tu. Dengan panas nya.. Juju, Syimi, Syed dan Salha dah kedepan. Aku, kak Nora dan Dedi jalan sekali. Jai kadang di depan, kadang di belakang kami. 

"Ojek.. ojek.." ujar bang Ojek yang baru balik dari Pos 2. Masa tu aku macam, oh boleh amik ojek on trek gak, tak semestinya dari bawah, tapi kaki tetap terus melangkah. 4-5 buah jugak ojek yang pulang ke starting point. 

Sehinggalah kami sampai ke kawasan yang sedikit berpokok. Abang ojek berhenti di tepi sambil berbual seketika dengan Dedi. 

"Nak naik ojek kak?" Dedi bertanya. Haruslah soalan itu tertuju kepada aku. Aku tak menjawab.

"Kalau naik dari sini berapa?" balas Kak Nora

"200 juga lah" jawab Dedi meski tak bertanya pada bang ojek

"Oh kalau 200 tak pe lah, kita jalan je" cepat je aku balas, meskipun dah mengah-mengah berjalan.

Kami pun meneruskan perjalanan untuk 50 hingga 100 meter kehadapan sebelum ojek tu membuat u-turn dan kembali mengekori kami.

"Ok lah, 150" ujar bang ojek. Makaih, bersinar mata aku, terus aku memandang kak Nora.

"Kak, saya naik ye kak. Takut kalau saya jalan nanti lagi lambat kita sampai" rasa macam betrayal plak kan, tapi dalam masa yang sama aku lagi risau kalau aku akan melambatkan perjalanan. Atau dengan kata lain, aku agak stress jugak sebab aku terpaksa melajukan langkahan aku. Gais, gue pencinta kehidupan santai gais. gabisa di paksa ngebut teruss. 

Aku tak ingat respon kak Nora, tapi aku rasa dia ok je. Sebab memang dari kat ofis berapa kali aku dah buat percubaan mengajak dia naik ojek.

Jam 9.40 pagi, akhirnya aku berdamai dengan diri dan membuat keputusan terbaik untuk saat itu! Ahaha. Dan, perjalanan ke pos 2 pun di persingkat. Wuhu! 

Dalam kurang 20 minit kemudian, aku pun tiba di pos ojek. Sampai di pos ojek, baru aku teringat.. dompet aku duduk dalam beg kecil yang di sandang Syimie. Allahu, maka berlari lah aku ke pos 2 meminjam barang 150k IDR dari rakan-rakan yang telah pun tiba awal. Wahaha, nak naik ojek pun pinjam duit orang gais. LOL.

Masa yang ada, aku habiskan dengan mengagumi keindahan ciptaan Allah yang terhampar luas seluas sabana yang terbentang di depan mata. Subhanallah, Allahuakbar. Indah nian!

"Kat atas gunung pun ada yang curang ya!" Kata-kata pertama Syimie kepada aku sebaik sahaja tiba di Pos 2. Aku hanya mampu menelan liur. Gulp. Curang ke tu? Tak tau ke diorang, aku buat tu untuk kelangsungan perjalanan kita. Supaya tak drag lama, supaya cukup stamina semuanya. 

Setelah tiba semuanya, makanan tengahari pun dihidangkan. Lengkap bersama fruit platter! MasyaAllah gais! maka nikmat tuhan yang manakah yang engkau dustakan. 

Kat pos 2 ni ada toilet ya. Proper toilet. Siapkan duit je nak masuk. Biasalah dah lepas makan mesti ada rasa nak kencing kan. So kita siap-siap lah buang apa yang patut kan dan bersiaplah kami. Ready!

Perjalanan diteruskan jam 12 tengahari. Kat sini 12 tengahari terik tapi tak panas sangat, sejuk2 berangin juga. Topi sangat membantu dalam perjalanan ini. Tapi sepanjang perjalanan, biasalah nama juga gunung.. menaik terus. Lelah tapi indah. Sakit tapi bikin candu. Kenapa ya? 

 



Sepanjang perjalanan memang kita akan disajikan dengan pemandangan yang seperti dalam gambar. Subhanallah. Masa logik tengah bagus tu memang zikir terus di bibir. Masa tengah mengah tu, lupa juga. Enjoy je lah kan, benda pun dah rancang lama. 

Pos 3 Bayangan

Sekitar jam 12.50 tengahari, kami tiba di Pos 3 bayangan. Ada kedai kat situ, ada lah jual-jual kalau korang rasa nak beli-beli boleh singgah. Tapi tak de orang pun kat sini, sebab jalan lagi 10 minit korang akan sampai ke Pos 3. Kat situ tempat dia lebih luas untuk berehat. Tapi banyak gila sampah. 

Pos 3

kalau nampak tepi kemah biru tu, itulah pondok tempat kami solat

Kami berhenti solat zohor di pondok yang berada di pos 3. Dan perjalanan bersambung sekitar jam 1.20 petang. Jam 2.20 petang kami tiba di pos 4. Disini kami berhenti lagi, yang tak sempat solat di pos 3 mengambil peluang solat disini. Memandangkan tak tahu akan sempat tak tiba di Pelawangan sebelum Maghrib. Kat sini juga ada kedai macam kat pos 3 atau pos 3 bayangan. Kalau nak beli air berperisa extrajos bolehlah beli.

geng dari Kerinchi ke Rinjani. :)

Setelah 20 minit berhenti rehat, perjalanan diteruskan sekitar 2.40 petang. Aku kira disinilah kemuncak menguras tenaga untuk hari pertama di Rinjani, dari pos 4 ke Pelawangan Sembalun (campsite untuk bermalam) Kat sinilah korang akan menemui Bukit Penyesalan (starting selepas pos 3 sebenarnya). Katanya ada 7 bukit. Aku jangan kan mengira bukit, bukit penyesalan tu pun aku tak tau kat mana.  

begitu ha treknya

duduk sejenak menambah nafas

the view

Nak cerita apa ek kat sini. Memang bergelut ambil nafas je aku kat sini. Thus, the silent. Hehe

Aku macam biasa di golongan belakang bersama Bad. Just before Pelawangan terserempak dengan sorang malay yang kerja di Singapura. Dia datang Rinjani dengan geng kerja dari Singapore, dia krem. Bad bagi dia punya himalayan salt dan panadol. Sikit je lagi nak sampai kan. Memang sikit sangat, tak berapa meter di depan da sampai.

Setelah perjalanan yang panjang dan melelahkan, jam 5.10 petang aku pun tiba di Pelawangan Sembalun 1. Nampaklah besar-besar kayu signboard yang tertulis Pelawangan Sembalun. Allahu! Alhamdulillah. Aku berhenti sat bergambar, Bad da meneruskan langkah. Aku bersama kak Nora di belakang. Oh ada Jai jugak yang tolong tangkapkan gambar.


Sampai je Pelawangan tadi nampak kak Nora. Memberi kata-kata semangat. Haha, macam da sampai puncak rasanya. Tapi baru campsite. LOL. Dari pelawangan 1 kami berjalan lagi diatas permatang menuju ke Pelawangan 2.

Elok plak tengah jalan tu ada potter group lain tengah potong tembikai. 
"Kak sedapnya kak tembikai tu"

Tak taulah samada aku cakap tu kuat sangat atau pandangan mata aku time tu sangat kasihan, tiba-tiba brader tu menghulur tembikai yang di potong kepada kami. Time tu ada aku, kak Nora dan Jai. Syukur. Rezeki di atas awan. ehe. Oh tapi sorry tak dan tangkap gambar, Terlalu tempting tembikai itu.


5.25 petang kami pun tiba di campsite, Pelawangan Sembalun 2. Sampai2 je dah terhidang pisang goreng coklat beraturr menunggu ketibaan kami. Hehe. 

Disebabkan bilangan kami ganjil 9 perempuan dan 3 lelaki. Maka seorang perempuan dan seorang lelaki akan tidur di khemah sendiri. Jadi Juju dan Kak Nora memilih untuk tinggal sendiri. Aku duduk dengan Tokie. 

Petang tu dihabiskan dengan bergambar bersama senja. 



Malamnya kami dihidangkan dengan masak lontong. Bercerita dan tertawa sambil menikmati makan malam di tempat makan tertinggi (setakat ini) ditemani ribuan bintang terang di pekatnya malam.



Ramai duk kejar 'shoot' gambar bintang malam tu, aku bersama handphone2 android marhaenku hanya mampu 'pinjam' je lah gambar orang. Hahaha. Kita rileks dan tenang di posisi je. Nak tidur malam tu, badan aku ada sikit rasa lain. Nak 'panas dalam' agaknya. Kepala pun ada sikit sakit. Tapi kita santai dan tidur je. Hehehe. Tidur is a must k. Rehat kena cukup.

Berakhirlah hari pertama pendakian di Rinjani.

bersambung..

#rinjaniTrip

14 September 2024

The mountain named R

Dah setahun, dah macam-macam terjadi in between.

My brain pun not as perform as before. Banyak perasaan dan ingatan yang left out kat mana taktau. Biasalah kehidupan sedikit tunggang langgang this 2 years. Sekarang sedang perlahan lahan membaik. 

Aku pun dah start regain much confident untuk menghadap hidup.

Semalam sempat keluar sekejap dengan Aqilah (previous partner for 7 years) Rupanya bukan aku sorang je terganggu lepas berhenti kerja lama, dia pun ada rasa yang sama. But, ya we all pun tak share anything after the departure. Aku tak keseorangan rupanya. :)

Eh hei,

btw, aku tidak melupakan.. hanya menangguh kisah yang sepatutnya diceritakan lebih awal kepada sekarang iaitu setahun kemudian. HAHA!


Esok marking a year after Rinjani.

Shall we recap?

Stay tune.
Lets slow down the life and recap!

bersambung..

Kg Gajah
(but feeling in a flight on the way to Lombok!)
14 September 2024

05 September 2024

Zara - Orchid

Hari ni nak cerita tentang perfume! Seingat-ingat aku tak pernah lah into perfume mahal ni yang ada brand gitu kan. Paling dulu aku beli minyak attar atau pun onedropperfume. Dari bau onedropperfume yang aku suka tu, kadang aku cari kat pasar malam bau-bau yang hampir sama yang dijual kat sana. Dulu aku suka Inspired by Jenifer Lopez - Still. Warna pink yang eksklusif version. Tapi aku rasa sekarang dah takde keluar dah yang tu. Aku pun lama dah tak order ODP. 

Sampailah pada 2019. Trip Europe waktu tu. Trip Europe tapi yang pergi marhaen2 ni kan. Takde menda sangatlah nak beli pun. Haha! Tapi, masa masuk Zara, diorang ni duk belek2 baju. Aku macam tak berminat sangatlah baju2 ni, jadi aku pun bersidai kat perfume. MashaAllah wangi mat. Time tu aku rasa murah 16 euro gitu untuk 30ml. (jangan convert.haha) Jadi aku pun beli Zara - Orchid ni.

Memang sedap la bau dia, elegant gitu. Masa zaman tu aku ada jugak usha-usha Zara kat Malaysia, ada tak jual perfume ni. Sadly, takde. Rezekinya tahun yang sama bulan 9 aku ke Jakarta. Kat mall dia ada! Terus aku beli lagi.

Tahun 2020, ada trip lagi ke Europe, tapi tahun tu aku tak dapat pergi. Jadi aku kirimkan ke kawan untuk beli lagi yang paling besar, 100ml. Kebetulan baki duit euro tahun sebelumnya masih ada, jadi aku kirim je kat dia.

Lepas-lepas tu aku tak beli dah sebab dah tak keluar negara kan. Covid. 2020 - 2022. Hujung 2022 flight dah beroperasi, tapi travel ni masih skeptikal dan bukan suatu kebiasaan lagi kan. 

Tup-tup company close down. Oh no! Dalam lingkungan masa yang bersamaan, aku pun notis yang Zara dah jual perfume ni kat Malaysia. Banyak kali aku pegang box perfume ni nak beli. Tapi sebotol sekitar RM100 kut time tu. Kitonya jobless time tu. Aku tanam dalam hati nak beli nanti, once dapat gaji. Gaji pertama.

Ternyata hidup ini keras ya. Gaji pertama tu, cukup-cukup makan je. Memang tak cukup nak beli perfume ni. Sampai lah bulan-bulan berlalu. 

Zara being boycotted! #standwithPalestine

Zara yang dikirim pada kawan di 2020

Maka berakhirlah perjalanan bersama Zara - Orchid. Bye bye Zara. 

So whats next? 

PJ,
4/9/24

22 August 2024

Bekerja dari rumah

MasyaAllah dah bulan 8 guys. (Cerita Rinjani tak habis taip lagi. haha)

So, sekarang aku adalah fulltime work-from-home buddy ok. Jadi most of the time memang aku kat rumah saja. Tapi siang-siang kadang aku merayau jugak. Biasalah energi sosial perlu diisi juga. Dulu malam waktu bersosial, sekarang malam baru nak gi kerja. Jadi banyak hubungan sosial terputus disitu. Samada bertemu sekadar kopi2 sambil catch up dengan hidup, mahupun program lainnya seperti mesyuarat, katibah, daurah dsb.

Usrah pun aku dah pull ke hujung minggu (yang kadang-kadang aku sendiri lupa) ye lah dah setiap malam kau kerja bila dapat malam yang free terus lupa daratan). Itulah tu, still adjusting. Tak semua benda kita dapat kan. give and take. Ada yang perlu kita lepaskan untuk dapatkan. Macam mana tu, macam tu lah kira-kira. Moga ada sinar lah tentang usrah ni. huhu.

Oh.

So citer dia pagi-pagi kadang-kadang termenung juga mengadap laptop. Tengok laptop, pastu tengok tingkap kat sebelah. Termenung. Gini gini aja kok? Kejadian ni selepas hampir sejam dua duk skrol tiktok yang taktau lah apa je aku duk tengok tu kan. Walhal semalam baru je sampai buku-buku yang di order online dari Tentang Kita. Beli 2 buku dapat percuma 1 buku Fedtri yahya! uhuy! Tapi semua dalam plastik lagi. 


Banyak plan sebenarnya bila dah kerja dari rumah ni. Nak baca buku, nak bersenam, nak buang unused things dalam rumah ni (rumah dah 12 tahun cuy) Tapi tu lah tu, kenapa tiktok jugak yang menang?

Baru-baru ni banyak lah aku dengar podcast, aku tengok perjalanan hidup orang. They grow. Sempat juga aku meneliti diri aku, selain lemak taktau kat manalah aku grow. Hampir tak jumpa, makin teruk yang banyak. Badan pun dah tak strong macam dulu, senang sakit-sakit. Achievement? Ha? apa tuh? Nothing.

Ok lah makin lama aku menaip ni, dah makin kemana hala ni. Tak jumpa hujung pangkal dah aku ni. Nanti lah aku membebel lagi. 

Duduk rumah lama = makin banyak membebel dan kemana hala taktau. HAHA

Masih di PJ, 
12.13 pm 

02 August 2024

Sedih pulak.

Tadi call mak, nak pergi perjalanan jauh kan, baru ingat nak bagi makluman (maklum je, bukannya pandai minta izin. lol! Jangan tiru aksi ini)

"Ha kenapa call? ada apa tu?"
"Wahahaha, aduh macam mana mak tau ni ada apa2"

Hahaha kantoi macam tu je. Nampak sangat punya jarang nak call kan. Malam ni nak gerak Mersing, petang lepas zuhur baru call bagitau, anak solehah mana je yang buat aktiviti macam ni. Ahahaha.

Ok dah alang-alang call tu, kita update lah juga cerita dari mak dan cerita part dari kita kan. Mak balik kampung last week. Berjumpalah dengan kakak2nya. Tinggal 2 kakak tu je, 2 abang dah meninggal, mak ayah lagi lama dah meninggal. 

Mak cerita, maklong menangis mengadukan pasal anaknya, abang zul. Abang zul hari tu kena serangan jantung, jadi pasang stent. Ada lah mengambil ubat cair darah. Kesan dari amik tu ada clogging lak kat saraf mata. Jadi sebelah mata dia tak nampak sekarang. Makanya dah sebulan abang zul tak balik kampung menjenguk maknya. 

"Ipah tak boleh drive kan ke mak?" Ipah ni anak abang zul.
"Hari tu patutnya Ipah drivekan, tapi demam pula. Tak jadilah balik kampung"

Aku pun dengar je lah. Nak buat macam mana, tunggu jelah sampai habis fasa pasang stent abang zul tu.

"Itulah ada anak sorang, bila da tua macam tu lah. Itu anak sorang, kalau takde anak tak tau macam mana"

Alamak! Kona ke aku ke ni?

"Entah lah mak, tak tau lah macam mana. Duduk dengan kawan lah kut. Kawan sakit, kita tengok, kita sakit kawan tengok. Sama-sama sakit, layan le sesama"
"Ko pergi la ambil anak angkat ke"

Erk. Tak pernah terfikir setakat ni. Hmmm.

Tiba sedih lak perbualan random petang ni. Semalam ada buat silap kat projek, hari ni nak cuti ada part masih xdapat deliver terpaksa pas kat orang lain. Semuanya dah buat rasa sedih. Campur perbualan ni, adeh makin sayu rasanya. 

Tuhan, aku masih makhlukMu yang berguna kan? despite all this flaws. 
Kenapa ya, makin kesini makin mudah tersentuh. 

Ok itu jelah nak ceritanya. Nama juga santai random2. InsyaAllah malam ni nak memulakan jaulah ke Mersing berempat. Siapa itu? hehehe. Nantilah cerita. Oh ya, aku pun ada nak cerita tentang trip ke Jelebu aku last week. Ingatkan ya. 

Banyak benda nak cerita tapi sering kalah dengan rasa malas. Allahu.

Till then,
2/8/2024. 5 petang.