Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

28 November 2023

Jenazah Syuhada' Dimakan Anjing Liar

Aku sangat sedih dan terlalu sebak di kala aku mengetahui bahawa mereka tidak mampu untuk mengkebumikan jenazah sebahagian syuhada’ lantaran serangan musuh yang bertubi-tubi dan tidak henti-henti sehingga jenazah para syuhada’ dimakan oleh anjing-anjing liar.

Kemudian aku teringat hadis sahih di mana Rasulullah SAW telah bersabda tentang penghulu syuhada’ Hamzah (maksudnya): “Kalaulah tidak kerana Sofiah (adik beradik Hamzah juga ibu saudara Nabi SAW) yang akan rasa terkilan, nescaya aku akan biarkan jenazahnya di makan oleh burung-burung dan binatang buas supaya dia bangkit di Mahsyar nanti daripada perut binatang-binatang itu.”

Maka timbul soalan dalam diriku: kenapakah baginda bercita-cita untuk lakukan demikian terhadap Hamzah sedangkan Hamzah merupakan insan yang paling baginda sayangi? Hamzah adalah bapa saudara baginda, saudara sesusu baginda, sahabat dan pembela baginda dalam dakwah sejak di Mekah. Dan baginda SAW amat sedih dan banyak menangisi kewafatan Hamzah. Bukti sayangnya baginda kepada Hamzah sehingga ahli keluarga baginda yang pertama lahir selepas kewafatan Hamzah baginda arahkan supaya menamakannya dengan nama insan yang paling disayanginya, Hamzah!

Jadi, kenapakah baginda bercita-cita jenazah Hamzah, sayyidusy-syuhada’ dimakan oleh anjing-anjing liar?

Aku berkata kepada diriku: pastinya hal itu akan memberikan pahala yang lebih besar, ganjaran yang lebih sempurna lagi mulia daripada pengkebumian dengan cara yang biasa. Kemudian aku mencari dalam syarahan-syarahan hadis. Maka aku menemui syarahan yang menyejukkan dadaku:

“Supaya Hamzah memperolehi pahala yang sempurna sepenuhnya dan supaya kesemua bahagian jasadnya jadi korban di Jalan Allah SWT.”

Demi sesungguhnya Allah telah pilih para syuhada’ itu (yang jenazah mereka dimakan anjing-anjing liar) untuk dianugerahkan apa yang dicita-citakan Rasulullah SAW untuk penghulu syuhada’. Maka dengan itu, mereka adalah sebenar-benarnya para penghulu syuhada’.

Kemudian aku teringat hadis sahih daripada Rasulullah SAW (maksudnya): “Penghulu syuhada’ ialah Hamzah dan seseorang yang bangkit di hadapan seorang penguasa yang zalim dan menegurnya dengan menyuruhnya (melakukan kebaikan) dan melarangnya (dari melakukan kejahatan), maka penguasa itu membunuhnya.”

Dan mereka ini bukan bangkit melawan seorang penguasa yang zalim. Sebaliknya mereka bangkit mendepani penguasa-penguasa zalim yang sangat ramai, bahkan mereka bangkit melawan system yang mendominasi dunia seluruhnya yang kezaliman, kekejaman, kebejatan dan kerosakannya sudah sampai ke kemuncaknya.

Dengan itu, aku memujuk dan menenangkan hatiku bahawa sesungguhnya mereka itu memang benar-benar berhak disifatkan sebagai penghulu-penghulu syuhada’.

Aku harap tulisan ini sampai kepada ahli keluarga penghulu-penghulu syuhada’ itu supaya dapat meringankan kesedihan mereka serta meningkatkan kesabaran mereka dalam menghadapi dugaan yang amat berat ini.

Terjemah daripada tulisan Prof Dr Wasfy Abu Zaid

https://t.me/drwasfy

30 October 2023

Bukit Lagong (563m)

"Sarah, wekeend ni nak pegi mana?"
"Malas ar kak saya, hari tu saya tanya akak tak jawab"
"Akak memang macam ni Sarah, dah hujung-hujung baru boleh berfikir"
"Bukit Lagong lah kak. Dah berapa kali akak kempen"

Maka Ahad lepas berpergianlah aku, kak Nora dan along ke Bukit Lagong, Selayang. Tiga-tiga tak pernah pergi, selalu dengar je dari orang. Aku first time dengar masa kak Isya mention dulu. Kak Nora tak tau dia dengar mana. Along dengar dari geng geng trail run. Hanya berbekalkan semangat waja bergeraklah kami bertiga (makanan pun tak se-waja semangat kami)

Sampai kat trailhead around jam 8 lebih gitulah. Ngam lah Allah susun, depan kereta kami ter parkir lah seorang amoi bernama Mei. Dia solo hike hari ni. Kawan-kawan cannot make it. Berbasa basilah kami, eh dia setuju nak jalan bersama. Alhamdulillah, syukur!

Kami bermula jam 8.20 pagi. Start je memang terus mencanak. Sekarang aku dah faham kenapa orang cakap Bukit Lagong ni trek dia kejam. Kalau ikut kan takdelah tinggi mana, tapi trek dia panjaaaanggg. Aku rasa nak ke check point 1 je pun dah 3 bukit naik turun. 


Jam 9.00 pagi kami tiba di CP1. Kat CP1 ni jelah yang ada view point pun. Bolehlah korang tinjau2 Kepong Metropolitan Lake Garden. Lepak CP1 sekitar 15 minit dan meneruskan perjalanan. Ada auntie kat CP1 ni bagitau, CP2 berjarak 7 minit je dari CP1. Wah!

Check point 1 - view point.


Jam 9.19 kami tiba di CP2, lah atas sikit je rupanya! Dekat CP2 ni dah dalam hutan lah, view pun dah mula tertutup. Tapi ada beberapa pokok balak tumbang, bolehlah pendaki menumpang duduk barang 10-20 minit. Kat sini ada sister yang telah termuntah. Angin kut. Aku pun bagi lah sikit aku punya minyak angin cap kapak yang di bawa kehulu kehilir. Ikutkan serbasalah nak tinggalkan sis tu sebab tak berapa sihat kan. Tapi adalah kakak ngan adik dia kat situ. So kami terus, sebelum terus, sempat menadah setitis dua pepermint young and living dari adik dia! HAHA. (Bagi orang cap kapak je, Allah balas YL gais) Jam 9.36 pagi kami meneruskan langkah.

Check point 2

Kedepan sedikit sebonggol dua, kira-kira jam 10.00 pagi sampailah kami di CP3. CP3 ni kami berhenti snack break. Kalau ikut-ikut dah sejam 40 minit pendakian, molek sangat dah untuk membuka bekalan. Sebenar tak buka pun bekal, aku minum kopi je kat sini dan kurma sebijik meskipun Mei telah menghulurkan snickers.(Aku simpan je pemberian dia tu - dah penat tak rasa dah nak makan)

Check point 3

"Kita tak payah ke puncak lah ya, kita turn ke kolam air"
"ok, boleh je, santai je. Boleh datang lagi lain kali, hari ni saya tunjuk jalan je dulu" ujar Mei.
"Nanti turun, sampai jumpa junction tulis kiri ke beirut, kanan ke kolam air, you ambil kanan atau pun u tunggu kita dekat junction" sambung Mei lagi. 
"Ok!"
"Depan ni turun je sampai junction tau, kalau nak ke puncak naik balik, kalau ke kolam, turun lagi" sambungnya.

10.16 pagi - Dah di pesan begitu, maka aku dan kak Nora pun menjunam turun. Boleh saing2 F1 rasanya ni. Kemain laju bersaing-saing lak dia ngan geng trail run. haha. Punya lah laju turunnya, eh kak Nora ni nyesal plak aku biar dia gerak kat depan. Sampai satu tempat tu, tiba-tiba dah menaik. Aku dah berasa aneh. Kalau naik, maksudnya ke puncak. Ini aneh, tapi aku terus kan berjalan. Cumanya kedepan masih menaik. Ah! ini macam salah. Jadi aku berhenti. Dan menoleh. Ok, ada hiker lain.

"Sorry, nak tanya simpang ke kolam kat mana?"
"Oh, belakang. tadi u ada nampak plat biru. Ke kiri kolam, terus ke beirut"
"Saya dah terlepas lah ni." 
"You tak nampak plat tadi?"
"Tak"
"Tadi ada 1 team turun sana. You boleh join them" 

"Kak Nora, jom kita salah jalan" jerit aku dari kejauhan. Tak tau dia berhenti kat mana. Aku tunggu je hiker tadi yang tolong panggilkan kak Nora. Laju terrrr.. silap2 kalau dibiar da sampai beirut kut. HAHA.

10.50 pagi - Bila patah balik barulah berjumpa along dan Mei. Maka beriring lah kami turun lagi mencari hala menuju ke simpang seterusnya untuk ke kolam ikan orang asli.

"U kedepan ni dalam 30-40 minit, nanti ada simpang. Ada tulis kolam ke kanan. u tunggu dekat situ, nanti kita jalan sekali" ujar Mei

Maka melaju lagi aku dan kak Nora. Biasalah, turun atau datar je kebanyakan kat sini. Sambil menurun tu aku menyemak masa. 2 orang pakcik cina kami pintas. Sehinggalah sampai ke simpang yang di maksudkan Mei. 

11.20 pagi - Aku nampak sign kolam ikan diatas kertas A4 putih di gantung di simpang tu. Dekat simpang tu ada dalam 5 orang lagi cinese sedang menunggu pakcik berdua (yang kami pintas) sebelum mereka juga kemudiannya beredar menuju ke simpang kolam. Kami tunggu along dan Mei. 

5 minit kemudian along dan Mei muncul. Kami meneruskan perjalanan jam 11.30 pagi. Baru jalan 10 minit. Eh, dah sampai! So dari simpang Y tu, 10 minit je lagi nak sampai kampung orang asli ya! 


Done with Lagong! Nak repeat ke ek? macam tak! haha.

11.40 pagi - Turun ke perkampungan, ada pakcik jual aiskrim. MasyaAllah. TQ kak Nora belanja ais krim. Dari sini kami berjalan ikut jalan tar menuju balik ke parkir kereta. MasyaAllah panas lit lit. Dekat sini juga ada Orchard Cafe, kalau penat dan lapar sangat boleh terus makan kat sini. Sebabkan kitorg turun ngan Mei, segan plak nak ganggu masa dia lagi, jadi kita tak singgah kali ni. >.~

12.22 tengahari kami pun tiba di kereta. Fuh! 40 minit perjalanan. 

Balik singgah makan kat Nasi Kandar Ahmad, Kota Damansara. Kalau ikutkan hati nak repeat char kuey tiaw lagi hari ni. Tapi ada plak tempoyak ikan patin. Amazing kan, kedai nasi kandar pun jual patin tempoyak. Tapi.. aku tetap favor kak nik's! 😋


Pen off,
UMKL

28 October 2023

Free Market Masjid Kota Damansara

Ingat kan dah habis bersemangat dah lepas buat #15dayswrittingchallenge eh sangkut jugak penulisan gue ek. Kalau di ikutkan plan sebenarnya nak habis cerita kan tentang Rinjani by October. 

Tapi tu lah kan, draf semuanya.. pastu tak habis-habis lagi menulisnya. 

Harapnya dapat lah di publish November nanti [ameen]

Hari ni berjayalah menghantar 2 beg baju untuk re-use-oleh-other-people dan half beg baju untuk di buang terus (di guna semula untuk tujuan industri) Dulu, setiap kali nak sort baju je rasa berat. Rasa macam penuh memori semuanya. Alhamdulillah kali ni lebih baik, dapat lah di sortkan sebahagian, dan di let go. Yang masih bersisa sentimental tu, aku tahan gak lagi tadi. Haha. Tunggu next session lak.

Proses pengasingan

Hasil yang telah diasingkan

Tadi berlangsung dekat Masjid Kota Damansara. Panjang gila kereta beratur untuk drop baju. TQ lah Nina sebab sudi bersama-sama menguatkan lagi langkah nak letgo baju. Kalau sorang tadi aku rasa give up awal gak. Sambil beratur, sambil bercerita, sambil berangan, know-know da sampai turn. 

Terbaik jugaklah dia punya modus. Macam drive thru gitu konsep yang di guna pakai. Sampai kat kawasan pemungutan tu, stop kereta, drop kan baju, jalan. Mantul! Kitorang punya turn tadi dalam 11 lebih jugak lah, masa tu pun baju aku rasa dah sebanyak 3 or 4 garaj kereta. Tak taulah sampai jam 4 petang ada berapa banyak lah baju. Niat di hati, lepas drop baju nak jugalah intai2 baju lain yang boleh di beli dengan harga RM1. Dah style nya begitu, memang drop je lah dan berlalu. babai baju free market.

Punyalah laju, sampai nak tangkap gambar program pun tak sempat. Apa pun tak dapat di rekod ke dalam kamera. Yang dapat rekod, 

Pekena CKT dulu, lapar.. beratur lama kan tadi

Thank you muslimvolunteermalaysia for the inisiatif. 

*punya mantap nya sambutan rakyat Malaysia, plan asal kutipan adalah 8.00 pagi - 4.00 petang. Tapi punya ramai orang nak hantar, sampai jem lah nak masuk masjid KD tu. Sampai terpaksa stop sampai 2.00 petang je. 

till then,

Petaling Jaya

25 October 2023

Birthday kite wak! Dah 36.

Hey,

Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah!


Dah 36 diam tak diam je. Allahu. Setelah pelbagai ranjau hidup, akhirnya tahun 2023 merupakan tahun yang I really feel at lost. Semuanya dah diceritakan (dalam post-post lepas), tapi memang begitulah perasaannya. Perasaan hilang. Betul-betul hilang arah. Tak tahu nak kedepan, kebelakang tapi yang pasti aku kekal di tapak yang sama. 

Merayakan kehilangan.

Perasaan yang memang tak seronok. Im not only losing my self secara fizikal (hilang kerja, hilang connection dengan aktiviti sosial) I also do lost in my way to Allah. 

Its hard, its hurt. But slowly, we going back to the straight path.

Semoga hari-hari kedepannya, tidak lagi menjadi hari-hari yang jauh dari Dia. 
Semoga kedepannya, sentiasa menjadi hari yang berusaha menjadi versi terbaik.

Selamat mendewasa menjadi manusia terbaik ❤ dalam pandangan Allah

Selamat Hari Jadi diriku yang disayangi. 

*                  *                 *                  *                  *

Terima kasih yang dah bagi ucapan. Terharu, auww!




TQ Nis, untuk kek nya. dapnyerr kek batik wak 😚

xoxo,
UMKL.

24 October 2023

pre - Rinjani

Ambik masa betul nak cerita pasal rinjani ni kan. Bercampur baur perasaan bila nak ceritakan tentang Rinjani. Nak mula macam mana kita ni? OK mari kita bermula dengan 9 tahun lepas. Fuh. 

Mula-mula aku dengar tentang Rinjani ialah di tahun 2014, masa Edah ke sana. Dia ada letak kat instagram, few gambar masa dia ke Rinjani. Masa dia pergi tu masih laluan Sembalun - Senaru. Aku amazed betul time tu, sebab dalam hati aku macam, seriusly ini di Indonesia? ha camtuh. Vibe macam europe tau. Sebab ada banjaran2, banyak pohon fir lagi. Subhanallah! Ye lah, time tu mana lah pergi jauh, passport pun takde lagi. Pusing-pusing dalam Malaysia je masa tu. Naik gunung pun masih tak rasi lagi orang kata dengan diri aku. Masih fasa mencuba cuba gituh.

Tiba-tiba 2016 kak siti pergi dulu ke Rinjani. wahaha! what?!

Fast forward 2018 adalah first serious attempt untuk aku ke Rinjani. Masa ni dah consider familiar lah dengan dunia pendakian. Tambahan, dah pernah ke Gunung Kerinchi di 2017.  Tapi nampaknya tadbir yang di susun tidak seiring takdir yang tertulis, gempa bumi menghentam Lombok sekitar penghujung Julai dan awal Ogos tahun yang sama. Sebahagian jalur Gunung Rinjani terkesan dengan tanah runtuh dan menyebabkan aktiviti pendakian ditutup selama setahun.

Ogos 2019, berlaku kebakaran hutan di Lombok Utara dan Timur turut menjejaskan Gunung Rinjani.

2020-2021 Covid year.

Akhirnya 2022 membuat keputusan untuk commit dengan plan ke Rinjani. Since nak kumpul duit, jadi kita decide untuk make it happen on September 2023. A year to achieve it. Tambahan pulak, Bristled Beast dah start first trip diorang ke Rinjani via Sembalun-Torean pada Jun 2022. So, thats it. Kasi jadilah!

Fast forward its 2023!

Disangka panas hingga ke petang rupanya tidak ya. Gerimis mengundang. November 2022 dah dapat notis company closing down. Tapi department aku masih bertahan sebab masih dalam kontrak dengan client. Dan aku pun steady lagi, disebabkan biasanya kontrak ni bersambung je macam biasa. 

Least that i know, takdir sekali lagi berkata lain. Tiba-tiba gagal tender! Aha. Maka bermulalah fasa pengangguran aku sejak April 2023. Punyalah aku tanak apply kerja sebab takut nanti tak dapat nak apply cuti nak gi rinjani. HAHA. Taktaulah dedikasi, penakut atau memang malas nak bekerja. Aku rasa tindakan aku yang memilih pengangguran ni pun at the end memberi kesan jugak pada aku. Nanti kita cerita.

Oh, untuk Rinjani ni, training tak se-intense masa nak ke Tahan. Tapi aku tetap lah light training ke perbukitan di kejiranan di PJ ni. Cuma tak pernah training bermalam lah. Dah takde yang rajin nak incharge camping wak! Semua dah macam-macam komitmen hidup. The only bermalam is the last training Datuk-Angsi, itu pun tido cabin bukan kemah. Hehe


#rinjaniTrip

bersambung..