Quotes..

"manusia tidak dapat mencintai orang lain selagi belum mencintai diri mereka sendiri.. dan mereka tidak akan mencintai diri mereka sendiri sebelum mereka mencintai Tuhan.."

Sedikit Renungan

"Sesiapa mencintai Allah pasti semakin sunyi dengan manusia. Di tengah keramaian dia rasa keseorangan. Saat kesukaan dia berduka. Jika orang tertawa dia menangis. Jasadnya dengan manusia, batinnya kepada Allah"


"Ketenangan dan kebahagiaan adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam lubuk hati orang yang beriman, mereka akan tetap berhati teguh, di kala insan lain mengalami kegoncangan"

[Syed Qutb]

10 February 2019

KorGa (1)

Sejak hari Khamis aku dah longgokkan semua barang-barang untuk trip di suatu sudut. Tapi belum masukkan dalam beg sebab ada few barang masih belum cukup. Biasalah nak trip ni, dah last minit betul2 baru setel kemas barang. kan?

Sabtu. 4/2/2019


Pertemuan pertama di Decathlon, Jalan Klang Lama. Trip ni saja je aku nak tumpang orang, malas ar drive. Membayangkan lepas turun gunung kena drive plak lagi kan. So, kita tumpang orang je. Lepas regroup kat Decathlon, amik satu lagi passenger dekat MRT Muzium Negara, dan pengembaraan bermula kira-kira 4.30 petang. Panjang juga perjalanan kali ni, mungkin sebab kami berhenti untuk solat Asar dan minum petang agak lama. Banyak juga sembang dalam perjalanan. Biasalah, ceria-cerialah sikit sebelum perjalanan. Saja tanak sentuh langsung pasal gunung. Memastikan ketenangan abadi. kihkih!

Sampai ke Taman Botani Ipoh menghampiri waktu Isyak. Kenapa taman botani? sebab ada member nak sangat tengok Masjid Kg Memali dari Kg Gajah yang dipindahkan ke Taman Botani ni. Ok, dah sampai kat masjid aku tak nafikanlah, memang nice! Senibina asal dikekalkan. Kalau ikutkan saiz aku rasa macam surau je masjid ni. Kecik. Memang teringat macam zaman kecik2 dulu balik kampung, gitulah surau/masjid dia kat area Pasir Salak sana. (masa kecik aku pegi ke pun masjid2 ni. haha!)



Selesai solat kami bersegera menuju ke pekan Ipoh untuk makan malam. Destinasi untuk dinner? Mikker Cafe di padang Ipoh. MasyaAllah, beratur bak ang nak dinner. first time aku rasa kena beratur untuk dinner lepas zaman student. Huahua (acah je, nak sushi king pun slalu beratur gak kalau time bonanza) Order yang sama je semua supaya cepat nak siapkan. Chicken chop. :)

Habis makan, dah around 10.30 macam tu, rasa malas plak nak tidur masjid. Berlegar-legar di pekan Tambun dan jumpalah satu hotel yang boleh memuatkan kami berempat. Haha! Sebelum kita bersempit sempitan dan serba kekurangan di hutan, apalah salahnya kita tidur selesa dulu. kan? Plus, dapatlah caj fon sesiap sebelum masuk hutan.

Ahad 5/2/2019

Selepas je Subuh pagi tu, check out hotel dan bergerak ke Masjid An Nur, Batu 8 Ulu Kinta. Hotel ke masjid lebih kurang 10 minit je. Lepas park, kami berjalan kaki menuju ke kedai makan. Pekena roti telur dan neskepi panas. Disebabkan mental tidak diasak dengan ketakutan, maka aku dapat makan sarapan dengan tenang, juga membuang dengan tenang. Haha! Lepas sarapan, pi pasar depan sikit, tapau lunch. Aku amik lunch roti kosong dan sambal paru. Sebab fikir2 dah hike satgi mesti tak lalu nak makan nasi. Lepas tapau lunch, bergeraklah kami ke Pej Hutan.


Untuk Gunung Korbu dan Gayong ni, kena declare barang dulu sebelum masuk ya, sama macam nak masuk Gunung Ledang. Lepas declare semua, barulah bergerak ke empangan, parking kereta kat sana sebelum memulakan pendakian. Bergambar, stretching dan pengembaraan pun dimulai jam 11.15 pagi. Pengembaraan kali ini disertai oleh 10 orang jejaka dan 9 orang perempuan. JK GSB ada 4 orang, aku, Tokie, Fairus dan Afiq. 

1.30 tengahari, sampailah kami ke air terjun (yang ada balak tumbang tu) Hampir-hampir terlepas aku simpang untuk ke air terjun. Sepanjang pendakian naik aku macam biasa solo. Kadang-kadang ada Reen. Reen ni dia tak berapa nak sihat sebenarnya, plus tengah saiko sebab kena bawa beg besar. Reen ni runner. Tapi ok jugak, disebabkan kondisi beliau seperti itu, dapatlah aku saing2. Haha! Lepak makan di air terjun dari 1.30 sampai 2.30 petang. Jadi aku makan dan solat kat sana. Malas plak nak lambat2. Kang kalau tak solat sesiap, dah penat kang lagi malas.


3.35 petang sampai di Kem Seroja. Kat sana barulah aku nampak Tokie. Laju betul makcik ni. Tapi dia cakap dia malas dah nak kejar orang depan, jadi dia nak slow2 je ke Kijang. Maka nak ke Kijang ni dapatlah saing ngn Tokie & Reen. Tapi, laju gak depa 2 orang ni. Cuma, dapat jugaklah berforum ontrek. Haha. Takde keja kan. Oh nak ke Kijang dah tak se canak ke Seroja. So oklah, mampu berforum. 

"Permit mana permit?"
"Permit kat gogo"
"Oh awak bukan gogo? Nama awak siapa?"
"Toki, nama pentas"

Nampak tak, kalau dah market tu. On trek pun market! 
Haha.

6.10 petang sampai di Kem Kijang. Alhamdulillah! 7 jam pendakian. MasyaAllah! Sampai je kat kemsait. Tengok dah ada 1 kemah naik, dan 1 fly da pasang (dapur). Tapi? oh no, kemah kitorang dengan brader paling belakang sekali. Wahaha! Tumpo gak rasanya. Dekat Kem Kijang ni, air dia kecil yakmat. Memang syahdu kalau tengok. Berdasarkan batu-batu sekitar sungai dia tu, aku dapat rasakan ia dulu adalah satu sungai yang besar. Tapi taktau lah apa jadi sehingga tinggal seciput itu sungainya. Rasa nak mandi pun segan. Jadi kami decide mandi malam. 

Oh, sesampai saja sampai tadi, aku terus park beg dekat tepi pokok besar. Aku memang plan sebelum tidur sarung kan je ngan plastik hitam then tinggalkan je kat situ. Elok pulak lepas tu, fairus bentang ground tepi pokok tu untuk solat. Jadi aku pun pinjam kan carry mat. Lepas-lepas tu bila nak solat je memang jemaah kat situ.


Malam tu, kitorang makan nasi dan kambing! (aku tak abis pun, tengs Reen atas bantuan miker. ahaha) Lepas makan, pi mandi, lepas mandi, pi solat. Elok dah solat tu, aku pun panggil Tokie, sebab Tokie ni bagus budaknya, tiap malam baca AlMulk, jadi aku pun ajak la dia nak bejemaah sama. Masa baca ni, kat 'surau' tu lah. Elok habis baca, fairus panggil, afiq minta tolong untuk masak makan lunch esok. Ahaha, mula dia panggil Tokie je, tapi atas kesilapan teknikal, telah menterjebakkan diri sendiri jugak. Aduh. Maka, malam tu, aku, tokie, fani dan din (termasuk fairus yang bz2 kemas beg) membantu Afiq masak lunch. 

Habis masak, pi kat kemah, lepas duk ngejas. Aduh tak celuih plak nak tido 5 orang. Sebenarnya aku rasa kalau tidur serentak takda isu. Ni sebab kami masuk lambat. Maka aku, Tokie dan Fani kembali ke 'surau' bersama sleeping beg menutupi wajah. Tidur berbumbungkan bintang yang terang di langit lepas. Sejukkkk mak aih. Mujur sangat tak hujan malam tu. 2.30pagi aku dah takleh tido, ni rasanya sebab duk pekena kopi o la ni sebelum tidur, membuak buak rasa nak kencing. Nasib tokie sudi menemani langkah ke toilet. huhu.

Tak berapa lama lepas setel urusan, kembali ke 'surau', tak dan tido, ada dengar bunyi bising-bising, diiringi dengan cahaya lampu silih berganti dari kejauhan..

bersambung..

08 February 2019

pre - korga

(ok buat regangan jari, tangan, bahu, kaki. today will do the long typing journey)

Alhamdulillah, hari ini aku terbuka hati untuk menaip panjang lebar. Harap takde gangguan2 yang membantutkan cita-cita murni aku ni. Disebabkan cuti, dan duduk di rumah kampung, dan memilih untuk tidak lagi memulakan pemikiran tentang opis. Maka, i hope dapatlah nak tulis beberapa siri pengembaraan.

Ok cerita dia macam ni, trip KorGa ni sebenarnya dah aku dengar sejak 2015. Masa tu adalah trip pertama Gema Backpackerz, Nina gogo time tu. Aku tak sure time tu kenapa aku tak ikut, tapi zaman tu memang agak bizi dengan team belia kawasan jugak. Jadi, cerita2 korga ni banyak gak aku dengar dari trip 2015 ni.

Tahun lepas diorang ada open trip jugak. Masa tu dah submit nama gak. Tapi, turn up lipat. Ada 3 orang yang lipat trip time tu, aku, tokie n fairus. So tahun ni Afiq buka lagi trip, sebab Tokie dan Fairus nak jugak naik.Korbu dan Gayong. Sebenarnya kalau aku ikutkan nafsu aku terhadap pergunungan. memang dah malas teruk dah. Tapi2.. sayang plak kalau tak pergi, sebab last year time lipat tu memang dah janji ngan tokie. So, i think this is the time.

Antara reason lain yang meragukan aku tentang trip ni adalah,
1. Seminggu sebelum trip aku ada company trip ke Eropah Timur.
2. Masa trip ni berlangsung, adalah cuti panjang CNY. Haruslah akan ada isu sebab tak balik kampung.
3. Aku tak tau lah aku punya preparation dari segi fizikal fit enough atau tak.

Balik dari Eropah, di sibukkan dengan kerja pejabat. In fact, dari kat sana lagi dah kena bambu untuk siapkan report. Almaklumlah, ngam2 berakhir bulan 1, berakhirlah kontrak 4 bulan dengan mahkamah. Jadi kelam kabut lah nak buat laporan. Aku pun memang tak sempat nak search sangat pasal Korbu atau Gayong. Dari apa yang aku dengar-dengar sebelum ni jelah. Yang diorang sembang dalam wasap grup semua aku skrol je. Semuanya demi memastikan debaran di hati tak meningkat laju.

Beberapa hari sebelum trip, mak dapat tau aku tak balik sebab nak naik gunung. Ahaha. Maka terjadilah beberapa siri pujuk memujuk dari adik beradik untuk aku membatalkan misi ini. Tapi, aku dah bayar full. Aku pun cuba lah cari jalan keluar mengatasi permasalahan ini, supaya dapat win win situation. Yelah balik dari europe pun tak pi mengadap family lagi, dah merayap lak pi naik gunung. Maka lepas perbincangan demi perbincangan baik dengan bos dan HR. dapatlah extend cuti. So, dengan tenang sekali dapatlah melalui kehidupan.

Trip kali ni, memang aku betul2 menjaga pemikiran agar tak terbeban dengan ketakutan mental sebelum memulakan trip.

bersambung..

08 January 2019

Happy New Year 2019

Wakaka!

Dah 8 hari berlalu untuk 2019. MasyaAllah, aku predict kelajuan 2019 pasti lebih laju dari 2018. Mungkin saing-saing kelajuan roket ke angkasa lepas? Ahaha~

Satu yang pasti dengan perubahan tahun, pastilah memberi erti pertambahan usia. Akan masuk 32 this year. Aduhai. Banyak tu. Aku menulis ni since 2008 kan? ok dah 11 tahun. Maksudnya cerita2 dalam blog ni dari aku umur 21 lah kan? Wow. Cerita lebih sedekat lalu dan mungkin juga kisah dari 20kg yang lalu.

Ok untuk 2019,

💕 moga kesihatan aku tidak sehingga menyusahkan orang lain
(dah 30an ni, dah tak sama sihat macam 20an. Cuma tulah, harap2 kalau sakit tak sampai menyusahkan orang)
💕 moga diberi kekuatan untuk rajin dan ikhlas beramal
💕 moga dapat increase metabolisma (rajin bersenam plis sis!)
💕 moga makin firm dengan purpose of life, so tak mudah losing grip in between
💕 moga dapat menjadi manusia yang bermanfaat! (kepada keluarga, tetangga dan agama)

Jodoh? Takde hope for this. haha! Rezeki dari Allah, kalau ada kita terima, bonus!

Untuk kalian semua, moga impian2 korang tentang 2019 ni juga termakbul.. Amin.

07 January 2019

My Brother The Serial Killer

Eh dah tahun baru 2019 lah, tapi tak buat post welcome 2019 pun. Takpe, nanti aku buat #laterpost.

Ok citer dia macam ni, aku terjumpa dokumentari ni kt iflix masa tengah cari movie or drama nak download hari tu. So jumpa la cerita ni. Kisah benar kat US.

Ringkasan cerita dia,

Glen Rogers ni lahir dari broken family. Mak dia asalnya church girl yang dilarang untuk ke church selepas berkahwin. Ayah dia askar yang kuat minum arak. Bila mabuk, dia cenderung untuk belasah wife dia. Glen ni anak bongsu, alkisah masa selepas anak ke 5, mak ngan ayah dia ni ada pergi court untuk request ikat tiup falopio (so xleh mengandung lagi) - oh zaman tu kalau nak operate ikat tiub kena dptkn persetujuan mahkamah. Tapi mahkamah tak benarkan dengan alasan, tidak merbahayakan pun kalau tak potong.

There it goes, Glen Rogers lahir sbg anak ke 7. Masa glen lahir ayah dia kena buang kerja sebab selalu mabuk. Keadaan sangat teruk masa tu, mereka terpaksa berpindah rumah sbb xdapat dah duk rumah kerajaan. Setiap meal dapat makan oat je. Dan masa ni lah mereka adik beradik develop skill mencuri. Kalau rasa makanan xcukup diorang pergi curi makanan kat rumah jiran. Tapi biasa orang tak syak sebab diorang kecil lagi.

Masa umur 8 tahun, Clay (abang Glen) 11 tahun ajar mencuri. Keesokan harinya, Glen sendiri yang try mencuri dekat sebelah rumah yang dicuri semalam depan mata Clay. Masa tu Clay sedar yang Glen boleh pergi beyond him.

Membesar dalam view ayah yang sentiasa memukul emak, dan emak stay sehingga hujung nyawa ayahnya. Belum pun sempat Glen menagih kasih sang emak saat ayah pergi, emaknya pula dah ada boyfriend lain, menyebabkan Glen sangat-sangat kekurangan kasih sayang. Beliau gagal mengintepretasikan kasih sayang dalam sebarang perhubungaan. Beberapa kali perkahwinannya berhujung dengan penceraian akibat penderaan keatas isteri. Dan akhirnya dia menjadi pembunuh bersiri.


The rest is history. Boleh lah cari mana-mana site yang cerita tentang Glen Edward Rogers. Sedih pulak citer macam ni, a good looking young man turn out so wrong.

Jadi rakan-rakan, besar tanggung jawab perkahwinan ni. Jadi mak ayah, membesarkan anak-anak. Ayuhlah perbanyakkan ilmu di pelbagai bidang. Moga dimudahkan urusan di saat mental illness menjadi sangat kronik akhir-akhir ini. Statistik 2017 menunjukkan 29% penduduk Malaysia mengalami depression dan anxiety. 

1.15pm, 7 Jan 2019
Kg Baru, Kuala Lumpur

31 December 2018

2018, the conclusion.

Annyeong, 2018!

Tahun ni super pantas. Tak sedar-sedar je dah habis dah 2018. MasyaAllah! Tak sempat cerita pun lagi Hokaido Trip new year hari tu. LOL!

Ok lets recap!

Per perpindahan Nani menyertai team Teach For Malaysia (TFM) ke Johor, menjadikan kedudukan Grads Project sangat-sangat crucial. Sukarelawan yang tak tetap dan tiada pertambahan, maka aku pun take charge menyertai the team. Sebelum ni memang aku join projek ni betul2 sukarela je, tapi tahun ni dah kena slot in dalam planner. we are running out of volunteer.

Tahun ni yang paling utama haruslah highlight untuk Malaysia Baru! Akhirnya.. macam tak sangka je kan, dapat bernafas sampai umur ini. Tapi macam biasa lah kan, new things takkan lah flawless, just because we know the old things nearly broken, doesn't mean the new one serve better. kan?

Sayangnya tahun ni, tak dapat pi Indon! Sobs. Plan asal nak ke Rinjani. Tapi taktau lah kenapa keep on delaying untuk beli tiket. Then the hikmah show, gempa bumi di Lombok! Maka, officially trip Lombok cancel! Tak lama lepas tu ada gegaran pulak kat Bali. Jadi,adhoc plan bertukar, ada few cadangan. Samada ke Surabaya untuk menuju Semeru atau ke Kalimantan menziarahi peradaban. Ada yang cakap untuk kepulauan Jawa jangan pergi dulu, sebab nampak tak stabil keep on gegar. So we go for Kalimantan, baru nak memperincikan itinerary, Dapat berita Kalimantan jerebu. Oh, how sad was it? No Indonesia for this year. T.T (Turut berduka cita dengan bencana alam yang terus menerus menimpa Indonesia - Palu, Sulawesi, Krakatao anak, Sumatera) Bertahan ya teman2!

Tahun ni jugak,
- Fikri kawen!
- First time sampai Kinabalu Park
- Join team Ahli Majlis!

Ingatkan things getting better through time. Nampaknya, lagi banyak kerja! Moga Allah terus beri kekuatan untuk terus melangkah. Lebih baik terus diberi ruang untuk melangkah di medan baru dari dihentikan langkah. Kan?

Dulu masa mula-mula habis belajar, baru kira-kira setahun habis UM. Junior keep on tanya,
"Macam mana akak boleh terus tsabat untuk bergerak dengan kerja-kerja ni?"
Masa tu aku memang tak boleh nak jawab, sebab bagi aku baru setahun kerja kut, takda apa pun yang menguji ketabahan dan kekuatan. Sekarang lepas hampir 10 tahun meninggalkan zaman universiti, aku rasa jawapan yang aku boleh bagi adalah,
"Beranilah bergerak sendiri dengan keyakinan yang benar" 
Bila kita yakin kita di jalan yang benar, beranilah untuk bergerak sendiri. Takkan selamanya kita akan bersama dengan orang yang sama. Semua kita akan ditinggalkan dan meninggalkan, temuilah orang baru, hargai masa yang ada dan melangkahlah bersama. InsyaAllah, pada tiap simpang yang menjadikan kita sendiri, Allah akan pinjamkan orang baru untuk kita melangkah lagi. Jangan mengalah dan teruskan melangkah dalam kepayahan! ^.^ Rasa jatuh. Rasa sendiri. Rasa sakit. Rasailah! Selalulah percaya, rasa ini tidak kekal, semuanya bergiliran. Enjoy!

15 minit berbaki untuk bersama 2018, moga 2019 memberi semangat baru untuk kita semua ya. Dahlah tu bersedih. chin up and make a move! Getting stronger and lets be the better version of ourselves.

Welcome 2019, bring it on!

30 December 2018

Of kenduri Anak Kak Mela

Semalam sebelum balik ke kampung halaman yang tercinta, sempatlah singgah ke jemputan kenduri kahwin anak Kak Mela di rumah Alumni UM. Pelan asal nak pergi dengan kak Ujie, tapi sangkut sebab adhoc plan nak balik kampung 😆😎 So tukar plan.

'Makcik, pergi ke kenduri anak kak Mela?'
'Pergi, Sarah nak join ke?'

Begitulah perbualan singkat wasap aku dengan Cikgu Kalsom. Lepas kelas makcik pun sampai, solo.

'Eh makcik sorang je?'
Makcik jelaskan kondisi ustaz yang makin tak sihat dan anak-anak pula xnak ikut. Maka kami (campur kak Siti) bergerak ke kenduri anak Kak Mela.

'Ni kalau saya tak wasap pagi td ni makcik datang sorang lah ni? Ke tak datang?'
'Eh makcik Mela ajak, mesti datang'

Little that people know, Kak Mela dan Pakcik Syed (ramai orang mempersoalkan kenapa aku panggil kak sedangkan dia level makcik 😂) ni memang dah jadi idola aku since 2010. Masa tu pakcik belum jadi yb, kak Mela pun belum tukar fakulti. Spirit dia, mengagumkan. Terinspirasi. Kak Mela mengahwinkan anaknya yang ketiga. Tinggal sorang lagi anak bujang kak Mela. Laju betul masa.

'Dekat betul rumah alumni ni dengan rumah makcik kan, kalau makcik tak pergi memang saja je lah' saja aku basa basi sebelum makcik drop aku ke kereta.
'Eh makcik Mela buat kat mana pun mesti makcik akan datang punya. BFF!' Kata makcik sambil ketawa.

Agaknya macam tu lah rupanya definisi kawan sampai syurga yang biasa kita tulis dalam buku biodata masa sekolah menengah dulu. Kadang2 connection diorang ni sungguh mengharukan.

'Dulu anak2 kami hantar pi skolah sama-sama. Kadang bila van buat hal hantar anak sukahati tempat, Makcik Mela lah tolong pi marah orang van' ujar makcik lagi sambil senyum mengenangkan cerita lama.

Indah.

So, siapa kawan sampai syurga korang? BFF anyone? Hehe.

29 November 2018

Beb, chin up!

Hari ni balik PJ sekejap, asalnya kena hantarkan kontrak pada boss. Tapi alang-alang dah sampai PJ, malas pulak nak balik KL. So, stay je lah kat PJ sehari. Dapat juga bersilaturahmi dengan bebudak PJ, (dasar sosialis memang macam ni. haha!)

Lunch tadi, dapat lah makan 'bareng' dengan the girls.

Biasalah bila dah duduk sama, duk catch up things yang tertinggal in between. Takde lah lama sangat rasanya balik KL, tapi bila kira-kira dah 2 bulan jugak rupanya.

After all, things arent that good. As we grow, the world too and most of the things we loved, changed. I just hope my girls mampu bertahan dan become stronger! Moga Allah menjaga sis! Saat jatuhnya kita dari cengkaman/rangkulan manusia, ketahuilah Allah telah dulu menyediakan pelukan yang lebih empuk untuk menyambut kita. :) Kembalilah kedalam dakapan DIA. InsyaAllah, things will gettin' better through time. Setiap kali cerita macam ni muncul, igauan lama akan selalu menjelma. I think, the wound never heal. It just, we choose to forget and try harder to move on.

Eh, apahal citer sedih lak balik PJ ni kan. huhu

To the girl i love and i've met along the way, keep strong ya! Cause i believe u r stronger than u think ^^, keep it up! Dunia ni tak lama, sikit je lagi. Chin up, stay strong, pray more! 💕 Moga Allah redha.

till then

Masih mencintai PJ, PJ tak bersalah, hanya kerana manusia didalamnya telah berubah. Ahaha!

Jalan Klang Lama, 1513.

28 October 2018

Ultah. 31.

Hi Assalammualaikum dan selamat pagi.

Ya masih berada di kampung halaman ni. Tahun ni, sengaja ambil cuti on birthdate dan lajak terus sampai hujung minggu. Bila kita dah merangkak masuk ke umur 30 an ni, dah takde lah feeling2 eh sumeorang meh wish me, today is my birthday. Camtu!

Just keep the circle small.

Macam biasa, 2 hari sebelum birthday aku akan hidekan birthdate kat FB. Maka, antara yang awal menghantar ucapan adalah usrahmate (thanks Arabella 😏 - since sama birthdate kan ngan BFF Ara, Cik Balqis) schoolmate dan diikuti kaum keluarga.

Tahun ni, lain macam jugak ya.. instead of dapat sepotong kek, kite dapat sebiji kek terus. Dari Syeli (tq syerli terharu sangat2 bagi sebiji kek terus. moga bisnes sis terus kencang bak angin taufan gitu) dan dari ayah! Mak cakap ayah da lama teringin kek tu, mak suruh hold sampai birthday anak-anak, and yang terdekat haruslah aku! Sorry Naim, kau lambat seminggu. Hahaha.

Untuk umur 31 ini,

Tiada yang lebih aku harapkan berbanding kesihatan yang baik. Dah masuk 3 series ni memang terasa sangat. Dengan berat yang meningkat, mudah sakit dan sakit yang panjang dari biasa. Bila sakit tu dia punya pemikiran mula la paranoid yang bukan-bukan.

Aku nak berusaha mengurangkan negativiti, menambah view2 baik dan positif je. Selain dari kesihatan fizikal, kesihatan mental kita juga penting ya kawan-kawan. Ranai orang depress lately.

Moga di usia ini, aku lebih rajin beribadah dan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memaksimumkan ruang-ruang amal supaya tak muflis di sana nanti.

Sekian, terima kasih semua yang tak jemu mendoakan kebaikan untuk aku. Moga doa-doa kalian Allah balik kan kembali kepada kalian.

Love u, lillahitaala! Doakan, kita dapat lagi bersilaturahim di syurga.

19 September 2018

Kopi O

Sejak akhir-akhir ini, menu minuman panas untuk sarapan aku telah bertukar kepada kopi O. So old fashion isn't it? ok lah, should i say, americano? ahaha.

Semuanya bermula dari kesedaran untuk mengurangkan kadar gula dalam minuman. Sebelum ni, aku memang penggemar kopi (specifically cappucino or latte) Few years back, sebelum masuk pejabat, aku akan singgah ke Seven E untuk beli air kopi dalam tin. Dan banyak kali jugaklah kena tazkirah dengan rakan-rakan chinese ni tentang kandungan gula yang tinggi dalam air tin. Jadi untuk mengelakkan mendengar bebelan mereka aku berubah kepada air panas, tapi masih, kopi 3 in 1! Nescafe atau White Coffee Aik Cheong. Masih di leteri. Tetap tak insaf.

Akhirnya, pada tahun ini aku mendapat hidayah, selepas semakin banyak seluar, tshirt dan baju kurung menjadi begitu sempit untuk di gunapakai.

Jadi langkah 1 untuk kurang kan manis, 3 in 1 disingkirkan. Tak mudah ya, memang tak mudah. Beberapa kali lah jugak aku stop dan kembali ke kancahnya. Tapi keep on doin it. Sampai akhirnya, nah.. sekarang berteman kopi o aik cheong je pepagi. Beli yang jenis peket takde gula tu. Mula-mula dulu buat air pakai gak sesudu gula, sekarang dah kurang sikit la, jadi separuh sudu gula. Belum lagi sampai seru nak get rid terus. Hehe. Cuma, kalau dah minum kopi pagi, lunch tu agak2 nk minum air berwarna, aku order la teh o kosong. haha! Saiko betul.

Air masak 2 liter sehari? ok ini memang belum dapat aku kuasai. Asyik duk terbabas je kerjanya. Bila dah terbabas tu, nak kembali ke jalan kebenaran tu, ya Allah!

Kopi O

Oh, pagi ni, masa aku duk mengacau kopi o aku, tiba-tiba aku teringat pulak Goh. Teringat zaman-zaman kerja macam nak gila dulu. Masa kita semua pakat busy nak setelkan kerja, boss belikan mesin buat kopi. Goh la yang rajin buat kan kopi, selalu order je dengan Goh. Goh dari zaman tu dah minum kopi o takde gula. Amazing bukan?

Kat mana lah Goh sekarang ni, apalah kabar dia. Turn up dia jiran kampung aku je .. budak Teluk Intan, tapi kalau kat pekan ni pun tak pernah berjumpa, harapan la pulak kan nak jumpa kat kampung. Ahaha.

Ok, nak cerita kopi ke nak cerita Goh? Lel.

Walaupun tau Goh takkan baca, but.. Hi Hellen Goh, perhaps im missing you?

Zi Wei, Hellen Goh and me ^^,
Once upon a time when the love is everywhere 💕
Till then.

07 September 2018

Of Istana Budaya

1.9.2018

Balik dari kenduri Kak Djah, aku sedikit nervous (itulah, rajin sangat susun plan rapat-rapat), tapi debaran aku tu tak kuat manalah, sebab aku tau Kak Syam pun ada hal malam hari. Jadi, harus dia pun sedang bekejar untuk sampai awal ke rumah.

Sambil Kak Syam drive, aku pun text ahli jemaah teater. Kalau ikut plan asal, aku nak pergi sendiri, dan diorang pergi bersama, tapi Nina lak tanya, tanak join sama ke. Aduh! Orang dah ajak tu, tak patut rasanya menolak. Kahkah! So, aku suruh diorang tunggu kat parking LRT Asia Jaya.

Dari rumah Kak Syam, aku hantar Ain dan makcik ke rumah makcik, lepas depa turun terus ke LRT Asia Jaya, park sana dan masuk ke Honda Anis. ^^, Jam pukul 6.30 petang. Nice. Dari PJ kalau xde aral boleh je sampai Istana Budaya less than 30minit. Tak jauh mana pun.

Alhamdulillah, kami pun tiba around 7 malam. Sampai-sampai tu, tak ramai lagi orang, jadi kami terus ke surau, solat Maghrib. Lepas Maghrib, pergi ke cafe dia jap untuk lapik perut dan sementara tunggu teater start jam 8.30 malam.

Tanah Akhirku

Teater ni aku tiba-tiba tertahu disebabkan oleh, ig izz.ue islam. Disamping tengah mood kemerdekaan ni kan, tiba belek2 ig izzue ni nampak menarik lak tengok teater cinta tanah air ni kan. Pastu usha punya usha, eh ada aeril? wow! Walaupun ada yang menggelar teater ni hiburan orang bangsawan, tapi.. kena ingat bangsawan tak semestinya kaya! Jadi, kami beli tiket paling murah.

Start je pementasan aku dah sikit kecewa, Aeril Zafril takde bhai! Tapi overall not bad lah cerita nya. Cuma pada aku, boleh di strong kan lagi jalan cerita.



22.7.2016

Pertama kali aku tengok teater adalah teater Lela Manja. Aeril ngan Sariyanti lak tu! Macam mana aku boleh terjebak? Sebab si Yunus ni ada kawan kat Istana Budaya, sebelum tu dia ada ajak kat group sebab dapat tiket free, tapi masa tu time constraint, aku tak pakai baju proper untuk direct ke IB. Jadi, bila aku nampak poster lela manja ni, teruslah aku tanya dia lagi, kut masih ada tiket free! aaaahh dan, nice job kawan, dapat! Bila tiket free, dapatlah kita spend lebih sikit untuk penampilan, kan? Ahaha. Penampilan tu sebenarnya idea Iwan, yang melantik diri sendiri untuk AJK pemakaian. Tema: formal dan hitam putih.


Member dalam gambar tu semua dah kahwin dan dah ada anak, so mustahil lah aku nak ajak depa berteater lagi. Maka sekarang, aku pergi la dengan rakan-rakan bujang je.

Keinginan nak tengok teater ni sebenarnya sejak sekolah menengah. Masa aku tingkatan 4, ada sorang cikgu BM masuk, cikgu perempuan. Dia tak mengajar aku pun, tapi aku dengar dari kawan-kawan, yang masa dia zaman universiti dia banyak join teater, dia pun pernah direct teater. So, dari cerita-cerita tu aku macam, wow macam best je teater ni. Jadi, ada lah impian kecil aku untuk menonton teater ni.

Bila masuk U dulu, sibuk sangat, tak berkesempatan nak tengok teater. (walaupun aku rasa, time tu aku sendiri pun tak kan ingat keinginan untuk menonton teater ni, well time change kan?)

Antara impian-impian kecil yang akhirnya termakbul. Apa lagi impian aku yang belum termakbul ya? hmmm..

06 September 2018

Kak DIjah dah kahwin oi!

1.9.2018

Pagi tu, masa program JUS kebetulan ada Makcik Chom selaku warga Taman Jaya turut hadir, makcik bagitau nak ikut sama ke kenduri Kak Djah. Kebetulan aku pun plan nak pergi dengan Ain je, so why not? kan.

Toward the end of JUS dapat lagi satu call, dari Kak Syam. Dia cakap dia salah tengok jemputan, jadi dia boleh join ke kenduri Kak Djah. Maka terjadilah rombongan berlima (campur Nukman)

Jadi, selepas program JUS, kami bertiga dari PJ pun bergerak ke rumah Kak Syam dan pergi bersama-sama.

Kak Syam dan Kak Chom both naqibah kak Djah, untungnya rasa naqibat datang ke wedding. Hehe. Sepanjang perjalanan dari Subang ke Sabak Bernam, tak banyak la disembangkan sangat, cuma bila dah sampai Jalan Terusan Utama, tepi tali air kat tepi bendang tu, rancak la makcik-makcik ni duk berbual tentang zaman kanak-kanak diorang yang membesar di sawah. Aku ngan Ain selaku generasi yang membesar di rumah perumahan ni, melongo je lah dengar cerita makcik berdua. Menariknya.

Menggagau ikan bila air baru masuk, main layang-layang bila bendang kering, berenang di tali air dan macam-macam lagi lah. Tiba-tiba kita plak feeling sama. Haha! Walaupun tak pernah lah duduk kat kampung sawah padi ni (walaupun atuk sendiri buat sawah), tapi duk jalan kat batas sawah ni, terasa-rasa macam dalam movie plak.

"Ni jap lagi pukul 2, kalau ada angin, angin dia sejuk ni." kata Kak Syam. Aku sempat ragu gak lah, bendang kut, takkan la sejuk. Panas lit lit okay.

Kitorang sampai kenduri kak Djah lebih kurang 2.30 petang. Orang pun dah banyak kurangnya. Kat kenduri jumpa pulak adik beradik yang tak asing lagi, Raihaan dan Hawa. Makan-makan, lepas tu bergambar dengan pengantin perempuan (^^,) Dalam perjalanan nak balik kereta tu, angin kuat menyapa.. sawah kan kalau angin mai, memang takda apa lah boleh menghalang. Ok! memang betul kata-kata Kak Syam, sejuk anginnya!

Ok yang sebaris depan tu la saiz aku dulu2, kini tinggal kenangan, depa menten.. i gerak lu. Came on sampai bila nak berat sama, kan? haha!

Barakallah Kak Dijah! Am sad and happy for u! #tilljannah ya kak.
Kak Djah ni adalah kawan aku dari tahun 2006 atau 2007. Masa tu aku belajar di UM dan kak Dijah di PPUM. Kitorang berjumpa sebab usrah la! :) Dalam dakapan ukhuwah gitu. So sama-sama menggerakkan organisasi dakwah kat UM. Later years, aku jadi bendahari dan dia jadi AJK Dana. Gigih kak Djah beli kerepek dan repack untuk kelangsungan dana kelab.

Setelah bekerja dan rata-rata kawan bernikah dan berkeluarga tinggallah kami membujang sebegini lamanya. Kawan-kawan rapat kak Djah hampir semua dah bernikah, aku pun sama. Menyebabkan, aku jadi rapat dengan kak Djah, terutamanya bila ada program/usrah. Orang pertama yang akan aku hubungi mestilah kak Djah. Selain senang respon, jawapan dia selalu positif jugak untuk tiap pelawaan tu! Bujang kan! Ahaha.

Akhirnya 2018, kak Dijah memutuskan untuk tidak lagi memegang title yang sama. Oh, am sad .. berat nak pikul title ni sorang-sorang! Ahaha.

Begitulah ya, hukum alam, kita taktau pun akhirnya akan berjodoh! :P Macam kak Djah, jodohnya jiran sekampung jugak. Dahsyat kan, punyalah lama menunggu, rupanya jiran je!

Moga Kak Djah diberi sakinah, mawadah dan rahmah dalam kehidupan rumahtangganya. Kak Djah, honeymoon jangan lama sangat k! im waiting for your comeback kat PJ ni.

05 September 2018

Jom Usrah (JUS)

1.9.2018

Sebenarnya program Jom Usrah ni dah dimulakan semenjak 2013 yang lalu, tapi macam iman, ada pasang surutnya. Masa mula-mula diperkenalkan tu, memang banyak dan tak menang tanganlah nak handle. Seiring waktu dan orang-orang mula keluar masuk, layu plak jadinya.

Hence,
  restarting.

Seawal jam 7.30 pagi aku pun bergerak ke tapak program bersama ground dan gift. Sampai lebih kurang 15 minit kemudian, tak ramai yang ada lagi pun sebab peserta dijangka sampai 830 pagi. Tapi pagi tu, angin kuat, dan awan pun gelap. Ya Allah, takutnya rasa. Tak dapat nak fikir kalau hujan. Memang ada escape plan tukar tempat, tapi kalau tukar agak kesian jugak yang dari jauh, sebab walaupun tempat cadangan tu tak jauh sangat la dari Taman Jaya, tapi untuk bukan warga, tetap pening nak reroute. Aku pun couldnt afford untuk pertukaran tempat, timing aku hari ni memang ngam-ngam kalau tukar tempat mesti ada time consuming which i really hope wont happen.

Brothers dah start tanya untuk decide samada tukar tempat atau tunggu. Akupun mengeluarkan beberapa hujahan untuk nampak strong supaya depa stay, maka 3-1 kami stay. Dalam hati aku memang tak putus-putus berdoa supaya hujan tak turun. Walaupun langit memang dah sangat2 gelap menunggu runtuh, aku masih menguatkan keyakinan yang Allah takkan mempersulitkan keadaan. Berbekalkan semangat dari kisah Ledang, aku positifkan fikiran.

Alhamdulillah, Allah tahu. Awan hitam hanya tumpang berlalu tanpa singgah. InsyaAllah semoga permulaan yang baik untuk Jom Usrah. :)

Bila taaruf session dengar luahan hati sorang-sorang, betapa bersyukurnya diorang bila dihubungi, terasa macam 'i need to do this' Moga semangat ini membakar kembali, setelah lama ia tidur. 4tahun tidur! wake up gigantic dude & once a losing soul Sarah ~ Restart again.


Moga istiqamah, moga Allah melimpahkan rahmatnya kepada kita untuk terus melangkah. Betapa baiknya Allah, untuk setiap 'partner' yang hilang sentiasa ada mengganti. Benarlah, jalan ini akan diteruskan jika bukan kita, akan tetap ada. Tinggal kitalah yang memilih untuk bersama atau tidak.

04 September 2018

Merdeka.

Fuhh.. kelihatan habuk2 kelabu berterbangan selari dengan tiupan nafas gue. berhabuk!

Marilah kita membuat satu penulisan panjang tentang hujung minggu yang agak panjang lah jugak.

Khamis 30.8

Lepas kerja aku baru perasan dan memerasankan diri untuk cek checklist program JUS yang akan berlangsung pada 1 Sept. Mathurat untuk gift pada peserta tak beli lagi! Things happened, aku kena take over task untuk cari gift. Agak kalut jugaklah, sebab takut esok dah cuti umum. Mesti susah nak cari. Turn out dapat 10 keping je. Kena cari lagi, 25 keping.

Jumaat, Merdeka 31.8

Banyak aktiviti yang berlangsung pada hari Jumaat lepas, tapi tak semualah kita boleh join kan. Memandangkan dah agak lama tak balik melawat kakak2 mak (makcik2 aku la tu) kat kampung, maka kami pun plan untuk balik ke Kuala Selangor. Nak pegi awal sebenarnya tapi, masih menyiapkan list register peserta dari GEMA Selangor untuk ke Karnival Sukan Nasional 22 Sept nanti. Pagi tu, sempat jugaklah submit 4 game, lagi 4 game sebab nama tak complete, aku hold dulu.

10 lebih bergerak ke Kuala Selangor, sampai di kampung sempatlah berbual-bual dengan mak uda yang baru lepas operate lutut. Susah nampak nya nak berjalan. Luka pulak dah nak mengering, gatal bukan main katanya. Tak berapa lama selepas tu, ayah, mak dan jiha pun sampai.

Disebabkan mathurat untuk program esok tak cukup lagi, maka ayah dan kak siti ku paksa relakan juga ke Kuala Selangor mencari baki mathurat. Alhamdulillah, ada kedai buku book2u buka hari merdeka ni. Setel masalah! Phew.

Pinjam kereta boss jap bergambar, nampak tak bendera Malaysia tu?
SELAMAT HARI MERDEKA GAIS!

Maka dapat lah aku berehat-rehat dengan tenang sebelum pulang ke PJ selepas solat Isyak. 

Sampai kat rumah, on hotspot, submit registration lagi 4 game GS, buka emel, download sticker untuk mathurat, print dan memulakan operasi gift bag. Lama tak regangkan otot untuk program.

Phew.

23 August 2018

Happy 10th birthday!

25th April '18

Wow!

Macam tak sangka blog ni dah pun menjengah sedekad usianya. Entah apa sajalah yang aku lakarkan sepanjang usia ini. Kalau duk belek-belek pembacaan dari tahun ke tahun, bolehlah menjiwai kematangan aku seiring dengan masa. Selain dari semakin matang, boleh nampak juga beberapa nilai yang semakin lama semakin pudar dan hilang dari diri seorang aku.

Life hurt aint it? But, thats life

Kalau tak sakit, bukanlah hidup kan? Semakin kita menjadi dewasa, semakin bermacam lagilah masalah yang akan kita depani. Kadang-kadang masalah tu memang masalah, tapi banyak juga masalah yang hanya berlegar-legar dalam kepala otak kita di temani rapat sangkaan-sangkaan kita yang mempunyai capaian maklumat terbatas ini.

Teruks.

aku, 31 tahun ni. kalau ikut dari 21 dah menulis (dan masih menulis) kalau aku tekun dan fokus, mungkin dah boleh keluar buku dah ni.

Kawan-kawan aku yang sama menulis masa zaman universiti dulu, tak tau lah siapa je lagi yang masih teguh berblog. Rata-ratanya memang dah sendu. Ramai jugak yang dah bertukar platform. Sekarangkan dah ada instagram dan facebook. Menulis disana lebih fancy dan senang untuk share dan repost.

24 July 2018

Walau pun blog ni makin lama makin sendu, tapi aku tetap gembira, im a part of bloggers! Ahaha. Besarlah harapan aku supaya blogspot tak berkubur atau di kuburkan. Macam blogdrive, friendster dan yahoo messenger. Seiring zaman dan mereka pun terkubur.

Aku yang meski sendu tapi tetap gak menaip sepatah dua kata selang sebulan. Ini je lah pun tempat nak lepas gian menulis. Nak menulis tapi taknak limelight. Kira nak cerita tapi tak nak bagitau dunia, yang betul follow je yang akan tau. ya, blog lah pilihannya.

Akhir kata,

Moga semua kita terus dalam jagaan Allah. Meski zaman berubah, persekitaran dah tak sama, rakan-rakan telah move on meninggal kan kita yang masih bertatih tatih lagi melangkah,

tetaplah dalam suasana iman

kerana pada akhirnya tetap ke Sana lah destinasi kita yang abadi.


Masih membaca Merentas Horizon?

Ya anda yang sedang membaca blog ni, sekiranya masih mengikuti rentak merentas horizon, mohon komen sikit. Nak tengok lah jugak, ada ke lagi orang duk membaca blog ni. Relevankah lagi aku dihatimu. Hagituh!

Till then,
Sarah Basri,
Jalan Klang Lama, PJ.

25 July 2018

Tak ada yang kekal

Dulu zaman-zaman sekolah rendah, ada banyak buku biodata. Bukan main cantik lagi duk menghias. Dan masa tu, word yang paling popular dan kerap ditulis haruslah, friend forever. Lepas tu bila masuk sekolah agama, tukar sikit, tapi maksud lebih kurang juga, kawan sampai syurga. Gitu!

Those times.

Positive, optimist, hopeful.

So wild, young and free. Oh, how i missed it.

Nak ceritanya, sebenarnya selagi kita berada diatas dunia nan fana yang sebentar ini, takde benda yang kekal. Dan semakin kita dewasa, kita akan semakin firm dengan hakikat yang satu ini. (ofcourse kita dah tahu perkara ni dari kecik, tapi pengalaman akan memaknakan lagi pemahaman kita tentang perkara ini. Suddenly we will feel, gais this is so true. Like that)

Friends Forever.

Dalam mimpi jer la noks. hahaha!

29 June 2018

Sembang santai opis

Kat ofis ni, warga kontraktor bolehlah dikategorikan kepada 2 zaman. Satu yang lebih senior. Satu yang lebih junior. golongan 80an dan 90an.

Sembang pagi.

Ash baru lepas briefing kat anak buah dia apa benda nak buat macam mana buat. Budak-budak tu lepas dengar bingkas bangun dan bergerak ke mahkamah untuk bertindak. Sementara tu aku, qilah dengan dia masih duduk atas kerusi masing-masing. Macam biasa lah kami ni, bertindak bila ada masalah. Bertindak tu pun, guna laptop je. Jarang sangat lah kena turun jumpa user.

"Masa jadi junior, rasa tak sabar-sabar nak jadi senior. Bila da senior, asyik duk fikir bila nak berenti" tiba je Ash bersuara.

Kitorang bertiga gelak je, eh betul sangat lah tu!

Teringat pulak masa zaman-zaman mula kerja dulu (to be exact the first year) bukan main all out nya kerja time tu. Kerja lebih masa tanpa OT pun tak kisah. Punya eager lah nak belajar dan bekerja. How i wish that feeling is still within me.

Sambung sembang petang.

Petang tu, aku dapat aku punya order dari Zihan. Minyak angin. Katanya bagus untuk resdung. Jadi kita cubalah kan. Minyak dia stail minyak aromatheraphy yang banyak di pasaran tu. Bau macam pudina gitu. Tapi tak strong macam freshcare lah forsure.

"Ha macam mana kak Sarah? ok tak minyak tu? hilang dah resdung?" tanya qilah

"Hoi takkan lah, ni kan baru je dapat. Takkan sekali pakai je dah ok"

"Aku biasa pakai yang ni. minyak buah pala" Ash menunjukkan botol minyak panas dia, ada minyak berwarna kemerahan kat situ.

"Mesti panas tu, agak-agaklah nak letak kat hidung weyh. Mau tercabut hidung" balas aku.

"Qilah biasa guna yang ni" qilah pulak tunjukkan minyak dia yang berwarna hijau.

Tiba-tiba Ash gelak.

"Memang betullah kita senior. Semua dah ada minyak angin memasing. Banyak sangat masalah agaknya"


Alkisah begitulah, perbualan-perbualan santai di opis. Aku pun taktau mana pergilah segala cita-cita dan bayangan aku tentang masa depan yang pernah aku bayangkan dulu. Betulke itu cita-cita? atau itu mimpi.. hmm

22 June 2018

Selamat Hari Raya 1439H

Alhamdulillah dapat lagi kita merayakan Syawal pada tahun ini. dan dapat juga kita melengkapkan perjalanan Ramadhan kita selama 30 hari yang telah berlalu. Moga amalan kita diterima Allah. Moga kita semua masuk ke bulan Syawal ini dengan semangat mukmin yang baru. Restart. and be a good one, insyaAllah.

lets together guys! :)

Oh berkaitan cita-cita lepas, nampaknya aku pun tak dapat pastikan berjayakah aku mengkhatamkan barang sebuah buku? Ahaha.

Syawal datang dan pergi.

makin lama, makin berulang.

Mungkin kita memerlukan suatu anjakan. suatu perubahan. suatu spark. suatu yang memberi jiwa pada hari2 dan jalan hidup yang makin terasa kosong.

hmmm, apa tu?

eh hei, kalian yang sering singgah.. Selamat Hari Raya gais! Mohon maaf ya salah silap.

Sekian.